Tuesday, September 1, 2009

MUNCUL KEMBALI (368)

Umno ada ada formula kunci mulut Pas

DALAM permainan politik di negara ini, setelah 52 tahun belalu, walaupun amat pahit untuk diperakukan tetapi hakikat tetap hakikat bahawa tidak ada satu parti politik pun yang benar-benar mampu leburkan Umno. Kalau ada pun sekadar retorik dan panjang angan-angan parti-parti politik tertentu sahaja.

Saya yakin rekod itu akan terus kekal, setidak-tidak untuk tempoh 52 tahun akan datang. Sebarang analisa, firasat, kaji selidik dan pandangan bahawa Umno akan berkubur dan sedang menghadapi fenomena kepupusan sokongan adalah lebih bersifat provokasi berpalit takbur dan igauan umpama sang pungguk berangan-angan mahu mempermaisurikan puteri bulan yang tidak mungkin akan jadi kenyataan.

Yang sedikit bertaring memberi tentangan tetapi tidak pernah konsisten dalam tempoh 52 tahun ke mari apabila dalam satu pilihanraya parti itu cukup bertenaga dan pada pilihanraya yang lain pula ia lemah dan tidak bermaya adalah Pas, parti yang diasaskan oleh kalangan yang bergelar cerdik pandai Islam dalam Umno asalnya.

Manakala parti-parti Melayu lain umpama kapak tumpul yang tidak ada keupayaan untuk digunakan bagi menebang dan menumbangkan serapuh pokok depu yang cuba digaharukan. Juga kebanyakannya umpama pokok betik, tidak cukup kukuh untuk brdiri sebagai sebatang pokok.

Pada saya Umno sebenarnya ada formula untuk tumpulkan taring Pas tetapi jangan sampai parti berkenaan berkubur, sebaliknya biarkan ian kekal sebagai pembangkang yang matang, profesional, terbuka, tahan diuji dan tidak mudah hilang pedoman oleh angkara panjang angan-angan. Sebarang usaha untuk tumpulkan taring Pas, biarlah hanya pada peringat cubit, tampar, sepak, disiku, dilutut, di gocoh dan disekeh sayang.

Harus diingat bahawa peranan pembangkang juga penting, malah kerajaan akan kuat jika pembangkang hebat memikul tanggungjawab sebagai pembangkang. Negara akan nampak kelam kabut dan kualiti amalan demokrasi menjadi sangat rendah oleh peranan cacamarba yang dimainkan oleh pembangkang, terutma seperti sekarang.

Sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang tidak mengikut rentak dan irama paluan/ketukkan tin kosong pembangkang akan menjadikan Umno akan yang tidak mampu ditumbangkan, sekurang-kurang untuk tempoh 52 tahun akan datang, akan menjadikan pembangkang akan terus menghadapi masalah sesama sendiri kerana pakatan pembangkan tidak pernah seragam dalam pakatan mereka.

Kemenangan-kemenangan dalam pilihanraya kecil bukannya ukuran kekuatan sebenar pembangkang, malah ianya umpama umpan pada mata kali yang boleh menyebabkan kelekaan menyantapi umpan, mulut akan tersangkut mata kail jika sentakkan dibuat oleh pemacing.

Ianya juga umpama peminat ikan peliharaan, atau peminat belaan haiwan dan unggas seperti kucing, arnab, burung, ayam serama dan sebagainya menternak haiwan dan unggas-unggas berkenaan.

Kemengan-kemenangan itu bagi saya tidak menjanjikan pembangkang akan mampu mengekalkan rekod kemenangan pada pilihanraya umum ke-12 pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Pakar-pakar politik pembangkang sendiri pun tahu tentang itu, malah langkah berpakat dalam satu ikatan tidak tidak resmi menjadikan Pas yang sepatutnya kuat menjadi lemah dan trcorok dalam pakatan pembangkang.

Ekoran dari itu mahu tidak mahu dan untuk tempoh masa yang tidak panjang, ianya akan membawa keretakan dan seterusnya akan menjadi umpama setongkol najis yang dibuang dalam arus deras, akan serpih dan terkecai dalam keadaan dihanyutkan arus dan ikan lampam dan juara pun pun tidak lalu makan walaupun ianya menjadi bahan makanan paling digeari kedua-dua spesi ikan bekenaan.

Formula yang kena digunakan bagi mengunci mulut Pas yang agak celupar walaupun kalau Umno/BN tumbang Pas tidak mungkin menjadi 'leader' kepada pakatan pembangkang dan negara tidak mungkin dapat diperintah dan ditadbir berteraskan acuan Pas yang kononnya berttunjangkan Islam dan Pas akan terus kekal dengan angan-angan acuan yang belum tentu akan jadi kenyataan dalam tempoh seratus atau seribu tahun akan datang.

