Penemuan di Permatang Pasir memberi jawapan kepada kewujudan pengundi hantu
WALAUPUN tidak sesuai dengan imej parti yang dikaitan Islam, namun Pas adalah parti yang mempergege dan mempopularkan kewujudan hantu, kononnya Umno/Bn menang kerana pengundi hantu.
.
Saya sendiri tidak pasti selama ini, malah keliru, golongan mana sebenarnya yang dikategorikan sebagai pengandi hantu, apakah pengundi yang wujud atau pengundinya tidak wujud tetapi kertas undinya lebih banyak dari jumlah pengundi berdaftar.
Juga saya menghitung-hitung sendiri, pakah para pengundi dari luar Kelantan yang tinggal di kawasan yang tidak memungkinkan Pas menang jika bertanding dan dipindahkan ke Kelantan untuk tingkatkan majoriti kemenangan Pas itu dtermasuk dalam kategori pengndi hantu.
Ramai oarng Melayu/Islam yang menghadapi dilema apabila calon yang bertanding di kawasan mereka bukan Islam telah memindah/dipindahkan nama mereka sebagai pengundi ke kawasan-kawasan yang Pas rasakan boleh kalah di kawasan tertentu di Kelantan kalau hanya dengan berjada.
Para pengundi sanggup berpindah kawasan kerana mereka mahukan pahala dari undi yang diberikan. Memberi undi kepada calon bukan Islam dianggap kurang selari dengan Islam ketika mereka masih ada pilihan untuk memberi undi kepada calon beragama Islam.
Ekoran dari Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang mengemukakan surat bantahan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan wujud keraguan dalam senarai pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, secara tidak langsung mengesahkan hitung-kira saya itu.
Jumlah pemilih yang berdaftar pada alamat yang sama bagi jumlah yang ramai bukan sahaja melibatkan pemilik sebuah rumah di Kampung Permatang Janggus yang tidak mengenali tujuh pengundi berdaftar menggunakan alamat kediamannya, tetapi saya cukup yakin kes yang sama turut berlaku di kawasan lain, terutama di Kelantan..
Pendedahan laporan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan bahawa berdasarkan senarai pengundi yang dikeluarkan, terdapat 14 pengundi beralamat di sebuah rumah yang mana apabila disiasat dengan pemilik rumah berkenaan didapati hanya tujuh pengundi yang dikenali manakala selebihnya tidak dikenali itu bukan suatu siri drama siaran stesen tv, tetapi ianya adalah realiti.
Sebelum ini bila Pas yang akan gege kononnya Umno/BN guna pengundi hantu dan orang mati pun mengundi bila mereka kalah dalam pilihanraya kecil tetapi tidak akan bangkitkan isu itu jika mereka menang, membuatkan Umno/BN terpinnga-pinga dan kebingunan, malah Umno/BN menafikannya dan menganggapnya sebagai mustahil, malah tidak dapat digambarkan wajah pengundi hantu yang dipergegekan.
Saya setuju dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang bahawa peremuan itu kita adalah bukti jelas terdapat kemungkinan wujudnya apa yang dikatakan sebagai pengundi hantu kerana ada pengundi yang didaftarkan di alamat yang tidak diketahui siapa mereka oleh tuan rumah sendiri.
Siapakah yang melakukannya? Apakah pelakunya tidak tahu bahawa apa-apa pun bentuk penipuan adalah haram dan berdosa. Calon yang menang kerana penipuan akan berdosa, parti akan berdosa, mereka yang bersekongkol akan berdosa dan setiap sen hasil yang diperolehi kerananya adalah haram.
Jangankan sampai 3,000 pengundi hantu/pengundi yang sengaja dibawa masuk melalui proses penipuan untuk memastikan kemenangan calon bertanding tetapi kalau hanya seorang sahaja pun ianya adalah perbuatan yang berodsa dan haram jadah.
Kalaulah Pas yang melalakukannya, maka ianya akan menjadi ibarat parti itu telah menggulai ayam yang disembelih secara sah dengan ayam yang mampus dipluas tengkuk dalam satu belanga, sekaligus parti itu terdedah kepada pengumpulan dosa.
Justeru tidak kira sama ada yang melakukannya Umno atau Pas, asalkan parti milik orang Melayu bergama Islam, apa-apa juga penipuan semata-mata kerana mahu menang dalam pertandingan hendaklah dielakkan.
Tidak guna menang kalau kemenangan itu membawa kepada pengumpulan dosa, sebaliknya lebih baik kalah kalau kerana kekalahan itu membawa kepada penhumpulan pahala kerana redha dan sekaligus mendorong ihak yang kalag memuhasabah diri untuk memeriksa kelmahan sendiri.
Wednesday, August 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
JOHN MENGOMEN-yang sebenarnyo abe li eh..hok ngundi hantu tu tu..ore lain payoh nok daftar atas so so alamat rama2. hok buleh buat lagu ni kena ado kerjasamo denga JPN jah (jabatae pendatare negaro). Set2 pembangkae buleh ko nok buat lagu tu. Ambo tengok ado 2 kemungkinae:
1-taktik 'reverse phsycology umno-dio sebut dulu lagi isu ni padahal geng2 hantu ni ore dio supayo puok pas dok syok yg umno napok lemoh wak tubik isu ni.
