Saturday, September 5, 2009

MUNCUL KEMBALI (372)

Jangan salahgunakan kemeriahan raya dengan dentuman mercun

WAN Amirul Faiz Wan Abdullah, 14, dari Kampong Binjai Rendah, Marang, Terengganu yang jari hantu dan jari manisnya hancur manakala tulang ibu jarinya patah gara-gara mercun buatan sendiri bukannya kes pertama berlaku di negara ini kepada anak-anak Melayu yang kreatif, sebaliknya ianya adalah lanjutan, kesinambungan serta pertambahan jumlah kes kepada perayaan-perayaan yang telah lepas.

Seingat saya yang sering membuat liputan kecederaan mangsa-mangsa mercun ketika bertugas sebagai orang media, termasuk dalam membantu menyediak skrip berita untuk jurugambar sambilan TV3 dan TV Malaysia Kelantan, sejak pengharaman bermain mercun dikuatkuasakan, belum pernah lagi Hari Raya Aidilfitri di sambut dengan '0' mangsa mercun buatan sendiri. Paling menonjol adalah pada tahun-tahun 1990-an ke mari.

Asal saja tiba musim raya, pasti ada kes akibat kecederaan bermain mercun, paling banyak kerana mercun buatan sendiri. Kudung tangan, buta mata dan kecederaan kekal pada bahagian-bahagian anggota tertentu semacam senonim dengan musim perayaan. Semakin dekat dengan raya semakin ramai yang cedera. Perkara yang sama tidak pun berlaku pada perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krimas dan perayaan-perayaan bukan Islam yang lain.

Adalah diaykini apa yang dilaporkan oleh media hanyalah sebahagian dari kes yang berlaku, selebihnya ada tidak dilaporkan, termasuk apabila menyebabkan kecederaan yang lebih serius, apatah lagi yang membawakepada kematian. Untuk mengelak dari masalah perundangan, maka diubah sebab-sebab kecederaan atau kematian ketika laporan polis dibuat atau ketika memberi maklumat yang minta oleh pihak berkuasa.

Yang pelik, sukar untuk difahmi dan payah dicari sebab dan musababnya, kenapa sebaik sahaja bermulanya puasa, maka di sana sini akan terdengar dentuman mercun, termasuk meriam buluh, malah tangki minyak kenderaan pun dijadikan bahan letupan demi untuk bunyi letupan kuat. Padahnya kalau tidak silap saya, berlaku kematian apabila tangki yang diisi penuh dengan karbaid itu meletup. Kes itu berlaku di Kelantan.

Paling malangnya bukan setakat pencipta bahan letupan ciptaan sendiri sahaja yang cedera kerana sengaja mencari dan mencipta petaka, sebaliknya ada sesetengah mangsa mengalami kecederaan kekal kerana mendekati bahan letupan yang diletupkan tanpa disedari atau kerana berada pada tempat tragedi secara kebetulan, ada yang cedera kerana mercu yang dilontar oleh pemiannya, ada rumah yang terbakar kerana mercun berbetuk roket masuk ke dalam rumah.

Walaupun penjualan mercun dilarang dan mereka yang terbabit dalam pembekalannya boleh ditangkap, didakwa dan dihukum, namun pada hari pertama puasa pun sudah boleh didengari gema letupan mercun. Ianya semakin membingitkan apabila semakin dekat dengan raya. Kekhusukkan jemaah yang bersembahyang sunat terawih diganggu oleh bunyi dentuman mercun yang mana ada sesetengah mercun jenis roket dilancar masuk ke dalam masjid.

Maknanya dalam keadaan terdedah kepada kemungkinan ditangkap, didakwa dan dihukum, masih ada manusia yang sanggup melakukan penyeludupan, pengedaran, pembekalan dan peruncitan mercun semata-mata kerana wang di samping ibubapa tidak cuba memotivasi anak masing-masing tentang bahaya bermain mercun, apatah lagi menggunakan daya kreativiti mencipta bahan letupan sendiri di kalangan anak-anak yang mengangap dentuman mercun dan bahan letupan adalah antara sebahagian dari faktor kemeriahan raya.

Walhal memeriahkan raya dengan dentuman mercun, meriam buluh serta mercun ciptaan sendiri bukan budaya Islam. Yang dituntut pada hari raya dalam Islam ialah bertakbir dan bertasbih, saling kunjung mengunjungi dan bermaaf-maafan. Meriahkan peayaan dengan bahan letupan asalnya tradisi menyambut Tahun Baru Cina.

Bagaimanapun setelah pembakaran mercun dilarang, Cina tidak lagi menggunakan bahan letupan dalam perayaan mereka. Mencipta bahan letupan sendiri tidak sekali-sekali, belum ada laporan yang menyebut berlaku kecederaan akibat bermain mercun pada perayaan Tahun Baru Cina dan perayaa-perayaan orang bukan Islam.

Adalah sesuatu yang pelik dan janggal apabila tradisi yang dibuang oleh pemilik asal tradisi itu menjadi semacam warisan kepada orang Melayu beragama Islam untuk memeriahkan raya yang bagi saya mendentam-dentumkan sambutan raya adalah merupakan suatu penyalahgunaan kemeriahan perayaan yang patut diberhentikan segera untuk nanti negara akan '0' mangsa mercun, terutama mercun buat sendiri manakala hukuman yang lebih berat patut dikenakan keatas pihak-piahk yang melanggar larangan memperdagangkan mercun.


Anggota masyarakat juga seharusnya mengambil tanggungjawab membanteras penjualan mercun dengan tidak cuba berkompromi dengan pembekal dan peruncit mercun walaupoun yang terbabit itu barang ada pertalian darah atau jiran tetangga, sebaliknya kalau ada maklumat, kena segera laporkan kepada berkuasa, masing-masing kena ada hasrat agar raya disambut dalam keadaan '0' mangsa mercun.

No comments: