Perkahwinan campur dan hentikan label Islam itu Melayu dan Melayu Islam jayakan 1Malaysia
KEPADA saya apa pun yang dilakukan, apatah lagi oleh sebuah kerajaan di negara yang mengamalkan demokrasi seperti Malaysia, selain untuk terus menerima mandat adalah juga memastikan suasana harmoni rakyatnya terus tepelihara. Itulah tentunya antara faktor pokok, mkenapa 1Malaysia diilhamkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Keharmonian, kesefahaman, saling sayang menyayngi dan hormat mengormati dalam satu ikatan satu bangsa satu negara akan menjadikan negara terus aman tanpa kacau-bilau. Dengan itu apa juga usaha untuk membangun dan memajukan negara akan lancar kerana masa, pemikiran, tenaga dan kewangan boleh difokuskan ke arah itu sepenuhnya.
Kestabilan ekonomi dan politik juga akan wujud dengan sendiri sekiranya negara terhindar dari huru-hara. Belum ada dalam sejarah dunia negara yang rakyatnya hidup dalam permusuhan dan perang saudara berpanjangan mencatatkan kestabilan ekonomi dan politik serta lancar pembangunan dan sejahtera rakyatnya.
Untuk goyahkan sesebuah kerajaan, maka pihak yang mahu tumbangkan kerajaan yang antara lain kerana 'gilakan kuasa pemerintahan', akan memprovokasi dan mencetuskan sikap bepuak-puak kerana ketidak-samaan fahaman mazhad dan dalam konteks Malaysia yang majmuk masyarakatnya, tentulah polarasi kaum dan perbezaan anutan agama dijadikan antara senjata utama.
Bila demontrasi sana demontrasi sini, rusuhan sana rusuhan sini, timbul rasa tidak puashati antara satu kaum dengan satu kaum yang lain, maka mahu tidak mahu masa, tenaga, pemikiran, malah kewangan terpaksa digunakan untuk membendung dan mengatasinya, sekali gus tugas membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat akan terbantut.
Pada saya Malaysia masih berjaya mengawal keadaan pun kerana adanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai pil pencegah kebuntingan kepada unsur-unsur yang tidak sihat yang boleh merosakan kesejahteraan dan keharmonian rakyat majmuk di negara ini.
Kerana keampuhan ISA itulah, maka akta berkenaan menjadi paling tidak disenangi dan didesak agar dimansuhkan oleh musuh kerajaan yang juga merupakan musuh majoriti rakyat negara ini manakala yang cintakan keamanan masih mahukan akta itu dikekalkan walaupun yang mahu ISA dikekal dengan pindaan itu adalah terdiri dari bekas-bekas tahanan dibawah akta berkenaan sendiri.
Bagaimanapun sekiranya ISA gagal dileburkan melalui demontrasi/perhimpunan haram, pihak musuh kerajaan tentunya akan terus menggunakan pelbagai cara, taktik dan teknik serta provokasi untuk mencapai impian mereka menumbangkan kerajaan. Antaranya ialah dengan mewujudkan sensitiviti kaum dan masalah perbezaan anutan agama.
Kalau ISA dihapuskan, benteng 1Malaysia yang menjadi kunci kepada perpaduan masyarakat majmuk di negara ini pasti akan berjaya dipecahkan, maka tidak mustahil Malaysia juga akan jadi sebagaimana Khasmer, Rantau Balkan, Selatan Thai, Selatan Fillipina dan sebagainya.
Demi kepentingan keharmonian kaum terus terpelihara, 1Malaysia mesti diisi dengan terma-terma program proaktif bagi memastikan perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini bukan bersifat retorik semata-mata sebagaimana pandangan Felo Penyelidikan Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Prof. Teo Kok Seong dalam wawacara dengan Mingguan Malaysia 6 Ogos.
Hubungan antara kaum tidak boleh dalam bentuk hanya diluar nampak baik tetapi di dalam tidak baik, diluar nampak sempurna tetapi di dalam banyak tembus dan carik, di luar nampak dan bau wangi tetapi di dalam busuk lagi membusukkan. Kalau keadaan sedemikian kekal, maka terlalu mudahlah untuk musuh kerajaan memanipulasikannya.
Saya setuju dengan Prof. Teo bahawa perlu ada interaksi yang kerap dan tulen sifatnya supaya ada semangat kenal-mengenali. Sifat curiga mencurigai antara kaum yang tidak patut kekal dan terus menjadi masalahnya. Usaha-uasaha yang proaktif kena dilakukan bagi memastikan rakyat Malaysia merasakan mereka bersaudara dan berada pada tahap jika dicubit paha kiri orang Cina atau India misalnya, paha kanan orang Melayu akan turut terasa sakitnya.
