Saturday, October 31, 2009

MOHON MAAF

Saya silap

SAYA dengan rendah hati memohon maaf kepada Utusan, juga kepada sahabat saya, Ketua Biro Utusan Melayu cawangan Kelantan, Wan Zulkifli Wan Yaakob kerana masih beranggapan sahabat lama saya Puan Rohana Mat Nawi masih lagi stringer Utusan sewaktu membuat garapan dalam posting MUNCUL KEMBALI (459).

Saya menyenaraikan nama Puan Rohana senagai stringer Utusan kerana Presiden Persatuan Wartawan Melayu Kelantan (PWMK), Dr Alias Mohamad dalam ucapannya masih menybut Puan Rohana adalah dari Utusan (mungkin beliau juga tidak sedar atau tidak mendapat makumat mengenainya.

Walau apa pun, saya berdoa dan mengharapkan agar Puan Rohana akan menikmati kehidupan yang sentasa baik dalam apa pun bidang yang diceburi. Muka bumi kaya dengan kekayaan dan yang boleh diraih bagi mereka yang rajin menggerakkan tulang epat kerat.

Saya hanya menyedari tentang kesilapan tanggapan saya itu setelah penjenguk blog saya menghantar komen berikut:
Anonymous said...
maaflah! saya rasa abe li sendiri pun tak perasan gamaknya ketika membuat rujukan sebab Rohana Md Nawi tu bukan lagi Stringer Utusan, dah kena pecat sebab macam2kes. Kena rujuk dengan Sdr Wan Zul, utusan untuk pengesahan.


Kepada Anonymous yang membetulkan kesilapan saya, saya merakamkan berbanyak-banyak terima kasih, malah saya sentiasa terbuka untuk menerima pembetulan dan peringtan terhadap apa-apa jua kesilapan yang saya lakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Sebagai bekas wartawan, walaupun pencapaian saya tidak seberapa, namun saya amat mencintai bidang ini dan saya akan merasa sedih dan tekilan jika ianya dipaliti oleh unsur-unsur yang tidak molek, terutama penyamaran yang boleh mengotori indusri kemediaan. Sekarang pun saya masih berada dalam industri persuratkhabaran sebagai penerbit.

Saya sangat berharap agar pemberita/wartawan muda sekarang yang rata-rata lepasan universiti dan antaranya mengaji khusus dalam bidang kemediaan akan memberi perkhidmatan yang lebih baik, berjiwa dan berfikiran berskala lebih besar dalam memikul tugas kemediaan. Bidang kewartawanan tidak sesuai untuk mereka yang berotak dan berjiwa kecil.

Kalau ada kelab-kelab atau persatuan wartawan mengadakan apa-apa program, maklumkanlah kepada saya, Insyaallah saya akan hadir, kecuali jika ada hadangan-hadangan yang tidak dapat dielak. Tidak perlu jemputan resmi, kalau dibat ajak-ajak ayam pun saya akan hadir kerana kecintaan saya pada bidang ini.

No comments: