Saturday, August 29, 2009

MUNCUL KEMBALI (362)

Berjuang/bekerja untuk kocek atau untuk keredhaan Allah?

IRONInya bila mencari pekerjaan, keutamaan perhitungan adalah jumlah gaji yang bakal dibayar, ada peluang buat over-time ke tidak, jarang yang akan minta kerja dengan gajinya nanti bolehlah disandarkan kepada perkhidmatan yang akan diberikan, bukannya kerjanya tak seberapa tetapi gaji mahu lumayan.

Kalau berjuang, apatah lagi di gelanggang politik, akan dipastikan apa faedahnya yang akan diperolehi sama ada dalam bentuk kemungkinan diberi jawatan berpendapatan lumayan walaupun dari sudut kelayakan untuk jawatan berkenaan ada orang lain yang lebih layak, ada peluang mendapat kawasan balak untuk kemudiannya dijualkan, ada peluang diberi tender mudah atau sebagainya.

Maka timbul persoalan di kepala kita, apakah kita berjuang/bekerja untuk kocek atau untuk keredhaan Allah?. Apakah kalau kita berada di sebelah parti politik yang mampu memberikan kita gaji cuma RM800 sebagai guru sekolah agama dibawah kerajaan negeri, bila kita ditawarkan jawatan kerja dengan gaji RM1,500 oleh parti lawan, maka kita sanggup tukar parti politik tanpa faktor-faktor lain, terutama dari sudut dasar parti yang dilihat tunggang langgang untuk menterpaksa kita mufarakah dari sesebuah parti politik yang kita sokong?

Kisah Syeikh Abdurrahim Rambury barangkali boleh kita jadikan teladan untuk memuhasabah diri pada standard mana sebenarnya kita dalam bekerja/berjuang dan untuk apa sebenarnya kita bekerja dan berjuang, juga sama ada ikhlas atau tidaknya kita dalam berjuang/bekerja.

Syeikh Abdurrahim Rambury, seorang cendekiawan/ulamak zuhud, menjadi guru di desa terpencil bernama Rampur, India dengan gaji yang sangat rendah diberikan oleh pemerintahan Islam, yakni tidak lebih dari 10 rupee.

Tugsanya adalah untuk mengilmukan anak bangsanya, termasuk ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Islam bagi melahirkan insan yang bukan sahaja menyintai Islam tetapi juga beriman dan bertaqwa.

Seorang penguasa Inggeris bernama Hakings yang sedar tentang kekecndekiawanan Syeikh Abdurrahim Rambury telah menawarkan Syeikh berkenaan dengan jawatan pensyarah di Universiti Berraily dengan gaji 25 kali ganda lebih tinggi, yakni sebanyak 250 rupee.

Syeikh itu juga dijanjikan dengan kenaikan gaji dalam jangka waktu yang disingkat di samping berhak untuk menerima pelbagai kemudahan dan keistimewaan sebagai seorang pensyarah. Tetapi Syeikh berkenaan menolak tawaran itu dengan berkata; "Saya sekarang sudah menerima gaji 10 rupee. Gaji saya akan berhenti kalau saya berpindah kerja tempat lain".

Penguasa Inggeris itu terkejut mendengar jawapan yang dianggap pelik dan aneh itu sambil berkata; "Tidak pernah saya alami sebagaimana yang terjadi pada hari ini. Saya tawarkan gaji yang lebih daripada gaji anda sekarang, tetapi anda menolaknya, bahkan lebih senang dengan gaji yang kecil sekarang".

Lalu Syeikh itu cuba mencari alasan yang boleh meyakinkan penguasa Inggeris itu dengan mengatakan bahawa di rumahnya ada sebatang pokok 'sidr' yang beliau sangat suka memakan buahnya. Andainya beliau berpindah tempat kerja ke Berraily University, tentu beliau tidak akan dapat menikmainya lagi.

Penguasa Inggeris itu tetap tidak dapat memahami maksud kata-kata Syeikh Abdurrahim Rambury, lalu berkata: "Saya sanggup mengirim buah sidr itu kepada tuan dari Rampur".

Syeikh Abdurrahim Rambury terus memberi alasan penolakkannya dengan berkata: "Di Rampur saya mempunyai ramai murid. Kalau saya pindah ke Berraily, tentu mereka akan terbiar dan tidak dapat belajar lagi".

