Monday, October 5, 2009

MUNCUL KEMBALI (420)

300 juta penutur bahasa melayu
Industri penerbitan patut didorong eksploitasi peluang dagang

INDUSTRI penerbitan dalam Bahasa Melayu sama ada penerbitan bercetak atau elektronik, waimma dalam bentuk suratkhabar harian, suratkhabar mingguan, majalah bulanan, buku atau penerbitan filem, drama tv, drama radio mahu pun filem dokumentari mampu bersaing dengan penerbitan dalam bahasa Inggeris bagi merebut peluang dagang iika 300 juta penutur Bahasa Melayu mampu dieksploitasi.

Berdasarkan fakta terkini, Bahasa Melayu menduduki tangga keempat selepas bahasa Mandrin, Inggeris dan Urdu/Hindi dari segi jumlah penutur.Maknanya jumlah penutur Melayu mengtasi jumlah penutur bahasa-bahasa yang masih dituturkan iaitu Alemannisch, Aragone, anglo-Saxon, Arab Mesir, Aymar, Arum, Azar, Baycan, Brezhoneg, Bosanski, Catala, Cesky, Cymraeg, Dansk, Deutfsh, Zazaki, Doloserbski, Espranto, Eeti, Euskra, Parsi.

Turut masih dituturkan adalah bahasa Thai, Suomi,Voro, Feroskt, Francis, Frysk, Gaeilge, Galego, Hrvatski, Hornjoserbsce, Magyar, Lenterlingua, Ido, Islensa, Italiano, Ripoarisch, Kurdi, Kernowek, Latino, Ladino, Limburgs, Lumbaart, Ligala,Letuviu, Latviesu, basa Banyumasan,Maori, Makegohckm, Nnapulitano, Plattduutsh, Nedersaksisch, Nederland, Norsk (Nynorsk), Norsk (Bokmal).

Juga masih ada penutur bagi bahasa-bahasa Occitan, Npohay, Polski, Pirmonteis, Runa, Simi, Rumantsch, Romana, Pyccknn, Sardu, Scots, Samegiella, Srpskohrvatski, simple English, Slonencina, Slonvescina, Shgip, Ssrpski, Seeltersk, Basa Sunda, Svenska, Kiswahili, sluski, Tagalog, Lea- Faka-Tonga, Tukce,Tatarca, Twi,uyghurche, Arab. O'zbek, Urdu, Tamil, Manderin, Hokkien dan berapa bahasa yang lain.

Dengan jumlah penutur Bahasa Melayu yang begitu besar jumlahnya, sepatutnya pencebur, pemain dan penterlibat dalam industri penerbitan bercetak atau elektronik mempunyai peluang yang sangat menjanjikan untukjadi jutawan dengan mudah.

Seandainya satu peratus daripada 300 juta penutur Bahasa Melayu menjadi pelanggan sesebuah akhbar harian, akhbar mingguan, majalah bulanan atau buku yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu, maknanya jumlah jualan untuk setiap item akan berjumlah tiga juta sehari, seminggu atau sebulan.

Sekiranya keuntungan yang diperolehi dari tiga juta jualan bagi setiap item penerbitan, keuntungan bersihnya diperolehi sebanyak 20 sen sahaja, maka jumlah perolehan untuk setiap item adalah sebanyak RM600,000, satu jumlah perolehan yang sangat lumayan bagi pemain industri penerbitan, terutama dari kalangan pnulis/karyawan di negara ini.

Hakikatnya di Malaysia, penulis yang berjaya menghasilkan 10 buah buku yang diterbitkan pun belum tentu hasilnya boleh mencecah RM600,000, malah untuk dapatkan RM60,000 atau RM16,000 pun belum tentu kerana ada penulis yang bukunya telah diterbitkan bertahun lamanya belum terima sesen bayaran pun.

Kalau bukan penulisnya Shariff Putera dari Terengganu, yang beritahu kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Dato' Haji Turmuzi Abdul Aziz barangkali jika tujuh kali mati dan tujuh kali hidup pun sesorag tidak akan ada yang percaya dengan apa yang diluahkan oleh penulis kelahiran Terengganu itu.

Dalam aduannya kepada Ketua Pengarah DBP pada majlis dialog dan ramah mesra para penulis Pantai Timur dengan Ketua Pengarah DBP, di Dewan Seminar DBP Wilayah Timur Kota Bharu, Kelantan, Shariff Putera - seorang pendidik dan penulis mapan -mendakwa bukunya (ditulis dan diterbitkan dalam Bahasa Melayu) yang diterbitkan sebanyak 5,000 naskah oleh DBP hanya terjual senaskah sahaja setelah bukunya itu beredar di pasaran.

