Sunday, September 6, 2009

MUNCUL KEMBALI (374)

Bukan mudah jadi kerajaan

KAKIKAT yang sudah jilah, sudah bagaikan terang lagi bersuluh, kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang mula menerima penilaian dan kebangkitan rakyat. Yang nampak tenang lagi setakat ini hanya Kelantan. Itu pun boleh dianggap semacam air tenang tetapi ada buaya, semacam api dalam sekam, macam ikan parang dan terbuk banyak tulang.

Ketenangan di Kelantan sebenarnya bukan kerana kehebatan kerajaannya tetapi kerana ketaksuban dan malu mata berskala besar terhadap keperibadian dan ketokohan Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besarnya, malah di Kelantan kerajaannya lebih berimejkan Kerajaan Pas, bukannya Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

Itu pun seringkali didengari rungutan berupa keluhan bahawa kecuali Dato' Nik Aziz, yang lain tidak 'terpaka-gawa' belaka. Wakil-wakil rakyat Pas dengan PaUmno 2x5, 5x2 sahaja. Malah, ramai yang meramalkan, selepas Dato' Nik Aziz, nasib Pas tidak sebaik era Dato' Nik Aziz. Sebenarnya kualiti perkhidmatan dan perilaku setiap wakil rakyat dalam genggam rakyat belaka.

Yang mahu ditekankan dalam posting kali ialah menjadi kerajaan bukannya mudah berbanding dengan pembangkang kerana kerajaan kena sentiasa jejak di bumi nyata, bukannya boleh tergawang-gawang di awangan membina, memikul menggalas dan menggilap retoriksme dan mimpi yang tidak mungkin menjadi realiti.

Sebagaimana Perdana Menteri selaku peneraju kerajaan kena hadapi pelbagai kerenah termasuk dari kalangan yang terpengaruh dengan dakyat pembangkang tetang hal-hal yang negatif dan bersifat peribadi dengan hal-hal yang positif dan bersifat kualiti perkhidmatan bagi berkepentingan agama, bangsa dan negara tidak dinilai dengan telus dan tulus, menteri-menteri besar juga menghadapi masalah yang serupa ikut skala masing-masing.

Ertinya menjadi kerajaan tidak mudah. Sebaliknya menjadi pembangkang cukup mudah. Naik pentas ceramah maki dan hemburkan retoriksme, mimpi, angan dan khayalan seandainya diberi mandat sebagai pemerintah dengan pemerintah yang ada dikurap-panaukan dan dikudis-butakan dengan pelbagai pelabelan negatif, dinyahkan. Peranan pembangkan di Malaysia lebih kepada menanam dan membajai benih-benih kebencian melampau terhadap kerajaan.

Maki, fitnah, pransangka dan prejudis dijadikan komponen, rangka dan kerangka teorisme supaya terbinanya bangunan keyakinan umum terhadap apa yang disyarahkan walaupun ianya serapuh buih sabun. Racun kebencian terhadap pemerintah disembur di mana-mana dan melata. Sudahnya segala komponen yang dijadikan rangka dan kerangka teorisme itulah juga yang menjadi puru dan pekung kepada kerajaan di negeri-negeri diperintah pembangkang.

Kerajaan yang ada kononnya mengamalkan kronisme dan nepotisme, mengutamakan anak beranak dalam pengagihan kekayaan. Anak dan menantu perdana menteri tidak boleh dilihat berjaya dalam bidang ekonomi, maka ianya akan dituduh gara-gara amalan kronisme dan nepotisme walaupun barangkali perdana menteri tidak masuk campur pun dalam urusan anak-anak dan menantu, malah untuk bersua muka sekali dalam sebulan pun barangkali tidak ada kesempatan kerana masing-masing sibuk.

Saya yakin gara-gara tidak mahu bapa mertuanya dipalitkan dengan tuduhan amengamalkan kronisme dan nepotisme, maka Khairy Jamaluddin mengambil keputusan melepaskan segala kepentingannya dalam Scomi, menyebabkan pegangan Melayu dalam Scomi terlepas ke tangan orang lain. Khairy berbangsa Melayu yang sepatutnya diberi sokongan dalam membina kekayaan kerana kekayaan itu nantinya akan mengalir kepada bangsanya juga sudahnya sesuai dengan matlamat perjuangannya sebagai orang politik.

