Wednesday, August 12, 2009

MUNCUL KEMBALI (325) - Kemaskini

Demo: Umno tidak patut ikut rentak pembangkang

KALAU semasa perarakkan/demonstrasi hapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seramai 100,000 dikatakan ikut serta, nampaknya dalam perhimpunan raksaksa bagi melaungkan Penasihat Keadlilan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim pengkhianat, seramai 10,000 dijangka menyertainya yang diadakan di Batu Pahat, Johor esok (Jumaat).

Matlamant perhimpunan/demo di Johor Bharu adalah bagi menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa. Kalau perhimpunan-perhimpunan yang diadakan anjuran pembangkang sebelum ini dikatakan untuk kepentingan individu tertentu, nampaknya apa yang akan berlaku di Batu Pahat juga adalah kerana kepentingan individu.

Bukan kerana saya seorang yang anti dan pembenci demonstrasi tetapi dalam keadaan saya cuba merasionalkan pemikiran dan berusaha untuk cuba bersetuju dengan demo yang dianjurkan oleh parti pendukung kerajaan, namun saya tetap berpendapat bahawa Umno Johor terutama penganjurnya yakni ketua-ketua Umno Bahagian Kulai, Batu Pahat dan Umno Bahagian Seri gading telah silap perhitungan dan pertimbangan.

Akal dan pemikiran masing-masing telah ditumpaskan oleh emosinalisme dan nafsu yang sedikit serakah yang akhirnya rakyat jelata akan nampak bahawa antara parti pemerintah dengan parti kerajaan tidak ada bezanya, sama-sama lebih berminat kepada negara nampak huru-hara dan kerajaan yang ada dilihat dan dinilai tidak stabil pada kacamata masyarakat dunia. Percayalah demonstrasi bukannya budaya kita.

Sesuci mana pun niat Umno Johor, terutama Umno-Umno bahagian yang menjadi tuan rumah kepada perhimpunan itu, orang akan melihat ianya bukan berkepentingan awam tetapi lebih bersifat 'membodek' dan mengampu Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri. Kalau Umno negeri lain atau NGO yang anjurkannya, barangkali ianya akan bersifat umpama membekalkan senapang patah sahaja kepada musuh dan tidak terlalu membahayakan kepada Umno dari segi imej dan reputasismenya.

Tetapi bila Umno Johor sendiri yang melakukannya untuk tokoh dari Johor, maka ianya umpama membekalkan peluru berpandu, bom berangkai dan segala senjata pemusnah berskala besar di samping sengaja menyediakan ruang-ruang dan luang untuk pembangkang melancarkan peluru berpandu, bom dan sebagainya pada kedudukan dan ketumbukkan Umno kerana Muhyiddin adalah orang Umno Johor.

Bagi saya adalah amat malang apabila parti pendukung kerajaan boleh terikut-ikut dengan pendekatan yang jauh mundur ke belakang yang dirintis oleh pihak pembangkang yang tidak menghairankan kalau mereka berdemo kerana tujuan mereka adalah untuk mencalar dan mencemarkan imej kerajaan, yakni untuk menggambarkan tentang ketidak-stabilan negara menjadikan serta bagi menunjukkan bahawa kerajaan sedang menghadapi kebangkitan rakyat.

Kalau sewaktu negara dalam proses menuntut kemerdekaan, memang wajar dan amat patut demontrasi sering diadakan, malah penganjurnya akan diberi sanjungan kerana boleh membantu membangkitkan semangat rakyat menentang penjajah. Tetapi dalam keadaan negara yang sedang membangun dengan rancak dan pencapainnya dikagumi oleh masyakarat dunia walaupun cuba dinafikan oleh pembangkang dalam negara, ianya bukan sesuatu yang mengembirakan majoriti rakyat.

Sebagaimana demonstrasi anjuran pembangkang tidak disukai oleh majoriti rakyat, maka demonstrasi anjuran Umno juga pasti tidak akan disukai, malah saya yakin ramai yang terperanjat kenapa Umno sanggup sama-sama masuk kubang tahi sama seperti pembangkang. Harus diingat bukan sampai masuk kubang tetapi kalau lalu atas birai kubang tahi pun kita sudah akan berbau tahi.