Penguasa Inggeris itu masih berusaha meyakinkan Syeikh Abdurrahim Rambury dengan berkata: "Saya sanggup mengakut mereka ke Berraily untuk dapat meneruskan pelajaran merea dengan anda"

Akhirnya Syeikh Abdurrahim Rambury terpaksa berterus terang dan berkata: "Bagaimana jawabanku nanti bila Allah menanyakan, kenapa engkau wahai Syeikh Abdurrahim Rambury menerima upah dari ilmu yang engkau ajarkan?"

Barulah penguasa Inggeri itu sedar dan tidak dapat berkata sepat kata pun untuk menerukan pujukkannya setelah dapat dselami dan difahami pendirian dan keteguhan seorang ulamak soleh dan zuhud, Syeikh Abdurrahim Rambury.

Syeikh Abdurrahim Rambury tetap mengajar di desa Rampur dengan gaji 10 rupee hingga mati. Bayangkan bagaimana kalau kita jadi Syeikh Abdurrahim Rambury, apakah kita akan seteguh pendiriannya atau pun akan cair dengan tawaran gaji 25 kali ganda lebih tinggi walaupun ianya bersifat memperdagangkan ilmu kurniaan Allah.

Tengok sahaja apabila kita berceramah atas nama politik Islam, paling tidak pun kita akan minta bayaran RM500 atau lebih tinggi lagi jumlahnya dengan tambang, tempat tinggal dan makan minum adalah percuma walaupun untuk menanggung itu semua, wangnya terpaksa dipungut dari hadirin oleh petugas khas pembawa uncang. Kalangan yang dipungut derma itu pula hidup 25 kali ganda lebih susah dari kita.

Wabak dan sindrom memperdagangkan ilmu pada zaman mutkahir ini ketara apabila industri motivasi bercambah macam cendawan tumbuh selepas hujan kerana kelumayaan perolehannya, sehingga yang jadi pensyarah, yang jadi iman besar, yang jadi pegawai agama dan sebagainya sanggup letak jawatan untuk memceburi industri motivasi.

Malah ada pensyarah, ustaz, iman dan penjawat-penjawat jawatan dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja dakwah dan mendaultakan syiar Islam sanggup berhenti kerja untuk menjadi pendakwah bebas kerana perolehan sebagai pendakwah bebas jauh lebih tinggi.

Apakah dalam keadaan ilmu-ilmu kurniaan Allah diperdagangkan. termasuklah dalam pengajaran ilmu-ilmu al-Quran yang kena dibayar/digaji/diberi elaun, imam-imam, bilal dan siak kena bergaji tetap dan ada cakro kerja dan boleh ada hari cuti dan off, Islam boleh berkembang dan gerakan dakwah akan berhasil?

Bukankah apabila ilmu-ilmu agama sanggup diperdagangkan untuk meraih hidup senang linang, ianya adalah merupakan antara tanda-tanda dunia sudah berada di penghujungnya. Yang barangkali jarang ditanyakan ialah apakah ahli agama yang memperdagang dan memperindustrikan ilmunya akan layak masuk syurga?

Jawapannya, kena buka al-Quran dan semak Hadis untuk mencari jawapan pasti dan mutlak. Rasulullah s.a.w. memberi jaminan sekiranya keduanya dijadikan rujukan mutlak, maka umat baginda tidak akan sesat!

8 comments:

Ekeng A/L Etong said...

Tahniah atas tersiarnya cerpen saudara di Mingguan Mslasyia hari ni.


Ekeng a/l etong
(Shaidun Haji Shaari)

Tok Cha Domat, Kg Balai said...

Weh ekeng mung reti koo baca surat kabar? Yang aku tahu mung kaki minung tuwok masam

john said...

