Rugged tak semestinya jahil
SEMENTARA menunggu tibanya waktu berbuka dengan anak bini sebelum ke masjid berterawih, saya ingin memberi respon kepada komen penjenguk sebagaimana berikut;
chegarMD said...
meli kapak jangak , tak leh main2dgn dia , panda dlm hal hukum2 ni.pandai dalam tiori, tapi dlm bab peraktik ,disinilah tempat lentang pukang,terutama orang2 umno, nya ghedah ghta . sebab nya kurang keyakinan atau beriman pada setengah tempat dan pada tempat yg lain buat2 tak tahu.cuntuh nya keskartika , nampak sangat kebuduhan mereka.muat aku dgn menteri2 mereka, inshaallah pru13 harap orang2islam dapat memberi pengajaran diatas kebaculan mereka ini.amboi pandai2 masuk campor.kalau tak reti gak, tak usah dok agas nak bercakap, tak kena lagu masukdlm bab menghina mahkamah baru padan dgn muka.
August 27, 2009 8:
Terima kasih atas komen yang diberikan. Perlu saya tegaskan dengan segala rendah diri bahawa saya bukan orang hukum hakam, cuma kebetulan saya mengaji ala kadar di sekolah agama dan kebetulan pula saya boleh membaca jawi dengan agak baik, termasuk tulisan jawi kaedah lama, membolehkan saya membaca kitab-kitab lama di samping buku-buku terkini.
Masa mengaji dulu ustaz saya kata kita kena berani memberi pandangan supaya apa yang baik dan betul akan memberi guna kepada orang ramai (jika dibuat melalui tulisan) manakala jika tidak betul, orang akan betulkan kita, maka secara tidak langsung kita mendapat ilmu dari pembetulan itu di samping pembaca lain juga akan dapat faedah sama.
Untuk terus menadah kitab secara sepenuh masa (kecuali pada kuliah-kuliah Maghrib) barangkali tidak sudah cukup masa kerana masa kena digunakan bagi memcari rezeki untuk tanggung anak bini. Bekerja mencari rezeki juga adalah suatu ibadat. Saya tidak setuju kerana ghairah berdakwah, bini pula kena cari rezeki untuk makan minum anak-anak, malah juga untuk biaya kos suami keluar dakwah.
Apa lagi jika hasil dari mencari rezeki yang halal, maka perolehannya melebihi keperluan keluarga dan dapat pula disedekahkan, lagi berpahala, malah kita akan mulia kerana menjadi tangan yang di atas, bukannya menjadi tangan yang dibawah, pantang ada peluang, maka dijaja uncang meminta sedekah yang mana untuk nampak lebih standard disebut pungutan derma kilat dan sebagainya.
Selepas membaca komen anda tadi, saya bersembahyang Jumaat di Masjid Kampung Sireh (masjid utama saya berjemaah) sambil menunggu sehingga masuk waktu 'Asyar, saya bersantai dan membaca beberapa surah al-Quran. Saya duduk di beranda sambil menikmati hembusan angin segar.
Selepas 'Asyar saya masih lagi duduk di beranda membaca Surah Al-Waqiah, surah yang cuba saya hafal, malah yang paling seronok saya membacanya selain dari Surah Ar-Rahman dan Yasin. Dalam pejam celik pejam celik cuba mengulang-ngulang satu ayat ke satu ayat yang lain, saya dikejutkan oleh ucapan salam seseorang.
Salam itu diucapkan oleh seorang pemuda rugged, berseluar jeans carik di kepala lutut, berkemeja 'T' dan memakai ikatan kain pada kepalanya. Dia minta izin mahu guna selipar untuk berwudu'. Tapi saya kata selipar masjid tak payah minta izin. Katanya dia agak terlewat sembahyang 'Asyar kerana ramai sangat pelanggan di gerainya.
Selepas mengambil wudu' , sebelum sembahyang, dia bersalaman dengan saya dengan membahasakan saya 'abang'. Saya maklumkan kepadanya tempat kain pelaikat wakaf disangkut, dia kata seluar masih bersih lagi. Saya nampak tempat carik seluarnya boleh menyebabkan auratnya terdedah.
Tergamam saya bila kain pengikat kepalanya tadi yang disimpan dalam kocek seluar semasa mengambil wudu' digunakan bagi mengikat bahagian lutut seluarnya yang carik. Tanpa berkopiah atau pun bersongkok dia menunaikan sembahyang dengan cukup tertib. Cara sembhayangnya menampakkan dia sangat hati-hati dan khusu'.
