Thursday, October 8, 2009

MUNCUL KEMBALI (428)

Orang lain berhak untuk tidak setuju dengan saya

TUAN/ENCIK John, penjenguk blog saya yang aktif dan produk memberi komen mahukan saya ulas pasal pemuda Umno pukul petugas Pas. Susah juga untuk saya ulas kerana saya tidak pergi ke Bagan Pinang dan tidak berpeluang untuk merisik mendapatkan kisah sebenar dri sumber-sumber selayaknya.

Isteri saya yang ke sana pada hari Ahad dan pulang tengah malam tadi pun tidak cerita apa-apa. Saya pun tidak bertanya apa-apa kerana patuh kepada ketetapan yang kami buat, soal parti politik tidak akan dibawa ke rumah. Rumah adalah untuk keluarga. Kerana itu bila orang politik datang ke rumah saya hanya diamkan diri dan dengar apa yang dicakap tanpak sebarang sampukkan.

Melihat kepada keadaannya yang tidak seceria mana dan agak moody dengan anak-anak, saya rasa mustahil Pas akan menang di Bagan Pinang. Biasanya bila pulang dari menyertai kempen di mana-mana pilihanraya kecil yang memberi kemenangan kepada pembangkang, ia akan ceria dan banyak bercerita tentang sambutan luar biasa dari penduduk tempatan. Tapi kali ini tidak.

Saya sendiri tidak minat untuk bertanya kerana parti mana pun menang, saya tetap dengan cara saya, Pas menang saya tak laba, Umno menang saya tak untung apa-apa. Mata pencarian saya bersih daripada unsur-unsur parti politik. Kalau ditanya isteri saya pun tentu dia akan bias sebagai antara pengempen Pas di samping kedudukannya sebagai penghulu wanita yang dilantik oleh kerajaan Pas.

Kalau memberi laporan yang tidak berpihak kepada parti yang didukung dan disokong, dia akan umpama menghiris daging demaging sendiri, dcecah air asam dan dimakan sendiri. Orang parti politik kena terikat dengan mempermolekkan parti sendiri dan memperburukkan lawan. Di akhirat nanti yang akan memakan daging saudara sendiri barangkali terdiri dari kalangan orang politik, na-u-zubillahi-mina-zalik!

PermintaanTuan/Encik John adalah sebagaimana berikut;

john said...
Tolong ulas pasal insiden pemuda umno pukul petugas pas di markas induk pemuda pas bagan pinang pulak? baru ada kelainan sikit. baru dikatakan penganalisis bebas......

Ulasan saya: kejadian yang tidak patut berlaku. Ia sudah tidak bersifat pilihanraya lagi tetapi sudah menjadi 'pilih pecahkan muka'. Agaknya tindak balas terhadap kecederaan yang menimpa orang Umno pada hari penamaan calon. Itulah padahkanya kalau terlalu utamakan provokasi daripada memelihara amalan demokrasi secara bersih.

Bila sindrom 'kalau puak demo gedebe puak kawan lagi gedebe' menular, maka amalan demokrasi tidak ada nilai, akan ada yang pecah muka bila ada pilihanraya dan kalau tidak segera dikawal, tidak mustahil akan bawa kepada bunuh membunuh.

Kalau berpolitik secara bersih, tidak burukkan lawan tsebaliknya diterangkan apa yang lebih baiknya parti kita dari lawan tanpa mengutarakan keburukkan yang boleh jadi orang diburukkan boleh rasa panas pedal, perkara seuapa itu tidak akan berlaku. Kena ingat syaitan selalu mahu porak-purandakan kita.

Polis nak buat kerja pun susah, baru dalam buat siasatan sudah ada persepsi liar terhadap polis. Tidak mustahil kerana polis terlalu berhati-hati dalam membuat siasatan supaya tidak dianggap bias dan Pemuda Umno buat risikan sendiri dan menemukan buktinya, maka mereka bertindak sedemikian. Mereka tidak akan bertindak seganas itu kalau hati dan pedal mereka tidak panas dan dipanaskan.

Bagi mencegah benda-benda macam inilah ISA diperlukan. Kena cegah sebelum parah. Rasanya apa yang berlaku adalah antara kesan kepada bila mahkmah pernah dijadikan bahan ketawa, majistret dan polis diherdik tanda tidak menghormatan undang-undang dan status mereka, majistret dan polis diperlekeh dengan tujuan mahu seronok dan nak tunjuk 'tak heran' tetapi ianya membawa kesan yang tak baik. Kalau kita rasa kita berani dan hebat dan 'tak herankan' sesiapa, orang lain pun ada perasaan yang serupa.

