Sejauh mana nikmat kemerdekaan dinilai?
HARI inirakyat dan negara ini menyambut perayaan ulangtahun kemerdekaan ke-52. Walaupun perayaan tidak seraksana dan sehebat pada tahun-tahun sebelumnya kerana menghormati bulan puasa, namun nilai perayaan itu tetap cukup dan amat besar maknanya kepada yang reti dan tulus menilai erti kemerdekaan.
Yang menimbulkan persoalan dalam otak kepala saya dan pasti ramai yang turut bertanya, kenapa bila setiap kali tibanya musim perayaan kemerdekaan negara, maka setiap rakyat mengharapkan penagihan Jalur Gemilang percuma setelah mereka menikmati pelbagai bentuk subsidi, termasuk harga bahan bakar, gula dan sebagainya.
Bagi saya penagihan Jalur Gemilang percuma secara tidak langsung akan merendahkan mertabat Jalur Gemilang dan kedaulatan negara merdeka, menjadikan bendera kemegahan dan negara tidak mempunyai sebarang nilai sehingga ianya terpaksa disogok, malah semacam ianya diletakan para taraf hidung tidak mancung pipi yang tersorong-sorong
Saya tidak pasti apakah cadangan mengagih-agihkan 3.1 juta Jalur Gemilang bernilai antara RM15 juta hingga RM19 juta secara percuma pada perayaan ulanngtahun kemerdekaan negara pada kali ini direalisasikan atau tidak. Saya berharap ianya tidak direalisasikan, terutama untuk premis-premis perniagaan .
Walaupun agihan kepada orang ramai barangkali wajar, namun sepatutnya ianya tidak diagihkan demi mertabat Jalur Gemilang dan nilai kedaulatan negara. Kalau sekotak rokok boleh dibeli setiap hari tanpa rasa terbeban, masakan seunit jalur gemilang sekali dalam setahun tidak boleh dibeli untuk dikibarkan sebagai tanda menghargari kedaulatan kemerdekaan negara.
Lagiu pun apa jua barang benda yang diberi percuma, tidak akan diberi penilaian yang tinggi oleh penerimanya. Tidak hairanlah kalau ada pihak yang mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik sebagai tanda tidak hormat dan bertujuan mahu mempersendakan lambang kedaulatan negara.
Paling menyedihkan ada yang mengibarkan Jalur Gemilang di reban ayam. Rata-rata yang sanggup berbuat demikian adalah kalangan yang lahir selepas merdeka, membesar dalam keadaan umpama tikus tejatuh dalam simpanan beras dan dalam keadaan sentiasa dimanjakan.
Ini adalah kerana mereka tidak pernah mengalami betapa terhina dan sengsaranya hidup di bawah cengkaman penjajah sebagaimana yang dialmi oleh para pejuang kemerdekaan, sesetengahnya terpaksa masuk hutan menyertai pasukan bersenjata melawan penjajah.
Kalaulah rakyat Palestin, Iraq, Aftghanistan dan negara-negara yang masih dijajah menikmati hidup sebagaimana yang dinikmati oleh rakyat Malaysia, pasti mereka akan merasa amat bertuah dan berdaulat, pasti Jalur Gemilang bukan hanya dikibar pada musim perayaan bagi memeriahkan hari ualangtahun kemerdekaan, tetapi akan dikibar sepanjang tahun sambil Jalur Gemilang dijaga dengan cermat dan hormat.
Mereka juga bukan sahaja akan merasa malu dan terhina menerima agihan Jalur Gemilang secara percuma, apatah lagi mengibarkannya dalam keadaan terbalik atau digantung pada reban ayam bagi tujuan menghina dan mempersendakannya, mereka juga pasti akan merasa suatu pengkhianatan kepada negara jika Jalur Gemilang dihina dan dipersendakan untuk apa maksud dan tujuan sekali pun.