Saya yakin Mursidul Am Pas, Dato' Haj Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan tahu tentang itu. Kerana itu beliau acapkali menyebut bahawa Pas tentang/lawan Umno bukan krana namanya Umno tetapi disebabkan dasarnya. Seandainya Umno merubah dasarnya berteraskan Islam, maka beliaulah pemimpin Pas pertama akan sertai Umno dan Pas perlu dibubarkan kerana kalau Umno guna dasar Islam, Pas haram untuk terus wujud.

Maknanya Umno kena Islamikkan pendekatan dan tatacara berpolitiknya dan setiap apa yang dilakukan kena gunakan al-Quran dan Hadis sebagai sandaran hujah. Misalnya gagasan 1Malaysia yang sedang dilaksanakan sekarang yang dikatakan telah menepati kehendak ajaran Islam yang sentiasa menuntut umatnya berlaku adil sesama manusia termasuk kepada yang bukan Islam dengan berlandaskan hujah surah Al-Maidah yang menekankan keadilan untuk semuayang mana amalan itu akan meningkatkan ketakwaan seseorang.

Dalam berhujah terjemahan ayat al-Quran, tidak kira siapa pun yang yang berhujah kena disebut ayat ke berapa selain dari menyebut surahnya. Umpama bagi ayang "'Wahai orang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran dan jangan sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil", kena nyatakan ayat ke berapa.

Pun demikian dengan ayat yang bermaksud: "Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa juga kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu ketahui,", kena disebut nombor ayatnya supaya mereka yang ragu dapat segera merujuk ayat al-Quran berkenaan dan terjemahannya.

Apa pun pelan, kerangka dan rangka yang mahu dilaksanakan mesti disandarkan kepada hujah al-Quran atau Hadis atau pun hujah kedua-duanya kerana yang tidak selari dengan al-Qran dan Hadis walaupun semolek mana pun rangka dan kerangkanya ianya tidak akan diterima oleh kalangan yang tahu hukum hakam, malah mereka akan menentang Umno itu sendiri atas alasan menentang kemungkaran adalah suatu tuntutan.

21 comments:

Anonymous said...

Meli, kalau mu ada fomula nak tumpulkan taring PAS cepat gi tau PM. Tentu dia suka. Mu bole jadi menteri atau CEO cam Idris Jala. Bodo la mu kalau ada fomula simpan sendiri, atau mu ni berangan angan je di siang hari!!!!!!! Jangan berangan angan saja, pi jual besi burok bole dapat piteh.

john said...

TUBIK SMACE- ambo tahu apo formulanyo-ISA habis crito. pelik jugok akhir2 ni abe li kuat benar dok ngipas najib..raso sebelum ni tok setaro ni..sikit2 artikel puji najib..ko ado gapo2 eh...

untuk pelaksanaan/perancangae umno, ambo kato doh molek sokmo..1 malaysia ko..islae hadhori ko..wawasan 2020 ko..ikut islae sokmo..tapi pemimpin dio hok tok ikut pun..main ambik separuh-separuh jah..ingat, nabi Muhammad di utus ko bumi bukan nok ajar smaye nga poso jah...panduan memerintah negaro dan caro hidup islam pun adodoh dale quran tu cukup legkap belako doh, cumo nok nga tok ser jah..pah gak dok cari alasae bilo tok ser buat..ingat, negaro kapirpun kito buleh semaye,poso, zakat dan g haji jugok..pah nok beza manonyo..kalu nok bezo jugok..haa ubohlah dasar umno ko islae..

ambo kecek ni mugo kito dipimpim oleh ore islam..kalu nasroni tok leh pulok..dan laginyo kuaso pun dok tange ore islae jugok..ko guano?
kalu tok guru nik aziz kato dio ore pertamo masuk umno (lepas umno ambik dasar islae)...ambo cop ambo ore ke 2..hehehe...ada berani?

ambo said...

Semuga kita dipimpin oleh orang islam....

Dan org islam tersebut pula bukan lah org yg dipimpin pula oleh Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Xavier, Theresa Kok, Karpal, Gobind SD.. dll suku kerabatnya.... niat ke lain... matlamat ke lain... dasar ke lain..

Yg akan punah adalah BN kerana sokongan Cina & India dah beralih arah.... yg penyokong Umno@penghuni neraka (seperti yg didakwa oleh parti mr.john) ni byk lg... jdi benarlah MKJ kata jgn berangan & takbur....

Satu bandar melayu pun tak dapat nak kawal.... tapi berangan nak tadbir satu negara yg caca marba mcm Malaysia ni...... setakat pandai caci maki belum cukup syaratnya lg ye tuan......

Abuzar said...

Apalah nak diharapkan dengan parti itu dan ini .... bangsa itu dan ini .... jika tidak menurut petunjuk Allah ......

Carilah pimpinan yang soleh lagi adil ..... dari kalangan umat Islam ..umno ke, pas ke, pkr ke, ...

Dalam satu hadis yang bermaksud: "Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi suatu kaum maka dijadikan para pemimpin mereka orang-orang yang bijaksana dan dijadikan para ulama mereka menangani hukum dengan adil, juga Allah jadikan harta benda di tangan orang-orang yang dermawan. Namun jika Allah menghendaki keburukan bagi suatu kaum maka Dia menjadikan para pemimpin mereka orang-orang yang berakhlak buruk. Dijadikan-Nya orang-orang bodoh menangani hukum dan keadilan, dan harta benda dikuasai orang-orang yang kedekut." (HR Ad-Dailami)

Lebih ditakuti lagi ialah peringatan Nabi yang bermaksud: "Akan datang sesudahku penguasa-penguasa yang memerintahmu. Di atas mimbar mereka memberi petunjuk dan ajaran dengan bijaksana, tetapi bila telah turun mimbar mereka melakukan tipu daya dan pencurian. Hati mereka lebih busuk daripada bangkai." (HR At-Thabrani).

Butuk said...

umno akan terus disokong org melayu. tetapi umno mesti membuktikan ia memang memperjuangkan nasib melayu. ia mesti dibuktikan dengan fakta bukannya cakap kosong saja. Masalahnya pemimpin umno hanya cakap kosong! cakap berjuang untuk melayu tapi hanya untuk diri sendiri. perkara yg merugikan melayu pun dibuat jika npemimpin umno dapat $$$. Cuba tengok ekuiti melayu, yang ditarget DEB 30% tapi setelah hampir 50 th DEB dijalankan ekuiti melayu cuma 19%. Angka ni tak bergerak sejak th 80an zaman mahadir memerintah lagi. Kalau kira mudah, jika naik satu persen setahun pun jika 40 th misalnya boleh naik sampai 40%? Ini yg dikatakan pemimpin umno cakap kosong, kayakan diri sendiri saja.

Satu lagi kalau nak dapat sokongan, umno mesti membariskan pemimpin generasi baru yang berilmu bukan seperti sekarang. Kalau di kelate pemimpin2 yg pegang jawatan di bahagian banyak yg tak sekolah tinggi apalagi diperingkat cawangan. Kebanyakan mereka asalnya budak2 yg tiada kerja jauh sekali nak ada ilmu. tapi setelah dapat kontrak sikit2 mereka ada duit dan dapat beli jawatan dlm umno. kebanyakn mereka inilah yang menjadi pemimpin umno hari ini. Nak tarik org kampung macam mana. kita dengar cakap mereka pun kita boleh sahkan idea mereka tidak cerdik dan ketinggalan zaman. Di kampung mereka ini bukan kaki masjid tapi kaki lepaK di kedai kopi. Mudah cerita mereka ini kurang sembahyang. Kalau di kampung, org yang tak sembahyang tidak di dengar idea dan pandangan mereka bahkan tidak diminta pun idea mereka. Kalau macam ni umno nak menang macam mana.

Cuba tengok mpemimpin pas, ramai yang akhlaknya bagus. Walaupun hanya cakap mereka berdegar2 mereka masih disokong kerana akhlaknya baik.

Mudah cerita umno dengan pas ni 2X5 jah. Meraka kebanyakan nya mewakili pemimpin melayu yg tiada keberanian. Mereka adalah pemimpin bertelinga besar. Ambo rasa Datuk Ibrahim Ali saja yg berani la ni...takbir!!!

MAT KIKIK said...

Anonymous said...
Meli, kalau mu ada fomula nak tumpulkan taring PAS cepat gi tau PM. Tentu dia suka. Mu bole jadi menteri atau CEO cam Idris Jala. Bodo la mu kalau ada fomula simpan sendiri, atau mu ni berangan angan je di siang hari!!!!!!! Jangan berangan angan saja, pi jual besi burok bole dapat piteh.

September 1, 2009 7:53 PM

MU NI SEKOLAH KE TIDAK. MU FAHAM KE DOK GGAPO HAK MELI TULIS? DIA KATA PAS ADA FORMULA, BUKAN MELI. FORMULANYA MELI DAN TULIS. KALAU BENAK TOKSOH BACO, TAK SOH BUAT KOMEN, LARI TAJUK SAKAN, BUAT PENJENGUK LAIN SERABUT. ORANG BACA BLOG NAK TAMBAH ILMU DAN PENGETAHUAN, BUKAN NAK BACO JENIS HAK BABAT KOTSIR MACAMMUHAK MABUK TUAK MASAN MACAM DEMOK KOT TERBAK, KOK SERAYA, KOT JUBAKAR NUN.