Sebagai penulis yang bukan sahaja masih giat menulis tetapi turut tercebur dalam bidang penerbitan bahan-bahan bercetak, termasuk akhbar mingguan dan majalah bulanan yang tidak pernah berjaya mencapai target dri sudut percapaian jumlah jualan, saya sering mencari punca kenapa akhbar mingguan yang diterbitkan jualannya tidak boleh melebihi 200,000 naskah, majalah bulanan tidak lebih dari 20,000 naskah dan buku tidak lebih dari 5,000 naskah.

Untuk negara yang rakyatnya berjumlah sekitar 28 juta, dengan akhbar-akhbar harian jumlah jualan hariannya tidak sampai pun sejuta naskah adaah sesuatu yang sangat malang, walhal kalau diambil kira senaskah akhbar dibaca oleh lima orang, seandainya sebanyak sejuta naskah suratkhabar harian tejual, makanya jumlah pembaca baru pada angka lima juta daripada 28 juta rakyat.

Dalam kajiselidik rambang saya untuk mencari alasan, sebab, musabah, kerana dan faktor kenapa industri penerbitan sama ada pnerbitan bercetak atau elektronik tidak begitu rancak berbanding dengan penerbitan dalam bahasa lain, terutama dalam bahasa Inggeris, saya menemukan perangkaan bahawa penutur Bahasa Melayu pada waktu ini adalah lebih dari 300 juta.

Saya juga menemukan fakta rambang bahawa Bahasa Melayu adalah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia-Indonesia dan kawasan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Ia telah mengalami perkembangan tamadun sesuai dengan pembinaan tamadun oleh penuturnya.

Bagaimanapun kecenderungan terhadap pembacaan bahan-bahan bercetak yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu masih rendah, menjadikan industri penerbitan bahan-bahan bercetak dalam Bahasa Malaysia dan pelaburan dalam industri berkenaan paling berisiko, Penutur Bahasa Melayu kelas berilmu di Malaysia lebih memilih bahan bacaan dalam bahasa Inggeris.

Semakin ilmiah buku yang diterbitkan dengan jumlah halaman yang lebih tebal, maka semakin sukarlah sesebuah buku yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu dipasarkan. Kalau pun ada peminat sedikit sebanyak, hanyalah bagi buku yang bersifat bacaan ringan yang diselitkan dengan unsur-unsur pronosme dan tahyol-mayol. Kerana itu buku-buku atau majalah ringan/pronosme serta tahyol-mayol yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan tertentu lebih laris jualannya berbanding dengan buku dan majalah terbitan DBP.

Juga fajta rabang yang ditmukan,walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan atau di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal Bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masehi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Tidak hairanlah kalau industri penerbitkan bahan bercetak mahu pun elektronik jauh lebih terkedepan di Indonesia berbanding dengan di Malaysia. Bagiamanpun jika mahu dibandingkan dengan bahan-bahan bercetak yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris, jumlah bahan terbitan bercetak dalam Bahasa Melayu Indonesia jauh lebih terkebelakang.

Bahasa Melayu pada waktu ini adalah bahasa rasmi bagi negara Malaysia, Indonesia dan Brunei serta satu daripada bahasa rasmi Singapura. Di Indonesia Bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia dan di Malaysia, bahasa Melayu pernah dipaggil Bahasa Malaysia, Bahasa Kebangsaan dan i kini dipanggil Bahasa Melayu dan sedang diancam oleh keyakinan di kalangan pemimpin Melayu terhadap keupayaannya untuk menjadi bahasa ilmu.

Selain daripada keempat-empat negara yang disebutkan, Bahasa Melayu juga dituturkan oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thai, Selatan Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka, Burma dan Afrika Selatan. Di Sri Lanka sahaja 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu manakala di Cina terdapat siaran radio dalam Bahasa Melayu, membuktikan adal bilangan yang agak besar penduduknya yang faham berbahasa Melayu.

Bahasa Melayu juga diajar di Universiti of Ohio di Amerika Syarikat, Leiden University di Belanda, Beijing Foreign Studies di China, Victoria University of Well New Zealand, universiti di Australia dan bakal diajar di Hankuk University, Korea.

Penduduk Rantau Balkan juga ada yang boleh berbahasa Melayu, malah Bahasa Melayu telah pun sampai ke Baghdad Iraq pada tahun 800-an Masehi apabila pelaut dan penakluk perkasa berketurunan anak raja dari Kelantan bernama Sanjaya ynag akan menaikkan 'Walau Bulan' bagi tanah jajahan yang berjaya ditakluki telah ke sana dan mengadap Khalifah Harun Aminurrasyid.

Anak Melayu juga sudah berjaya ke angkasa lepas di samping melalui Petronas, anak-anak Melayu berjaya memberikan saingan hebat dalam industri petroleum dunia. Bagimanapun dalam bidang penyebaran ilmu dan maklumat, khususnya dalam dalam bidang penerbitan bercetak, Melayu melalu penggunaan Bahasa Melayu masih gagal jadi hebat.

