Monday, October 5, 2009

MUNCUL KEMBALI (421)

Pelacur rakyat asing: polis kena dibantu bersihkan imej negara

KEGIATAN
'perdagangan barang celah kelangkang' atau urusniaga pelacuran bukan sahaja kena dipandang serius tetapi ianya memang serius dan perlu diambil serius apabila untuk tempoh sembilan bulan tahun ini sahaja seramai 7,810 wanita asing yang terbabit dalam industri yang jijik dan memualkan itu berjaya ditahan oleh pihak polis.

Polis tidak mungkin menahan keseluruhan mereka yang terlibat dalam industri berkenaan kerana pelbagai faktor penyebab, termasuk antaranya kerana gagal dikesan berpunca dari tidak cukup maklumat di samping pengendali industri juga tentunya mempunyai pelbagai taktik dan teknik serta akan menggunakan pelbagai 'poewer' bagi menyelamatkan industri mereka.

Kerja polis bagi membersihkan imej negara supaya tidak dilihat sebagai pangkalan atau markas pelacuran berskala tinggi adalah dengan setiap lapisan masyarakat negara ini kena merasa bertanggungjawab dan berkewajipan memelihara imej negara dengan membantu polis dalam bentuk memberikan maklumat dengan cepat dan tepat.

Setiap warganegara patut bersyukur dengan nikmat kesatbilan ekonomi, keamanan dan keharmonian hidup masyarakat pelbagai kaum dan pelbagai anutan agama serta babas pula dari pelbagai 'bala' termasuk bala gempa bumi. Tanda syukur itu boleh dizahirkan dengan turut memberi sumbangandalam bentuk maklumat bagi menjayakan usaha membersihkan negara dari pelbagai kemungkaran, termasuk kegiatan pelacuran, walaupun yang melacur itu adalah warga negara asing.

Membiarkan maksiat dan kemungkaran berlaku bermakna bukan sahaja kita membiarkan negara terdehah kepada bala bencana, termasuk penyakit kelamin, tetapi dengan membiarkan kemungkaran berlaku juga, samalah seperti kita menagih malapetaka menimpa.

Amaran wal bahawa malapetaka tidak mustahil boleh berlaku di negara kita apabila terjadinya gempa bumi di Sumatera, maka Lembah Kelang juga ikut sama bergegar. Tidak ada kuasa berasakan kemajuan teknolgi yang mampu mencegah malapetaka selain dari kena memastikan negara kecintaan ini bersih dari sebarang kemungkaraan dan pelbagai unsur yang boleh menimbulkan kemurkaan Maha Pencipta.

Didasarkan kepada kenyataan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin bahawa kegiatan pelacuran membabitkan warga negara asing adalah dihotel-hotel di Lembah Kelang, maka tidak mustahil antara fakor ia ikut sama merasa gegaran gempa bumi yang berlaku di Sumatera adalah kerana kemurkaan-Nya. Sebagaimana yang diketahui umum, Lembah Kelang adalah zon paling maju dan pemastautinnya dikatakan memiliki pendapatan paling tinggi di negara ini.

Sejak dua tahun lalu, munurut Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah menahan seramai 36,858 wanita warga asing termasuk 211 wanita Uzbekistan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran manakala daripada 7,810 pelacur rakyat asing yang melacur di negara ini dan berjaya ditahan oleh PDRM dalam tempoh sembilan bulan tahun ini, 56 daripadanya adalah dari Uzbekistan.

Uzbekistan adalah merupakan negara yang penduduknya ramai beragama Islam Mudah-mudahan kesemua mereka yang terlibat dalam pelacuran sama sengaja datang ke negara ini untuk tujuan itu atau yang menjadi mangsa sindiket, hendaknya biarlah bukan dari kalangan wanita Islam Uzbekistan. Seandainya mereka beragama Islam, maka sebagai negara Islam, adalah menjadi kewajipan kita untuk mendakwah mereka agar bertaubat nasuha.

Berdasarkan kepada siasatan PDRM, kebanyakan pelacur warga asing masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong dan pelajar, dikesan menggunakan peluang kestabilan dan kecergasan ekonomi negara untuk mendapatkan keuntungan mudah dan segera dengan memberikan khidmat 'membuka kelangkang' yang menjanjikan perolehan pendapatan sehingga RM100,000 sebulan, terutama bagi pleacur dari Uzbekistan yang mempunyai paras rupa yang menawan.

Tidak kira dari mana asal pelacur asing yang menjalankan industri dan urus dagang 'buka kelangkang' di negara, ianya pasti akan mencemarkan imej negara, malah akan menjadikan negara ini terpalit dengan kemungkaran. Justeru, dengan bersenjatakan hukum hakam, iman dan takwa, setiap rakyat negara ini mesti memeranginya dengan memberikan maklumat cepat dan tepat kepada polis bukan sahaja bagi kegiatan yang membabitkan warga asing tetapi juga yang membabitkan rakyat tempatan.

3 comments:

Abuzar said...

