Tak pernah dan tak pasti bukan bermakna perkara tidak pernah berlaku
SEMENTARA menunggu call Haji Mohd. Sayuti Omar (MSO) yang dalam perjalanan pulang dari Pattani dan akan singgah di Kota Bharu (saya ajak dia bermalam di rumah saya), saya ambil kesempatan jenguk blog. Melalui callnya kira-kira pukul 7.00 petang tadi, beliau yang pulang melalui Takbai hampir sampai ke Tumpat (Pengkalan Kubur agaknya).
Ikut janjinya kalau aktiviti memukat tarik di Kampung Kutan Sungai semalam membuahkan hasil, saya akan simpan sejumlah udang galah untuknya dibawa pulang ke KL. Tapi malang, pukat yang dilabuh tersangkut pada tiga batang pokok. Padahnya daripada 1oo depa kepanjangan pukat, sebanyak 13 depa termasuk dikerat buang, pukat putus dua dan terpaksa dihantar untuk diperbaiki di Kampung Besut, Tumpat.
Udang galah dan ikan tak dapat, kulit yang sudah gelap bertambah lima kali lebih gelap lagi di samping seluruh badan gatal. Air Sungai Kelantan keruh dan kotor, tidak jernih seperti dulu lagi. Itulah rasanya yang menjadi punca kulit jadi 'cerin' dan gatal.
Kalau kerja-kerja membaiki kerosakan siap sebagaimana yang dijanjikan oleh tukang baiki, petang Jumaat nanti, saya dan rakan-rakan akan memukat lagi. Selain dari saya dan rakan kongsing perniagaan besi buruk saya(bekas anggota ganster dan along), lima yang lain adalah penyokong tegar Pas.
Dalam membaca komen-komen yang dihantar, saya tertarik untuk memberi respon kepada komen berikut:
Anonymous said...
assalamualaikum buat mkj n semua
tentang pensyarah al-azhar berbangsa rusia tu minta mkj semak semula..saya tak pernah dengar n saya tak pasti. tapi seingat saya al-azhar khasnya abad 20 tidak pernah mempunyai pensyarah yang bukan arab. apa pun...sila semak semula
Waalaikumussallam! Sebenarnya maklumat tentang pensyarah berbangsa Russia di Universiti Al-Azhar itu saya perolehi dari seorang orang kuat Pas. Cerita itu keluar secara tidak sengaja ketika kami berdua makan roti canai berlaukkan kaki lembu di kedai yang bersetentang dengan Pejabat ADUN Bunut Payong petang semalam.
Tak semena-mena saya bertemu dengan rakan lama yang sudah lama tidak ditemui. Kawan saya berasal dari Pekan Tok Uban. Namanya Loo tetapi sekarang bertukar nama kepada Abdul Hadi selepas memeluk Islam dan menjalankan perniagaan membuat nombor plet kereta motor dan signbord di Bunut Payung.
Kini rakan saya itu yang tidak lengkang kopiah di kepala dengan janggutnya mencecah dada sudah ada lapan anak.Dalam bercakap tentang hubungan rakan saya itu dengan adik beradik, termasuk Wee Nee Pui seorang penyanyi yang sering menyanyi di stesen radio Kota Bharu ketika saya masih muda-muda dulu, kalau tak silap saya Wee Nee Pui giat menyanyi sezaman dengan SM Buang (pemandu Dato' Abdul Halim Abdul Rahman ketika menjawat jawatan TMB dulu) dan Haji Shukri Kadir (Shukri Ikan Linang) manakala seorang adik beradik Loo @ Abdul Hadi menjadi guru dan kini mengajar di Sabah.
Saya bangkitkan kembali bagaimana adik kepada Loo @ Abdul Hadi yang kini mengajar di Sabah iyu cukup tahu tentang Islam. Dalam peperiksaan SPM yang diduduki di Sekolah Menengah Tok Uban beliau mengambil mata pelajaran Agama Islam dan memperolehi distation 1 bagi matapelajaran berkenaan.
Beliau adalah satu-satunya calon di sekolah berkenaan yang mendapat destation 1 untuk matapelelajaran Agama Islam dengan 99 peratus calon lain adalah berbangsa Melayu. Saya tanya Loo @ Abdul Hadi apakah adiknya itu memeluk Islam, katanya tidak tetapi hubungan adik beradik mereka tetap baik.
Ekoran dari itulah timbulnya cerita tentang pensyarah berbangsa Russia di Universiti Al-Azhar yang hafal al-Qutan dan pakar tentang hukum-hakam dan telah mengimamkan sembahyang para pelajar sebenarnya bukan beragama Islam. Cerita itu dibangkitkan untuk membuktikan bahawa hafal al-Quran dan tahu hukum-hakam tidak semestinya seseorang itu beriman dan bertaqwa tanpa hidayah-Nya.
