BUKAN pertama kali saya tegaskan bahawa tujuan blog ini adalah untuk menumpang mencari ilmu (kerana saya tidak banyak ilmu, tidak masuk universiti) untuk kemudiannya saya sebarkan pula kepada pembaca kerana kebetulan saya ada minat dan kecenderungan dalam bidang penulisan dan kepengarangan, malah bidang berkenaanlah yang menjadi sumber rezeki saya selama ini.
Tetapi sayangnya dalam saya melontarkan isu-isu supaya diberi komen secara rasional dan profesional bagi tujuan percambahan ilmu, telah diisi dengan komen-komen diluar profesiolaisme dan nasionalisme, sebaliknya dijadikan gelanggang untuk saling menunjukkan kecetekan pemikiran dan berbalas hujah. Padahnya matlamat kewujudan blog ini terlencong.
Ada juga komen-komen yang dihantar bersifat peribadi penuh prejudis, termasuk serangan peribadi terhadap saya berdasarkan maklumat dan andaian yang tidak tepat, ada yang menggunakan bahasa kesat dan pronosme dalam membuat komen. Harus diingat bahawa blog ini barangkali turut dibaca oleh para ustaz dan ustazah.
Saya sengaja menggunakan bahasa yang mudah (walaupun sebagai penulis kreatif di samping bergiat dalam penulis non-kreatif, saya boleh menggunakan bahasa bombastik, bahasa yang berbunga-bunga walaupun tidak seindah bahasa ara sasterawan besar) bertujuan supaya penjenguk mudah faham dengan penggunaan bahasa yang santai yang gunakan.
Yang ingin saya ulangi ialah saya bukan orang parti politik tetapi saya bukan jahil dan bukan baru dengan dunia politik. Saya mengisi blog ini dengan hidangan tulisan yang tidak bias kepada mana-mana parti politik. Kalau dilihat bias, itu adalah atas keupayaan penilaian penjenguk sendiri dan saya akan menerimanya secara terbuka.
Saya bukan anti Pas atau pro Umno atau anti Umno pro Pas, malah sya tidak anti atau pro mana-mana parti POLITIK atau mana-mana tokoh pun. Apa yang saya rasa betul saya akan bersetuju manakala yang tidak betul, saya akan tegur. Soal pandangan saya dalam membuat pujian dan teguran itu patut atau tidak patut, bergantung kepada keupayaan penilaian para penjenguk.
Saya tidak minta penjenguk terima pandangan saya, sebaliknya saya lebih suka kalau ditolak dengan hujah-hujah yang ada unsur-unsur profesionalisme dan rasionalisme supaya ianya akan dapat menokok-tambah ilmu dan maklumat saya untuk nantinya dapat saya salurkan pula kepada pembaca.
Betul saya tidak berada dalam Pas tapi saya sudah wakafkan bini saya untuk Pas. Orang Pas Kelantan, lebih-lebih lagi Pas Kawasan Kota Bharu pasti tahu peranan yang dimainkan oleh bini saya sebagai aktivis Pas.
Tenaga yang disumbangkannya saya rasa jauh lebih banyak dari bini para wakil-wakil rakyat. Saya tidak penah larang walaupun saya bukan orang Pas, malah saya bukan orang politik yang tidak ada cita-cita dan matlamat politik pun.
Saya tidak pernah merungut walaupun kerana terlalu komitmen terhadap kegiatan politik, urusan rumahtangga tergendala. Bini saya berdosa kerana itu tetapi saya sering memberi kemaafan dan saya sentiasa bedoa supaya seandainya tugasnya sebagai ibu dan isteri terabai gara-gara urusan parti politik yang didukung dan disokongnya, Allah akan ampuninya, malah saya meredainya kalau dirasakan matlamatnya untuk berbakti kepada agama dan bangsanya.
Seringkali tetamu datang untuk berjumpa dengan bini saya sebagai penghulu wanita yang lazimnya bila datang kena dihulurlah sepuluh dua. Bila bini saya tidak ada di rumah, saya yang kena hulur kerana rata-rata yang datang akan adukan masalah kewangan, umpamanya untuk tambang beca roda tiga balik atau untuk berhenti minum di mana-mana kedai kopi kononnya tak ada duit sesen pun.
Jangankan mahu tuntut balik dari tok wakil kawasan atau Pas kawasan, kepada bini saya pun saya tidak maklumkan tentang huluran saya yang saya kategorikan sebagai sedekah jariah. Saya bukan orang parti politik dan tidak ada kepentingan politik untuk dapat imbalan kepada apa yang dihulurkan.