Masa ruku' aras kepala dan punggungnya sama rata. Masa iktidal, bedirinya agak lama juga. Dalam qiamnya tegak dan badannya tidak bergerak. Masa sujud dahi dan hidung mencecah karpet manakala jari-jari kakinya dilipat dan dada telapak kakinya mencecah karpet.
Duduk antara dua sujudnya juga cukup tertib. Walaupun rugged orangnya, tetapi cara sembahyangnya cukup cermat dan tertib, bukan sembahyang secara ekspress. Dia memenuhi ciri-ciri sebagaimana ustaz saya mengajar murid-muridnya dulu, sembahyang dengan penuh tertib.
Kalau tok-tok lebai jumpa pemuda rungged itu di mana-mana, pasti akan dianggap seorang yang jahil teropong, kalau pun tidak dilabel sebagai kaki dadah. Ini adalah kerana lazimnya ukuran lebai tak lebainya seseorang akan dilihat pada cara berpakaiannya.
Yang berkopiah akan dianggap lebih Islamik dari yang bersongkok. Yang berjubah, berjanggut dan berserban akan dianggap lebih lebai dari kalangan yang berbaju Melayu Telok Belanga dan hanya bermisai tanpa janggut atau pun tanpa misai dan juga tanpa janggut, apatah lagi yang berseluar jeans carik kepala lutut.
Selepas wirid dan berdoa dengan agak panjang, pemuda rugged itu sekali lagi bersalaman dengan saya dan tanpa dipinta katanya dia kena segera ke gerai kerana semakin petang pelanggan semakin ramai. Letih tapi terpaksa buat juga kerana mahu cari rezeki, katanya walaupun saya tidak tanya apa-apa tentangnya.
Tidak lama sebelum pemuda itu pergi, sebuah van masuk ke kawasan parking masjid. Lima orang yang semuanya berjanggut dengan berjubah putih (mungkin kumpulan tabligh) turun dari sebuah van yang sudah agak tua dan terus naik ke masjid. Semasa melintas depan saya, ada bau yang menyakitkan hidung, bau campuran minyak atar dan jubah yang mungkin sudah banyak hari tidak dibasuh.
Saya cuba senyum tetapi tidak seorang pun yang membalas senyuman saya, apatah lagi bersalaman. Mungkin mereka dari aliran yang menganggap bersalaman itu adalah amalan Yahudi. Lagi pun sekarang saya tidak berjanggut macam gambar pada masshead blog saya lagi. Lepas bini saya gunting dan kedudukannya janggut saya jadi tidak berapa sama, saya mencukurnya setiap hari. Kini saya tanpa janggut tanpa misai.
Untuk tujuan belajar, saya perhatikan cara mereka sembahyang. Mereka tidak ambil wudu', pasti masing-masing sudah dalam keadaan berwudu' yang merupakan seperkara yang biasa bagi orang kuat agama, sentiada dalam wudu'.
Cara sembahyang mereka cukup ekspress, ruku', iktidal, sujud dan duduk antara dua sujudnya semuanya ekspress. Masa sujud hidung tidak mencecah karpet, jari-jari kaki tidak dilipat, sebaliknya didirikan. Semasa qiam badan tidak pernah diam, malah seringkali janggut panjang masing-masing yang sudah putih dilurut-lurut.
Kalau ikut kata ustaz sayalah, sahlah cara sembahyang mereka itu tidak memenuhi syarat sah sembahyang, terlalu laju, sembahyangnya ekspress dan tidak tertib berbanding dengan pemuda rungged tadi. Mungkin mereka sudah cukup mahir dan bijak dalam bersembahyang, maka sembahyangnya hanya mengambil masa yang singkat, bacaan-bacaannya dibaca dengan laju.
Lepas sembahyang, mereka tidak wirid dan tidak berdoa. Masing-masing turun dari masjid menuju ke van dan menderu pergi. Walaupun sekali lagi melintas depan saya, mereka tidak bersalam, malah senyuman saya pun tidak dibalas walhal memberi dan membalas senyum adalah suatu sedekah.
Melihat dua keadaan itu menjadikan saya teringatkan komen di atas tentang praktik hukum hakam yang kononnya lintang pukang. Bagi saya soal tertib ternin dalam pelaksanaan hukum hakam, termasuk dalam sembahyang bergantung kepada kesanggupan seseorang, bukannya berdasarkan kepada wajah dan identiti luaran mereka.
Rajin dan banyak beribadah atau mahir dalam hukum hakam pun tidak memberi makna kalau tidak memenuhi syarat sah sembahyang misalnya, maksudnya ada ilmu tetapi tidak dipraktikkan dengan betul. Kualiti pelaksanaan hukum hakam dan smbahyang mesti kena dijaga.
