Warna negara bergantung pada cantingan orang politik
SAYA teramat bersetuju benar dengan peringatan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya UMNO dan Pas menghentikan sebarang perbalahan politik dalam soal agama, sebaliknya bermuafakat dan mencari jalan untuk mengukuhkan imej serta perpaduan umat Islam di negara ini.
Saya juga bersetuju dengan Tun Abdullah bahawa parti terbesar orang Melayu adalah Umno (sebagai tulang belakang BN - Ramli) dan juga Pas (sayangnya parti itu duduk pada tempat tercorok dalam PR menyebabkan pedirian dan pendekatannya gagal mempengaruhi keputusan dan bendirian PR - Ramli).
Sekali lagi saya bersetuju perdana menteri kelima bagi negara, bahawa sebagai parti terbesar orang Melayu, UMNO dan Pas mesti mempunyai pendirian yang sama dalam mempertahankan tuntutan agama, khususnya yang menyentuh soal akidah.
Saya secara jujur tidak boleh untuk tidak bersetuju dengan Pak Lah yang menyatakan bahawa banyak isu yang menyentuh soal agama dibangkitkan kebelakangan ini sekali gus menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat kerana dikhuatiri ia akan mencetuskan perbalahan.
Amat malang kerana dalam banyak isu mengenai agama ditimbulkan, ianya membawa kepada bertambah tegangnya Umno dengan Pas sedangkan memandangkan kedua-dua adalah parti yang dipimpin dan dianggota oleh bangsa dan penganut agama yang serupa, tidak ada sebab kenapa UMNO dan Pas berbalah dalam isu berkenaan.
Yang kena diperakukan, malah kena diimani bahawa semua umat Islam itu bersaudara dan perlu berpegang kuat kepada tali Allah kerana itu yang dikehendaki oleh agama, oleh Allah dan Rasul-Nya. JAdalah amat tidak kena, semata-mata kerana tidak keseragaman pendekatan dan dasar politi, maka kedua berbalah dan tuduh-menuduh antara satu sama lain sampai ke peringkat sampai lupa untuk mengambil kira dari sudut bangsa dan agama.
Berbeza pandangan mengenai polisi atau pendekatan dalam membangunkan negara tidak menjadi masalah, sebaliknya ianya menjadi suatu keperluan tetapi ia bukan alasan untuk berbalah dalam soal agama (sehingga sesama Islam ditentang tetapi yang bukan Islam dijulang - Ramli).
Walaupun sebelum ini usaha kalangan tertentu menemukan UMNO dan Pas untuk berbincang mengenai perpaduan tidak menjadi kenyataan, masih ada ruang untuk kedua-dua parti itu mencari titik persamaan demi kepentingan agama khususnya.
Saya sependapat dengan Pak Lah bahawa masih ada peluang untuk berbincang ke arah mengurangkan ketegangan melampau Umno-Pas. Ia mungkin lebih mudah jika kedua-dua parti menyatakan terlebih dahulu perkara-perkara yang hendak dibincangkan
Juga masalah tidak akan menjadi sesulit yang sedang dihadapi jika kepentingan agama, bangsa dan negara diutamakan dari kepentingan-kepentingan lain, terutama kepentingan politik yang akan menjulang puak sendiri dan memijak-ligan pihak lawan yang sesuai diamalkan pada era putung berasap tetapi tidak releven untuk zaman serba canggih ini.
Sama ada hitam, putih, biru, hijau, kelabu tahi anjing atau sebagainya masa depan negara, bergantung kepada bagaimana ianya dicorakkan dan antara pencorak dan pencanting yang paling menonjol adalah orang politik. Sama ada negara akan terus aman atau akan bertukar menjadi huru-hara, orang politiklah yang kena bertanggungjawab.
Sunday, August 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Memang betul, pencorak negara ialah orang politik. Selama lebih 50 tahun BN lah pencorak utama. Negara kucar kacir, ugama tidak di pertahankan adalah hasil pencorakan itu.
sejak 50 tahun jugak kita hidup aman dan damai tapi kemunculan gologan munafik termasuk ulama munafik menghuruharakan malaysia
JOHN MENGOMEN-ambo setuju tapi cadangan ambonyo..kepado UMNO demo buat caro demo, pas buat cara pas..biar rakyat menilai.Mugo lo ni kae pas tok ser bbaik nga umno kae..bakpo dok sengih2 lagi nyo..tok yakin ko diri sediri ko..bakpo ore tok ser dengar kecek umnonyo..hok ni umno keno cek..rakyat buke po jame dulu doh kecuali geng2 umno jah hok kure skitnyo...
p/s -hari ni zahid hamidi ulas pasal prkn pgkln pasir-dio nok dengar kato2 TGNA pasal ngepen jange sentuh peribadi-ulasae ambo 'ikut jugok kato2 TGNA belae2 ngutuk dio pun'
Ore pencen kecek dia lagu lain. Mu meli reti gak retek. Umno tuh parti taik... pas parti buleh bawak ke syurga. Kalu umno nak baik dengan pas? Mu jawab sendiri lah meli...
Mu ulas sikit kenyataan nik aziz. Umno tak leh bawak pengundi masuk syurga. Nak tengok corak pemikiran mu atas isu nih. Lepas tuh aku nak suka kuat muga aku tahu, abih reng mu kato ko nik aziz.
Lepas tu, aku nak redas mu pulok, biar terbakar hati perut mu.
Acu tra skit, tengok kapok glebek mu tuh.
hari ni tok guru mencanting lagi warna negara dengan cantingan yang pelik. Perpaduan islam nampak makin kabur.
Tokguru buat lawak lagi..org umno tak leh masuk suga. Ana meme senak perot mendengarnya.
Ye lah, kalu nak ngepeng pun, oyak hok baik hok kito buat sudohlah. Dok ngudoh ko ore bakpo..
Jawabnya mudah, gu...kerana angkuh dan riak dengan kealiman... sehingga anggap diri sudah ada senarai dalam syurga.
Kena ingat ramai yang lebih alim dan kuat beribadah dari beliau pada zaman dahulu mati masuk neraka kerana riak.
Kalau pun demi kepentingan politik, biar berpada-pada.
Demo ni bekas lepasan hospital Lorong Che Hussein ke apa. Asyik kah koh kah koh tak leh nak amabil biji butir sso abuk.
Kalu tak rei komen tok soh komenlah. Perangkap ppalo bapok apo, ko demo hakl kena perangkap walsasanu walsakit otakkkki.
Post a Comment