Tuesday, October 6, 2009

MUNCUL KEMBALI (424)

Najib pamerkan kehebatan 'otak Malaysia' di pentas dunia

SEJAJAR
dengan sikap dan sifat toleran di kalangan bangsa Melayu khususnya dan masyarakat majmuk Malaysia amnya, menjadikan tidak ada 'ketamakkan' dalam kamus kepimpinan negara untuk menyembunyikan sesuat teori atau formula dalam pembinaan pelan, rangka dan kerangka pentadbiran kerajaan yang memberi faedah dan tuah sama rata kepada rakyat dan negra-ngara jiran.

Ini terbukti apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di depan 191 ketua negara pada Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ke-35 di Paris, Peranchis, telah 'menjual' gagasan 1Malaysia kepada dunia supaya apa yang dipraktikkan di Malaysia akan diparktikkan pada peringkat sejagat.

Beliau percaya gagasan 1Malaysia merupakan satu formula paling jitu untuk mengekal dan menjamin keamanan sejagat pada masa ini dan akan datang jika ia menjadi gagasan 1Rantau dan seterusnya 1Dunia kerana tidak ada ada keamanan tanpa wujudkan perpaduan dan sama rasa: apabila paha kiri dicubit, paha kanan juga akan rasa sakitnya atau sebaliknya.

Saya berpendapat, setiap manusia tanpa mengira bangsa, sempadan negeri dan anutan agama yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan kena bersetuju dengan penegasan Perdana Menteri Malaysia bahawa kesanggupan dan komitmen untuk menentukan keamanan sejagat merupakan antara tiga cabaran utama yang perlu didepani masyarakat antarabangsa hari ini.

Selain dari kena diwujudkan semangat 1Dunia, dua lagi cabaran adalah yang berkaitan dengan usaha untuk membentuk sistem kewangan global yang baru serta langkah-langkah sepakat sejagat yang proaktig bagi menangani perubahan cuaca yang mengancam dunia ketika ini.

Sudah tentulah kedua-dua cabaran itu akan menjadi sukar kalau idak ada kesepakatan dan kesefahaman sejagat yang hanya boleh terbentuk melalui gagasan 1Dunia bagi memenuhi keperluan kerjasama global yang lebih imaginatif yang boleh menjadi kenyataan dengan penyertaan sejagat.

Dalam hubungan itu, bila terbentuknya kerjasama atas semangat 1Dunia, maka dengan sendirinya akan terukir keamanan hakiki yang kedua-duanya hanya boleh dicapai melalui dialog bagi mewujudkan rumusan keputusan bersama demi kepeningan dan faedah bersama, bukannya dengan paksaan melalui kuasa hegemoni yang akan memberi lebih faedah kepada kalangan tertentu sahaja.

Ahli falsafah teologi Jerman, Profesor Hans Kung dipetik oleh Datuk Seri Najib sebagai berkata bahawa 'tidak akan ada keamanan di dunia ini jika tiada keharmonian di kalangan agama dan budaya dan juga tiada keharmonian antara agama, jika tiada dialog di kalangannya,maknanya dialo adalah seperkara yang penting dan pelu diutamakan dalam menanangi apa-apa jua isu sejagat.

Oleh itu. sama ada ke arah mewujudkan gagasan 1Dunia mahu pun cabaran untuk membentuk sistem kewangan global yang baru dan juga bagi menangani masalah perubahan cuaca dunia, apa yang disuarakan oleh Datuk Seri Najib itu bukan sahaja patut diberi sokongan oleh rakyat Malaysi tetapi juga oleh negara-negara serantau dan seterusnya oleh dunia sejagat.

Ini adalah kerana ketika Datuk Seri Najib memberikan pandangannnya dalam ucapan yang mengambil masa kia-kira 17 minit pada persidangan berkenaan, negara-negaa serantau sedang mengalami bencana alam dan malapetaka seperti gempa bumi di Padang, Indonesia, Tsunami di Barat Samoa, taufan di Filipina dan banjir besar di selatan India yang mana apa yang disuarakannya itu bukan khusus untuk kepentingan Malaysia tetapi bercirikan kepentingan serantau dan sejagat,sekaligus beliau telah mempamerkan kehebatan dan pemikiran Melayu di pentas dunia.