Jika diteliti senarai nama-nama besar dalam bidang korporat di negara ini, termasuk dari Kelantan seperti Tan Sei Najmi Salleh, Tan Sri Wan Azmi Hamzah dan lain-lain, kalau dari Kedah pula Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary serta tokoh-tokoh lain dari pelbagai negeri seperti Tan Seri Mustafa Kamal (Emkay) dan sebagainya masing-masing bukan sahaja bukannya adik, abang, kakak, bapa saudara atau sepupu kepada perdana-perdana menteri yang pernah menerajui pemerintahan negara, malah mereka tidak ada hubungan kekeluaragaan pun, kecuali pertalian sesama sebangsa dan seanutan agama.

Mungkin selain dari bekerja dan berusaha sendiri membina kejayaan, mereka memnang dibantu oleh kerajaan dengan pelbagai kemudahan dan hak keistimewaan diberikan atas nama Bumiputera tetapi ianya bukan untuk kepentingan seseorang perdana menteri tetapi lebih kepada kepentingan Bumiputera dalam bentuk pencapaian ekonomi.

Jangan lupa ada wakil-wakl rakyat Pas umpamanya yang asyik mengecam kerajaan itu sendiri ada yang berkongsi niaga dengan wakil-wakil rakyat Umno dan tokoh-tokoh korporat yang pro Umno yang dikaitkan dengan kejayaan mereka adalah kerana amalan kronisme dan nepotisme. Dalam PKR lagi banyak. Ertinya mereka juga menerima kemudahan dan tongkat dibawah hak keistimewaan Bumiputera.

Betullah mereka yang dibantu barangkali berpihak kepada Umno dalam berpolitik atas alasan 'orang berbudi kita berbahasa' kerana yang menyediakan kemudahan dan pertolongan itu adalah kerajaan berleaderkan Umno tetapi rata-rata mereka bukan pemain politik yang aktif pun. Lazimnya bila ceburi politik, tokoh-tokoh korporat tadi terpaksa memisahkan diri dari bidang korporat.

Dalam pada itu pun bukann semuanya pro Umno atau terus pro Umno. Yang rasa terhutang budi kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim misalnya, sanggup tinggalkan Umno dan menyertai parti yang disertai bekas Timbalan Presiden Umno dan bekas Timbalan Perdana Menteri itu tetapi segala kekayaan mereka tidak dirampas, apatah lagi milik-Umnokan atau dimilik Umno/BNkan pun.

Hakikatnya ramai yang dikaya-rayakan oleh peranan yang dimainkan oleh Umno dan kerajaan Umn/BN dalam menyediakan ruang, peluang dan keistimewaan dalam persaingan membina pencapaian ekonomi, kini tidak menyokong Umno. Antaranya Tan Seri Khalid Ibrahim yang kini Menteri Besar Selangor dan Dato' Kamaruddin Jaafar yang kini menjadi antara tokoh penting Pas.

Apakah di Kelantan misalnya seseorang yang dulunya hanya guru sekolah agama rakyat yang hanya bermotosikal Honda Cad 700cc bergogek pelana atau berkereta Datsun Buah Ulu exos diikat dengan kerawat dan tetapi kini sudah mampu berkereta mewah kerana sering dapat kawasan balak tidak termasuk dalam amalan kronisme dan nepotisme?.

Berapa orang, berapa buah syarikat yang menonjolkan penentangan terhadap Pas yang diberikan kawasan balak di Kelantan atau projek kerajaan negeri. Mana ada yang dapat kawasan balak atau pelbagai peluang menjadi kaya seperti mendapat kawasan untuk dijadikan ladang atau perlombongan di Kelantan yang tidak rapat dengan kerajaan?

Kenapa bila datang ke Kelantan, mata yang tidak bole, apatah lagi yang tidak buta akan mudah nampak bangunan dan perojek-projek pembinaan oleh SBJ? Apakah tidak ada syarikat lain yang mempunyai keupayaan kewangan yang sama banyak kalau pun tidak lebih banyak lagi dari SBJ untuk diberikan kepada apa yang diberikan kepada SBJ?

