Monday, August 17, 2009

MUNCUL KEMBALI (336)

Orang Umno tak masuk syurga: Nik Aziz mempertuhankan diri sendiri?

SELEPAS Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. selaku penghulu segala anbia' dan nabi serta rasul akhir zaman, dunia fana ini sudah tidak akan ada nabi dan rasul lagi kerana ajaran Islam yang disalurkan melalui Muhammad Rasululllah s.a.w. releven hingga kiamat.

Walau sealim mana seseorang itu sebagai umat Nabi Muhammad, mereka tidak berhak untuk menyenaraikan mana-mana invdiidu atau kumpulan sama ada ianya ahli syurga atau atau neraka kerana syurga atau nerakanya seseorang hamba-Nya lebih bergantung kepada ihsan-Nya.

Menuding seseorang yang sudah sah kafir sebagai ahli neraka pun dilarang kerana belum tentu yang kafir kekal dalam kekafiran dan yang alim kekal dalam kealiman. Ramai disirahkan orang alim dan menghabiskan masa dengan beribadat masuk neraka manakala penjahat yang bunuh 100 orang termasuk seorang 'tok guru' masuk syurga.

Malah kalau tidak salah saya, ada hadis Rasulullah s.a.w. menyebut bahawa adalah kumpulan yang menyangkan melakukan perbuatan ahli syurga sebenarnya sedang melakukan perbuatan ahli neraka manakala yang menyangka sedang melakukan ahli neraka rupanya melakukan perbuatan ahli syurga.

Saya hairan dan sukar untuk percaya, hanya kerana mahu pastikan kemenangan Pas dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir dikekalkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat sanggup berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Bukankah kenyataannya itu secara tidak langsung beliau telah mempertuhankan diri sendiri apabila beliau semacam boleh pastikan puak Umno akan masuk neraka kerana tidak layak masuk syurga dan puak Pas akan masuk syurga. Walhal tidak ada manusia yang diberikan senarai keahlian syurga atau neraka hamba-hamba-Nya.

Atas alasan dan hujah apa maka ajaran Islam Palestin dikatakan palsu. Apakah kerana pimpinan dan orang Palestin tidak memohon menjadi ahli Pas yang seakan penjaga kunci dan tiket ke syurga. Macam mana Nik Aziz boleh begitu yakin hanya Islam cara Pas yang betul dan selari dengan Islam sejati.

Bagi saya, keselarian dengan Islam sejati bukan berteraskan anutan mana-mana parti politik tetapi lebih bergantung kepada apa yang diterangkan dalam al-Quran dan Hadis yang mana Nabi Muhammad s.a.w. telah berpesan supaya berpegang kepada keduanya, pasti tidak akan sesat.

Nabi tidak menyebut supaya berpegang kepada apa kata Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat atau mana-mana alim ulamak, terutama alim ulamak politik yang bagi saya samalah seperti ayam yang disembelih secara halal dicampur dengan ayam mampus pulas tengkok dan dimasakan dalam satu belanga.

Kerana itulah agaknya maka ramai di kalangan alim ulamak sebelum pada awal kewujudan Pas tidak cenderung berparti politik. Mereka yang bergelar tok guru, terutama tok-tok guru pondok hanya mengambil bahagian dalam politik dengan agak ketara pada pertengahan tahun 1990-an.

Saya tidak tahu apa pandangan guru-guru pondok dengan pandangan/pendapat Nik Aziz kali ini yang paling melampau dari pandangan/pandangannya yang memang sedia melampau sebelum ini dengan menganggap Pas terlalu suci dan semacam disetarafkan dengan Islam.

Pandangan guru-guru pondok sama ada yang berkecuali atau pun yang pro Pas patut diambil, dikumpul dan dirumuskan supaya pensucian yang bersifat memberhalakan Nik Aziz yang pada masa yang sama semacam mempertuhankan dirinya dengan kenyataan-kenytaan tentang syura-neraka tidak terus berlaku.