WALAUPUN AKU TAK KENAL RAPAT DENGAN MELI, DIA LAGI TAK KENAL AKU, KERANA TULISAN-TULISANNYA AKU MINATI, AKU IKUTI JUGA KISAH HIDUPNYA. DIA JENIS TAK 'KAN BERGANTUNG PADA BATU PELIR SAPO-SAPO UNTUK HIDUP. KERANA ITU BILA BERHENTI KERJA DIA SELAMBA SAJA, TIDAK MURUNG MACAM ORANG MATI BINI MACAM ORANG LAIN KALAU KENA BERHENTI KERJA..... ada sambung lagi

MAT KIKIK said...

....sambungan

BAKPO? BOKTAN DIA ADA MASUK BANYAK LUBANG. UNTUK SEWA GUNA PERMIT AKHBAR HARIAN DAN MAJALAH BULANAN MILIKNYA SAHAJA DIA DAH DAPAT RM6,000 (ENAM RIBU) SEBULAN. HASIL MENULIS KE PELBAGAI AKHBAR DAN MAJALAH SETIAP BULAN DAPAT LAGI SEKITAR RM1,500. CUMA DIA SENGAJA MOYOKKAN, TIDAK BERAGAS. WALAUPUN KERETA BURUK, DIA ADA TIGA BUAH KERETA, SEBUAH DARIPADANYA AUDI YANG HARGANYA RM350,000 SEBUAH. KATANYA BILA DITANYA BAKPO TAK BUAT RUMAH, DIA KATA DIA BUKAN NAK HIDUP SELAMANYA ATAS MUKA BUMI NI. NAK BUAT APA RUMAH BESAR-BESAR, KALAU DIA TAK AGAS PUN TAKUT ANAK BINI JADI AGAS, RIAKLAH TU GAMAKNYA. DIA FIKIR SAMPAI KE SITU. PENGALAMAN JADI KETUA BIRO HARIAN WATAN KONONNYA MENJADI DIA BIMBANG, DIA SELAMBA TAPI ANAK BINI TAK SELAMBA MACAM DIA BILA JADI BINI DAN ANAK-ANAK KEPADA SEORANG BOSS.

MU HINA DIA DENGAN PROJEK BESI BURUKNYA? BANYAK ORANG KAYA KES JUAL-BELI BESI BURUK. MU TRY GI TENGOK TEMPAT JUAL-BELI BESI BURUK DEKAT KUTAN. TOKEHNYA PAKA MAZDEZ (WARNA PUTIH) YANG TIDAK MAMPU DIPAKAI PUN OLEH SEORANG WAKIL RAKYAT KALAU TAK MAIN BALAK PAKAI PROKSI ATAU KALAU TIDAK KUTIS KOMISYEN SANA SINI.

BAGI AKU PROJEK BESI BURUK MELI TU BUKAN KERANA DIA NAK PITIH PUN, TAPI NAK MAKLUMKAN SECARA SINIS KALAU NAK DUIT CUKUP MUDAH, BESI BURUK PUN BOLEH JADI PITIH, TIDAK ADA SEBAB UNTUK MENGANGGUR ATAU MINTA DERMA UNTUK DAPATKAN PITIH. CARI BESI BURUK....AKU RASA MELI TERJEMAH KATA NABI, KALAU TAK SILAP AKU, AMBIL KAPAK CARI KAYU API LEBIH BAIK DARI TADAH TANGAN MINTA SEDEKAH/DERMA.