Saya boleh untuk tidak layan atau halau sesiapa sahaja yang datang ke rumah ketika bini saya tidak ada di rumah. Tetapi saya tidak berbuat demikian atas nama kemanusiaan walaupun kadang-kadang kedatangan itu boleh menggangu urusan saya, terutama ketika saya sedang menghasilkan karya kreatif yang mana ketika saya buat kerja mengarang, anak cucu pun tidak berani masuk dekat.
Saya nukilkan ini semua bukan kerana mahu mengungkit tetapi untuk memaklumkan kepada para penjenguk bahawa saya tidak ada unsur-unsur permusuhan, apata lagi prejudis terhadap sesiapa. Tetapi sesuatu yang tidak boleh saya lakukan adalah untuk kata benar bagi sesuatu yang tidak benar dan akan kata tidak benar bagi yang benar, kata tak molek bagi yang molek dan kata molek bagi yang tak molek.
Suatu ketika saya boleh setuju dengan Pas, boleh julang Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan boleh kritik tokoh-tokoh Umno tetapi bila dalam pemerhatian saya mendapati Pas atau Dato' haji Nik Abdul Aziz tidak lagi seperti ketika saya julang dulu, saya tidak boleh untuk terus setuju dengannya, untuk teus julangnya. Bila apa yang Umno dan tokoh-tokoh parti itu buat lebih betul dari yang Pas buat, saya tak boleh untuk tidak setuju dengan Umno.
Penjenguk yang ada kepentingan, ada tujuan dan matlamat parti politik tidak boleh samakan saya yang tidak ada kepentingan parti politik dengan anda semua. Kalau dirasakan sokongan saya menjadi suatu keperluan, maka kena bukti dan yakinkan saya bahawa parti yang didukung dan disokong lebih baik dari pelbagai sudut berbanding dengan parti lawan, bukannya dalam bentuk retoriksme semata-mata.
Oleh itu, dalam memberi komen kepada apa yang saya postingkan, mohon berilah komen yang ada unsur-unsur profesionalisme dan rasionalisme, bukannya pakai hentam kromo dengan segala prejudis berdasarkan agakan dan andaian liar dan ditokok-tambah dengan unsur-unsur pronosme sebagaimana komen berikut;
September 3, 2009 3:49 PM
Anonymous said...
helooo mat kikik....mung g kerkohlaaaa batu peleeee Meli penipu hapassss tu...aku pon buke kenal sangat Meli, tapi taulah bila kawe semetar, dio meme kaki auta, patut hidup susoh sepanjang zaman...balasan dari Tuhan!!
Siapa yang saya tipu dan autakan?. Berapa kes polis dibuat terhadap saya kerana kes menipu? Barangkali merujuk kepada kegagalan saya dalam perniagaan menyebabkan ada gaji kakitangan tertunggak atau ada pinjaman yang gagal saya jelas sehingga kini, maka saya dianggap penipu dan kaki auta. Macam mana pun saya dalam proses untuk jelaskannya apabila;
1. Bayaran bagi penjualan Mingguan Wasilah berjumlah RM300,000 dijelaskan sepenuhnya. Rakan saya yang membelinya dalam keadaan kewangan tidak stabil, tak 'kan saya nak tekannya macam ceti tekan peminjamnya. Biar saya kecundang asalkan dia terus jaya. Jangan pula sampai dua-dua gagal, yang ruginya orang Melayu kita juga.
2. Saya juga dalam proses memungut hasil jualan dari para pengedar
3. Kalau nak kira jumlah hasil yang belum dipungut adalah;
3.1: Hasil jualan buku menjulang Pas RM384,000.00
3.2: Hasil jualan Mingguan Wasilah RM240,000.00
3.3: Hasil Jualan Fajar Islam, Mingguan Konsep, Majalah RM334,000.00
JUMLAH RM958,000.00
Manakala hutang/tunggakan gaji yang belum dibayar dan hutang-hutang yang lain (termasuk pinjaman TEKUN Nasional RM30,000) sekitar RM150,000 sahaja. Untuk membiayai penerbitan Mingguan Konsep dan majalah Wasilatul-Ummah sebanyak RM180,000 modal hangus manakala untuk Fajar Islam sebanyak RM105,000 hangus. Saya tidak ada supporter dari mana-mana pihak, terutama dalam bentuk dananya.