........kalau boleh ulas pasal ketua putera umno skali mengikut pandangan hebat demo. ya mungkin peluang umno utk menang dalam pilihanraya ini cerah........

Yang dicederakan pada hari penamaan calon adalah boss mereka. Mungkin mereka buat siasatan sendiri, dapat bukti, lantas bertindak sendiri yang sepatutnya perkara seumpama itu tidak berlaku.

Ianya adalah sebagai tanda amaran bahawa kalau pihak pembangkang melampau melakukan provokasi, memperlekehkan peraturan, undang-undang, pihak polis, SPR, terlalu manggak saya, pendukung dan penyokong parti yang mendukung kerajaan, terutama golongan mudanya boleh naik gila dan bertindak gila. Ini sekadar pandangan saya yang tidak tahu punca sebenar.

Sikap atau sebarang dorong bersifat 'mu tak heran aku pun tak heran', 'mu gedebe aku lebih gedebe', 'mu samseng aku lebih samseng' tidak patut dibiarkan, kena dibendung oleh kedua-dua pimpinan parti yang berlawan. Kalau tidak pasti negara yang aman damai akan bertukar jadi huru-hara dan gocoh menggocoh, tikam menikam atau tembak menembak akan jadi perkara biasa.

.....kita tengok hikmahnya selepas ini bagaimana keadaan umno n.9 dengan kembalinya Isa. apa yang akan berlaku pada Mat Hasan?..sila ulas mengikut selera demo.....

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita tidak boleh dahului takdir. Kita tengok apa yang bakal berlaku. Mat Hasan jadi MB kerana Isa tak betanding. Tak'kan kalau Isa menang, maka dia kena kembali ke kerusi MB.

Ramai exco, termasuk di Kelantan serta menteri yang tidak terus jadi exco dan menteri bila menang dalam pilihanraya umum. Kalau menang di Bagan Pinang dan tidakdilantik sebagai anggota exco pun bukannya luar biasa. Saya rasa berdasarkan pengalamannya, ISA akan bantu Mat Hasan perkuatkan Umno Negeri Sembilan dan juga kerajaan pimpinannya.

Saya yakin pada pilihanraya umum ke-13 nanti, Isa akan betanding kerusi parlimen dan akan menyertai kabinet. Beliau ada kebolehan untuk jadi menteri keraa pengalaman luasanya.

.......p/s: tolong print/keluarkan artikel pasal tokong besar di kelantan dalam majalah konsep demo, abe li.........

Insyaallah akan saya usahakan. Untuk makluman, Konsep bukan majalah seperti dulu lagi tetapi sudah jadi akhbar mingguan. Insyaallah akan menyusul Mingguan Mujahadah dan Mingguan Al-Mustaqim kalau ada rezeki manakala majalah Wasilatul-Ummah akan kembali ke pasaran semula.

Saya bukan buat sendiri semuanya. Ada petugas yang diberi tugas mewajahkan akhbar mingguan dan majalah terbitan syarikat saya berdasarkan mock-up asal ketika permohonan permit dibuat. Mereka semuanya sisawazah, orang yang lebih berilmu dari saya. Saya tidak memastikan isi kandungan akhbar mingguan dan majalah diterbitkan ikut selera saya kerana ianya untuk dipasarkan.

Saya sudah tua dan letih untuk seagresif dulu lagi. Sudah lebih 30 tahun saya dalam dunia kemediaan ni dan saya menulis setiap hari dalam tempoh sepanjang itu. Tujuan saya memohon banyak permit adalah untuk memberi peluang kerja kepada anak bangsa saya dan memberi peluang pendapatan kepada anak-anak, malah kalau diizinkan-Nya, untuk jadi punca rezeki cucu cicit saya nanti.

Nak kerja dengan kerajaan bukannya mudah kerana peluang kerja tak banyak tetapi yang memerlukan kerjanya ramai, tambah-tambah anak kepada orang macam saya yang Umno tidak Pas pun bukan. Lagi pun saya tak mahu anak-anak dapat kerja kerana sokongan atau kerana rapat dengan orang besar-besar dan tidak bergantung kepada kelayakan yang dimiliki. Saya rasa dapat kerja kerana rekmin/surat sokongan tidak berapa suci hasil yang diperolehi.