Berbeza parti politik yang tidak seragam dasar, pendekatan dan tatacara berpolitik memang boleh dan dibolehkan tetapi jangan sampai melibat urusan Allah dalam menentukan syurga-neraka pun mahu diambil-alih. Walaupun semua perkara boleh dipolitikkan tetapi bukan semua boleh diparti-politikkan.

Bagi sama kenyataan dan pendirian Nik Aziz sejak akhir-akhir ini sangat membahayakan dari segi keselamatan dan kesempurnaan akidah umat Islam, terutama penyokong Pas. Alim ulamak, terutama para mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan kena segera mengeluarkan fatwa.

Sama ada fatwa itu nanti boleh diterima atau tidak oleh kumpulan sasaran, tugas alim ulamak, mufti dan mjalis fatwa dikira selesai tetapi selagi tidak ada sebarang fatwa dikeluakan, tugas mereka dikira masih tergantung.

Seandainya apa yang donyatakan dan yang menjadi pendirian Nik Aziz itu memang betul selari dengan Islam, maka seluruh umat Islam menjadi haram sokong Umno dan menyertai mana-mana parti politik selain dari Pas.

Sebagai penamat kepada posting kali ini, saya ingin meresponi komen berikut;
Anonymous said...
Tak perasan hari penamaan calun? Kah kah kah, penulis blog politik tak perasan hari penamaan calun? Otak bengap atau cakap macam putar alam.

August 17, 2009 10:38 PM

Saya tidak menganggap blog saya ini blog politik tetapi lebih kepada blog hal ehwal semasa. Pengisiannya pun tidak terlalu dikhususkan masa atau tumpuan khas untuknya kerana blog ini tidak mendatangkan apa-apa hasil. Saya idak sediakan akaun supaya penjenguk hulur derma untuk kos pengendalian.

Untuk makan anak bini, menanggung kos anak yang mengaji di universiti dan di sekolah rendah, saya kena cari punca rezeki. Bila urusniaga penerbitan majalah, akhbar dan buku terpaksa dihentikan sementara, saya kena cari sumber pendapatan lain. Kerana itu saya mencuba perniagaan jual-beli besi buruk.

Bila ada kelapangan masa, barulah saya kendalikan blog ini. Keutamaan adalah bagi kerja-kerja yang ada masuk sedikit sebanyak. Lupa tarikh lahir sendiri dan anak bini sudah lumrah bagi saya, apatah bagi kes-kes seperti penamaan calon yang tidak ada kaitan dengan saya.

Kalau otak saya BENGAP (bangang, bongok, lembab, beku atau seertinya dengannya) saya terpaksa bersyukur dengan kurniaan Allah dan takdir-Nya. Mudah-mudahan anda tidak disamakan nasib dengan saya.

Kalau saya cakap putar alam (Haji Ismail Putar Alam pemilik Alam Sawit dulu jangan tersinggung), barangkali saya tidaklah terpaksa berniaga besi buruk untuk dapatkan rezeki. Macam mana pun terima kasihlah atas pelabelan anda.

Saya pernah diberi gelaran 'BUDAK SAKIT OTAK' dan 'SAIKO' oleh wakil rakyat Pas kerana apa yang saya tulis baginya tidak untungkan Pas. Saya terima dengan redha, malah gelaran 'Saiko' telah saya abadikan sebagai antara nama samaran saya dalam penulisan, yakni 'MELI SAIKO' tanda penghormatan saya terhadap yang melabelkan saya dengan pelabelan itu!

12 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Li..

Sabar dan kuatkan iman, ramai yang tidak dapat terima hakikat kebenaran.
Sebab itulah mereka kecewa dan menghentam/memburuk/menghina seseorang.

Anonymous said...

Tiket ke Syurga PAS: Kertas Undi

Kunci ke Syurga PAS : Pangkah PAS atau DAP atau PKR

Kalau tak dapat masuk syurga juga esok2, tuntut dengan Tuan Guru Nik Aziz.

PUTERI said...

Assalamualaikum,

Saya pun rasa Nik Aziz semakin teruk, tapi saya rasa penyakit dia ni akan jadi makin teruk dan makin teruk..susah nak baik dah.

john said...