KALU MELI JENIS BERANGAN DIA AKAN MASUK POLITIK. YANG KUAT BERANGAN ADALAH ORANG POLTIK. AKU DENGAR CERITA MELI DITAWAR JADI KETUA CAWANGAN PUN DIA TAK MAU WALAUPUN ORANG LAIN BEREBUT. MESYUARAT AGUNG CAWANGAN PARTI DI TINGKAT BAWAH RUMAH DIA PUN DIA TAK TURUN. BOLEH TANYA DATO ANUAR TAN DAN JUGA DATO WAN RAHIM (CIKGU ROHIN) SEMASA MEREKA RESMI MESYUARAT CAWANGAN MELI ADA NAMPAK MUKA KE TIDAK. DIA MEMANG TAK CAMPUR LANGSUNG HAL-HAL POLITIK WALHAL KALAU IKUT LABUKNYO ORANG MACAM DIALAH YANG PATUT DILANTIK SEBAGAI PEMIMPIN, MALAH KALAU JADI WAKIL RAKYAT PUN DIA AKAN PASTIKAN RAKYAT YANG DIWAKIL SENDAWA KENYANG BARU DIA SUAP KE MULUT KALAU ADA BAKI, BUKANNYA TOK WAKIL BETOK PEDAL, RAKYAT TELAN TAHI GIGI. DIA PERNAH BUWI MACAM-MACAM PERIBADI PERBADI MASA KERJA URUSETIA TETAPI DIA KATA TOK WAKIL KAWASAN BERKENAAN YANG BAGI SEMATA-MATA KERANA MAHU NAMA BAIK KERAJAAN KETIKA DIA BERMAJIKAN KERAJAAN PAS KELANTAN. LAGU TU 'LA JENIS MELI KAU MU NAK TAU GAT, JANGE DOK ANGGAP MELI MACAM MU, BUAT SIKIT KERJA BERSOHOR NYO BANYAK SUPAYA AKAN DAPAT GANJARAN. MU JANGAN NAK SAMAKAN PERUT PEDAL MELI DENGAN PERUT PEDALMU. AKU TENGOK MELI SELALUNYA BERKAIT SARUNG SAHAJA, MALAH SERBA LEKEH. KALAU YANG BELUM KENAL DAN DITUNJUK KATA ITULAH ORANGNYA PEMILIK BLOG KAPAK JANGAK, ORANG AKAN TERSENGIT SUMBING TANDA TIDAK PERCAYA, APATAH LAGI KALAU KATA ITULAH PEMILIK PERMIT SEKIAN-SEKIAN AKHBAR MINGGUAN DAN MAJALAH BULANAN, LAGILAH ORANG TAK PERCAYA KERANA KESELEKAHANNYA YANG SERING DUDUK BERSANDAR DI BERANDA MASJID KAMPUNG SIREH SEBELAH TADIKA TENGKU ANIS DENGAN MERIBA AL-QURAN. ABE JAK ABAS PUN KERAP JUMPA MELI DALAM KEADAAN NEGITU. AKU SERING TENGOK KEANA AKY\U PUN AHLI JEMAAH MASJID KAMPUNG SIREH TETAPI AKU TAK NBERANI DEKATINYA, APATAH LAGI MENGGANGUNYA YANG AKU RASA ITULAH MASANYA UNTUK DIA REHATKAN BADAN DAN PEMIKIRAN. AKU RASA CUKUP KERDIL UNTUK DAMPINGINYA

MINTA MAAF MELI KAWE CELEBE BANYAK SIKIT.

Unknown said...

Suatu ketika dahulu.. sewaktu teman menyaksikan 'live' di RTM sambutan kepulangan wira-wira Everest Malaysia Mahendran dan Mohanadass.. terasa meremang bulu roma dan bulu kaki.. seingat teman masa tu umur dalam 12 tahun... begitu bersemangat diwaktu itu apabila melihat betapa meriah dan hebatnya sambutan yang diberikan! teman amat mengagumi Gunung Everest, tambahan pula diwaktu itu teman bersekolah di kampung yang agak jauh daripada kemajuan.


Buku-buku di perpustakaan agak lusuh dan tak 'up-to-date'. Internet jauh sekali la zaman tuh! Di TV sahajalah tempat nak melihat bagaimana rupanya gunung Everest yang paling tinggi didunia tuh!! penuh dengan salji! dengan ribut! dengan batu-batuan kasar dan halus! pehh!!

Tanpa teman sedari dek kerana begitu bersemangat dan berbangga atas nama Malaysia, mengalir air mata teman semasa dihadapan TV tersebut... bukan setakat mengalir malahan tersengguk-sengguk! begitulah bersemangatnya 'patriotisme' teman diwaktu itu... Walaupun yang berjaya itu berbangsa India, namun teman tak peduli!! Inilah kejayaan Malaysia!!!

Tak lama selepas itu.. teman layan cerita Bukit Kepong lakonan Jins Shamsuddin dan rakan-rakannya.. Hampir-hampir teman memejamkan mata apabila melihat satu demi satu anggota Polis ditembak mati oleh pengganas komunis!! Dan sekali lagi teman mengalirkan airmata hingga teresak-esak apabila klimaks filem tu memaparkan wajah-wajah mereka yang terkorban sebagai perwira!

Dan kini.. di tahun 2009 ini.. sekali lagi teman melayan filem Bukit Kepong.. hmmm ada sesuatu yang hilang laa.. filem tu macam tu la jugak.. namun didalam diri teman ni ada sesuatu yang hilang.. teman hanya memandang sepi apabila babak-babak kematian anggota Polis Bukit Kepong.. hinggalah ke babak Sarjan dihempap alang rumah yang terbakar!