Saya sebenarnya telah cuba memberikan fomula secara tidak langsung bagi mewujudkan perpaduan sejati bagi rakyat negara ini melalui karya kreatif sama ada melalui cerpen dan juga novel, antara melalui novel berjudul MENITIP ZAMAN terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) yakni melalui amalan kahwin campur untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia tulen.
Dalam dibolehkan umat Islam berpoligami sampai empat isteri bagi yang berkemampuan zahir batin, kalau pun tidak dapat mengelak dari mengahwini wanita bukan Melayu, maka isteri kedua kenalah dipilih dari wanita Cina, ketiga wanita India dan keempat Siam, Orang Asli atau pun apa-apa bangsa yang ada di Malaysia. Isteri pula kena izin dan reda suami berpoligami demi negara.
Bagi yang hanya mampu berkahwin hanya satu, elakkan dari berkahwin sesama sebangsa, utamakan bangsa yang berbeza. Dengan itu akan lahir bangsa Malaysia tulen yang tidak lagi atas nama Melayu, Cina, India, Siam, Orang Asli, Kadazan-Dusun, Dayak, Bajau dan sebagainya kerana dalam tubuh rakyat Malaysia nanti akan ada percampuran darah.
Melalui perkahwinan campur, maka dalam darah anak Abdullah akan ada darah Lim atau Ramasamy dan sebagainya. Cucu Abdullah akan juga menjadi cucu Lim atau Ramasamy dan sebagainya yang akan menyayangi cucu masing-masing secara sungguh-sungguh kerana dalam tubuh cucu mereka itu ada campuran darah mereka.
Jika formula ini direalisasikan, hanya dalam tempoh 23 tahun, akan lahir satu bangsa Malaysia yang mungkin pada mulanya akan pelbagai colour dan bentuk fizikalnya tetapi nantinya akan seragam dalam tempoh 23 tahun kemudiannya. Soal polarisasi kaum akan terhapus dengan sendirinya.
Mungkin agama menjadi halangannya. Bagi saya ianya mudah diatasi jika orang Melayu mengenepikan keegoan menghak-milikan Islam sehingga dianggap Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu seperti sekarang walhal Islam itu adalah hak semua bangsa. Keegoan orang Melayu tentang Islamnya menyerlah sehinggakan pada suatu ketika bila orang bukan Melayu masuk Islam, akan dianggap masuk Melayu dan kena dihilangkan identiti asal sesuatu bangsa.
Kefahaman itu kena dikikis. Lagi pun sebenarnya orang Cina dan India lebih dahulu menerima Islam berbanding dengan Melayu, malah bilangan umat Islam di Cina dan India lebih ramai dari di Malaysia. Di Cina ada pusara sahabat Rasulullah s.a.w. tetapi tidak ada di Malaysia atau dulunya dikenali dengan Semenanjung Tanah Melayu.
Formula ini patut dimulakan oleh kalangan pemimpin yang serba mampu. Datin Seri
Rosmah Mansor patut menyarankan agar Dato' Seri Najib berpoligami sampai empat dengan isteri kedua, ketiga dan keempat mestilah di kalangan bukan Melayu.
Demikian juga dengan timbalan perdana menteri, menteri-meneri kabinet, menteri-menteri besar, anggota exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawai kanan kerajaan di samping tokoh-tokoh korporat.
Para isteri kena berhenti jadi tamak untuk menjadi isteri tunggal kepada suami kerana kalau poligami itu bukan sesuatu yang baik dan berfaedah kepada manusia, terutama dalam membina perpaduan dan keharmonian, masakan Allah s.w.t. halalkan lelaki berpoligami.
Menentang poligami bermakna mengharamkan yang halal. Jangan melihat poligami kerana untuk kepentingan nafsu serakah tetapi lihat dari sudut kepentingan masa depan negara yang mana semua rakyat patut berkorban untuk negaranya. Wanita-wanita Malaysia, terutama kalangan isteri dari pemimpin parti-parti kerajaan patut berkorban untuk menjadi jeladan kepada rakyat terbanyak bagi jayakan 1Malaysia!.
Saturday, September 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Sdr MKJ,
Tajuk ini bagus, tapi ada juga ayat2 yang tuan guna dalam para 4, 5, 6, 7, 8 & 9 yang saya kurang setuju. Bila hal2 dari pembangkang saja maka fungsinya terus tidak berguna kepada tuan.
Contoh: Tuan kata .. "Untuk goyahkan sesebuah kerajaan, maka pihak yang mahu tumbangkan kerajaan yang antara lain kerana 'gilakan kuasa pemerintahan', akan memprovokasi dan mencetuskan sikap bepuak-puak kerana ketidak-samaan fahaman mazhad dan dalam konteks Malaysia yang majmuk masyarakatnya, tentulah polarasi kaum dan perbezaan anutan agama dijadikan antara senjata utama."
