Mana boleh dalam keadaan jumlah penduduk bertambah, saiz kawasan pengeluaran makanan pula semakin kecil
KETERLUANGAN masa yang agak banyak kerana tidak lagi dibelenggu oleh tugas-tugas penerbitan akhbar mingguan dan majalah bulanan yang menjadikan saya merasa sering tidak cukup masa, secara tidak langsung (sementara operasi penebitan akhbar minggan dan majalah diaktifkan semula) memberi peluang kepada saya menjajat banyak tempat, termasuk kampung-kampung pedalaman seluru Kelantan.
Dalam mencari besi-besi terbuang diperkampungan nelayan, didorong oleh tugas kemediaan yang sentiasa ingin tahu dan kena bertanya apa yang tidak saya ketahui, secara tidak langsung menjadikan saya berpeluang belajar bagaimana proses penghasilan cuka nipah dilakukan serta juga proses penghasilan belacan.
InsyaAllah melalui syarikat saya Makdo-Nab Foods Industries saya akan cuba komersialkan penghasilan cuka nipah dan belacan. Selain dari ianya akan menambah cabang perniagaan saya, secara tidak langsung saya akan dapat membantu menambahkan pendapatan keluarga nelayan bila nipah dikomersial dan diindustrikan.
Saya yakin cuka nipah berpotensi untuk menjadi suatu industri memandangkan ianya mujarab untuk pengubatan dan pencegahan darah tinggi yang merupakan antara penyankit yang menyerang hampir setiap orang, terutama apabila usia sudah meningkat.
Di samping itu selain dari niranya untuk dijadikan cuka dan 'tuak masam' bagi orang bukan Islam, pucuk, bunga dan buah nipah juga boleh dikomersialkan. Pucuk nipah boleh dijadikan daun rokok oleh perokok di samping air rebusannya boleh mengubati dan mencegah penyakit kencing manis dan perut memulas serta cirit birit.
Bunganya boleh dijadikan kerabu manakala buah mudanya juga boleh dijadikan kerabu manakala isi buahnya yang matang boleh dijadikan bahan campuran dalam ABC (air batu campur) atau dimakan sebagai makanan santai dan pembasuh mulut.
Doakan semuga apa yang sedang saya pelan, rangka dan kerangkakan akan menjadi realiti. Saya dalam proses membuat kajian tentang saiz pasaran serta keupayaan pengeluaran sebelum memulakan operasi. Itu pun kalau tidak ada pihak lain yang cukup keupayaan modal dan kepakaran memulakannya. Kalau dah ada yang buat, mungkin saya akan batalkan hasrat saya.
Dalam keluar masuk kampung juga saya melihat betapa perancangan jangka panjang kurang diberi perhatian oleh pihak berkuasa dan juga rakyat Kelantan. Misalnya banyak tanah-tanah bendang, termasuk di Morak (Tumpat) didirikan banglo mewah di samping ada tanah sawah dimajukan dengan rancangan perumahan.
Keadaan ini berlaku pada hampir semua jajahan di Kelantan, banglo mewah boleh dilihat di mana-mana, dengan banyak petak-petak sawah terbiar. Bila ditanya kenapa sawah tidak dikerjakan, jawapan yang diberikan ialah kalau diusahakan pun tidak padan dengan tumpahnya peluh. Lebih mudah makan beras beli.
Lagi pun rakyat Kelantan tidak menghadapi masalah untuk dapatkan beras kerana kalau ditanam padi sendiri pun bukannya untuk dimakan tetapi untuk dijual semuanya. Untuk makan, akan dibeli beras yang dibawa dari Siam. Rasanya lebih sedap, baunya wangi dan tidak cepat basi.
Ertinya kepada para pemilik sawah dan pelbagai kelas rakyat, kalau pun Kelantan tidak ada sawah padi, mereka tidak akan kebulur. Beras akan mudah diperolehi. Pokoknya ada duit ke tidak. Kerana itu mereka tidak risau atau gundah apabila pada petak-petak sawah terbangunnya banglo dan projek perumahan atau bangunan-bangunan komersial.
Pada tinjauan rambang saya mendapati bagi mereka, bila banglo ada di mana-mana, termasuk di kawasan sawah, dusun dan sebagainya itu tanda bukti bahawa rakyat Kelantan hidup mewah, mereka tidak miskin sebagaimana yang dwarwarkan di media cetak dan elektronik oleh pelbagai pihak kerana kerajaan Kelantan bukan dari parti yang sebulu dengan pusat.