TERBIT LAGI- Abe lie quote " Tengok sahaja apabila kita berceramah atas nama politik Islam, paling tidak pun kita akan minta bayaran RM500 atau lebih tinggi lagi jumlahnya dengan tambang, tempat tinggal dan makan minum adalah percuma walaupun untuk menanggung itu semua, wangnya terpaksa dipungut dari hadirin oleh petugas khas pembawa uncang. Kalangan yang dipungut derma itu pula hidup 25 kali ganda lebih susah dari kita. "
-diharap abe lie buleh sumber ni dari penceramah sendiri bukan dari sumber yg buleh dipercayai nanti mengumpat dibulae ramadhan pulok. Bg ambo pengikut setio ceramoh sejok ngaji di U ambo tok kisoh manopun pasal bui dermo ni kerano ambo paka prinsip 'tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menadah'.Ambo redho kalu dio puta ko,tu dio nga tuhe la..sepanje ambo dok follow ceramoh ni ambo buleh kena ore hok mano hok biaso bui dermo nga hok tok biaso bui..tak po la mugo atah keikhlasae kito cumo so jah hik ambo dok confius sokmo..bakpo ore umno berehi benar wak tubik isu ni padahal tok guno duit dio pun (abe lie jange sero)..so lagi kalu nok kato adokah pendermo ni ore tok cerdik?..tapi lo ni rama golongan2 professional hok banyok dok sumbae tuh..pah lagu mano?...bab ni memae ore UMNO tok leh chellenge..sebab tu macae2 tuduhae dio lepar...wassalam

Orang Dalam Kerajaaj Pas Kelantan said...

Meli 'kan kerja dengan Urusetia Penerangan Kerajaan Pas Kelantan. Selain dari buat kerja-kerja kepengrangan, dia juga ikut pasang alat siaraya dengan rakan-rakan setugas. Waktu saya dan Meli di urusetia dulu kakitangan tak ramai, kami kerja saling bantu membantu tanpa kira unit macam sekarang ni. Atas nama pengarang Meli pun ikut gulung wayer alat siaraya, dia buat skrip dan arahkan pantomin sekali.

Kawe pun ikut serta dalam kerja-kerja tu, jadi regu kerja Meli. Kecuali Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi dan dan Ustaz Halim (dulu YMB), penceramah lain dibayar belaka, ada yang TM300, ada yang RM500.

Rakan kepada oang dalam kerajaan Pas Kelantan said...

John beso dok dalam kerajaan Pas dan urus ceramah-cermah Pas ke> Dato' Hassan Ali, Dato' Ismail Kamus, Mat Sabu dan lain-lain bila ceramah dibayar, tiket kapalterbang, tempat tinggal dan makan minum masa di Kelantan untuk ceramah ditanggung.

Pitihnya dari mana? Dari derma. Derma dipungut buat apa? Bayar gaji kakitangan badan perhubungan Pas.

Profesional dalam bidang begapo? Kalau tak cukup inci ilmu agama, prpfesional pun kadang-kadang tegelincir. Kerana itu ada profesional jadi pengikut Ayah Pin dan Hassan Anak Rimau, hasil sumbangan derma mereka yang profesionallah Ayah pIn, Hassan Anak Rimau dan Rsaul Melayu boleh bergerak.

john said...

TERBIT LAGI-ok..ok ambo setuju lah memae penceramaoh dibayar..tok logik pulok kalu tok dibayar dok?..mari jauh2 tokkan tak dok saguhati..duit dermopun..dermolah..x po lah ambo redho jugok lah duit ambo tuh mugo selamo ni ambo napok ore hok dermo pun tok jadi koho sesok pun ko guano..kalu ikut ere hok tu lo jah hok dok g dengar ceramoh dan hok tu lo jah hok dok dermopun..timo kasih atas penerangae saudaro berduo..john terimo denga hati terbuka dan john tetap follow ceramoh yang ado...takbir!

Anonymous said...

Tubik sokmo.mugo tuan guru john ni keras pala otak senok dok bela la puok2 dia.tak guna bui pejelasan otak kalu senok senoklah.

Abuzar said...

Lebih baik duit derma rakyat digunakan untuk "fi sabilillah" daripada dok guna untuk "fi sabilissyaithan"

Fisabilillah contohnya kerja-kerja dakwah, jihad, ... ceramah2 kembalikan ummat kepada kefahaman Islam yang betul, belanja untuk menggerakkan umat yang lalai dari hukum hakam Allah, membantu para2 pendakwah dan pejuang Islam, .... zaman Rasulullah dulu .. para pendakwah, mujahidin yang miskin dibantu dan dibiayai oleh kerajaan/ orang2 yang lebih kaya.

Cuma jika kerja2 Islam untuk semata2 bertujuan komersial dapat habuan hartabenda dan tempat cari makan, serta kemewahan duniawi saja, maka, ianya TAK BETUL!

Kalau duit derma/ rakyat/ kerajaan dok guna untuk anjur program maksiat, ... @ untuk fisabilissyaithan ... JUGAK TAK BETUL!