Kalau diperkira-hitungkan dengan penuh rasional, apa takut dengan saman RM100 juta Anwar sampai mahu berdemonstrasi yang secara tidak langsung pasti akan mendatangkan masalah kepada banyak pihak. Setidak-tidak ianya akan meletakkan polis sebagai penjaga keamanaan dalam keadaan serba salah, malah terdedah kepada tuduhan bias, pendemo pro pembangkang ditangkap tetapi pendemo pro-kerajaan tidak. Kalau pendemo pro-kerajaan ditangkap, kerajaan pasti akan rasa lain macam dengan pihak polis pula.

Justeru itu pada saya, demo sama ada dengan berpermit atau tanpa permit tidak patut diadakan oleh mana-mana parti mahu pun NGO pro kerajaan. Parti-parti pro kerajaan dan kerajaan sendiri akan dlihat oleh majoriti rakyat lebih berhemah dan bereputasi tinggi jika apa-apa sahaja masalah yang timbul diselesaikan melalui proses yang tidak membawa kepada demo dan perarakan. Kalau tidak, maka kewujudan jentera-jentera kerajaan tidak akan bermakna apa-apa.

Kalau mahkamah memutuskan timbalan perdana menteri kalah dalam perbicaraan kerana disaman RM100 juta oleh Anwar dan Muhyiddin tidak mampu membayarnya, majoriti rakyat pasti akan sanggup sumbangkan derma untuk itu. Kalau ahli Umno derma RM100 seorang pun, jumlah yang akan terkumpul sudah lebih dari RM100 juta. Tetapi kalau parti penunggak kerajaan ikut rentak pembangkang, jangankan derma akan dihulurkan, sebaliknya jangan terkejut kalau rasa hormat rakyat bertukar dengan meluat.

Jangan memanipulasi sejarah silam yang mana Batu Pahat menjadi tempat pejuang kemerdekaan, Datuk Onn Jaafar pertama kali mengumpulkan orang Melayu untuk keluar beramai-ramai membawa sepanduk menentang Malayan Union untuk dijadikan tempat menentang Anwar Ibrahim. Semangat menentang penjajah dengan Anwar Ibrahim tidak boleh disamakan kerana antara penjajah dengan Anwar Ibrahim tidak serupa.

Bagi saya besar bahayanya kepada masa depan Umno dari sudut penilaian majoriti rakyat jika Umno menjadikan demonstrasi sebagai antara budaya parti, apatah lagi bila demo dianjurkan atas nama kepentingan individu. Kalau boleh pun Umno berdemo adalah bagi kes-kes yang mencabar maruah dan kedaulatan Melayu oleh angkara bukan Melayu. Itu pun kalau tidak boleh dielak sangat, tetapi kalau boleh dielak adalah lebih baik dielak.

4 comments:

yes said...

setuju, setuju.

Anonymous said...

Bagi saya tidak salah UMNO buat sebab itu hanya perhimpunan menyokong saja, bukan berarak ke hulu dan ke hilir macam demo ISA.
Ini menyatakan tanda majoriti rakyat membantah kenyataan Anwar yang mahu menyaman Muhyiddin.
Mungkin UMNO Johor ingin memberi perangsang kepada Muhyiddin agar tidak takut dengan saman Anwar itu. Kalau senyap saja, mungkin puak-puak PKR akan kata perkara itu betul, sebabtu UMNO senyap saja.
Tak ada sebab tak boleh berhimpun secara aman dan kalau ada permit.
Sekadar memberi pendapat ...

Anonymous said...

Molek lah meli. Ajar parti hak mu dok gila umpama Laila Majnum tuh. Jadi loni sah lah mu tuh ore UMNO. Dok guano?

-honda cub-

john said...

TUBIK SMULA-hah?..apa? umno nak berdemo? biar betul...umno kalu bahagie gerpok ore no.1. nasib baik abe li ado tulong cover line ko umno. ambo sokong abe li kato jange dok berdemo. 2 alasae ambo bui-1.elok H1N1 kae najib suruh kae (bapok UMNO) yg 2..hok ni berak skit nyo. cubo demo baye dio kato 10ribu ore..rama tuh kalu so palo buleh rm50 gak kalu 10 ribu ore duit sapo la nyo bahae, tok capur nga nasi bukus, sewo bas, hok masuk ko jkkkk..penat tu duit rakyat johor..so lagi umno keno ingat la berdemo tu kae bukan budayo 1 malaysia..kalu nok gi jugok ambo pesan jangae dok sokong muhyidin sore..sokong najb jugok tuh..PM 1 M'sia kito! adios