Pejuang Islam tulen tidak akan gerun pada ISA
RATA-RATA orang Islam mahu berjuang dan mahu dilabel sebagai pejuang Islam/mujahid tetapi tidak ramai yang berani mengambil risiko dan bersedia untuk reda dengan hadangan dan musakah yang kena dihadapi sebagai antara asam garam dalam perjuangan, walhal risiko dan musakah kalau dihadapi dengan reda, akan mendatangkan pahala.
Di negara ini, ada pihak yang sanggup mengumpul para penyokong untuk menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang merupakan antara risiko, musakah dan hadangan kononnya untuk para pejuang berdasarkan kepada pelabelan penentang kerajaan/pembangkang manakala kepada kerajaan pula menganggap penentang yang sanggup mengadakan perhimpunan/demonstrasi haram sebagai pengacau dan pengancam ketenteraman awam.
Secara peribadi, saya berpandangan penentang ISA dan gerakan hapuskan ISA adalah terdiri dari kalangan yang pengecut dan bacul, mahu berjuang dan mahu dilabel sebagai pejuang/mujahid tetapi tidak sanggup berdepan dengan hadangan dan risiko, ertinya mahu berjuang tanpa perlu berdepan dengan sebarang cabaran, onak dan duri dalam perjuangan.
Saya teringatkan kisah seorang mujahid dan ulamak terkenal India bernama Syeikh Radhiallah Al-Badawny. Beliau berjuang menentang Inggeris pada tahun 1857. Ekoran dari itu beliau ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati.
Hakim yang mengadili kesnya adalah muridnya sendiri. Hakim mengarahkan Syeikh Radhiallah agar beliau menolak segala tuduhan. Jika beliau berbuat demikian, hakim akan menggunakan kuasa dan budi bicaranya membebaskan gurunyaitu. Tetapi Syeikh Radhiallah menolak, malah dengan tegas menyatakan;
"Saya sudah turut berperang menentang Inggeris. Itu adalah hakikatnya. Mana mungkin saya menolak tuduhan yang memang saya lakukan. Tuan pula sebagai hakim, dalam menegakkan undang-undang, tuan jangan salahgunakan kuasa. Betul saya guru tuan, tetapi sekarang saya adalah pesalah yang tuan adili"
Dengan berat hati hakim terpaksa juga menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Syeikh Radhiallah. Ketika Syeikh Radhiallah dibawa ke tiang penggantungan, hakim yang menjatuhkan hukuman itu menangis dan merayu agar Syeikh Radhiallah menraik balik pengakuan bersalahnya.
"Sehingga detik ini pun kalu Syeikh mahu membantah sedikit sahaja tentang tuduhan ke atas Syeikh, saya akan membebaskan Syekh sekarang juga" rayu hakim dalam tangisan. Mendengar rayuan hakim itu Syeikh Radhiallah naik marah dan berkata;
"Apakah anda bermaksud mahu melenyapkan perbuatanku dengan berbohong atas diriku sendiri. Dengan berbuat begitu bererti aku menyesali perbuatanku dan musnahlah segala pahala atas perbuatanku itu. Aku memang turut berjuang, sekarang putuskanlah apa juga keputusan menurut hukuman yang anda tetapkan"
Ekoran dari itu, maka Syeikh Radhiallah pun menjalani hukuman gantung kerana tidak sanggup menjual pahalanya dengan tawaran pembebasan dari hakim yang merupakan muridnya. Tindakannya itu juga adalah untuk mengelak dari anak muridnya terbabit dalam salahguna kuasa sebagai hakim yang bertugas dengan penjajah Inggeris.
Pokoknya di kalangan para pejuang di negara kita, berapa orang yang ada semangat juang seperti Syeikh Radhiallah Al-Badawny. Belum lagi kena hukuman gantung, kena kurung dibawah ISA yang tidak membawa kepada kematian pun sudah gentar, sudah kumpul orang ramai membuat perhimpunan/demonstrasi haram dan mendesak ISA dihapuskan.
Bukankah kalau benarlah ISA itu kejam, maka bagi mereka yang beragama Islam yang ditahan dan redha dengan penahanan di bawah akta berkenaan akan berpahala. Menuntut penghapusan ISA bermakna melupuskan peluang untuk mendapat pahala. Dari sudut kacamata Islamnya, cerdikkah kalau kita menentang ISA dan menuntut agar ia dimansuhkan sedangkan kalau ia terus kekal, ianya membuka peluang tahanan mendapat pahala?
Saya yakin pejuang Islam tulen, pejuang yang berjuang untuk dapatkan ganjaran pahala tidak akan gerunkan ISA, juga tidak akan gerunkan penjara, peluru bedil, ledakan bom atau kematian. Kalau pejuang takut mati dalam berjuang, maknanya apa yang diperjuangkan belum sohih berpahala!
Saturday, August 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aSKM TUAN
Pendapat saya begini tuan.
Kalau dmenentang kezaliman ISA pun di anggap x berpahala, apakah Salahuddin Ayub dan tenteranya juga akhirnya sia2 di disisi Allah. Soal pahala tidak timbul tuan. Lani kita bincang tajuk kezaliman/demokrsi. Kalau nak bahas tajuk pahala,senyum pun dpt pahala. Mengapa tidak Salahuddin biarkan Constantinople kekal bawah kafir itu agar semua penduduk ISlam dapat pahala lebih begitu?
Pelik lagu tu tuan. Kawe rasa byk xkena post demo kali ni,pelik. Adakah membiarkan kezaliman ISA(contoh) adlh stu perbuatn berpahala? Nak tggu ore ketuk kepala kita, pastu sabar, nanti dpt byk pahala? hehe, dah jadi mcm PAs plak demo ni.dlm bijak berpolitik Islam, kita harus pandai mencilok ( pandai/bijak mencilok) utk menjaga kepentingan muslim. Cth isu arak di selangor. Wlpn Pas sikit majoriti, namun bijak politik akan memungkinkan mungkar awam di selangor dpat di minimumkan. Tu pun kalau bijak. Tp dah dapt HAssan Ali, letih la muslim di selangor.Cakap berdegar degar tp belum tentu bijak. Benda ni x di ajar dalam kitab kuning. Sbb tu Pas slow,dapat ualamk jenis hafal hadis, lulusan Mesir, bila nak tafsir dalam realiti sebenar, terkial-kial, macam ayam berak kapur. Natijahnya, Pas ganu terkubur 2004. Hehehe
Sdr MKJ kata ...."Bukankah kalau benarlah ISA itu kejam, maka bagi mereka yang beragama Islam yang ditahan dan redha dengan penahanan di bawah akta berkenaan akan berpahala. Menuntut penghapusan ISA bermakna melupuskan peluang untuk mendapat pahala. Dari sudut kacamata Islamnya, cerdikkah kalau kita menentang ISA dan menuntut agar ia dimansuhkan sedangkan kalau ia terus kekal, ianya membuka peluang tahanan mendapat pahala?" ------ ayat ni tak berapa betul......
Arahan Allah:
1. Amru bil ma'ruf wa nahyu anilmunkar .... sekular, ISA, rasuah, salahguna kuasa ..itu munkar juga seperti arak, zina, judi dll.
2. Tegakkan keadilan. sesungguhnya keadilan itu mendekati ketaqwaan .... ISA itu zalim bukan?
Apakah sdr MKJ cuba menegakkan & pertahankan kezaliman?
Post a Comment