Macam mana pun rekod tunggakan hutang (termasuk gaji kakitangan yang tertunggak) saya simpan dengan baik, temasuk alamat penuh para petugas. Saya akan segera poskan cek-cek pembayaran tunggakan sebaik sahaja saya menerima bayaran, khususnya hasil jualan Mingguan Wasilah yang dijanjikan pada hujung tahun ini setelah bebeapa kali ditangguhkan. Setelah selesai segala tunggakan hutan (termasuk tunggakan gaji), barulah saya akan mulakan semula peniagaan penerbitan saya dan saya bersedia untuk gagal banyak kali lagi sebelum berjaya. Bagi saya tidak ada jaya kalau tidak pernah gagal.
Kepada bekas-bekas pekerja saya, saya mohon bersabar. Yakinlah, tunggakan gaji anda semua tidak akan hangus begitu sahaja. Ianya tetap on, malah saya sudah catatkan jumlah dengan alamat lengkap, malah sesetengahnya siap dengan nombor akaun untuk dijelaskan oleh anak-anak saya jika saya mati sebelum sempat menjelaskannya.
Hanya mereka yang pernah berniaga sahaja akan tau macam mana sulitnya untuk membina sebuah perniagaan yang bukan sahaja menuntut pengorbanan majikan tetapi juga pengorbanan para petugas yang kena pastikan perkhidmatan yang disumbangkan mendatangkan laba, bukannya boleh menyebabkan majikan mampus katan kerana bekerja atas faktor mahu terima gaji tetapi tidak mampu sumbangkan perolehan kepada syarikat. Kegagalan saya menjadikan saya mengkaji di mana lemahnya saya.
Kebetulan saya tidak ada pengalaman dalam bidang pengurusan. Bila eksekutif pentadbiran dan kewangan saya berhenti kerana kawin dan ikut suamuinya yang bekerja di luar Kelantan, saya jadi patah reng kerana sejak mula membuka pejabat, beliaulah yang mengurusak segala-galanya. Saya tidak ada kepakaran dalam kerja perakaunan dan pentadbiran.
Mungkin saya tidak kaya tetapi saya tidaklah susah sangat, apatah lagi merempat sepanjang zaman sebagaimana yang anda katakan. Saya anak tunggal kepada seorang ayah yang adalah sedikit sebanyak harta pusaka yang ditinggalkan. Kesusahan yang saya tanggung tidak sampai menterpaksakan saya jual harta pusaka lagi pada waktu ini.
Rasanya dalam saya tidak sekaya anda, saya banyak mebantu tetapi hampir tidak pernah dibantu. Kalau saya mahu senang saya boleh berniaga dengan beroperasi di rumah saya, buat secara solo, tetapi saya tidak ada matlamat untuk jadi senang sendiri sahaja dan biarkan orang lain susah. Kerana tidak mahu orang susah, khususnya anak bangsa saya, sudahnya saya susah kerana gagal dalam perniagaan dan hangus sejumlah modal yang mungkin tidak banyak kepada orang seperti anda tetapi agak banyak bagi orang macam saya.
Walaupun tidaklah sehebat mana, saya boleh mengarang, menyunting, membuat layout dan mengurus cetak serta memasarkan akhbar mingguan, malajah dan buku-buku sendiri. Itu yang saya lakukan sebelum menyewa sebuah pejabat dengan sewaan bulanan RM2,500 sebulan dan ambil sejumlah pekerja. Masa buat secara solo saya berjaya, bila guna pekerja, saya gagal.
Matlamat saya adalah untuk berkongsi rezeki dan membantu anak bangsa yang belajar tinggi tetapi tidak bekerja kerana berlaku longgokan siswazah menganggur. Tetapi hasrat murni saya itu belum berhasil kerana kelemahan saya, terutama dalam soal pentadbiran dan pengurusan serta kewangan kerana saya bukannya ada kepakaran dalam bidang-bidang berkenaan. Sepanjang hidup saya adalah menulis. Menguruskan pekerja pada saya jauh lebih susah dari mengurus anak-anak sendiri.
Tapi saya tidak putus asa. Malah saya bangga kerana gagal, dari kegagalan itu saya dapat pelajaran dan pengajaran tanpa perlu masuk bilik kuliah. Kerana kegagalan juga saya boleh kenal mana kawan, mana sahabat dan mana kawan makan kawan. Berbekalkan pengalaman masa lalu, Insyallah saya akan bangkit kembali apabila saya ada sedikit tenaga dalam bentuk modal. Saya yakin selepas ujian demi ujian terpaksa dihadapi, Allah akan makbulkan doa saya untuk nanti jadi seorang yang berjaya dalam apa yang diusahakan tetapi saya tidak akan riak, manggak, sombong, agas dan bongkak sebagai orang berjaya.