Malah kerana penyokong kuat parti Pas di Kelantan, ramai yang tidak kenal jenis kayu, yang tidak tahu pun lokasi kawasan balak dapat kawasan balak juga , termasuk tok penghulu yang seingat saya pernah berlaku kes seorang penghulu meminta bekas exco, Dato' Halim Mohammad tolong jualkan kawasan balak yang diperolehi oleh penghulu berkenaan.

Sedangkan pembalak tulen di Jeli (Melayu) pernah merungut kepada saya ketika minum di kantin SUK, bila masuk tender syarikatnya tidak pernah dapat. Untuk teruskan operasi, syarikatnya terpaksa membeli kawasan-kawasan yang diperolehi oleh ketua-ketua cawangan Pas atau pun proksi wakil-wakil rakyat Pas.

Ertinya amalan kronisme dan nepotisme tetap berlaku, termasuk dalam kerajaan Pas. Sejak Pas memerintah kira-kira 20 tahun di Kelantan, bukan sedikit orang Pas yang asalnya jalan kaki dan bila ke hotel boleh rempuh cermin sampai rokok di tangan penyet jadinya, sekarang sudah berkereta mewah dan bila berada di coffe corner hotel, cara panggil pelayan sudah lebih ilir dari mat salleh. Apakah perubahan itu bukan disebabkan oleh kronisme dan nepotisme?.

Sekali lagi saya ulangi bahawa menjadi kerajaan bukan senang kerana rakyat sentiasa perhati dan membuat penilaian. Bukan semuanya boleh terus dijumud dan dirantai-ripon oleh ketaksuban melampau berterusan kerana mereka ada otak berakal untuk berfikir dan menilai buruk baiknya.

Kerana itulah kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang kini boleh dilihat mula dipersoalkan satu persatu oleh rakyat yang tentunya semakin sangsi dengan kewibawaan mereka mentadbir. Tidak mudah untuk mereka merealisasikan mimpi indah dan angan-angan yang telah mereka hidangkan untuk rakyat semasa belum jadi kerajaan.

Saya amat bersetuju dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Bawi Abdullah Fahim, jika sebelum ini pembangkang dilihat amat mudah mempertikaikan kerajaan Barisan Nasional (BN), kini mereka perlu sedar bahawa bukanlah mudah mentadbir seperti mana mudahnya mereka berjanji sesuatu kepada rakyat setiap kali menjelang pilihan raya umum.

Kata Najib, sebenarnya bila mereka jadi pembangkang, amat mudah bagi mereka untuk mempertikaikan kerajaan Barisan Nasional, kononnya kita tidak berwibawa dan sebagainya. Hakikatnya bila kita (mereka) mentadbir, tidak semudahnya seperti mana sewaktu mereka lakarkan sewaktu mereka jadi pembangkang.

Beberapa kes yang berlaku ini (ketika ini) adalah disebabkan janji mereka buat sebelum pilihan raya dan juga kegagalan mereka untuk membuat keputusan yang tepat dalam keadaan setempat dan ambil kira masyarakat berkenaan

Kewibawaan kerajaan pembangkang di negeri yang mereka kuasai sudah dipersoalkan rakyat sendiri. Bila mereka ada kuasa, mereka menghadapi begitu banyak masalah, sama ada masalah itu disebabkan mereka gagal menunaikan janji (pilihan raya umum lepas), (atau), masalah keputusan mereka tidak memenuhi jangkaan rakyat, atau masalah itu berbangkit kerana ketidaktepatan dan kecuaian membuat keputusan dalam sesuatu situasi.

Sesungguhnya mata yang memandang tidak akan seberat bahu yang memikul. Kalau perintah beberapa negeri pun sudah wujud pelbagai masalah dalam tempoh yang sangat singkat, bayangkanlah apa yang akan terjadi kalau memerintah sebuah negara. Juga bayangkanlah betapa berat bebanan yang terpaksa dipikul oleh kerajaan Umno/BN selama 52 tahun dalam mewajahkan Malaysia seperti sekarang.

Apakah Malaysia mampu berwajah sperti sekarang seandainya ia diterajui oleh pemimpin yang tidak bermutu. Jika dipehatikan dan direnungi dalam-dalam, dengan telus dan tulus, maka kita akan dapat jawapan kenapa Allah mentakdirkan Umno/BN terus memerintah negara ini walaupun ianya sangat buruk dan teruk pada mata pembangkang.