Apatah lagi untuk menyertai demontrasi dan perhimpunan haram sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat Malaysyia yang kemaruk dan ketagihkan pengalaman hidup dalam keadaan huru hara seperti yang dirasai dan dialami oleh rakyat Palestin, Afghanistan, Iraq dan negara-negara yang masih dijajah pasti bukan sahaja tidak akan menyertainya tetapi mendekatinya pun tidak.
Rakyat negara-negara yang disebutkan itu tidak akan serta demontrasi/perhimpunan yang boleh menyumbang kepda berlaku keadaan huru-hara dan mencemarkan imej negara di mata dunia kerana erti dan nikmat kemerdekaan akan hanya benar-benar dapat dihayati oleh mereka yang pernah merasai kepayahan hidup apabila negara dijajah sebagaimana nikmat kesihatan hanya akan benar-benar dapat dihayati oleh mereka yang menderita sakit.
Bagi mereka di negara-negara berkenaan, tentulah daripada membelanjakan antara RM15 juta hingga RM19 bagi membiayai kos pengagihan secara percuma Jalur Gemilang yang sepatutnya lebih dibanggai jika dibeli sendiri oleh rakyat negara ini, digunakan bagi mengatasi masalah air berkarat yang masih melanda Kota Bahru misalnya.
Atau pun digunakan bagi mengatasi masalah buka kepala paip keluar angin bukannya air sebagaimana yang dihadapi sejak sekian lama oleh penduduk sekitar Kuala Besar dekat Kota Bharu dan Tumpat serta banyak kawasan pinggir bandar, pekan-pekan dan kawasan pedalaman di Kelantan serta di beberapa buah negeri yang menghadapi masalah yang serupa.
Sunday, August 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Saya teringat pada tanggal 16 september tahun lepas dimana parti politik pembangkang mengedarkan jalur gemilang secara percuma kepada ramai rakyat. Dan penyokong pembangkang pada masa itu beria-ia benar hendak mengibarkan jalur gemilang tetapi sayangnya hasrat tidak tercapai.
Tetapi pada hari ini, sepatutnya rakyat Malaysia sama-sama mengibarkan jalur gemilang tanda kesyukuran diatas kemerdekaan, tidak ramai yang sanggup mengibarnya walaupun harga sebuah bendera bernilai RM1. RM1 lebih mahal dari nilai kemerdekaan. Mungkinkah kerana tidak berlaga angin dengan pucuk pimpinan negara menyebabkan mereka tidak bersemangat mengibarkan jalur gemilang.
Yang pastinya dihari kemerdekaan ini tidak ramai yang mengibarkan bendera tetapi ramai yang bertanya-tanya tidak adakah bonos pada tahun ini?
TUBIK LAGI..Puok Tuan Guru John mana nak kibar jalur gemilang.Law ni kibar bendera roket DAP.Dulu angan angan nak peretah Msia tapi Allah tahu kalu beri kuasa pada Puak Tuan Guru John bukan nya nak jaga rakyat tapi ada pitis tambah bini.Tok Guru Hj Hadi dua bini,Husam musa dua bini,takiyuddin dua bini.Jaga jaga ore tino boleh tok laki mcm Tuan Guru John yg ambo tahu pun ada dua bini!Tuan Guru John jgn nak tak ngaku bini muda demo saing ambo
John baru padan dgn muka mu.Pecah rahsia doh!bini dua jugak mu.Kecek sedap kutuk ore sana sini.Jgn tak ngaku John.
KENO TUBIK-hok betul bini duo tak po, baik demo tamboh banyok lagi senarai pemimpin pas tuh hok mano hok bini 2 ambo salute..tapi hok x betul fitnoh bule poso..bini 2,3,4 kalu adil tak po jange tok ngaku..lamo kae jadi srupo matae pasir..sajjo..pah mula dok cari alasae..ko guano umi..tok ser jadi no.3 ambo ko...?
