Friday, October 9, 2009

MUNCUL KEMBALI (430)

Gimik/provokasi melampau: polis kena bertindak tegas

BAGI saya tidak ada yang lebih 'gon', 'babuk', 'bangang'. 'bahlol', 'tidak sega', 'rosakl otak' dan 'punoh-janen moral' dan 'haram jadahnya' gimik/provokasi yang Pas lakukan dengan mencipta laporan dan gambar kecederaan petugas di markas induk Pas kerana diserang 'ala gengstar' pada kempen pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Ianya suatu idea, strategi, rangka dan kerangka kempen serta gerak saraf yang 'sangat tidak betanggungjawab' ,amat melampau dan sangat merbahaya, malah kewibawaan, reputasi dan prestasi tokoh/pemimpin Pas boleh tercalar dan terjejas, lebih-lebih lagi pengarah pilihanraya Pas bagi pilihanraya berkenaan.

Tindakan yang sangat tidak cerdik dan kefahaman yang cukup tohor dalam berpolitik itu umpama menggali lubang untuk Pas menimbus dirinya dan saya melihatnya ianya adalah satu bentuk sabotaj dari dalam Pas sendiri, satu perbuatan yang bagi saya kalangan yang anut fahaman komunis pun tak sanggup lakukannya.

Untuk bersihkan imej Pas, pimpinan utama parti itu kena mengambil inisiatif mengesan dan menyerahkan sendiri mereka yang terlibat dalam perbuatan yang boleh membahayakan keselamatan negara itu kepada pihak polis supaya dihukum. Hukuman paling sesuai adalah ISA.

Manakala polis pula kena mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab kerana walaupun niat pelakunya sekadar untuk suka-suka atau dianggap suatu taktik, teknik dan tatacara kempen tetapi jika ianya tidak segera terbongkar, ia boleh membawa kepada kemungkinan berlaku rusuhan, malah boleh menyumbang kepada serang menyerang antara puak Pas dengan Umno.

Nasib baik orang Umno nampaknya lebih terdidik dengan kesedaran supaya bersederhana dalam berkempen dan tidak terlalu mudah termakan provokasi lawan, menjadikan keadaan terkawal dan tidak berlaku perkara-perkara buruk.

Kalau tidak pasti imej Pas akan sangat terjejas di mata pendukung dan penyokong khususnya dan pada mata umum amnya, malah segala susah lelah pimpinan Pas membina dan menarik keyakinan umum menjadi umpama rumput rumpai yang disembur racun. Ianya adalah satu perbuatn keji yang tidak pernah diinginkan berlaku oleh pengasas Pas terutamanya.

Bagi saya perbuatan itu bukan satu gimik atau provokasi politik tetapi ia lebih bersifat suatu usaha ke arah mewujudkan pertempuran sengit antara Pas dengan Umno dan akan membawa kepada perang yang berpanjangan. Nampaknya Allah masih mahu Malaysia kekal dalam keamanan.

Kalaulah orang Umno mudah naik darah, sudah pasti akan belaku rusuhan yang membawa kepada tetak menetak, malah tembak menembak dan akhirnya perang saudara yang sekali gus akan membuka ruang kepada kuasa asing campurtangan seperti di Afghanistan,Iraq dan sebagainya.

Tidak mustahil perbuatan itu dilakukan oleh kalangan yang telah diperalatkan oleh kalangan yang mahu jatuhkan kerajaan menggunakan kuasa asing setelah usaha-usaha untuk tumbangkan kerajaan melalui pilihanraya tidak berkesan.

Saya yakin seluruh rakyat Malaysia, termasuk orang Pas yang tidak 'pelahpkan kuasa' dan tidak sanggup mempertaruhkan darah dan nyawa rakyat bagi menumbangkan kerajaan yang ada pasti mahukan pihak yang terlibat dalam melakukan gimik dan provokasi yang sangat merbahaya itu ditangkap segera dan diISAkan.