Allah Maha Mengetahui apa yang telah, sedang dan bakal terjadi. Umno/BN tidak akan menjadi kerajaan dan kekal sebagai kerajaan kalau bukan kerana dengan izin-Nya yang bila DIA mentakdirkan Umno/BN terus berkuasa dan tidak memakbulkan doa Pakatan Rakyat (PR) pasti ada kebaikan Umno/BN yang pembangkang tidak nampak atau pun nampak tetapi buat-buat tidak nampak.

Saya tidak yakin Allah akan memberi pahala kepada kerajaan yang patung kijang lambang pemerintahan dimusnahkan kerana kononnya boleh mendatangkan syirik tetapi patung-patung melepasi pucuk nyior dibina dan gambar tokoh dipasang di mana-mana dengan saiz besar dan gah, seolah-olah tanpa disedari apa unsur-unsur pemberhalaan terhadap tokoh berkenaan. Pemasangan gambar-gambar sedemikian tentulah menggunakan perbelanjaan kerajaan.

Selain dari ianya bersifat suatu pembaziran, dari segi hukum hakamnya berpahala atau sebaliknya dengan pemasangan gambar-gambar tokoh berkenaan, apatah lagi kalau dengan maksud mahu menunjukkan kehebatannnya yang tidak ada tolok banding. Saya sedang mencari hujah hukum hakam dan penjenguk yang lebih advance dalam mendapat maklum hukum hakam mengenainya mohon jelaskan!

12 comments:

pemudakucalakna said...

RENUNGAN BUAT PENYOKONG UBN
Mulai 01 Sept 2009 Kerajaan mengumumkan pemansuhan penjualan minyak petrol gred Ron 95 dan digantikan dengan gred Ron 97. Serentak dengan itu, harga runcit petrol gred masakini iaitu Ron 99 telah dinaikkan daripada RM1.80 selietr ke harga RM2.05 seliter, iaitu kenaikan sebanyak 0.25sen atau 13%. Bagi petrol Gred Ron 97 yang baru, harganya ditetapkan pada RM1.80 seliter (iaitu harga asal Gred Ron 99).
Bagaimanapun saya menerima banyak aduan bahawa minyak petrol Gred Ron 97 pada harga RM1.80 seliter tersebut sangat sukar diperolehi. Malahan kebanyakan stesyen minyak akan mempamerkan notis menyatakan mereka tidak menjual petrol Gred Ron 97, sebaliknya terus menjual petrol Gred Ron 99 pada harga baru RM2.05 (sebelum 01 Sept 2009 berharga RM1.80 seliter).
Saya telah pergi membuat tinjauan dibeberapa stesyen minyak dan mendapati aduan tersebut ada kebenarannya. Malahan saya telah melihat sendiri beberapa buah stesyen minyak yang jelas menunjukkan notis yang ditampal memaklumkan mereka tidak menjual petrol Gred Ron 97.
Apabila ditanya kepada pengusaha stesyen-stesyen berkenaan, mereka memberi jawapan standard, "pembekal petrol tidak ada stok petrol Gred 97!".
Rata-rata aduan yang saya terima meluahkan perasaan rakyat berasa tertipu dengan propaganda terbaru kerajaan ini. Mereka bertanya adakah ini taktik untuk menaikkan harga minyak ke paras RM2.05 dengan menipu rakyat bahawa terdapat petrol alternatif gred Ron 97 yang akan dijual pada harga lama RM1.80 seliter?
Apa yang jelas rakyat terpaksa (atau pun merasa dipaksa) mengguna-pakai minyak Gred Ron 99 pada harga baru RM2.05 (kenaikan sebanyak 0.25sen) tanpa alternatif menggunakan petrol gred Ron 97 saperti yang digembar-gemburkan! Nampak gaya rakyat dah kena con lagi sekali!
Saya mendesak pihak kerajaan khususnya Kementerian Hal Ehwal Pengguna mengambil tindakan serta-merta untuk mengatasi permasalahan ini. Jangan sehingga rakyat berasa mereka telah di "con" oleh Kerajaan yang sebenarnya nak menaikkan harga minyak!

Senok said...