MKJ kata ... Sejak dua tahun lalu, munurut Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah menahan seramai 36,858 wanita warga asing termasuk 211 wanita Uzbekistan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran manakala daripada 7,810 pelacur rakyat asing yang melacur di negara ini dan berjaya ditahan oleh PDRM dalam tempoh sembilan bulan tahun ini, 56 daripadanya adalah dari Uzbekistan.....
************************************
Mengapa begitu ramai le manusia datang ke Malaysia semata nak jadi pelacur atau buat jenayah/maksiat seperti ini?

Malaysia ini telah jadi "lubuk surga" ke bagi semua kaki maksiat/ penjenayah? .. pelacur, penzina, perogol, penjudi, peminum arak, penipu, pengedar dadah, pengendali wang palsu, peragut, pemecah rumah, perompak, pengganas LTTE (tiger tamil ealam), ..........?

Apakah puncanya?
Rakyat Malaysia kaki maksiat ke?
Sistem tadbiran Malaysia yang pincang ke?
Ramai pemimpin/ pegawai negara yang korup ke?

Negara & rakyat Malaysia tak akan selamat & harmoni jika maksiat dan jenayah berleluasa. Kita tidak akan merasai keamanan hakiki jika tdak kembali kepada syariat Allah.

Jikalah laksanakan hukum hudud - penzina, pelacur & perogol di sebat 100 rotan atau direjam sampai mati .. perompak, peragut & pencuri dipotong pergelangan tangannya.. pembunuh diqisas dengan dipancung kepalanya ... kaki samseng, kaki pukul & kaki buli diqisas mengikut kecederaan yang dialami oleh mangsanya ... penipu, pengedar, penjahat ditakzir mengikut kadar kerugian/penderitaan mangsanya ,, saya rasa taklah ramai sangat yang berani datang ke negara ini kerana nak buat onar seperti MKJ paparkan itu....

Rakyat Malaysia pun akan hidup aman makmur dalam rahmat Allah seperti di sebut dalam Alquran, surah Saba'-15 : "Baldatun thoyyibatun wa rabbulghafur" - (Negerimu) adalah negeri yang baik (aman-makmor) dan dengan keredaan Tuhan Yang Maha Pengampun".

Seterusnya rakyat Malaysia akan semat didunia dan selamat di akhirat -- sila rujuk ayat-ayat seterusnya dari 15 sehingga 19 atau teruskan fahami maksud seningga ayat terakhir (ayat 54) surah ini.

Sewajarnya rakyat Malaysia pilih parti/golongan yang berjuang atas dasar ini! Baru isu/ kemelut diatas dapat diuraikan.

Anti Al-Liwati Al-Juburi Al-Taiki said...

......Berdasarkan kepada siasatan PDRM, kebanyakan pelacur warga asing masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong dan pelajar, dikesan menggunakan peluang kestabilan dan kecergasan ekonomi negara untuk mendapatkan keuntungan mudah dan segera dengan memberikan khidmat 'membuka kelangkang' yang menjanjikan perolehan pendapatan sehingga RM100,000 sebulan......

ITU PUNCANYA. TEMPAT BANYAK GULA DI SITULAH TEMPAT SEMUT BERKERUMUN. SAYANGNYA SEGELINITR ORANG MALAYSIA SENDIRI YANG PRO PEMBANGKANG TIDAK NAMPAK PELUANG KAYA DEPAN MATA, ASYIK HARAPKAN SUBSIDI DAN TONGKAT, DAPAT PINJAMAN BELI KERETA MEWAH, TAMBAH BINI, NIAGA LINGKUP,CO-YA-NUN-ALIF JUGA YANG BOLOT KEKAYAAN. KIA ORANGMELAYU DENGAN KELING BELI BESI BURUK PUN BOLEH KALAH DARI SEGI PENCAPAIAN EKONOMI DAN PERNIAGAAN, KALAU ADA MELAYU BERNIAGA BERJAYA MULALAH DITUDUH KRONI PEMIMPIN YANG MENGAMAL NEPOTISME DAN KRONISME.

Abuzar said...

anti al-juburi ..... pembangunan fizikal dan materialial saja tanpa dilandaskan dgn hukum syarak, tak lah bermakna. Firaun, namrud, hitler, Jerman, British, USA, Israel Perancis, Rusia, China, Korea, Jepun, Singapura, dll buat pembangunan & moden tp diredhai tuhan kah? Setakat orang datang kerana muah buat duit haram, kita dok dabik dada kita maju., Thailand, Hong Kong, Indonesia lagi hebat dalam industri pelacurannya.... pembangunan negara tanpa laksana syariat Allah keseluruhannya ... seperti dilaksanakan oleh UMNO sekarang ... akan menyuburkan lagi rasuah, maksiat dan jenayah ....

Alternatif kepada rakyat Malaysia:
1Malaysia_membangun bersama Islam.
1Malaysia_bersama untuk perubahan pembaharuan.
1Malaysia_tolak rasuah, politik wang, salahguna kuasa, pemborosan.
1Malaysia_bersama kerajaan Pakatan Rakyat.