Blogers-blogers yang menjadi alat penyibaran tragedi yang sengaja direka dan diada-adakan itu juga patut disiasat dan dikenakan tindakan kerana telah terlibat dalam menyibar-luaskan suatu laporan yang sengajadiada-adakan tetapi sangat erbahaya kepada keselamatan negara.

Dengan apa yang berlaku itu dapatlah difahmi dan diretikan kenapa ISA sangat ditentang oleh gologan ini, tujuannya adalah supaya mereka lebih bbas mlakukan atau mencetuskan punca-punca kehuru-haraan kepada negara hanya kerana 'gila nak tumbangkan kerajaan' tanpa mengambil kira bahayanya kepada kenteraman awam dan keselamatan negara.

Laporan MSO melalui blog MERAH TINTAnya patut direnungi:
KEMPEN Pas pada pilihan raya kecil Bagan Pinang pada awalnya berjalan lendik, lancar dan bersih nampaknya berakhir dengan suasana tidak begitu menyenangkan ekoran dakwaan Pas kononnya penyokongnya ditetak oleh penyokong UBN, walhal berita itu hanya lebih kepada satu gimik dan provokasi saja.

Keadaan ini sudah pasti ia meninggalkan kesan tidak baik kepada keputusan pilihan raya berkenaan. Kejadian yang berlaku di hujung kempen ini juga turut menjejaskan nama baik Pas sebagai parti yang berlandaskan akhlak al-Quran.

Apa yang berlaku sebenarnya, dan di manakah silapnya?

Diawal lagi ketika meneliti gambar dikatakan seorang penyokong Pas yang dimuatkan dalam portal berita Pas yang dikatakan ditetak ia menimbulkan pertanyaan kepada saya. Sebab itu saya tidak sedia copy gambar berkenaan dan dimasukkan dalam posting saya mengenai kejadian itu.

Beberapa penjenguk blog saya mempertikaikan kenapa saya tidak selitkan gambar mangsa berkenaan, dan ada yang menuduh saya sebagai tidak peka! Ada yang mengirimkan kepada saya gambar berkenaan yang dicopy daripada portal berita parti itu dan ada juga yang dikirimkan ke dalam FB saya.

Kenapa saya tidak teruja dengan gambar itu ialah kerana ia agak melampau. Si mangsa juga nampaknya releks sahaja dan tidak menunjukkan keperitan atas apa yang berlaku. Entah kenapa perasaan saya kurang yakin dengan penampilan gambar berkenaan.

Sepatutnya jurugambar lebih bijak dan kreatif mengambil wajah mangsa berkenaan. Seharusnya di close-upkan di tempat luka. Biar nampak jahitan atau tulang. Lagi real. Dan sudah tentu dalam kes jenayah seperti itu memerlukan bukti laporan polis.

Nama mangsa dan detik-detik kejadian serta saksi. Saksi juga tidak disertakan dalam laporan berkenaan. Kalau setakat laporan rambang dan penuh dengan rekaan untuk menimbulkan kebencian dan kemarahan, ia bukan pemberitaan yang tepat.

Bersalahan dengan etika kewartawanan dan Islam juga marah melakukan provokasi demikian. Sesuatu yang tidak benar adalah fitnah walaupun siapa yang melakukannya. Apakah dalam konteks ini kalau fitnah itu dilakukan oleh sesama kita ianya boleh dihalalkan dan kalau fitnah dilakukan di pihak lain ia haram perlu dikutuk siang dan malam?

Inilah sikap berat sebelah yang tidak baik diamalkan.Ada peringatan dari cerdik pandai berbohong jangan lebih daripada dua kali. Kalau lebih daripada dua kali maka akan naaslah jawabnya!

Seperti dikatakan tadi laporan tanpa usul periksa atas kejadian yang menimpa mangsa tidak bernama itu menjejaskan Pas yang dianggap bersih selama ini. Barang kali benar juga kata orang sejak berkawan dengan PKR, Pas kini sudah pandai melakar strategi dan taktik di luar kerangka pemikiran dan landasan hukum diamalkan parti itu selama ini.