KENA TUBIK..Tuan Guru John tak ngaku lagi dia bini dua.Jgn la nok uboh topik pulok.Ambo tak sir baloh dgn saing ambo.Dia royat ko ambo john ni tok kelek rumah sejak masuk pose ni.Jgn buat tok adil tuan guru john ore pas kae jamin masuk syurga???
KEMERDEKAAN bermakna pembebasan dari penjajahan, sama ada penjajah barat atau penjajah timur atau penjajah rakyat.
Mungkin ada sebahagian rakyat masih merasa mereka belum benar2 boleh raikan kemerdekaan .... atas sebab2 tersendiri ....
Ada yang masih merengkok dalam penjara mangsa kecurangan politik, ISA, mahkamaah, sprma, pdrma,...
Ada yang masih dipaksa tunduk kepada undang2 Lord Reid British tanpa rela...
Ada yang masih dijajah ideologi sekular dan penjajahan kristian serta budaya hidup jahiliyyah barat ....
Ada yang masih dipaksa bertutur bahasa penjajah dan kembali kepada sekolah inggeris (PPSMI) ....
Ada yang masih ditindas oleh sistem ekonomi kapitalis dan monopoli,.. tol2, cukai2, harga2 pasaran yang dikuasai para saudagar yang tinggi membebankan....
Ada yang masih dikongkong suaranya dengan SB2 ala gestapo, media massa ala hitler, tembakan air asid water cannon dan gas pemedih mata, kadang2 peluru hidup ....
Ada yang masih didiskriminasikan hak asasi rakyatnya .... layanan double standards, pilih kasih, pilih bulu, rasuah, dahulukan kroni & proksi, utamakan kepentingan peribadi, ...........
DLL .....
Mungkin ini yang sebahagian rakyat rasa tawar hati bila nak "bersukaria" dengan program2 muluk kerajaan & pembesar bangsawan negara ..... walaupun diberi "bendera" free ....
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Kembalikan semula HAK RAKYAT, kerajaan dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat!
assalamualaikum w.b.t
merdeka!, merdeka!, merdeka!
sudah 52 tahun Malaysia merdeka
merdeka!, merdeka!, merdeka untuk melayu!
orang cina ada tulisan cina,
orang India ada tulisan India,
orang melayu hilang tulisan jawi..
merdeka! merdeka! merdeka!
38 tahun dasar ekonomi baru!!
buai laju-laju,
sampai klcc,
apa nasib melayu,
merempat negeri sendiri...
merdeka! merdeka! merdeka!
merdeka untuk Islam
singgah berlabuh di teluk siam,
mata terjeling si gadis ayu,
apa nasib agama islam,
disepak terajang anak melayu...
bak kata sebuah lagu
bersih, bersih, bersihlah negeriku,
malu, malu, malulah hati,
kotornya teramat kawan,
yang kotornya sangat,
inilah amanat yang menjadi keramat,
bersih,bersih,bersihla diri,
sebelum menyapu,
sampah dan debu-debu,
nyanyian berkat sampai ke liang lahad,
atas nama tuhan ,
yang maha hebat,
atas nama rakyat ,
yang berwajah pucat,
negeriku, negeri para penipu,
terkenal ke segala penjuru,
tentu saja bagi yang tak tahu malu,
inilah syurga,
syurganya dunia..
p/s- insyaallah....malaysiaku akan bangkit suatu hari nanti
NAH!
TAHNIAH kepada penyokong2 BN. Sampai bila anda sanggup ditipu oleh pemimpin2 BN anda?
Mula2 dulu masa nak dikenalkan RON 95, katanya harga RM1.75 dan pemimpin korang ckp rakyat yg untung. Tapi bila nak jual esok kenapa harganya dah lebeh 5 sen? Senag sungguh penyokong BN kena T I P U.
RON 97 dulu kata nak jual RM2.00 apsal esok jadi RM2.05 sen lak?
Tolong la jawab wahai penyokong dan pengundi BN.