Apakah ini benar?
Apa yang berlaku di Perak, Terangganu sebelum ini, siapa yang "gila kuasa"?
diSelangor siapa yang besar2kan isu perkauman?
Di Wilayah KL, syarat AJK Masjid/ surau mesti bukan ahli parti pemabngkang. katalain mesti orang UMNO walaupun tak reti apa!
Tuan kata lagi .... "Kalau ISA dihapuskan, benteng 1Malaysia yang menjadi kunci kepada perpaduan masyarakat majmuk di negara ini pasti akan berjaya dipecahkan, maka tidak mustahil Malaysia juga akan jadi sebagaimana Khasmer, Rantau Balkan, Selatan Thai, Selatan Fillipina dan sebagainya."
Tahukah tuan,
.. Penyelewengan ISA juga berlaku. ... untuk tutup suara rakyat dan melindungi para penguasa bangsawan/ pemerintah/ pegawai kerajaan yang zalim, korup dan salahguna kuasa , .....
... akhir DEB gagal, agenda negara banyak yang terbengkalai, program untuk rakyat diboloti oleh kroni2/ proksi pemimpin politik pemerintah, ....
Rakyat sudah celik & cerdik, boleh menilai, mana yang intan, mana yang kaca...
.... sistem perundangan negara kelihatan oleh rakyat bagaikan "badut" saja.
.... sistem keadilan negara pula rakyat perhatikan telah menjadi "pandir" oleh mainan politikus berkuasa,
.... sistem eksekutif negara (eg. spra, sprma, pdrma, rtma, dll.) rakyat rasakan dan anggapkan bagaikan "luncai" dan "kuda tunggangan" elit2 penguasa bangsawan yang berkuasa, ...
Sedarkah tuan,
..... jika berbanding dengan parti2 komponen BN, parti2 dalam PR lebih bersifat plural dan majmuk ...sama ada PAS, DAP, lebih2lagi PKR
.... Parti2 komponen PR lebih layak menwakili konsep 1Malaysia secara praktikal berbanding UmNo/ komponen2 BN yang bersifat kauvanistik, retorik & hipokrit itu!
Manakala ulasan dan cadangan Sdri MKJ pada para 10 sehingga 22 tu ... amat saya setuju. Kalu boleh sdr Meli ni .. kawin lah dulu ... sebagai contoh .., bini yang no. 2, Siam ke, no.3 Cina ke, No.3 tu Tamil ke ... baru betul.
Tapi tulisan2 sdr MKJ sebelum ini asyik dok kutuk wakil2 rakyat PAS yang kawin ramai/ poligami ... Sekarang ini terbukti sesetengah pimpinan PAs itu- benar, dah laksanakan ... ada yang bini cina, ada yang bini kemboja, ... dsb.
1Malaysia akan lebih berjaya bila ... kebenaran, keadilan da kebersamaan ... tercapai!
TUMPANG SEKAKI- x pe la abuzar..itu tujuan utama diwujudkan ruangan komen ni. apa yang abe lie tulis tu bukan semua boleh diterima pakai,sekurang-kurangnya kita boleh beri hujah yang lebih baik. yang baik ok,yang tak betul kita kritik.
cuma yang ambo rasa confius dari dulu sampai ke la ni bila dia kata dia penulis bebas! tapi setiap kali tulisan dia semua condong ke sebelah pihak. mungkin dia tak nak sebarkan keburukan orang yang disokong kot? tapi bagaimana pula dengan menyebarkan keburukan pada sebelah pihak lagi?..sedangkan yang cuba disokong itulah yang banyak terpalit dengan kekotoran...dunia...dunia.
walaubagaimanapun abe li, teruskan memberi hujah anda . dunia sekarang ni pun bukan macam dulu..yang melayari internet ni lebih ramai yang di sebelah 'sana' sebab itu kerajaan gerun dengan media baru ni..entah-entah pengunjung blog ni pun lebih ramai dari yang penyokong yang abe li dok puji selama ini...
p/s-ambo terimo ISA kalau ia memberi peluang tertuduh membela diri dan disabit ke mahkamah jika bersalah! 'NO DETENTION WITHOUT TRIAL'
Lontaran pandangan saudara MKJ adalah baik. Selain dapat menyebarkan syiar Islam melalui perkahwinan ia juga dapat juga menambah zuriat yang berlainan darah keturunan dan secara tidak langsung perbezaan antara kaum dapat dilupakan.
Tetapi pada pandangan saya, ianya sukar direalisasikan kerana kebanyakan kaum wanita mungkin kurang bersetuju dengan pandangan ini.
