Rama Kamheng mati dibunuh Puteri Urduga Malasingha adalah antara fakta sejarah
KEBETULAN hari ini hari Jumaat, operasi pembelian besi buruk tidak dijalankan, banyak masa bertumas depan komputer.
Pagi esok (bermula 8.00 pagi) dah janji dengan rakan-rakan untuk turun ke sungai di Kampung Pasir Pekan Sungai, memukat tarik, antara hobi sejak sekian lama sebagai aktiviti rileks minda dan untuk keluarkan peluh di samping dapat ikan dan udang galah fresh.
Pada kesempatan yang ada, saya ingin respon kepada komen penjenguk berikut;
john said...
TUBIK SMULA-ambo tertarik nga kisoh cik siti wae kembane (cswk)..hok hujoh lain ambo pikir dulu yo lo ko dok..napok gayo abe li macam ccayo ko cerito lagenda asal usul cswk hok bunuh rajo siae gapo tahu tuh..kalu ore tu jenis takjub ko cerito2 lagu ni hok tok tahu sohih ko dok dae di jadikae panduae..ai tok syok gini.Cumo ambo nok tanyo sikit jah mugo abe li ccayo ko cswk tu. cswk ni isle ko dok? pah tu kato lah kalu dio islae, setahu ambo gambarae hok dok bui ko pemakaiae dio, dio selalu dok kembae (berkemban mcm ptr gng ledang)sebab tu ore paggil nga namo tuh..gak isle lagu mano buko aurat gituh..pah kubur dio mano eh? kalu isle hadhori hok pupus buleh kot..so lagi tulong beli hujoh honda cub dlm posting 325 pulok ambo nok tengok..teruskan menulis.
Untuk makluman Tuan John, cerita tentang Rama Kamheng mati dibunuh oleh Puteri Urduga Wijaya Malasingha @ Cik Siti Wan Kembang dan keturunan Rama itu memilih untuk jadi sami bukan dogengan, sebaliknya ianya adalah antara fakta sejarah.
Tempat dan tahun berlakunya kes itu ada dicatatkan. Rama Kamheng adalah raja bagi satu dinasti raja Siam. Bagaimanapun saya tidak bercadang untuk siarkan melalui blog ini kerana ianya merupakan antara isi kandungan buku yang bakal saya terbitkan.
Cik Siti Wan Kembang seorang muslimah yang warak dan pengembara Ibnu Batuta ada bertemu beliau.Cik Siti Wan Kembang adalah merupakan ibu angkat kepada Puteri Saadong.
Saya tidak disejarahkan pula sama ada Puteri Sa'adong berkembang atau berpurdah tetapi beliau dikatakan bersembahyang menggunakan kain kkano. Puteri Sa'adong semasa di istana Raja Siam dikatakan asyik bersembahyang dan berwirid.
Saya menemukan fakta-fakta itu dalam kajian saya selama tiga bulan dalam usaha menyiapkan buku mengenai kejatuhan Kerajaan Melayu/Islam Pattani yang menjadikan Selatan Thai yang merupakan warisan Melayu/Pattani terus berjuang hingga kini.
Dalam masa kajian itu jugalah saya sempat ke perkampungan bekas anggota Rejimen Ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM) di Shukhirin yang menempatkan Pengerusi PKM Haji Abdullah CD dan Haji Abu Samah Mohd. Kassim, dari keturunan Dato' Bahaman.
Saya sempat sembahyang berjemaah di surau perkampungan berkenaan yang menempatkan komunis berbangsa Melayu dan juga orang Cina yang memeluk Islam. Kalau ada yang kata angota PKM tidak bertuhan, saya nafikan.
Saya juga sempat ke Perkampungan Malaysia di Yala, satu lagi penempatan bekas anggota Rejimen Kesepuluh PKM yang menempatkan Haji Rashid Maidin. Penduduknya juga berbangsa Melayu dan Cina yang memeluk Islam.
Dalam kajian itu saya bukan sahaja dibawa ke Saiya di Segenting Kra tempat Rama Kamheng mati dibunuh dan sekaligus menggagalkan hasrat Siam menawan Tanah Melayu dan juga ke penempatan anggota Rejimen Kesepuluh PKM tetapi turut dibawa ke banyak tempat lagi.
Saya juga dibawa ke sebuah masjid yang dibina batu-batu marmar yang dibawa dari Turki dan dilekatkan dengan telur putih yang letaknya dekat Bangkok. Masjid itu dibina oleh Syeikh Ahmad, bekas Panglima Perang Kerajaan Uthmaniyah yang berpusat di Turki yang datang ke dunia sebelah sini untuk berdakwah.
Saya juga menemukan fakta-fakta tentang Raja Melayu pertama yang memeluk Islam dan kenapa Raja Melayu mula tertarik memeluk Islam di samping dimaklumkan punca kejatuhan Kerajaan Melayu/Pattani yang -cukup gah dan pernah menjadi antara kuasa besar dunia.
Sheikh Ahmad yang menggunakan pengalaman perangnya telah membantu membebaskan Siam dari penaklukkan Burma dan sebagai membalas jasanya, Panglima Ahmad telah menjadi pembesar kerajaan Siam, termasuk dilantik sebagai menteri perkapalan.
Beliau telah diberi kebebasan untuk mengembangkan dakwah dan keturunanya tetap menjadi keturunan yang dihormati dengan gelaran BUNAQ. Panglima Ahmad dilantik sebagai penasihat dan pakar rujuk paling kanan Raja Siam.