September 4, 2009 9:41 AM
Mat Kikit said...
Meli hidup susah ke? Mano demo tahu dia hidup susah? Boktan dia tak jangak macam demo, tak pakai tali leher ada besar papan lantai, pitih samas dalam kocek, lagak macam jutawan.Berapa kali Meli gi tadah tempurung minta sedekah rumah demo, gi minta beras. Setahu kawe Meli ni jenis mudah tolong orang tapi tak mengaku. Kalu bagi derma, dia kata orang suruh tulung buwi.Ada bekas pekerja dia kutip pitih dekat egen jualan akhbar mingguan dan majalah terbitan syarikatnya dia tak kata apa. Exco (Pas) tak bayar hutang dia pun dia senyap. Orang tak bayar (asyik tangguh) pitih beli tukar milik Mingguan Wasilah dia tak apa, tak buat bising.Kawe banyak tahu tentang Meli dari worih kawe yang pernah bekerja dengannya. Dia mudah ccayo ko orang,banyak orang ambil kesempatan. Meli susah sementa tetapi dia banyak idea untuk pulih dari kesusahan. Ramai oarng berjaya pakai idea diaMeli bakpo demo tak siar nama exco yang tak bayar hutang demo dan bekas pekerja yang kebas duit demo dari pengedar?
September 4, 2009 3:07 PM
Saya memang hidup susah untuk beberapa ketika kerana saya hanya duduk di rumah memendam rasa kerana tidak dapat menerima hakikat kegagalan apabila perniagaan dijalankan dengan cukup tenaga, termasuk tenaga mahir, tidak berjaya. Malah saya rasa saya sengaja dipersusahkan oleh kawan yang menjadi gunting dalam lipatan.
Tetapi bila saya sedar bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, saya sudah tidak rasa susah lagi, sebaliknya saya gembira kerana gagal, kerana jatuh sebelum saya naik terlalu tinggi. Pengalaman sangat berguna untuk saya bangkit kembali.
Saya tidak bercadang untuk dedahkan nama exco terbabit kerana jumlah hutangnya tidak banyak mana pun. Bagaimanapun saya sangat kesal kerana sikapnya itu, liat bayar hutang. Sepatutnya saya diberi sokongan moral dengan dipercepatkan bayaran. Kena ikut jejat Dato' Ibrahim Ali dalam pembayaran hutang, cepat dan tidak banyak kelu kelih. Tak bayar hutang yang mampu dibayar mana boleh masuk syurga.
Bekas pekerja yang kutip bayaran dari pengedar itu adalah sahabat lama saya yang paling saya hormati dan paling saya ambil berat. Bila ada peluang kerja, dialah orang pertama yang saya akan maklumkan, malah cadangkan kepada pihak yang memerlukan tenaga kerja yang berkepakaran dalam bidang berkaitan, maka dialah yang saya akan cadangkan diambil bekerja.
Kalau dia maklumkan bahawa dia sudah pungut pun saya tidaklah terasa hati sangat tetapi saya sukar untuk maafkannya kerana gara-gara tindakannya itu saya telah tersalah anggap terhadap Thurkan Agency, saya ingat agen berkenaan sengaja tidak mahu bayar hutang. Saya SMS guna bahasa kasar kepada Thurkah Agenct sedangkan agen bekenaan dah buat bayaran.
Saya sedang tunggu dokumen dari Thurkah untuk buat laporan polis. Macam mana pun kalau dia muncul dan minta maaf mungkin saya akan batalkan hasrat membuat laporan polis. Bagi saya pitih boleh dicari tetapi nilai persahabatan tidak patut dikhianati. Orang macam ni, yang tidak reti nilai persahabatan, sampai anak cucu ciatnya akan saya senarai-hitamkan.
Anonymous said...
Mat KIKIK, Nak tanya sedikit, kalau buat rumah besar riak, kalau pakai AUDI RM 350,000 raik atau tak?
September 4, 2009 5:33 PM
Kereta Audi saya tu yang dah lama. Model tahun 1980. Harganya tidaklah sampai RM350,000. Yang baru tak tau lah saya. Itu pun sekarang ni berada di bengkel, tukar cermin depan. Kenapa sampai kereta saya pun dijadikan isu pula. Saya beli dengan titik pelih sendiri. Itu pun kawan saya (seorang doktor) yang minta tolong saya beli keretanya pasal dia perlukan duit ketika itu.
Kalau saya beli kerana dapat kawasan balak ke apa ke, patutlah juga dijadikan isu. Nampaknya komen-komen yang dihantar sudah jauh melencong.