Bila Lembah Sireh yang merupakan kawasan tanaman sayur yang subur ditukar dengan pembinaan bangunan dan dijadikan kawasan yang penuh dengan hutan batu, kawasan tanaman sayur di Wakaf Setan sudah terkubur kerana ditenggelami air masin ekoran pembinaan benteng pemecah ombak, mereka tidak gundah pun kerana terdapat lambakan pelbagai sayur-sayuran di pasaran, malah penjaja bermotor membawanya hingga ke tangga setiap hari.
Mereka tidak pernah tanya dari mana sayur-sayuran itu datang. Yang pasti ianya dibawa dari Siam. Jangankan sayur-sayuran yang dikira mewah seperti kailan, lobak, sawi, kacang buncis dan sebagainya tetapi jenis sayur-sayuran seperti pucuk midin, ulam terung manggo, terung rapuh, terung batu pelir kambing, terung pipit, pucuk putat, pucuk ketereh, pucuk laka, pucuk paku, pucuk jenerih, sulur katan, buah kecupu dan lain-lain, juga datangnya dari Siam.
Mereka tidak bimbang dan tidak cuba bayangkan macam mana jadinya nanti Kelantan bila sawah padi dan kawasan penaman sayur-sayur dibina rumah dan dijadikan kawasan perumahan dan pembinaan pelbagai bangunan yang kononnya sebagai bukti bahawa negeri mampu maju dan membangun macam negeri-negeri lain juga tanpa memperkirakan siapa yang melaksanakan bangunan-bangunan yang tersergam gagah dan siapa pula yang mendapat faedahnya.
Oleh kerana bekalan beras dan pelbagai barangan keperluan harian boleh diperolehi dengan mudah, termasuk kerana kemasukan dari Siam menyebabkan bukan sedikit jumlah aliran keluar wang negara berlaku, maka tidak ada yang rasa bimbang apa akan berlaku kepada keperluan bahan makanan bagi jangka masa panjang dengan pergantungannya dipertaruhkan kepada Siam.
Memang betul sekarang ini apa pun yang dimahukan boleh diperolehi kerana ianya didatangkan dari Siam. Apa kata kalau Siam juga tiba-tiba menghadapi masalah seperti tanaman padi dan sayuran-syauran tidak menjadi kerana bencana dan sebagainya, kalau pun ada beras dan bahan-bahan makanan hanya cukup untuk menampung keperluan dalam negara itu sendiri, apa akan jadi kepada rakyat Kelantan di kala itu.
Sepatutnya ekoran dari bilangan jumlah penduduk kian bertambah, saiz kawasan pengeluaran beras, sayuran-sayuran, ternakan dan perladangan kena semakin besar, bukannya semakin mengucup semata-mata kerana kawasan sawah dan tanaman sayur ditumbuhi hutan batu. Amat malang kalau pertumbuhan hutan-hutan batu itu bertujuan untuk membuktikan bahawa negeri mampu maju dan membangun.
Sehubungan dengan itu, demi kepentingan jangka masa panjang, saya rasa langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh pihak berkuasa supaya kawanan tanaman padi dan sayur-sayuran serta kawasan ternakan tidak bertukar statusnya kepada kawasan hutan batu.
Keutamaan kena dipastikan negeri mampu memenuhi keperluan makanan rakyat jelata dan mengelak dari rakyat tertekan oleh kenaikan harga barangan keperluan kerana permintaan melebihi jumlah barangan yang ada. Kita tidak boleh berharap dan bergantung kepada negara jiran bagi menampung keperluan makanan kita kerana macam-macam boleh berlaku!
Monday, August 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
TUBIK LAGI-tu lah masalahnyo..ore kelate ni kayo2..deki ambo time kelik kelate tgk rumoh puok2 ni..x leh lawe..denga come, rekabentuk..bino pulok atas bendae padi..kalu kot alik pasir mas-salor, p.mas-r.panje jale lamo habis doh..naik rumoh belako doh dalae bendae..berkat tok guru kalih (jange deki)..so lagi abe li tok ser komen ko baru ni Husae perkenalkan bako padi organik jenis SRI di Salor..ado jugok usoho2 kerajaan negeri..ko abe li tok belago nga Husae..jeng..jeng..jeng..dok silap ambo kerajaan negeri kelate pun pernah nak war-war kae Kela
te sbg jelapang makanan..dan apo usoho pengerusi KADA yg pernah me'war-warkan 'kelantan Baloh Negara'..ko berkubur bersamo nuar muso doh...jeng..jeng..jeng..!