TUBIK SMULA-hah..kecut perut ore umno tok guru kato lagu tu..jange rusing, kalu kito betul..hala tuju kito ke arah ketakwaan,mencari mardhoti'llah..Insya'allah la..baik laa akhirat nanti..jalan menuju ketakwaan ado doh..panduan/rujukae dio al-quran,sunnah, qias dan ijmak ulama'..umno jange dok peduli la kato tok guru tu..bukan pemimpin demo pun..gege bakponyo..umno keno cek dulu la selamo kening ado ko dok dio ikut panduae hok ambo sebut datas tuh..kot ikut dasar hok dio reko sediri..kae umno ni islae jugok!..ko nok paka hujoh 'lubae kubur masing2 ore lain apa mau kacau?'..tulong nsihat skit abe li ore umno nih..

kiraziku said...

pok cik ....gaduh buat komen tentang nik aziz .....pah ari ni dalam harakah nik aziz nak saman ore putar belit ucapan dia....gano tu.....loni napoknya hok tukang nak belit pok cik lah....tunggu dulu apa cerita sebenar, baru komen.ni setakat dapat berita dari utusan mengarut takyah la dulu bagi respon......

john said...

TUBIK LAGIH-srupo hok ambo komen lah dalam komen ambo MUNCUL KEMBALI 336 ko abe li nyo..suruh tanyo sediri nga tok guru..dok pun cari sumber hok sohih..kae terbukti tok guru royak lain,akhbar tafsir lain..pah buleh ko abe li koho lain pulok..ore umno kalu teraso pedas..cepat2 cari gulo..gulo x dok lo ni nih kot alik kelate...

Kasturi said...

Alasan orang politik biasanya akhbar 'tersalah petik' apa yang beliau cakapkan. Tapi niatnya memang nak menyatakan umno tu kurang islam berbanding pas. Itu yang parti umno payah nak tepis pasai dasarnya bukan dasar islam. Terutamanya masa nak pilihan raya ni, isu nak menegakkan undang-undang islam akan dimainkan. Tapi bila menang isu tu tak pulak digemburkan lagi. Harap pas tak lupa nak berjuang tegakkan undang-undang islam - amar maaruf nahi mungkar di negeri-negeri yang diperintah pakatan, kerana itu yang dijanjikan semasa pilihanraya dulu.

mamamamam said...

assalamualaikum w.b.t


abe li,


1)demo kato- "SELEPAS Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. selaku penghulu segala anbia' dan nabi serta rasul akhir zaman, dunia fana ini sudah tidak akan ada nabi dan rasul lagi kerana ajaran Islam yang disalurkan melalui Muhammad Rasululllah s.a.w. releven hingga kiamat"-

kawe kato- kalu gitu,bakpo xbuat hudud???????????demo kato,demo sek2 amar ma'aru,nahi mungkar..??
xkan nahi mungkar sajo?? mano amar ma'arufnyo????

2)demo kato- "Bukankah kenyataannya itu secara tidak langsung beliau telah mempertuhankan diri sendiri apabila beliau semacam boleh pastikan puak Umno akan masuk neraka kerana tidak layak masuk syurga dan puak Pas akan masuk syurga. Walhal tidak ada manusia yang diberikan senarai keahlian syurga atau neraka hamba-hamba-Nya"

kawe kato- kalu gitu gak,kito xsoh duduk marah/nasihat la ko oghe hok berzina,berjudi,merompak..mugo mano tau seksok dio mati,dio masuk syurga..kae tuhe tu Maha berkuasa???ko lagu mano??mitok demo terang kawe..