Tidak patriotikkah teman?
Sedangkan suatu ketika dahulu teman pernah mengalirkan airmata kerana filem yang sama!!
Tidak sayangkah teman pada Malaysia?
Sedangkan teman pernah menangis kebanggaan kerana kejayaan rakyat Malaysia!!

Apakah sebenarnya yang hilang??
Mengapa patriotisme telah hilang?
Siapakah penyebab patriotisme hilang?

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa memerah keringat sepenuh-penuhnya semata-mata untuk membayar 'kadar bunga' pinjaman kereta Bank malaysia yang tinggi nak mampus!!

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa menanggung hutang pinjaman pelajaran yang ada faedah??

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa membayar harga bunga yang terlalu gila babi tingginya untuk pinjaman rumah?

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa membayar harga yang tinggi apabila mengisi minyak di tangki motor dan kereta sedangkan negara ini punya minyak sendiri???

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa membayar kadar tol di lebuhraya yang amat tinggi dan banyak pula pondoknya!

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa berjimat hingga ke tahap mengawal penggunaan beras dek kerana harga beras yang dah nak sama macam harga emas!!!

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa membayar cukai pintu,cukai tanah, cukai jalan, cukai pendapatan dan macam-macam lagi cukai tetapi masih kena bayar harga minyak yang tinggi?

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa membayar premium Insurans kenderaan sedangkan tak eksiden langsung tahun sebelumnya selepas terpaksa membayar cukai jalan!!

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa membayar bil perkhidmatan internet yang mahal tapi kelajuan yang amat hampeh!

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa memejamkan mata melihat segala hasil mahsul negara ini diagih-agihkan sesama ahli UMNO dan BN sedangkan rakyat digula-gulakan dengan PATRIOTISME!!!

"gi jahanam la UMNO'

Anonymous said...

PAS YANG MEMERINTAH KELANTAN ADAKAH BAYARAN PARKING KERETA FREE, CUKAI TANAH FREE, CUKAI PINTU FREE, KEPALA BAKUL PENIAGA FREE.
BONEKA KIJANG DIMUSNAH TETAPI PATUNG SETINGGI TIGA KALI PUCUK NYOR DILULUSKAN!
AKU RASA SEMUANYA NAIK JUGA.
MARAHKAH KALU AKU KATA
PERGI MAMPUS DENGAN PAS!

TITIK TAK KONG BUAH PUYO BALIK EBEK said...

DEMO GI KOT ULU KELANTAN, TANYA BERAPA KENAIKAN PREMIUM TANAH, ORANG KAMPUNG MEMANG TAK MAMPU NAK BAYAR.

PATUNG KIJANG LAMBANG NEGERI DIBUANG HARAM, TO'KONG BESAR SAMPAI MELEPAS PUCUK NYIOR DIBINA, BOLEH PULAK. BASO LEBAI MANGKOK BUDU, JENIS LEBAI BUKA KITA MACAM-MACAM WARNA, KALAU MERUGIKAN PARI HARAM, KALAU MELABAKAN HALAL.

PARKING PULA ASAL SIAP ORANG BUAT BANGUNAN, TERUS PACAK ALAT PARKING BERMETER, BANGSAL-BANGSA PERNIAGAAN MILIK MELAYU TEPI JALAN (TERMASUK GERAI JUAL SURATKHABAR, TERUTAMA SEPANJANG JALAN TELIPOT HABIS KENA BUANG, SEMUA TU MILIK MELAYU DAN ITULAH STANDARD MELAYU MAMPU BERNIAGA PUN).

MASALAH AIR BERKARAT DAN MUCUNG PAIP KELUAR ANGIN BUKAN KELUAR AIR PUN TAK BOLEH SELESAI PERINTAH HAMPIR 20 TAHUN, TAK PAYAH BERAK BESAR LA. LLONI PULA METER PAIP AIR KE RUMAH-RUMAH DITUKAR DARI TEMAGA KE PLASTIK PULA.