2-UMNO frust kot,geng2 hantu ni tok leh nok bui undi ko dio doh..so..dio rekolah cerito ngundi hantu ni..ingat dio ado kaitan dengan JPN kalu daftar alamat!
acu abe li komen pasal calon n11 tu..sesuai ko dok..nok sokongpun tengok latar belakang la jugok..tak doh doh ko ore2 hok berjurus dalam UMNO tu...think about it all readers MKJ!
Betul John, Meli ni dah rabun mata hatinya. SPR lah yang bertanggung jawab dalam hal ini.
UMNO rasa dah nak kalah buat helah bermacam macam. Jangan salahkan PR, salahkan SPR. Kalau itu pun tak faham memang bongoklah!
Selamat berpuasa. Hentikan fitnah
memfitnah kerana jika anda tulis perkara yang bukan bukan orang lain pula tumpang semangkok memanjangkan fitnah tersebut.
Yang timbulkan pengundi hantu ini orang Pas, bukan orang Umno. Ambo tahu, masa ambo masih aktif Pas dulu, ramai pengundi dari Pulau Pinang dan kawasan-kawasan yang calonnya bukan Melayu didaftarkan di Tendong, Hamid Pendek, Ex Penyelia DUN tahu benda ni. Orang Pas yang buat kerja ni, bukan orang Umno. Kalau orang Pas tak mengaku, boleh bersumpah laknat.
Saya yakin Meli tahu hal ini. Kes bertimbun-timbun nama untuk satu alamat ni sebenarnya kerja Pas. Cuma Meli tidak tulis terus terang, dia masih belapik lagi. Kalau cuba dijolok sekarang tebuan ada bahayanya.
Kerja Pas ni bukan setakat itu sahaja, sesama sendiri pun dia boleh pindah pengundi, biar kawasan orang lain (walaupun separti) merosot majoriti asalkan kita yang patut kalah akan menang melalui pemindahan pengundi.
Anonymous jangan jual agas dengan Meli, ambo tahu perangai dia, dan nyo kubang parak. Acap juga dalam pertandingan ketua bahagian misalnya, dipakai buah Meli, berselerak jadinya, calon yang mahu dikalahkan betul-betul kalah.
Ada tok wakil rakyat Pas pada satu kawasan yang pernah Meli kata kalau tak kalah dia akan berhenti menulis dan beliau ada mainan peranan suapay wakil rakyat berkenaan kalah dan wakil rakyat berkenaan benar-benar kalah.
Ada exco yang Meli pesan supaya cari kawasan buka pondok kerana akan kalah dalam pilihanraya, terbukti apa yang dikatakannya benar. Exco berkenaan kalah.
Meli sediri namanya mula-mula berdaftar sebagai pengundi kawasan Bukit Tuku, kemudian berpindah ke Tendong dan sekarang ni namanya ada dalam kawasan DUN Kota Lama. Tapi setahu saya Meli tak pernah mengundi pun.
Maaf Meli kawe pecah tempayan budu tengah orang ramai. Demo boleh agak ko sapo kawe ni. Kawe naik dugal dengan Pas lloni. Kalau Pas tak kerjasama dengan DAP dan PKR kawe bercawat kotel lagi kerja untuk Pas. Kawe rasa demo pun lagu tu.
Demo kena terus menulis, kena tegur Pas supaya parti itu kembali ke matlamat dan tujuan asal penubuhannya.
Tubik sokmo.Bila la john ni nak kecek tidak sebelah pihak aja.Bila pasal umno semuanya tak betul belako.Tu lah perangai ore PAS ore lain salah belako bila PAS kata ada pengundi hantu jadi betul dan bila Umno salah belaka.Mu ni John mulo mulo kena tukar nama biar nama islam lah pulok
TUBIK PULOK-kpd umi, soh! ciri2 jumud. apa ado pado namo? ketaqwaan la..namo islamik setaro mano pun kalu peranga tok betul wak gapo..ambo bui contoh (apo tuh pelakon gerak khas tu..rabecca nur Islam-seksi giller) demo tengok la..banggo ko lagu tuh..hok ni hok tok guru royak hino islam nyo! ambo menegur hok mano hok tok betul..hujah tu biar logik dan berfakta le..
kepada yg tak suko pas bekerjasama tu...tu bekas ore pas hok tok leh projek tu..hok kecewo dalae perjuange..kepada ore ni TAHNIAH ambo ucapkan.Berjuanglah dalam umno untuk menegakkan Islam sebenar ambo menuggu saat dan ketikanya itu...Insya'Allah...TAKBIR
John niii panda kechek pasal hukum hakam Islam gak... Tapi tengok kpd caro dia jawab x mencirikan alk ko tuuu pun. Ambo tgk majoriti oghe yg konon nye sokong Parti yg memperjuangkan Islam ni sebenar ni emosi sokmo.. oyak gapo pun betul alik dia sokmo..
Post a Comment