3)demo kato- "Atas alasan dan hujah apa maka ajaran Islam Palestin dikatakan palsu. Apakah kerana pimpinan dan orang Palestin tidak memohon menjadi ahli Pas yang seakan penjaga kunci dan tiket ke syurga. Macam mana Nik Aziz boleh begitu yakin hanya Islam cara Pas yang betul dan selari dengan Islam sejati."

kawe kato-sabit tu la oghe suruh gi dengar sendiri,jange duk main dengar buoh oghe jah..lamo xdok pasal2 jd fitnah artikel demo nih....jangela lagu tu, kito kae sek2 al-quran&sunnah,..pahtu kalu tok guru kato xmasuk syurga..maroh

4)demo kato "Nabi tidak menyebut supaya berpegang kepada apa kata Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat atau mana-mana alim ulamak, terutama alim ulamak politik yang bagi saya samalah seperti ayam yang disembelih secara halal dicampur dengan ayam mampus pulas tengkok dan dimasakan dalam satu belanga."

kawe kato- nabi xsuruh berpegang dgn Imam syafie, pahtu bakpo kito ikut imam syafie??..sudoh!! sesat abih doh la oghe tanah melayu nih..puok2 ni xreti ko oghe kato ikut al-quran&sunnah..bakpo gi ikut imam syafienyo..?mujur demo oyat hal ni...kito kena banteras hal ni li..

5) demo kato- "Berbeza parti politik yang tidak seragam dasar, pendekatan dan tatacara berpolitik memang boleh dan dibolehkan tetapi jangan sampai melibat urusan Allah dalam menentukan syurga-neraka pun mahu diambil-alih. Walaupun semua perkara boleh dipolitikkan tetapi bukan semua boleh diparti-politikkan."

kawe kato- pahtu oghe2 hok duk ngajar di masjid tu lagu mano li??duk sebut syurga neraka pahala dosa..ambil alih kuasa tuhan belako lah tu??..ko guano abe li???



li,kalu nok ikut artikel demo ni la...,maka ramaila sesat di kelate ni..nyaknyo ko kelate,doh la duit royalti pun kena lipat demo..

li,kawe terlintas dalam hati la....lagu mano eh kalu oghe hok baru belaja pasal Islam pahtu dio baca artikel demo ni, dio pun ambik pakai artikel demo ni...........nyaknyowwwww la dio...pah kito buleh "saham"..tp demo kato amar ma'aruf,nahi mungkar..brpegang pd al-quran&sunnah...??lagu mano ni eh??? pah kkawe pening...

sekian,

p/s- "selamat datang RAMADHAN"

...orang yang tolak hudud,maknanya tolak al-quran...apa hukumnya orang yang tolak al-Quran ni berpuasa??boleh ke????.............

mamamamam said...

wat bekal bulan puasa.....


hoh,ambik sepukul....

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah, nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu."

An-Nisa, Verse #61


acu try igat buah ni pulok...


"(Nasib kamu wahai orang-orang munafik) adalah sama dengan nasib orang-orang sebelum kamu (yang telah dibinasakan), mereka lebih kuat serta lebih banyak harta benda dan anak pinak daripada kamu; seterusnya mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka; maka kamu pula telah bersenang-senang dengan bahagian kamu sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu itu bersenang-senang dengan bahagiannya dan kamu pula telah memperkatakan (perkara yang salah dan dusta) sebagaimana mereka memperkatakannya. Mereka yang demikian, rosak binasalah amal-amalnya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan merekalah orang-orang yang rugi."

At-Taubah, ,Verse 69




try demo pelepah kunci mati ni..


"Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka."

An-Nisa, , Verse 145


p/s- jangan kata orang masuk neraka...maroh ko abe meli

mamamamam said...

mitok maaf la blako..."keras" sikit,
mugo ambo sayang ko tok guru tek...

baso dio doh..nabi pun tikko2 dio keras...

yg baik itu dr Allah, yg buruk itu kesilapan sy sendiri...

p/s-...(-:

Anonymous said...

Salam untuk Bapak Lie,

Kenapa bisness Bapak Lie selalu saja lingkup??

Dah acap kali buka bisness , dua - tia - empat bulan kemudian bisness lingkup.

Ada apa kah yang tak kena??? atau banyak mano orang tak bayar hutang bapak Lie??

john said...

TUBIK PULOK- kepado huJoh mamamann ambo nok royak....MANTOOOOP!