JANGAN-JANGAN KERANA TAKDOK PITIH, TEMBAGA TU DIJUAL KATI TAK. ADA KO DEMO NI SSALO GI JUAL METER PAIP AIR TEMAGA KO DEMO MELI. KABARNYA SEKILO TEMBAGA RM12 SEKILO. KALAU SEMUA METER TEMBAGA DITUKAR DENGAN PLASTIK DAN TEMBAGA-TEMABA TU DIJUAL KATI, BO KALI NAK BAYAR GAJI MB, TMB, EXCO DAN WAKIL-WAKIL RAKYAT SEBNULA DUA TU LEPAS. JANGAN KERANA GILA NAK PERINTAH TETAPI HASILNYA TAK PANDAI CARI, SAMPAI JUAL BATU PELIR SUDAH LA. BOKTAN LU DUK BABABT MACAM SIAM MABUK TUAK MACAM DOK CCARO KO ROYALTI MINYAKNYO. KALAU DOH BERASO MINYAK DALAM KAWASAN KELANTAN BANYAK GAT, BAKPO TAK PPAKAT BAWOK BALDI, BAWAOK TIMBA UPIH NIBUNG GI CEBOK BOLEH SETAKI SORANG SETIAP HARI?

Jual etok di Jeli, ppalo botak jamoh geli said...

TITIK TAK KONG BUAH PUYO BALIK EBEK!

Kalu begitu gak, nampaknya kawe kena buat timba banyak-banyak. Puak-puak tu gi timba dan cebok minyak, kawe jual timba. Demo beraso dan kayo sapo dulu?

Ikan keket mak elok-elok said...

Hok jon buat perahu dan rakit buwi ko kawe lagu mano?. Tok cukup buluh nak buat rakit, kita buat rakit batang pisang. Keknyo gat kesianlah ko lembu, takdok peluang doh la kawan lembu nak makan batang pisang cicang, habis kena guna buat rakit.

ambo said...

Dulu tgk TV... polis kena tembak dgn komunis... teresak-esak.... hiba disamakan dgn patriotik....

Sekarang tgk TV.. polis kena tembak dgn komunis..... tak rasa apa2..... sbb kena byr tol, cukai sana-sini, hutang keliling pinggang....

Murahnya nilai patriotik.......

Anonymous said...

GEDUNG KARTUN DICABAR SERET KDN KE MAHKAMAH - malaysiakini

Hishammuddin Hussein mencabar majalah humor politik Gedung Kartun membawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke mahkamah jika tidak berpuas hati dengan tindakannya.

Menteri dalam negeri menegaskan, serbuan dan rampasan dibuat terhadap majalah itu, awal minggu lalu, kerana ia diterbitkan tanpa permit daripada kementeriannya.

"Sebab tidak ada lesen dan belum diberi permit. Dan melakukannya tanpa kelulusan, bercanggah dengan undang-undang sedia ada. Mereka kena jawab," katanya dalam sidang media di Putrajaya.

KAH KAH KAH…

kah kah kah…INI LAH IKLAN YANG PALING TERBAIK… kah kah kah..

kah kah kah… TAK PERLU BELI IKLAN… kah kah kah..

kah kah kah...SATU MALAYSIA SUDAH TAHU...kah kah kah..

kah kah kah....SATU DUNIA ADA LAPORAN...Al-JAZERA..BBC..NEW YORK TIMES...kah kah kah

kah kah kah… MUNKEE INI MENJADI JURUBIACARA… kah kah kah…

kah kah kah…. RAYA INI SEMUA ORANG AKAN BERTANYA.. kah kah kah

kah kah kah...SUDAH LAH ANDA MENDAPATKAN MAJALAH CULT YANG PALING COOL….kah kah kah…

kah kah kah... LAGI GILA... DARI GILA GILA... kah kah kah..

kah kah kah... LAGI UJANG DARI SEGALA ORANG BUJANG...kah kah kah...

kah kah kah.... LAGI MAD DARI MAD MAGZINE... kah kah kah..

kah kah kah… SIMPAN KOLEKSI… AKAN JADI BAHAN SEJARAH YANG MAHAL…. kah kah kah…

woit… YANG BELUM BELI… JANGAN BAGI PINJAM…kah kah kah…

kah kah kah… KALAU BACA DALAM LRT…. KALAU ORANG SEBELAH INTAI… KETUK KEPALA DAN KETAWA KAH KAH KAH…..

nota:
nak buat bodoh apa saman kdn.
ingat kami ngook? ingat kami tak ada
kerja lain. ajak main bola – pandang bola
dia punya, refri dia punya, tiang gol
kita luas 20 kaki , tiang gol dia 2 inchi.
ajal berok pun berok kata cipaplaaa kah kah kah.

Lebai Mangkuk Sambal Belacan said...

Penghina peraturan dan perundangan. Spesis macam ni' lah yang patut diISAkan, langgar peraturan untuk dapat publisiti murahan.

Perbuatan sedemikian bukan sahaja haram di sisi undangundang tetap haram di sini agama. Kalau nak rezeki tak betul, silakan.