4 comments:

Anonymous said...

PARIS: Najib Razak menyeru masyarakat antarabangsa untuk sama-sama menangani tiga cabaran utama - memastikan keamanan yang berkekalan, adil dan saksama, mewujudkan rangka kewangan global yang baru dan menguruskan perubahan iklim - walaupun ia bukan satu tugas mudah.

"Hari ini ketika kita berdepan dengan jurang yang semakin mendalam antara budaya dan agama, ancaman berlaku kemelesetan global, dan tragedi menyayat hati akibat daripada perubahan iklim, pilihan yang kita ada bukannya bersifat unilateral atau bersendirian

Anonymous said...

MASYARAKAT ANTARABANGSA MINTA NAJIB JAWAB TIGA PEKARA –ajensi berita

PARIS: Masyarakat antarabangsa mahu Najib Razak Perdana Menteri Malaysia menjawab tiga pekara. Ini adalah satu pemintaan yang agak mudah. Apa yang diperlukan oleh masyarakat antrabangsa ialah jawapan ke atas tiga soalan ini.
Ini untuk mengembalikan keyakinan masyarakat antarabangsa bahawa warga negara luar yang melawat Malaysia atau yang menjalankan perniagaan dengan Malaysia akan selamat.

1 – Siapa memberi arahan untuk menamatkan riwayat Altantuya Shaaribu.
2 – Siapa kenal Altantuya dahulu – Razak Baginda atau Najib Razak.
3 - Apa bezanya duit komisen dengan duit kopi.

"Hari ini ketika masyarakat antarabangsa sedang berdepan dengan masaalah ekonomi global yang sedang meleset. Trajedi pembunuhan Altantuya itu cuckup menyayat hati. Ianya telah mengubah iklim dan pandangan masyarakt antarabangsa terhadap keselamatan warga mereka jika melawat Malaysia. Soalan yang diajukan ini bukan unilateral tetapi untuk kepentingan masyarakt antarabngsa.”

john said...

TUBIK SMULA- 'wow!' hebat tok jib kito mempromosikan nombor 1. tapi takkan abe li tok tahu yang lebih dulu memperkanalkan misi dan visi no.1 adalah israel?...1 israel adalah gagasan penubuhan negara yahudi. kita nak bangga apa dengan idea yang telah di buat orang lain kecuali kita ni jenis yang tinggal dalam gua dan tidak mendapat maklumat.

pasal ucapan di luar negara..ambo rasa bro anwar ibrahim lebih byk dari tok jib le..bukan kata barat saja, kat asia pun byk bro anwar bagi syarahan tapi sebab dia pembangkang di gelapkan sahaja...nak buat guano, demokrasi ala m'sia.

Anonymous said...

Sekali bercakap di UNESCO, najib dah diampu macam hero. tak silapku Anwar pernah terlibat langsung dalam pengurusan/ tadbiran UNESCO ni semasa dia jadi Menteri Pendidikan dulu.... taklah bising sangat. Idea dlm ucapan jib pun nampak macam cut & paste saja. tiada yg baru. Cuma puak2 "apple polish" & "spin doctor" najib dok berlebih2 pujia/ jek ketokohan najib yg penuh skandal berkeliling pinggang itu. Dunia tengok najibu-rosmahee laki bini sedang "berlakun ala hindustani hee" dengan senyum sumbing dan penuh sinis... orang2 dinegara maju tak le sebodoh puak2 pembodekk/ pengampu di Malaysia ni... sebenarnya rakyat malaysia yang cerdik juga cukup "juak" dengan lakunan hero-heroin ala-hindustan ni ..saban hari dikaca3 TV, @ gambar2 didadA2 akhbar pengampu mereka .. tengukle semasa perutusan hariraya lepas....OOI BIK MAMA .. QC (Queen Control) & OVER ACTING ...LAH... mentang2 dah berkuasa! .. setuju tak wahai para fanatik assobiyyah UMNO??? Jenis pemimpin berwajah & berwatak macam ni kah kamu dok cari supaya bela melayu dan tegakkan Islam??? Poraaah le........... TS P. Ramli pernah kata .."no class!"...hee hee .. bagaimana nak jawab soalan di Padang mahsyar nanti ... mengapa kamu sokong Jib-rosmah @ pangkah UMNO???