Betul jugak cadangan MKJ yang ni. Kerajaan negeri dan kerajaan pusat perlu kaji secara strategik keperluan makanan asasi/ ruji rakyat sebelum pupus. Semua negara besar adakan kawasan "stockpile" makanan semasa dharurat yang mencukupi. Kurangkan kebergantungan kepada negara asing.
Janganlah kerajaan dok fikirkan nak keuntungan cepat. Jual tanah kepada pemaju saja. Kawalan tanah terhadap keperluan negara & rakyat peru dibuat.
Apa jadi dengan projek RABUAH, LOJING, ladang rakyat, dll ...
Begitu jugak dengan LADANG MERDEKA.. KADA, program2 KESEDAR, FELCRA, RISDA, LPP, dll....
Pastikan rakyat mengecapi nikmatnya......
Cuba selidik, siapa yang buat rumah besar?
Adakah kakitangan kerajaan negeri kelantan atau kakitangan kerajaaan pusat?
Kebanyakan rumah besar ini terdiri daripada yang bekerja dengan kerajaan pusat seperti guru, doktor, pesara tentera dan sebagainya. Gajinya kerajaan pusat yang bayar.
Kalau kakitangan kerajaan pusat, kerajaan negeri tak holeh bermegah kerajaan duit gajinya datang dari pusat.
Yang perlu diresahkan ialah rumah ini dibina ditanah sawah dimana lot-lot tanah pertanian ditukar kepada lot kediaman.
Pembinaan rumah hanya untuk tunjuk megah, tunjuk kaya, sanggup berhutang, ada yang sampai mati pun hutang belum selesai dibayar.
Tanpa ada jaminan bekalan makanan dihasilkan sendiri, ada bahayanya. Apatah lagi kalau sawah yang patut ditanam padi dibangunkan rumah dan hutan batu.
Dalam keadaan kekurangan makanan, apakah rumah dan bangunan batu yang tersergam gagah boleh dimakan, boleh dibuat sup atau dimasak kari.
Baca Surah Yusoff, pasti tidak ada yang berani tukar kawasan sawah, kawasan tanaman sayur dan buah-buahan dengan hutan batu. Baca Quran jangan baca saja, ambil pengajarannya. Jangan baca Surah Yusoff kerana nak jadi segak atau spaya anak yang dilahirkan sedap kelih, ambil pengajaran tentang bagaimana Nabi Yusoff bersedia menghadapi musim kemarau kerana dunia ini tidak dalam keadaan musim subur selamanya.
Bagi saya Meli berpandangan jauh dan penelaah yang berandangan tajam. Dia bukan hanya baca al-Quran tetapi digali apa yang ada dalam al-Quran. Saya yakin kalau keghairahan menukarkan kawasan tanaman sumber makanan ditukar dengan hutan batu, pasti akan bawa padah.
Tengok sahaja Lembah Sireh, jelapang sayur Kelantan. Setelah dihutan-batukan, siapa yang menjadi penghuninya. Ada ke penanam sayur dulu mampu beli bangunan yang dibina. Yang pasti, penanam sayur dulu, kini kena beli sayur dari pasaraya di Lembah Sireh, ramai yang berhenti jadi penanam sayur kerana tempat gantian yang disediakan jauh dari kediaman mereka serta terpaksa berdepan dengan pelbagai syarat sukar. Bila penanam sayur akhirnya kena beli sayur, bukankah itu antara tanda padah ekoran kawasan tanaman sayur dihutan-batukan?
Apapun TAHNIAH pada penyokong dan pengundi BN sbb sanggup ditipu selama 52 thn oleh BN.terutama kpd
ANTI AL-LIWATI AL-JUBURI AL-TAIKI serta tak lupa pada pemudacakna krn orang semua B.END......... DAN PERTUBUHAN MELAYU KEBANGSAAN BERSATU... terus menipu..........
ANTI AL-LIWATII AL-JUBURI AL-TAIKI Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.
Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.
Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.
1 Malaysia dah dapat habuan terbaik untuk Hari Kemerdekaan ni bila En PEIMMMMMM telah meluluskan kenaikan harga minyak kali ni.
Hadiah ni Ikhlas dan Tulus dari Santa Najib dan para Kroninya..Yang penting jangan berebut-rebut tau sebab UBN akan pastikan semua dapat Hadiah ni....
1 Malaysia DUIT RAKYAT DIDAHULUKAN,KEUNTUNGAN KERAJAAN DIUTAMAKAN..!!!KAKAKAKAKAKAH
Post a Comment