5 comments:
assalamualaikum buat mkj n semua
sedih baca cerita abg li, kadang2 nak marah pun ada baca tulisan abg li hak lepas2, kecewa pun ada, suka berguling bating pun ada, pelik + hairan pun ada. maklumlah abg li ni lama saya dok minat n perati cara n teknik penulisan dia. sejak saya remaja lagi. biasa la. seorang penulis yg hebat n berpengalaman macam abg li mesti pandai amik emosi orang.
apa pun, sabar lah abg li, ada hikmatnya tu. berkaryalah..semoga diberikan kekuatan olehNYA untuk terus berkarya. jatuh bgn tu perkara biasa. setiap sen, setiap suapan yg masuk perut n mulut anak bini abg tu berkat, dengan syarat pitih hasil titik peluh sendiri n tulisan yg bermanfaat. lbh berkat dari makan gaji rasanya.
sabarlah...n teruskanlah berkarya...walaupun ada yg tak suka..ada yg tetap tunggu posting abg..semoga ianya bermanfaat dan mendapat ganjara dariNYA...semoga berjaya
a.m
TUBIK LAGIH-baso dio doh lah abe li eh..hok baik pun ore kutuk..hok buruk lagi la ore kutuk..(ambo tok setuju hok komen melampau gituh)..yang penting kalu kito raso kito betul, loh gi la..ambo pun kalu raso abe hok abe li tulis tu buleh kritik, kito kritik..nok suruh ore puji sokmo syok sendiri la pulok..
tahniah lo ko bini abe li kerano komitmen dalae perjuange..tp tu lah..abe li redho sepenuhnyo ko dok tok tahu?..ko takut 'make hati,ulam jantung'. Adokah posting pasal "wanita lebih rama masuk nerako" di tujukae ko sapo2...apo-apopun harap yang terbaik la utk abe li sekelamin..dae dale huraian panjang tentang sumbangan/sedekah tu..semoga diberkatilah..bukae apo takut timbul sifat riak gak, sajo belako..x do barokah hok tu kito raso susoh sokmo...mudah-mudahan itu istidraj dan abe li sabarlah ...wassalam
kalu parti pas tok molek...parti umno molek kot mano gak....sya jak budok lagi duduk dlam umno...taulah..hok halal pun sebat..hok haram pun ambik
Salam Abe Meli
Sabar la, be, tapi for sure napok la pemikire ore2 hok kritik abe, atas sikit pado Talibe di Afghaniste, mcmna nok memerintoh Malaysia kalu mene PRU13.
Mace ambo kato dulu, set2 tu ore gilo talok, benci tapi nok baco, bilo baco nok maroh, banyok lagi blog hok ngepong PAS dan kutuk UMNO, baco blog tu la, bakpo dok blog MKJ. So lagi, kalu tadok batu ...tok soh nok ngomen, pakai anonynomous ni kejo ore tok tanggungjawab.
Anyway, teruskan MKJ, blog abe banyok buko minda, terimo kasih
Saudaraku MKJ,
Sudah menjadi adat dunia, sedangkan Rasulullah sendiri dimaki dan dikhianati dalam menjalankan dakwahnya sedangkan kita manusia biasa apatah lagi demikian.
Sememangnya manusia yang rendah imannya akan mengata kepada seseorang yang dia tidak suka atau berlawanan dengan kehendaknya.
Kadang-kadang mereka mendabik dada, mengikut sunnah nabi tapi bila berkata-kata atau menggunakan mata pena atau kekunci komputer secar tidak sedar menyimpang jauh dari sunnah nabi.
Nabi dapat bersabar walaupun orang kafir membaling batu sampai nampak berdarah didahinya(lebih-lebih lagi hatinya) tapi dia tidakpun membalas dan berkata apa-apa.
Bilal yang disiksa begitu kejam, dibubuh batu besar atas perutnya, hanya perkataan Allah yang disebutnya. Dia tidak menyumpah kepada yang meyiksanya. Tetapi kita cuma membaca tulisan yang tidak sependapat dengan kita yang kadang-kadang benar tapi kita tak rela membenarkan.
Rela tuduh macam-macam,
rela menggelar macam-macam kepada si penulis.
Adakah kita bertanya kepada diri kita, kalau kita bersifat begitu, adakah kita layak menjadi ahli syurga kerana ahli syurga bebas dari kebencian Allah dan kebencian manusia.
Justeru itu bersabarlah,
Biar manusia membenci tetapi bukan Allah. Kita hanya sementara di dunia dan di akhirat kekal abadi.
Post a Comment