Apa-apa yang diajar dan ditunjukkan oleh PKR dan DAP tidak seharusnya Pas mengambil semuanya. Ingat juga kemenangan yang mutlak itu kemenangan yang melalui kaedah yang dihalalkan!

Pada saya biarlah kita kalah dengan kebenaran daripada menang dengan kebatilan!

Tidak dinafikan bahawa pilihan raya di negara ini berjalan dengan penuh kepincangan dan kekotoran. Bukan bermakna orang Pas tidak dipukul dan dibelasah sebelum ini, ada. Sudah beribu orang Pas dan penyokong Pas yang menjadi mangsa. Bukan saja setakat berlumuran darah, tetapi ada yang maut dan syahid semasa kempen. Ayah saya dan sepupu saya juga pernah menjadi mangsa pemuda tahan lasak Umno tahun 60an.

Bagaimana pun kejadian-kejadian dan kezaliman itu tidak boleh diambil sebagai lesen untuk mengatakan pihak musuh jahat. Kalau benar mereka jahat, kejam dan zalim buktikan apa yang mereka lakukan. Biarlah kejahatan itu mereka lakukan dan bukan kita mencipta dan membayangkan kejahatan mereka.

Kalau tidak ada bukti maka terjadilah seperti hari ini, ia menyusahkan dan menyebabkan Pas terjejas dengan apa yang berlaku. Kini orang mulai mempertikaikan mengenai wibawa Pas dengan apa yang berlaku itu.

Gara-gara pembohongan itu juga menyebabkan kalau sesuatu kejadian seumpama itu benar-benar berlaku di masa akan datang ia boleh menjadikan orang keliru sama ada hendak percaya atau tidak.

Dalam hal ini saya tidak mahu menyalahkan Pas khasnya jentera pilihan raya kempen di Bagan Pinang seratus peratus. Mungkin apa yang berlaku itu diluar pengetahuan dan kawalan pengarah pilihan raya berkenaan dan mungkin juga ia helah pihak musuh.

Tetapi yang terlepas pandang dan ghairah untuk membantu Pas, perlu dipersalahkan. Dalam hal ini portal berita parti berkenaan serta blog yang pro Pas, individu penyokong Pas harus dipertanggungjawabkan sama kerana menyiarkan berita, menghantarkan SMS yang tidak sahih dan dari sumber yang tidak tepat.

Malang bagi mereka yang melaporkan kejadian itu kerana tidak menggunakan ilmu serta bijak mencongakkan apa yang berlaku. Kerana kelalaian itu telah menimbulkan risiko, kini mereka perlu berikhtiar dan memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah yang timbul daripada laporan atau catatan yang tidak tepat dan melampau itu.

Portal berita parti berkenaan seharusnya profesional sesuai ianya dirujuk oleh pelbagai pihak di seluruh dunia. Sepatutnya ia tahu menilai mana yang baik mana yang buruk. Mana yang boleh menjejaskan Pas dan mana yang menguntungkan Pas.

Di sini mereka yang mengendalikannya perlu daya kepengarangan yang tinggi, strategis dan bukan hanya tahu politizekan apa-apa saja yang dihumbankan kepadanya. Di masa akan datang penyiaran berita bersifat jenayah ini harus lebih berhati-hati dan tidak pakai tangkap muat sembarangan.

Ingat, pembaca hari ini bukan mudah diputar belit. Mereka akan mengkaji disetiap sudut. Apa yang penting kebenaran dan bukannya provokasi. Kebenaran yang akan kekal manakala provokasi akan terlerai juga dijalanan bila sampai masanya.

Kebatilan akan padam.Apa yang paling penting dan perlu dijaga ialah wibawa portal berita berkenaan dan blog-blog pro pembangkang lain juga. Kita tidak mahu satu masa nanti wibawa portal berita dan blog pro pembangkang tidak akan dipercayai oleh pembaca kerana terlalu memuatkan berita yang hampas.