Ini adalah kerana tidak ada usaha dan lagkah-langkah proaktif dilakukan bagi memastikan 300 juta atau setidak-tidak sebilangan besar daripada penutur Bahasa Melayu menjadi pelanggan dan pembaca akhbar harian, akhbar mingguan, majalah dan buku-buku yang ditulis dan diterbitkan dalam Bahasa Melayu.

Rasanya bukanlah sesuatu yang merugikan kalau sebuah kementerian khusus diwujudkan oleh Malaysia bagi memberi dorongan dan memudahkan prosedur agar akhbar harian, akhbar mingguan, majalah bulanan dan buku yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu boleh sampai kepada 300 juta penutur Bahasa Melayu pada setiap pelosok dunia sebagaimana kita memperolehi bahan-bahan bercetak dalam bahasa Inggeris dengan cukup mudah.

Demikian juga dengan kaset, cd, vcd, filem, drama atau pun filem-filem dokumentari terbitan dalam Bahasa Melayu. Jika kewujudan kementerian khusus direalisasikan, mahu tidak mahu industri penerbitan bahan bercetak dan elektronik dalam Bahasa Malaysia akan berkembang pesat dan para penerbit dan negara Malaysia akan berpeluang memperolehi hasil besar dari industrii itu dan kes-kes buku yang diterbit dan dicetak 3,000 atau 5,000 naskah hanya sebuah sahaja yang terjual tidak akan berlaku.

5 comments:

Anonymous said...

Aalamualaikum saudara,

sekadar bertanya;

1. Semasa nabi s.a.w menawan kota Mekkah dari orang kafir, baginda memusnahkan patung-patung berhala di kota Mekkah dan mengampunkan penduduknya. Tetapi, ada sesetengan berpendapat, nabi s.a.w mengampunkan penduduknya sahaja, tetapi baginda menahan & menangkap ketua-ketua kafir yang pernah mengepalai penentangan kepada Islam dan penganutnya, dan membicarakannya. Betulkah begitu?

Anonymous said...

Cadangan wujud badan atau kementerian khusus mengenai pengembangan ilmu dlama bahasa Melayu ini baik ... tapi jika dibawah kerajaan UBN .. saya tak yakin matlamatnya akan tercapai.

DEB gagal mencapai matlamat, Dasar Pelajaran Kebangsaan pun gagal & masih bercelaru, Dasar Budaya Kebangsaan pun jauh dari sasaran, Dsar Bahasa Kebangsaan ... ehm..ehm...

Puncanya adalah kerana kementerian/ agensi kerajaan dibawah UBN hanya sekadar tempat makan gaji, bolot harta rakyat, ....jaga kepentingan diri saja!? Mana masa nak berjuang untuk rakyat atau bangsa atau negara atau agama? Otak dok fikir bagaimana nak kebas duit negara....

Kalau nak berjaya kerajaan perlu kerap bertukar .... dari BN kepda yang lain..

PUTRA CAKNA said...

Saudaraku Abuzar ...,
Kalaulah DEB gagal:
Apakah saudaraku hidup merempat di bumi Malaysia ini??? Tidak ada pekerjaan, tidak ada sumber pendapatan???
Kalau Dasar Pelajaran Kebangsaan gagal:
Apakah anak-anak kita tidak boleh belajar???
Kalau tidak :
Ternyata anggapan itu tidak tepat!
Sejauhmanakah kerajaan PR (PKR) di Selangor berjaya mendaulatkan Islam???
Sejauhmanakah kerajaan PR (DAP) di Pulau Pinang mendaulatkan Bahasa Melayu???
Sejauhmanakah kerajaan PR (PAS) di Kelantan berjaya memertabatkan Islam???
Berapa banyak orang Cina dan India di Kelantan di Islamkan???
Orang Islam yang dikafirkan ada!
Yang saya tahu
1. Pembangunan membeli belah saja yang tersergam indah. Itu pun bukan milik orang Islam!
2. Pembangunan Tok Kong yang berdiri megah. Kalau dulu baring tetapi sekarang berdiri. Inipun bukan milik orang Islam.
3. Pembangunan masjid. Ada ke??? Yang saya dapat lihat hanya markas PAS yang tersergam indah. Ini bukan milik semua orang Islam tetapi yang berparti politik PAS.
Itukah perjuangan yang betul lagi benar???

john said...

JOHN MENCELAH;- saudaraku johan

-tahukah anda DEB diwujudkan dengan objektif 30% penguasaan ekonomi untuk melayu dan hasilnya selepas 20 tahun cuma 12.5% (berjaya ke gagal objektif tu) dan tahukah anda bahawa yg berjaya itu merupakan orang yang berkepentingan dalam umno?

