Thursday, August 27, 2009

MUNCUL KEMBALI (354)

Sebat Kartika: Mursyidul Am Pas tidak sependapat dengan Presiden

SEPARTI dan sama-sama bertitle 'tok guru' tetapi pandangan keduanya tidak sama, membuktikan bahawa dalam soal hukum hakam para alim ulamak kita masih belum seragam pandangan, barangkali juga berbeza sumber rujukan.

Itulah yang berlaku berhubung isu hukuman sebatan terhadap model sambilan kerana kesalahan meminum arak, Kartika Sari Dewi Shukarno berlaku ketidak-seragaman pandangan antara Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Presiden Pas, Dato' Seri Haji Abdul Awang.

Pandangan Presiden Pas yang dipetik dari laman web Pas pusat adalah sebagaimana berikut:
Jangan gopoh laksana hukuman sebat - Presiden Pas

KUALA LUMPUR, 26 Ogos - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. "Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.

Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan.

Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40-80 rotan jumlahnya, kata beliau.

Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

Manakala Dato' Haji Nik Abdul Aziz berpandangan sebagaimana yang dipetik dari akhbar Utusan Malaysia adalah sebagaimana berikut;
Nik Aziz terkilan hukuman rotan ditangguh

KOTA BHARU 29 Ogos - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terkilan kerana hukuman sebat yang dikenakan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor ditangguhkan tanpa sebab kukuh.

Beliau berkata, tindakan menangguhkan hukuman tersebut menunjukkan seolah-olah kuasa makhamah masih boleh diatasi oleh pihak tertentu.

"Saya serah kepada mahkamah untuk tindakan lanjut, cuma dari segi tknikal, saya terkilan, pergi, panggil bali tetapi tidak ada apa-apa, macam langgar kuasa mahkamah.

"Urusan mahkamah saya tidak mahu campur" katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco di sini hari ini.

Sementara itu Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, sala satu punca Umno tewas pada Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pematang Pauh ialah dasar parti itu yang menolak Islam.

Beliau berkata, kemenangan Pas di Permatang Pasir itu juga menunjukkan rakyat semakin sedar dan menyokong perjuangan Islam.

Apa kata penjenguk? Apakah pandangan Presiden Pas yang paling patut atau pandangan Mursyidul Am parti itu yang lebih patut dan tepat?.

Kedua-duanya lepasan universiti yang sama, Dato' Nik Aziz lulusan M.A. Perundangan Islam Universiti Al-Azhar manakala Dato' Seri Hadi pula lulusan M.A. dalam bidang Siasah Syariyyah universiti yang serupa.

Sebelum ke Mesir, Dato' Nik Aziz belajar di India dan di Mesir beliau turut mengaji dalam sastera Arab manakala Dato' Haji Hadi sebelum ke Al-Azhat beliau belajar di Universiti Madinah hingga ke peringkat B.A. (Syariah). Beliau (Dato' Seri Haji Hadi) menghabiskan pengajian di Universiti Al-Azhar dan mendapat M.A. dalam tempoh dua tahun sahaja.

Oleh kerana dua tokoh yang begitu berilmu tidak seragam, mahu tidak mahu menjadikan orang macam saya yang tidak sakan ilmu akan keliru. Hakikatnya di negara ini jumlah orang macam saya jauh lebih ramai bilangan berbanding dengan orang macam Dato' Seri Haji Hadi dan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat serta yang setaraf dengannya.

7 comments:

Anonymous said...

TUBik Sokmo.guano john dua2 tok guru puak demo.marilah kita dengar komen TuanGuru John pula.