Sebut pasal SBJ, ambo mitak abe li tulis artikel SBJ dan hubungannya dengan majlis ugama bagi menjelaskan cakap2 kedai kopi bagaiman banyak tanah majlis ugama dimajukan oleh SBJ.
1. Takdok syarikat melayu ko nak bangunkan tanah majlis ugama?
2. Bagaimana perjanjian antara ke2nya? Sapa untung?
3. Sudah berapa byk tanah yang dah dimajukan dan berapa keping lagi yg masih tinggal?
4, SBJ nga majlis ugama ni adik beradik ko sbb semua tanah bagi SBJ majukan?
5. Apa peranan kerajaan negeri dalam hal membangunkan tanah majlis ugama?
6. Tanah majlis ugama adalah tanah rakyat. Termasuk wang zakat. Orang kampung nak tahu!
7. Kalu ada sesuatu yg tidak kena, adakah peg2 agama yg sgt warak lagi zuhud sanggup melakukannya?

Lagu mana abe li. Kalu tulis artikel ni, ambo pasti abe li seorang penulis yg cakap serupa bikin dan berani berkata benar....

john said...

TUPAE SEKAKI-sedak tajuk ni..ambo kkenae. pasal SBJ tu setahu ambo, datuk Tan tu baik nga istano tok berani ambo nok komen lebih2..kalu abe li berani loh la.

Ambo setuju denga ulasae abe li pasal projek balok tu memae ado kebenaran dan bagi ambo yo lo doh. tokkan kerajaan negeri bawoh pas nok bui ko ore umno? logik la skit..sekurae-kuraenyo hasil bulih wak masuk tabung pilihanrayo ko pas negeri doh selamo ke ning dok bahae ko geng2 umno..padae-padae la weh. pado ambo geng2 pas ni buleh dipercayai sikit.ore hok x leh balok jah frust (geng2 umno dan penyokongnyo)

pasal pemimpin pas hok pakat nga umno tu ambo tok setuju..kalu buleh abe lie tulong bagi namo sapo dio? kalu dok gak ore lain hok tok bersaloh habis keno taik! doso alik abe li jugok..ado berani?..terus terae ambo tok ser ore lagu ni.

Kalu nok projek gak biar gentleman la. masuk tendar la. buleh ko tok leh tu atah kerajae negeri la. kalu ado tok puashati/rasuah ko lapor la ko SPRM. ambo cayo kalu bab ni SPRM cekap buat kijo..masalohnyo takdok! pah gak mula bleber kok ser!masuk tv3suku..masuk utusae meloyo.

ambo ado dengar cerito kalu ore cino buleh tendar buat masjid,memae dio tok berani nok konar2 punya sebab dia tahu sebab2nya..tapi kalu melayu hok buleh tenda buat masjid (bukan semua la..hok ikhlas rama)..hok tok siap pun ado, x cukup peruntukanlah lah...tapi ado bukan melayu hok hebat buat masjid mahal pulok tu..kilat2 (mejid kristel) - Patrick Lim!

Pasal kekalutan dalam pakatan rakyat, ambo napok benda ni terjadi kerano manipulasi media nga kure kerjasama dari pihok polis. kalu 2 ni professional tak berlaku semua ni. tengok macamano umno lo ni la..atah napok tenae,dasar tok tahu lagu mano doh..mic nga mca mereput doh lo ni..tok soh dok susuk la..berani ko abe lie komen hok ni..kato penulis bebas komen la jugok!

p/s- mitok abe tulong komen gelagat geng2 kepalo lembu dalae dialog denga kerajan negeri selangor buleh atas namo penulis bebas! ada berani?

mamamamam said...

"SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI, SAYA SEKELUARGA MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI. MAAF ZAHIR DAN BATIN
- Ramli Abdul Halim
- Romelah Harun (isteri)
dan anak-anak;
- Nurozaimaslimar Ramli
- Nurbaiduri Ramli
- Syukrilfirdaus Ramli
- Nurzilla Emillia Ramli
- Nursabila Ramli
- Muhammad Hafizuddin Ramli"


-sempena HARI RAYA AIDILFITRI ni, ambo juga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin kepada abang meli kito.......juga kepada semua pengunjung blog ini...


yang benar,

mamamamam.........

damansara...7/9/09

Anonymous said...

abe li kena buat pendedahan pasal kjaan pas di kelate, sbb abe li anak kelate org luar kelate tak tau sbb itu wajib atas abe li buka belako hok busok2 tuh, biar kjaan pas kelate terima pendedahan ni sbg muhasabah utk baiki koho lebih baik lg.
Buat gapo dok cerito pasal tempat lain hok abe li bukannya asal siloh tempat tuh.
Kalu org pas tak suko dgr cerito nih maknanya dia tok suko nak baiki diri sendirilah, jange jadi mace umno, raja dihati dgn dimata, tok ser dgr ore royat bendo2 hok tok comel.