Mereka akan menganggap idea ini bukan untuk menjayakan 1Malaysia tapi untuk menjayakan 1Idaman setiap lelaki.
Kalau ditanya kepada para-para isteri di Malaysia, tentu mereka sukar hendak bersetuju malahan ia akan membalas dengan perkataan yang tak sanggup kita dengar iaitu sekurang-kurangnya perkataan 'gatal'!
Yang paling teruk lagi mungkin para wanita akan memboikot pengasas gagasan 1Malaysia.
Macam mana isteri orang Arqam boleh terima poligami. Hal ini patut belajar dengan Aeqam. Kalau bini t0k guru pun sendawa masam bila sebut fasal poligami, itu tandanya dakwah belum sampai.
Jangan tengok dari sudut nak sedap di ranjang ekoran dari amalan poligami, kena fikir ke arah pengorbanan mewujudkan bangsa malaysia yuleh.
Setakat kerjasama dalam parti politik mavam UMno/BN atau pakatan rakyat ianya akan nampak molek setakat luaran sahaja, di dalam perut pedal tak semolek luaran dan ianya membahayakan negara walaupun siapa yang jadi kerajaan.
Kalau apa yang Meli sarankan direalisasikan, besar labanya kepada negara.
Semua 1Malaysia. Sampai salam pun 1Malaysia. Menyampah betul. Apa ke bendenye 1Malaysia ni. Karut. Sampah. Najis. Melayu nampak bodoh nga 1Malaysia ni. Sangat bodoh. Kalau 1Malaysia untuk perpaduan kaum ambo pasti pembuat dasar ini adalah manusia berjiwa kecil yg gagal berfikir diluar kotak. Mereka patut dipecat. Org melayu semakin benci terhadap kjaan 1Malaysia.
1Malaysia tak perlu. Kementerian Perpaduan negara tak perlu. Kena hapuskan. Sangat tak patut suruh kaum majoriti bersatu padu nga kaum lain. India dan cina yg minoriti pulak tak mahu. sgt pelik. Majoriti mengalah pada minoriti. Melayu yg majoriti mengalah dalam semua hal. Inilah hasil pemimpin berjiwa kecil. Pemimpin yg membawa rakyatnya rebah.
Kerana mengalah, hari ini 1Malaysia tak ubah spt rojak bahkan lebih teruk drp itu.
Cube tengok mesin ATM. Ada 3 bahasa. Pemimpin 1Malaysia kata bhs melayu bahasa kebangsaan dan akan mempertahankannya. Hari ini penduduk yg tak fasih bhs melayu boleh hidup lebih senang dan lebih peluang kalu nak banding dgn yg fasih bhs melayu saja. Laman web JPA misalnya menyediakan menyediakan kemudahan dlm bhs selain melayu. Memang bodoh.
Budaya 1Malaysia pulak dah lama jadi rojak. Ambo tengok di tv ada yg melenggang, ada yang terloncat2, ada yg menggeleng. teruk. muzik pulak ada yg memalu sambil terloncat2 dan ada yg memalu sambil menjerkah dan ada yg sambil duduk.
Kalu nak 1Malaysia, dlm segala hal minoriti mesti memaksa diri mereka menerima dan mengamalkan budaya kaum melayu yg majoriti. Guna bhs melayu, terima budaya melayu, jadi seperti melayu. Tengok di Thailand dan Indonesia. Nama mereka pun guna nama thailand dan indonesia.
Hentikan segera 1Malaysia. 1Malaysia pengkhianat org melayu. 1Malaysia adalah malayan union versi baru. 1Malaysia adalah malayan union zaman moden. Sebagaiman datuk nenek kita menentang malayan union, marilah kita anak cucu mereka menentang 1Malaysia
Hidup melayu....takbir!!!
Salam encik Butuk.....
Kita tak boleh cakap macam itu.... nanti dilabel perkauman.. asobiyah... haram hukumnya.... mana ada boleh paksa2... ini negara bukan melayu punya sahaja..... india pun punya... cina pun punya..... iban pun punya... kadazan pun punya...
Ada bagusnya kita berkahwin campur.... tapi harapnya dptlah kita membimbing isteri2 ke jalan yg benar... jgn sibuk duk kawin... bini dan anak2 masih berperangai mcm non-muslim..... dah sedap2 kahwin.. tanggungjawab diabaikan...
Rakyat semua kena lah jadi macam DAP / PAS /PKR yg didakwa amatlah plural sifatnya itu..... itu yg nak disamaratakan semuanya.........
Jadinya utk kepastian.... marilah kita bersama2 menyokong PR pada PRU yg akan dtg.... tak sabar rasanya nak tgk wayang apa lg yg akan dimainkan apabila kuasa pusat dlm genggaman.....
Post a Comment