Kerana itu bila saya gagal, saya akan kembali bangkit, malah saya bersedia untuk gagal sejuta kali pun sebelum berjaya. Itu prinsip dan tatacara hidup saya. Kerana itulah bila ada yang kata saya diberi RM1 sejuta oleh Umno saya ketawa terkekeh-kekeh. Kalau saya ada sejuta, saya mungkin sudah mampu beri peluang pekerjaan kepada 1,000 orang sekarang ini.

Saya nak buat pinjaman dengan bank pun tak boleh walaupun beberapa pengurus bank dari bank-bank terkemuka, termasuk SME Bank datang ke eejabat dan cadangkan saya buat pinjaman dengan bank mereka. Akhrnya saya diberitahu permohonan saya tidak dapat diproses.

Puncanya kerana nama saya black-list disebabkan ada sahabat beli kereta guna nama (pinjam slip gaji masa saya kerja dulu) dan kereta itu tidak dibayar. Dulunya saya diminta jadi penjamin, rupanya ditukar saya jadi pembeli. Pinjaman dibuat di KL dan borang perjanji saya tandatangani di pejabat syarikat kewangan berkaitan di Kota Bhrau. Borang perjanjian ditandatangani tanpa saya membacanya terlebih dahulu kerana perlu segera selesaikan kerja.

Bila terima surat dari yraikat kewangan, asaya minta kereta di tarik, ketika itu kereta berada di Rawang, elangor. Tetapi bank tak berminat tarik kerana kereta ARENA yang dibeli tidak ada nilai pasaran. Kereta itu sekarang ada di kampung saya (Rong Chenak) bawah jagaan sahabat yang juga orang kuat Pas, digunakan untukpunggah baja, rumput cerut dan kerja-kerja kampung yang lain.

Untuk putihkan nama saya kembali, saya kena bayar RM46,000. Kalau saya ada wang sebanyak itu untuk tolong bayar hutang yang bukan saya buat tetapi kerananya nama saya yang kena black-list, saya dah dapat bayar sebulan gaji 23 pekerja yang akan bekerja untuk memberi nafas kepada majaah, akhbar minggua dan buku-buku terbitan syarikat saya.

Saya dapat pinjaman RM30,000 dari TEKUN NSAIONAL pun barangkali kerana TKUN tidak perasan nama saya black-list atau memang rezeki saya, dapatlah menamung keperluan modal bagi gerakkan perniagaan saya yang kata rakan saya yang juga pengamal media, kalau tidak ada sejuta modal, tidak berani dia mahu gerakan penebitan sebuah akhbar mingguan.

Mahu tidak mahu saya kena lupakan soal pinjaman bank bagi onkan perniagaan saya. terpaksalah bila habis duit saya hentikan dulu pernigaan, bila ada modal sikit saya on balik. Usaha saya bukannya mudah tetapi saya tetap yakin tidak ada kesenangan tanpa kesusahan, tidak ada kejayaan tanpa kegagalan. Saya yakin akhirnya Allah akan membuka jalan untuk kejayaan saya.

.......dok pun jadikan flyer di kempen kat N.9...masyukkk tu.

Saya tidak ada kepentingan politik. Buat apa nak buat itu semua. Saya bangkitkan soal to'kong gergasi d Kelantan bukan kerana ada kepentingan politik tetapi merasakan ianya adalah fardu kifayah kepada saya.

Tidak ada siapa pun suruh atau pengaruhi saya. Saya lakukannya atas kesedaran dan rasa terpanggil saya sendiri sebagai seorang yang bependidikan sekolah agama walaupun saya tidak belajar samapai ke peringkat universiti di timur tengah atau mana-mana univesiti di muka bumi ini. Orang lain berhak untuk tidak setuju dengan saya, malah saya lebih suka kalau orang tidak setuju dengan saya .

7 comments:

john said...

TERIMO KASIH atas respon. ambo tok kisoh mugo pandangae abe li. ambo memae akan buko blog ni setiap kali ngadap komputer..raso tok puas hati ambo komen eh..ni ado hok terbaru nok suruh komen...ado maso komen, tok ser pun tak po...