Ore pas kena berani dgr cerita hok sebenar dibalik dinding kota darul naim, nih kijo abe li lah.

Abe li boleh cito pasal datu geok dgn worih dio banyak dpt tanah di ulu ktan dgn sekitar tepi sungai kelate di kB.

Abe li boleh citor pasal pelobi2 tempat utk wat projek minyak di tumpat ( satu geng), di kuala besar( hok ni geng lain pulok dgr citor ada juga puak umno dlm geng ni), di kemasin (hok nih bekas anak dun satu kaw dibachok hok dok beria-ia dok ngejas) mugo ni semua ada komisen belako ko pemimpin takbiir di kota darul naim( bukan tok guru ) jutaan abe li weeh komisen nih.

Tolongla abe li citor, kalu abe li tak tahu maknanya abe li tak laju lg tembus kota darul naim tuuh. Ambo tau la..

Takbiir.

pemudacakna said...

Setahu saya petrol yang diumumkan oleh kerajaan yang ada dipasaran sekarang ialah petrol ron 95 dan petrol ron 97. Petrol ron 95 adalah gantian petrol ron 92 yang dimansuhkan. Petrol ron 95 adalah petrol tanpa plumbum dan boleh digunakan oleh kebanyakan kenderaan di Malaysia sementara petrol ron 92 yang dimansuhkan adalah petrol berplumbum yang dulunya hanya boleh digunakan oleh kenderaan yang telah berusia.
Tidak ada dan tidak pernah didengar oleh saya petrol ron 99 yang diumumkan oleh kerajaan. Dari sumber manakah petrol ini didapati saya pun tidak mengetahuinya. Agak-agaknya dari syarikat petrol putar alam yang mungkin wujud atas angin.
Kalau mencarinya di bumi Malaysia ini, maka tidak akan menjumpainya.
Justeru itu berpijaklah dibumi nyata iaitu kenaikan harga petrol adalah disebabkan oleh kenaikan bahan api di pasaran antarabangsa. Itulah yang telah dinyatakan oleh kerajaan. Sekiranya harga bahan api ini turun maka kerajaan akan menurunkan harganya. Tidak timbul soal kerajaan menipu rakyat kerana pada masa ini rakyat sudah disekolahkan dan bijak menilainya kecuali rakyat yang fikiran mereka sudah dibelitkan dengan segala apa yang dibuat oleh kerajaan adalah semuanya tidak betul kecuali apa yang dibuat oleh golongan mereka. Mereka lupa setiap liter yang dituangkan ke tangki kereta mereka sudah disubsidikan oleh kerajaan. Kita perlu berterima kasih tentang itu.

KUTAN and the gang said...

Minyak ohhh minyak

Lumpur, 1 Sept - Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.00/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula hari ini.

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam.

Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari hari lamanya.

Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,"Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna".

Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, "Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas."

Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, "Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin."

Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, "Tak payah interview saya .... Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi."

Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh, berkata,"Bahasa Malaysia, shaya tak tau shakap. Bos shakap 'Merah', 'Hizau' minyak lama, 'kuning' minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh.

Dollah Patriotik said...

Kalau dah tak mampu jangan belagak nak pakai kereta. Kalau dah layak pakai motosikal, jangan pula dok tebeng nak pakai kereta, kalau hanya layak pakai basikal, jangan dok terak nak pakai motosikal. Dah jubur kuman, jangan nak berak taik gajah.

Minyak naik dari dari RM1.80 sen ke RM2.05 seliter dah bising. Kalau dari RM1.80 sen naik ke RM18, RM180 atau RM1,800 seliter patut jugaklah bising.