-tahukah kamu yg dasar pendidikan kebangsaan yg sentiasa berubah2 mengikut kepala menteri yang memegang menteri pelajaran? tahukah anda bahawa yang lebih ramai orang melayu adalah lulusan pusat serenti dari universiti?

-tahukah kamu bahawa peruntukan kerajaan untuk memberi makan kepada para pelatih di pusat serenti melebihi peruntukan pelajar sekolah di asrama?

kamu meminta orang menilai kualiti kerajaan PR yang baru 2 tahun umurnya? kenapa kamu tak mahu di nilai dengan kerajaan BN yg 52 tahun memerintah dengan hasil negara ditangan mereka?...

adakah kerana kamu termasuk dalam mereka yang tersenarai dalam mengisi projek2 mereka menyebabkan kamu tak nampak semua ini?...ya kamu berhak menyatakan pendapat kamu tapi kamu tidak boleh mengenepikan realiti!...

p/s-utk kelantan yg 20 tahun diperintah?..cuba kamu fikirkan kenapa boleh kekal sampai sekarang?..adakah rakyat kelantan bodoh seperti anggapan kamu?....

PUTRA CAKNA said...

Saudaraku John...
Apalah kuasa saya untuk memperbodohkan seseorang. Amat tidak layak bagi saya untuk melakukan perkara itu sama sekali. Saya hanyalah hamba Allah dan tidak kekal hidup di dunia ini. Saya amat takut berbuat dosa dengan makhluk kerana berdosa dengan makhluk lebih payah minta maaf dari berdosa dengan Allah. Semua penduduk negeri kelantan yang beragama Islam adalah saudara saya. Berdosa bagi saya memperbodohkan saudara seagama saya. Tidak terlintas di hati saya untuk mengatakan begitu. Minta jauh dengan perbuatan itu.
Kalau saudara terasa yang saya memperbodohkan saudara, itu adalah tuduhan hati saudara yang keliru. Saya tidak terlintas bermaksud sedemikian. Saya hanya sekadar mengutarakan pendapat saya. Menjadi hak masing-masing sama ada meneriima atau menolaknya.
20 tahun kerajaan Pas memerintah adalah takdir dariNya. Kita patut terima hakikat itu.
Saya ingin bertanya, adakah 20 tahun memerintah Pas betul-betul berjaya memartabatkan Islam?
Gelaran KB sebagai bandaraya Islam bagi saya hanya nampak gelaran saja. Tidak adapun tanda-tanda yang besar kemegahan Islam yang diperlihatkan.
Masjid Muhammadi hanya semacam itu saja, tidak berubah secara ketara. Yang saya dapat lihat perubahan yang ketara ialah munculnya gedung-gedung membeli belah yang lebih besar dari dulunya. Adakah ini melambangkan keagungan budaya Islam?
Rakyat bukan Islam saya nampak lebih bebas. Kalau dalam bulan puasa baru-baru ini mereka boleh buka perniagaan makanan dari awal pagi dan boleh makan sesuka hati macam di bandar negeri Cina. adakah ini merupakan lambang negara Islam.
Kalau dulu gambar orang perempuan ditutup mukanya tetapi sekarang gambar mukanya boleh didedahkan. Saya nampak ada sedikit kebebasan sekarang.
Saya tidak pandai menghukum sesuatu tetapi adakah hukum dalam Islam berbeza mengikut masa?
Aktiviti kesenian pada masa dulu dihadkan tetapi sekarang ada sedikit kebebasan. Dikir barat dan kesenian-kesenian lain nampak ketara bebas dari dulu.
Mengapa dulu agak disekat tetapi sekarang ada kebebasan sedikit?
20 tahun di bawah kerajaan berteraskan Islam sengoti, sepatut rakyat sudah mempunyai keimanan yang jitu lebih daripada negeri-negeri lain yang tidak diperintah oleh kerajaan Islam sengoti.
Pecah rumah, ragut dan anak luar nikah terjadi juga di Kelantan. Sepatutnya kes-kes seperti ini tidak ada, sebab ia di bawah negeri diperintah oleh seorang ulamak dan semua rakyatnya beriman dan beramal. Mengapa terjadi sedemikian? Kalau serupa dengan negeri-negeri lain apa maknanya negeri yang diperintah oleh ulamak?
Kita sering mempersoalkan bahagian kulit tetapi kita tidak menghiraukan isinya. Jangan jadi seperti buah bacang, diluar nampak moleh tapi bila dikupas, isi tidak boleh dimakan!
Minta maaf, agak panjang saya berceloteh. Saya berhenti setakat ini. Maaf kalau ada yang tak kena.