Antara murid kepada pensyarah itu adalah dari Kelantan. Rakan saya itu ada sebut namanya tetapi saya lupa. Pukul 6.00 petang esok saya akan jumpa rakan saya itu dan saya akan tanya kembali nama bekas pelajar Universiti Al-Azhar berkenaan dan akan saya postingkan pada malam esok.
Pelajar berkenaan yang kembali ke tanahair pada tahun 1957 dikatakan telah qada' sembahyangnya sampai mati. Ianya adalah antara orang agama yang terkenal di Kelantan. Penjenguk yang memberi komen kata tak pernah dengar dan pasti kerana anda tidak mendapat maklumat mengenainya tetapi bukan bermakna perkara itu tidak pernah berlaku.
Satu lagi komen adalah;
Anonymous said...
Gemuk perut meli, terbuka lagi lubang pusat. Demo tahu bak po?Nanti kawe royat. Demo baca dulu hak kawe tulis.Meli nih old fashion, hak menteri umno berucap hak tuh dia ambil. Kononnya nak serang pas, tapi standard la meli, tak kan mu tak kenal. Macamlah menteri tu wakil parti bersih, cekap, amanah sedunia. Parti semua bersih......parti lawan semua terbalik dari sifat2 mulia parti dia.Ingat tak masa Tun Mahathir Vs. Anwar Ibrahim. Masa tu semua media kata memfitnah adalah berdosa dan bla, bla, bla lagilah. Kalu pembangkang kecek sikit, tubik selalu cop besar. PEMFITNAH. Padahal bapok kepada segala bapok fitnah dia sendiri.Jadi gak, ilmu ini kita panggil 'reverse psikologi'.Jawapan hak atas tadi? = Dia tengok ramai penjenguk2 blog dia. Dia tulis tak tahu gapo satu tuh, tapi baso jenis suka tengok ore g blog dia. Kalu ramai pelawat gak konon2nya sohor lah. Kan nak capai ke sejuta pelawat. Demo gak, wat tak tau pulak. Hehehehe.....
Saya tulis benda yang saya tidak tahu? Untuk makluman anda, saya menulis sejak tahun 1973 lagi. Ada ke munasabah saya menulis apa yang saya tidak tahu apa-apa. Nak menulis saya kena pastikan rukun 5W 1H ada dalam apa yang saya tulis. Betul saya tidak ada diploma atau ijazah dalam bidang penulisan/kewartawan tetapi saya mengaji dari pengalaman.
Saya mahu bersohor dengan jumlah penjenguk blog saya? Untuk apa? Kalau 28 juta sekali pun yang jenguk blog saya apa yang saya dapat?. Kalau pakat-pakat beli akhbar mingguan, majalah bulanan dan buku-buku terbitan syarikat saya barulah saya dapat hasilnya. Dengan blog ni saya tak dapat apa-apa.
Anda jangan nak samakan saya atau DIKALAUKAN ANDA JADI SAYA. Saya bukan orang parti politik yang ada kepentingan-kepentingan tertentu. Saya menulis kerana pada saya....saya kena memenuhi tuntutan fardu kifayah!
Sunday, August 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
TUBIK SEMULA..bakpo lah dok sakit hati dgn abe meli.Dia tulis benda betul dan bui ingantan kepada kito.Perangai ore PAS ni memang mulut jahat banyak dgn sumpah seranah.Tu belum mogo John lagi bila komen asyik negatif saolah olah tak dok yng baik abe meli buat.Kalu tak senang dengan tulisan abe meli tak dah jenguk la blog dia.Pakat gi kipas si baju petak merah merah hok gilo nak jadi Timbalan Perdana Menteri
Malaysia.Otok hok ado tu guna pakai untuk mikir jgn dok senok gak wei!pastu tu kalu ada telor pakai nama betul la wei jgn dok guna nama samaran.Ni tunjuk gedebe kecek kurae ajar hi bini dok rumah pon pening ada tok laki macang demo wei!
mu ni jenih kabing neruk nulih x tau gapo....ikut sedap je
JOHN MENULIS-keno paka 'cap' lain ah ado ore deki..umi kalsum ni rindu ko ambo ni..jange rusing umi, ambo pengikut setio blog ni..dan akan mengomen utk menyedarkan/berdakwah ore2 srupo demo..cumo kali ambo nok ulas skit jah..pasal hok bg komen di mulakan dengan ayat "ambo dulu ore kuat pas, anok bagi namo pemimpin pas la, keluargo mati dale pas la, macm2 la.." yg sebenarnya ini ore pggl 'reverse phsycology' dgn izin..tapi sebenarnyo UMNO totok..hok ni lagi jumud..ngaku je la..tak payoh nok royak background dulu-dulu2 la..sila bg respon..ambo suko mendengar..kutuk pun tak po..hahahaha..(syok tengok ore umno maroh, dio kutuk mace2..ambo tok luok pun...hahaha)
Post a Comment