Salah besar kerajaan kerana manjakan rakyat dengan subsidi. Harga minyak subsidi, gula subsidi, tepung subsidi,susu bayi subsidi, menjadikan rakyat kalau boleh semuanya nak free, nak disubsidikan. Gaji kalau boleh nak suruh naik natnat bulan.

Kalau dah rasa minyak di Malaysia mahal, cuba menyeberang ke Thailand ke, ke Singapura ke atau bawa baldi cedok free minyak dari Arab Saudi. Try cuba beraso minyak di Malayia ni mahal ke murah.

Che Joh Riffin said...

pemudakucalakna!
Mu sapo sampai kenaikan harga minyak pun banyak diadu padamu> Perasan biar padan-padan, baik kena tindih ko balak dari kena tindih ke perasaan.

Demo ajak Husam Musa & The Gengs la gi cebok minyak mari bagi free ko rakyat jelata, biar stesen minyak kena tutup kes takdok pembeli

Anonymous said...

Abang Meli sedap berkukok alah kok rang.

Isteri Abang Meli (Penghulu Wanita) kesayangan YB Dato' Anuar Tan kerana kerja kuat. Sekarang YB Dato' Anuar Tan akan beri pulok rumah Dhuaafat kepada isteri Abang Meli, bunyi katonya. Betulke???

Rumah Dhuaafat tu untuk orang miskin yang tak berumah. Abang Meli dan keluarga sememangnya layak mendapatkan sebuah rumah subsidi kerajaan Kelantan sebab tidak berumah.

Unknown said...

WARKAH NI UTK pemudacakna

KURANG dua minggu selepas harga minyak mencecah paras tertinggi sebelum krisis kewangan sejagat pada suku ketiga tahun lalu, ia mula merosot semalam.

Tiga syarikat minyak semalam menurunkan harga petrol sebanyak enam sen seliter, dengan syarikat keempat mengurangkannya sebelum 1 petang semalam.Harga petrol sebelum ini melepasi paras $2.

Dengan pemotongan itu, harga seliter petrol gred oktana 98, 95 dan 92 masing-masing kini dijual $1.92, $1.787 dan $1.737 sebelum diskaun.

Harga diesel pula $1.263 seliter sebelum diskaun.

Syarikat Caltex, Shell dan Singapore Petroleum Co menurunkan harga petrol dan diesel itu pada sebelah pagi menyusuli kemerosotan harga minyak mentah minggu lalu sementara ExxonMobil menurunkan harga minyaknya sekitar 12.45 tengah hari.

Selepas harga minyak mentah mencecah AS$74 ($111) setong, komoditi itu merosot minggu lalu kepada AS$68.

Penurunan harga minyak semalam ialah yang tertinggi tahun ini.


Straits Times Singapore..

Macamana skrg

pemudacakna

Dollah Patriotik

Anonymous Che Joh Riffin

ini fakta bukan auta tauuuuuuuuu

ambo said...

Salam..

tak habis2 cerita minyak...

Sedare... yg kalau turunnya minyak kat singapore.. tapi barang harian.. cost of living.. segala macam mahal .. apa ke jadah nye... pernah duk singapore tak?....

Org singapore pun turun JB beli brg....

Dah le minyak subsidi.. gula...tepung subsidi... yg anak2 sedare bersekolah tu subsidi lg... cuba pegi sekolah kat Indonesia ke.... tnya berapa kos nak sekolah kan anak.. sampai masuk U...

Bersyukur lah weii... memang kerajaan sekarang tak sempurna... tapi dlm tak sempurna tu Allah beri juga rahmat... kalau tak sedare tak de depan PC.. surf internet.. entah2 tgh membanting tulang mengutup sampah sarap seperti yg terjadi kepada umat islam di negara yg lain....

Kalau tak puas hati, PRU 13 nanti... dah daftar pengundi belum?... mari bersama2 kita undi PR... dah tak sabar sgt rasanya nak lihat kera dapat bunga....

P/s: kalau tak dak duit... jgn berlagak naik keta ... naik basikal je... ukur baju di badan sendiri... gaji layak naik honda kapchai.. tapi yg pi beli honda stream buat apa....

kalau nak cerita berkenaan fakta... kena lah ambil semua... jgn yang berkepentingan je.. tapi bila fakta kena batang hidung sendiri... baru terkulat-kulat