Anonymous said...

meli kapak jangak, aku suka sangat
dgn mu, betul srupa sadek , mu kalau tak reti, mu tunjuk tidak reti , itu yg aku suka ke mu,sebenar nya dua tok guru tak ada pertentangan dlm pendirian asas
mereka .cuma nya.dua2 menekan kpd
sudut berbiza, itu saja. tetapi yg
teruk bapa2 dan mak2 umno jahil dlm
perundangan islam tapi masih mahu bercakap, terpancar dlm ulasan2 mereka kontradiktion yg teruk. amat malang bagi umat islam malaysia berketuakan pemimpim 2umno, jahil murakab.cuba mu himpun
percakapan mereka terasa kebuduhan
dan ketidak yakinan terhadap hukum
hakam islam .aku kalu buleh taksir
duduk bawah pemerintahan mereka takut kena bala tuhan.jahil bedaah,,,

john said...

JOHN MUNCUL-napok gayonyo ambo ado peminat doh..kalu nok dengar hujoh ambo keno terimolah..ok lagu ni..apa yg dinyatakan oleh kedua tok guru tak dok bezo dari segi matlamat asal (mendaulatkan syariah islam)..kito keno pehe molek la..TGNA merujuk kpd keputusan mahkamah yg di 'klu-klek' oleh golongan jahil..dah kalu mahkamah putus..jalankanlah..TGHA pula dari segi memperkemaskan hukuman yg sedia ada maknanya penangguhan itu supaya hukuman syariah ni biar betul difahami selari dengan hukum hudud yang Allah suruh..cuma kita takut hukuman sebat ni tak dok langsung disebabkan golongan2 jahil yang bertopengkan islam..kepada yg nok tengok macammana hukuman ini dijalankan di Acheh sila lawat www.corpun.com..dan kepada abe li jangan dok pelik la pasal khilaf antara ulama' ni, mereka tahu apa yang sebenarnya..jgn nak cuba mempertikaikan pengajian ilmu mereka kelak akan menjahilkan diri kita lagi dan satu lagi ambo nok suruh pembaca fikirkan..mengapa dalam islam ni ada 4 mazhab utama yang di bawa oleh 4 imam tersohor..tak pelikkah anda semua?.kalau tak tahu bertanya kepada yang lebih tahu sementara mereka ada lagi didunia ni...ingatlah kematian ulama' di akhir zaman seumpama lubang yang tidak dapat di tampung lagi..fikir2kan wahai pencacai semua..wallahualam..

Anonymous said...

dengar tuh meli hak john jawab. bukak sikit otak tuh... tak kan benda besar piras nak ambil isu besar.

tengok isu ore ameno tok leh masuk syurga senyak dik dah. bak po? sebab prk permatang pasir habis dah...

acu gegar isu mca pecat soi lek. dedah skit bakpo jadi gitu

PUTRA CAKNA said...

Ternyata amat mudah untuk berkata dengan hukum Islam tetapi untuk melaksanakan amat payah. Kedua-dua tok guru ini hanya memberi pendapat bukan cara menyelesaikan hukum orang yang minum arak.
Pendapat kedua-duanya menyalahkan orang lain.
Kalau kita beri kepada kedua-duanya untuk memberi hukuman barangkali harus tak dapat diselesaikan (merujuk kepada pendapat keduanya : seorang kata tak payah disegera, seorang kata disegera)
Walaupun demikian, keputusan mahkamah harus diteruskan. Hukuman sebat harus dilaksanakan sama ada cepat atau lambat bergantung kepada keadaan yang membolehkan berbuat demikian.
Yang penting, sebat tetap sebat. Seluruh dunia sudah tahu.
Orang yang nak disebatkan pun sudah beria-ia nak disebat macam orang nak berbuka puasa bila masuk waktu. Jadi patut disebat. Biar jadi pengajaran.

ambo said...

Hebat sentiasa kalau bercerita tentang matlamat asal....

Matlamat tak mehalalkan cara.....

Anonymous said...

yang betul sekali adalah ....jalan Allah ... ikut alQuran & alhadist.

Jangan syirikkan Allah dengan ideologi sekular dan bersyariatkan aqal semata-mata dan hawa nafsu ....