Apapun TAHNIAH pada penyokong dan pengundi BN sbb sanggup ditipu selama 52 thn oleh BN.
nanti jwb macai2 umno(SEPERTI pemudacakna)
.....kita masih bertuah sbb minyak kita masih murah dibandingkan dgn bangla,indon,pilipin.Togo,Mali,Chad,Timo leste Negrito Djuboti Cayman Island,alik siam
Bagi yang tak reti bersyukur dengan nikmat anugerah-Nya, perut dan otak sentias serabut. Untunnya jadi rakyat Malaysia kerana barangan keperluan utama termasuk bahan bakar disubsidi. Mana ada kerajaan beri subsidi di dunia ni.
Melayu merempay di bumi sendiri kerana salah Melayu sendiri, malas dan tidak bijak rebut peluang setelah pelbagai keistimewaan disediakan untuk Melayu. Orang lain pecah peluh kecik peluh besar bekerja cari rezeki, rebut peluanh, Melayu bertumas kedai kopi, buka bual, main aji di wakaf asyik hitung kesusahan, kalau ada Melayu kaya ditiduh kerana kroni tokoh itu dan ini.
Kenapa tak jadikan Prof. Dato' Ismail Sale yang tak nampak mata mencipta jaya. Macam mana beliay boleh berjaya, macam mana Melayu yang tidak buta, yang cerah mata tak boleh berjaya.
Asyik cari salah orang, burukkan kerajaan yang membei subsidi kepada semua rakyat tanpa kira parti, kerajaan banyak buat masjid dan tidak pernah halang umat Islam beribadah., tidak akan mampu merubah nasib diri kalau tidak sanggup pecah peluh berusaha, berdoa dan berserah kepada Allah.
Kalau dah takdir menentukan Umno/BN masih menang dalam pilihanraya yang diadakan, terimalah dengan syukur dan insaf. Kalau dpertikaikan bukankah ianya bermakna mepertikaikan takdir-Nya. Tak bolehkah tunggu pilihan akan datang untuk uji nasib sama ada akan ditakdirkan menang atau tidak setelah berusaha. Memaki hamun kerajaan yang ditakdirkan menang rasanya bersifat mengkhianati takdir Allah, sekaligus bermakna cuba bebalah dengan Allah.
Umno/BN yak ada kekuatan untuk menang kalau bukan kerana memang takdir-Nya, apatah untuk merubah takdirnya/ Kenapa Allah teruskan takdirkan Umno/BN terus menang, LU FIKIRLAH SENDIRI!!!!!!!!!!!!
mamamamam sudah tidak kabar ko?
Di bawah kerajaan Abdullah Badawi sudah di buat J-Qaf dimana ustaz-ustaznya hak ngaji di Mesir. Kalu Abdullah tok ambil demo ni, maka tak merasalah gaji DG41.
Program J-Qaf itu bermaksud Jawi, Quran dan Fardhu ain.
Ustaz-ustaz ni mengajar di Sekolah Kebangsaan dan makan gaji dengan kerajaan pusat tapi ambo tak pasti dia sokong kerajaan pusat kerana ambo nampak minda hok lama masih lekat kuat lagi sebab dulu dia bertugas di sekolah agama dibawah kerajaan negeri.
Kerajaan pusat berharap kepada puak ustaz nilah yang akan memberi pengetahuan agama kepada anak muridnya.
Kalu ewek puak ni mengajar, maka eweklah pengetahuan agama pada anak muridnya.
Apakah dengan kelahiran J-Qaf ini kerajaan pusat masih lagi dituduh mengabaikan agama Islam dan tulisan jawi?
Apapun TAHNIAH pada penyokong dan pengundi BN sbb sanggup ditipu selama 52 thn oleh BN.terutama kpd
ANTI AL-LIWATI AL-JUBURI AL-TAIKI serta tak lupa pada pemudacakna krn orang semua B.END......... DAN PERTUBUHAN MELAYU KEBANGSAAN BERSATU... terus menipu..........
Post a Comment