Kata ustaz saya bila berjalan dalam hutan, hampir tidak ada orang mengaduh langgar pokok tetapi ramai yang berkerut dahi menahan sakit terpijak tunggul-tunggul kecil seperti tunggul pokok resam dan sulur lalang kerana kaki tidak bersepatu.
Dalam ibadat juga orang terlalu mengutamakan pokok amal ibadat yang besar-besar tanpa mengambil kira perkara-perkara kecil yang boleh membatalkan pelaksanaan sesuatu hukum hakam terutama dalam hukum dan rukun bersembahyang.
Soal hukuman sebat itu bukannya saya mahu lebih sudu dari kuah tetapi bertujuan memberi pandangan. Dalam menyatakan kebenaran tak perlu takut. Macam mana nak berjuang dan menjadi penjuang kalau dengar kentut perut kembung makan ubi setelo rekus pun dah disangka bom.
Walaupun tidak mengaji universiti, saya bukannya bangang sangat. Sebagai pengamal media, saya turut terlibat dalam membuat liputan mahkmah. Saya tau apa yang boleh dan tidak boleh ditulis, malah saya juga membaca buku-buku perundangan bagi memudahkan saya menulis hal-hal makhamah.
Friday, August 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Saya amat tertarik dengan tulisan ini.
Sedikit sebanyak mengajar kita cara-cara mengerjakan sembahyang dengan betul.
Sememangnya zaman sekarang ini bila kita lihat orang sembahyang, banyak dikalangan kita sembahyang dengan cara mungkin tidak belajar.
Kalau kita pergi ke masjid dan tengok orang sembahyang, ada macam-macam.
Sudah tentunya Allah menerima sembahyang orang-orang yang melakukan sembahyang mengikut rukunnya dan cara-cara sah rukun dilaksanakan.
Kalau pakaian tak bersih walau pakai jubah sekalipun agak keraguan bagi kita untuk mengatakan sah atau tidak.
Justeru itu lakukan sembahyang dengan kaedah yang betul mengikut apa yang diajar oleh Rasulullah. Semoga sembahyang kita diterima oleh Allah.
Dan yang paling penting sembahyang adalah membezakan orang Islam atau kafir dan bukannya menjadi ahli politik tertentu yang membezakan Islam atau kafir.
Wallahua'lam.
slm haji li, kawe klek pula jumpa
demo, sebenar nya kawe suka baca tu
lisan2 demo, sekali ni kawe pangil demo haji li pula deh.sebenar nya kawe tulis kemarin kawe tengah pan
as dgn orang2 besar hak tak reti hukum2 jenayah tapi dia masuk cam
por, hak tu yg kawe maghah sangat, kawe tak maksud dgn sambahyang ben
g , kawe tahu oghang kelantan tak
kira parti, semua panda sembahyang.
tapi yg saya maksudkan dlm bidang
politik,ekonomi,sosial,dll lagi,
islam bukan sebagaimana agama2 lain, islam memberi jawapan kpd
segala apa yg berlaku dan akan ber
laku , semua nya ada kaedah dia. cari buku2 tulisan, orang2 alim dri luar malaysia dlm bahasa apa
pon.sebenar nya bukan semua yg di
pegang oleh umno semua nya salah,
begitu juga bukan semua yg di ajar
dlm pas tak buleh di pertikaikan,
cuntoh nya tentang fahaman nasiona
lisma yg sentiasa di tentang oleh tok guru, bagi saya nasionalisma
dalam pemerintahan dan pentadbiran
tidak bertentangan dgn islam,cuma
dari segi akidah islam tak ada nasionalisma, islam itu universal,
saya rasa banyak orang2 pas keliru
dlm masaalah ini.sepanjang pembaca
an saya dan pemerhatian saya semas
a saya belajar dan kerja di negara arab ,mereka tidak pernah mengata
kan nasionalisma itu sesat,bahkan
dlm pemilihan khalifah nabi sendiri selepas wafat rasul pon mereka memilih orang2 dri kalangan kuraish yaitu kabilah atau race nabi sendiri,sedangkan ada sahabat dari madinah dan lain2 cukuphibat, disini secara ringkas menunjukkan mereka memilih dari kalangan orang2 terdekat dan boleh di percayai.
.
askm
meme g2 lah sokmo2 yg terjadi. Kita menilai hya sekadar luaran sahaja. pakai sarban, jubah, janggut cecah lantai...myk atar secupak adalh ukuran alim dan faham Islam...dalam perjalanan nak faham Islam, kenalah letak diri dalam keadaan jahil dari segi sufinya...str
Post a Comment