Kerajaan, KDN dan Hishamuddin boleh dipersendakan, tapi malaikat tak lupa buat catatan. Dah 'lah tak ada permit, menfitnah KDN macam-macam, ingat orang KDN macam dunia kartun ke.

Saya yakin akhirnya kartunis terbabit dan koncu-koncunya akan diISAkan kalau dah pelahap sangat nak tunjuk agas dengan kerajaan, dah nak publisiti sangat.

Spesis manusia macam ni boleh rosakkan reputasi dan prestasi Pakatan Rakyat (PR) kerana kartunis berikaitan orang kuat PKR. Manusia jenis ini yang paling mahukan ISA dihapuskan, supaya dia boleh pakai hukum rimba, tidak tamadun. Pengulas yang asyik kah kah kah kah, jelas jenis spesi manusia kepala masuk air, buat cemarkan blog Meli saja. Setahu saya yang suka kah kah kah ni kalau tidak tupai pun, kakoh.

mamamam said...

sila-silalah berkunjung ke.......................................http://chegubard.blogspot.com/

mamamam said...

sila-silalah berkunjung ke......................................http://chegubard.blogspot.com/..................ermmmm

Anonymous said...

ambo pun kecek getek pasal Pas tak pandai perintah. Kecek jah isle isle tapi selam dlm laut.

Kaki rasuah dlm pimpinan pas kelantan banyak jugok weeh supo dgn umno lah. Kaki minta komisyen cukup ramai, balak, tapak tanah nak wat landing minyak pun ore pas dok lobi melobi tempat hok dok berebut tumpat, kuala besar dan kemasin. Semua ada broker2 janji ada persennya, ni boleh tanya husam anak musa, perangai licik mace anok musa sore lagi tapi dia parti buke isle anak musa ni, husam anak musa ni kecek penuh isle hadis quran sembahyang tak tinggal tapi hati tuhan allah jah tahu,
hehehe ni bukan ngumpat tapi realiti boleh ambo royat sapo dio hok anak musa ni dok deal sbb ambo pun salah sore hok tau perangai ore isle pas ni.

Org pas bilo kena buah penangan mulolah dia nak banding dgn perangai UMNO, napok sgt hilang hujah isle dia tipu, bila kita persoal kerjasama dgn DAP dulu bukan main kaitkan dgn agama pasal lantik bukan Islam jadi pemimpin, loni demo pulaok dok baik dgn DAP ada hujah Isle pulok. Penipu hangit ore pas ni, guna hadis quran utk politik. Politik pula amalan dari sistem kafir barat, dok percaya.

akhirnya aku lebih percaya dgn perjuangan syeikh tajuddin Nabhani Hizbul tahrir boleh baca gapo dio dlm mykhilafah.com gerakan dia ni kat msia tak pernah lulus oleh KDN tapi jaga2 SB SB dok ikut rapat puak ni. Ni dia pejuang Islam betul, sistem barat dibuang sbb melencongkan jiwa dan hati org Islam.

Ghazaliyyah Bdr Jengka

Anonymous said...

helooo mat kikik....mung g kerkohlaaaa batu peleeee Meli penipu hapassss tu...

aku pon buke kenal sangat Meli, tapi taulah bila kawe semetar, dio meme kaki auta, patut hidup susoh sepanjang zaman...balasan dari Tuhan!!

Mat Kikit said...

Meli hidup susah ke? Mano demo tahu dia hidup susah? Boktan dia tak jangak macam demo, tak pakai tali leher ada besar papan lantai, pitih samas dalam kocek, lagak macam jutawan.

Berapa kali Meli gi tadah tempurung minta sedekah rumah demo, gi minta beras. Setahu kawe Meli ni jenis mudah tolong orang tapi tak mengaku. Kalu bagi derma, dia kata orang suruh tulung buwi.

Ada bekas pekerja dia kutip pitih dekat egen jualan akhbar mingguan dan majalah terbitan syarikatnya dia tak kata apa. Exco (Pas) tak bayar hutang dia pun dia senyap. Orang tak bayar (asyik tangguh) pitih beli tukar milik Mingguan Wasilah dia tak apa, tak buat bising.

Kawe banyak tahu tentang Meli dari worih kawe yang pernah bekerja dengannya. Dia mudah ccayo ko orang,banyak orang ambil kesempatan. Meli susah sementa tetapi dia banyak idea untuk pulih dari kesusahan. Ramai oarng berjaya pakai idea dia

Meli bakpo demo tak siar nama exco yang tak bayar hutang demo dan bekas pekerja yang kebas duit demo dari pengedar?

Anonymous said...

Mat KIKIK,
Nak tanya sedikit, kalau buat rumah besar riak, kalau pakai AUDI RM 350,000 raik atau tak?