Raja Siam menyediakan peruntukkan khas untuk masjid dan har-hari perayaan Islam di samping anak-anak dara beragama Islam dikecuali dari menjadi gundek raja.
Atas nasihat beliau yang turut serta menyerang Kelantan dan Puteri Saadong ditawan jugalah, maka Raja Siam menghantar pulang semula Puteri Saadong ke Kelantan.
Panglima Angkatan Tentera yang beragama Islam yang menumbangkan Thaksin adalah dari keturunan beliau.
Panglima Angkatan Tentera itu pula adalah anak saudara kepada Tok Khurasan yang merupakan antara guru kepada Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan sepupu kepada panglima itu ada di Kampung Sireh Bawah Lembah. Namanya Tayyib.
Dari susur galur itu saya pernah bertemu dengan Tayyib yang merupakan rakan sepeniduran Dato' Haji Nik Aziz dan saya ada cerita tentang zaman lalu Dato' Haji Nik Aziz yang akan saya nukilkan dalam buku saya.
Maklumat-maklumat juga telah saya berikan kepada seorang pensyarah UKM yang dalam proses membuat Ph D dengan membuat kajian kebangkitan Islam di Siam.
Untuk makluman Tuan John, saya sangat meminati sejarah dan empat buah novel saya yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka adalah berdasarkan sejarah yang siap dengan faktanya. Dalam kebayakan cerpen saya juga banyak diselitkan dengan fakta sejarah.
Friday, August 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
TUBIK SMULA-timo kasih atah penjelasan..skurae-kuraenyo selain dari ambo ore lain buleh pekdoh..x po ambo terimo dgn terbuko sebab hok ni x dok kait nga umno.
assalamualaikum w.b.t
hoh!! tu dio..
biso sangat demo sejaroh kalu gitunyo...
banyak benda kawe buleh male ni
so lagi kawe nok tanyo...blog "lokan bertepuk" tu hok demo jugok ko??
p/s-dok "khenak" kawe male ni
Eh.. orang lain boleh faedah lama doh. Demo jah baru hari ni nyo. Terima kasih meli kerana bui sampai dia mengaku!
Dia ingat apa yang PAS buat semua betul bokali sebab tu dia kata begitu.
Kena ingat, Transkrip PAS bukan serupa Al-Quran dan ciptaan makhluk. Tiap-tiap ciptaan makhluk tentu ada kelemahan dan cacat celanya.
Jangan buat serupa percaya dengan Al-Quran, semuanya betu1.
TUBIK SMULA-ambo di latih supayo berfikiran terbuko pada satu2 hal..tapi kalu hal umno gak payoh nok terbuko
! apo kaitan cerito puteri wae kembane nga pas nyo! demo anynomous hok buto huruf nga buto hati..tapi transkrip pas berpandukan al-quran, demo hok biru karat ni ado tengok dok? demo kalu jahil jange nok suruh orae jadi srupo demo..tokkan demo tahu tahu pemimpin biru demo buat gapo ( rasuah,judi, ttino..ado blako)..demo halalkan dio kerano siso2 pemimpin demo masuk ko demo jugok..hok halal ko harae demo tak po belako mugo demo jenis perut huduh...padae la dulu..smula-smula pulok.
Kawe kata begitu sebab takut bertukar antara Islam dan PAS dan antara Al-Quran dan Perlembagaan PAS jah. Takut-takut menganggap serupa sebab apa yang PAS buat, semua kata betul belako, sapa ko buat patung di Bachok pun demo suka.
Kawe tok marah demo suka ko PAS muga itu hak demo, kalu nok telan sekali dengan bendera pun ikut demolah, kawe tok marah dan
kawe tok kata halal bagi orang berjudi, bermain betino (kecuali bini), rasuah, dan segala macam yang ditegah oleh Islam tak kiralah dari UMNO atau lain-lain parti atau orang perseorangan.
TUBIK SMULA-kpd anynomous,doh demo tok suko ko UMNO demo suko hok mano..ko demo geng tabligh?..kalu demo tahu halal haram pun demo nok buat guano mugo demo cenderung ko umno kae? tu pemimpin demo kae?..ko style demo ambik separuh-separuh..hok umno buat baik napok..hok dio buat tok molek demo pejae mato..lagu tuh..kebanyokae ore kg penganut fahame umno lagu tu belako..ayat ssedak geng2 ni 'doh sapo hok buat skoloh..doh mu dok kijo nga sapo la ni..,dh sapo hok buat jale tar,..'tu ayat ore kampungnyo..kalu ore royak hok tok molek gak..biar laa...biarlaa...pah hok lagu mano eh, ni payoh nok dakwahnyo..mace demo anynomous mugo celik internet, tokkan hok tu pun mu tok tahu..berat pado cik aku hok dok kapung gini...(tu semo kalu mu UMNO)..kalu mu tabligh..aku tok ser ngato ko mu....
Luas sungguh pengetahuan abe li. Kisah puteri urduga ni telah menjawab persoalan lama yang timbul dibenak sejak baca kisah puteri urduja yg disebut dalam buku Ibnu Battuta. Bahkan para penterjemah buku berkenaan pun tak tahu di mana letaknya negeri puteri urduja nih. Hebat. Apo tajuk buku kisah puteri urduja dan rama nih?
puak ttani ramai dok menego di ramakhameng.bangkok.ambo was was pasal cik kembang dgn p.urdunga sebab beza tarikh 2-300 tahun.di satu masjid tepi sungai ramakhameng ada catatan jawi cerita pasal puteri saadong.keris masih ada dgn puak kota jambu.
Post a Comment