"Malam ini akan diadakan Munajat PERDANA di Markaz Dewan Ulama' pada jam 3.45 pagi, SABTU (10Oktober 2009) yang akan jua dipimpin oleh Tuan Guru Haji Husin, Pondok Lubok Tapah."

pertanyoan ambo...

1.adakah pas telah mengheret tok guru pondok ke dalam kancah politk?
2.Adakah tok guru pondok ni tahu yang pas ni ikhlas ko tok ikhlas dalam perjuangan mereka?
3.Apokah taraf tok guru pondok ni mengikut pandangae abe li?

Anonymous said...

.. masa seorang pemuda UMNO kena pukul skit dipondok panas ( ..stgah kata sebab hutang tak bayar..?) semasa PRK Pengkalan Pasir di Pasir Mas dulu bukan main media utama kera jaan BN dok tayang "keganasan orang PAS" ..bgitu jugak semasa penamaan calun di bagan pinang ini bila azeez mamak tu kata dia kena pukul habih surat khabar, TV, radio dk jaja... Tapi bila puluhan pemuda samseng tak tau pati mana....tu, serang & mengganas di markaz pemuda PAS PRK Bagan Pinang dan cederakan beberapa anggotanya .... lain pulak hujjah pemimpin UMNO.. ... Macamana agaknya umno-pas boleh bersatu ..jika tindakan kekerasan dan provokasi sering dilakukan & tanpa ruang pengadilan????

Abuzar said...

Pengundian PRK N31 Bagan Pinang 10 Oktober 09, esok..

Apakah pengundi2 Bagan Pinang akan dokong/ endorse legacy budaya rasuah & politik wang UBN, atau yang dikatakan "perasuah ..?" atau keputusan sebaliknya yang diluar sangkaan popular...? itulah hak hati budi pengundi2 bagan pinang ... harga sebuah demokrasi...

Anonymous said...

yang jelas nya la ni puak2 kapir ni sudah nampak puak tok lebai pas ni dia bolih makan,dia tahu puak ni jenis tak berapa cerdik mana,bolih pusk tok pek dgn keling baca ayat quaraan sikit percaya habis,BASO JENIS GOO..

PUTRA CAKNA said...

Saya merasakan PAS merasa terdesak kerana sambutan oleh rakyat Bagan Pinang terhadap parti tersebut agak mengecewakan. Sebab itu lah undi pos menjadi isu kepada PAS kerana pada pada fikirannya undi ini menjadi penentu kepada kemenangan parti yang bertanding di Bagan Pinang. Apa tidaknya, kalau 4,604 ini pangkah PAS semuanya maka PAS akan menang. Tapi kalau 4,604 ini pangkah BN maka PAS akan kencundang sebab hendak harapkan pengundi biasa, PAS tidak ada harapan lagi.
Berkenaan dengan isu seorang penyokong PAS yang dikatakan kena tetak, saya rasa isu ini diperbesarkan oleh media dan bloger PAS. Kalaulah betul kena tetak, pasti kepala dan tubuh akan luka, takkan hanya koyak baju saja. Pasti mangsa akan masuk hospital dan luka dikepalanya dijahit sekurang-kurang lapan jahitan memandangkan melihat gambar kepala yang berdarah itu lukanya agak serius.
Hanya insan yang dianugerahkan dengan fikiran yang sempurna dan waras dapat membezakan antara benar atau palsu.
Bagi saya, PAS telah melihat dirinya dalam keadaan hendak kalah akan buat macam-macam tuduhan seakan-akan sudah lupa dengan Islam yang dipakai oleh nama partinya. Kalau betul-betul mengamalkan ajaran Islam kita tidak boleh menambah atau mengurangkan sesuatu perkara dan tidak boleh mengada-ngadakan cerita kerana segalanya akan ditulis oleh malaikat dan dihitungkan pada hari akhirat kelak.
Kita lihat apa yang yang ditakdirkan oleh Allah pada 11 oktober nanti. Semoga Allah memberi kemenangan kepada pihak yang benar!

john said...
This comment has been removed by the author.
john said...

UNTUK JOHAN:-

tolong ulas pasal ketua putra engkau pulak?..siapa yang lagi diperbesarkan?..siap masuk tv3 lagi?kesian, 'bekok cobong leher dio' puas tilik camera..hok napo kulit gelap je..setahu ambo yg pas tu cuma masuk media alternatif je....tolong ulas skit..ambo dah nak percaya dah ni pasal ulasan demo.