Bagi memastikan wibawa blog dan portal berita ini terjamin kualiti dan peranannya ia hendaklah diawasi bersama dan bentuk pemberitaan atau provokasi juga perlu dinilai semula. Dalam masa tidak sampai 48 jam saya tidak fikir Pas dapat memperbaiki keadaan berhubung berita provokasi berlebihan itu.

Kalau pun ada pendapat mengatakan kejadian itu didalangi oleh pihak musuh yang sengaja mahu memburukkan Pas, rasanya pembuktiannnya bukan mudah. Tuduhan itu tidak lebih daripada cuba menyembunyikan garam dalam laut sahaja.

Penjelasan Pengarah Pilihan Raya Bagan Pinang, Sallahuddin Ayub (foto atas) mengenai berlakunya beberapa kesalahan termasuk orang Pas diganggu tidak mudah untuk menimbuskan berita provokasi mengenai 'mangsa Pas' yang teruk dibelasah itu.

Kecualilah Sallahuddin dapat mengesahkan mangsa yang berjujusan dengan darah itu bukan ahli Pas dan penyokong Pas. Bahawa dia hanya sengaja menahan mukanya dengan sebalan darah dipotretkan untuk dijadikan bahan kempen bagi memburukkan Pas.

Apakah Sallahhdin boleh jelaskan hal ini dalam masa 48 jam? Bagi Sallahuddin sendiri kena ingat kegagalan atau kelemahan jentera pilihan raya Bagan Pinang dipertanggungjawab ke atas bahunya. Pilihan raya itu adalah ujian pertama baginya selaku Naib Presiden Pas.

Kalau Pas kalah tidak mengapa ia tidak menjejaskan Sallahuddin, tetapi kesilapan yang berlaku di sepanjang pilihan raya itu boleh menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin!

Bagi saya apa yang berlaku tidak akan membuatkan tokoh-tokoh Pas seperti Dato' Haji Nik Aziz, Dato' Seri Haji Hadi Awang, Dato' Haron Din, Dato' abdul Halim Abdul Rahman dan para veteren Pas yang utamakan kehalalan dalam perjuangan GEMBIRA dan BANGGA, sebaliknya mereka akan KECEWA dan DUKACITA.

Saya yakin pihak polis akan menggunakan kecekapan untuk memBerkas perancang gimik dan provokasi yang sangat merbahaya itu, termasuk memberkas pelakun orang yang kena belasah/kena tetak itu, dalam tempoh terdekat.

Saya juga yakin untuk memastikan gimik/provokasi yang sangat merbahaya itu tida berulang pada masa-masa akan datang, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik akan bersetuju kalau perancang gimik/provokasi,pelakun dan penyibar utama gimik/provokasi itu diISAkan dan menjalani proses pemulihan pemikiran sebagai tahanan ISA.

Tokoh-tokoh seperti Dato' Haji Nik Aziz Nik Mat, Dato' Seri Haji Hadi Awang, Dato' Haron Din, Dato' abdul Halim Abdul Rahman dan para veteren Pas yang lain akan merasa diburu rasa amat bersalah, rasa aib dan berdosa selagi mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kepada gimik/provokasi yang sangat merbahaya itu tidak dihukum dengan sewajarnya.

Sekali lagi saya melihat bahawa provokasi/gimik itu adalah sabotaj dari dalam Pas/PR bertujuan untuk cemarkan imej, prestasi dan reputasi Pas dan pimpinan utamanya. Ianya boleh menjadikan umpama sebuah istana yang siap dibina dari keringat dan air mata cuba dibakar dan dimusnahkan. Mudah-mudahan ianya adalah kali pertama dan terakhir berlaku kepada Pas dan juga mana-mana parti politik di negara ini.

Amalan demokrasi membolehkan kita berparti politik dan berpolitik tetapi hendaklah dengan niat untuk menambah-baikan bagi kepentingan negara dan rakyat, bukannya menyumbangkan kepada kemungkinan berlaku huru-hara dan keporak-purandaan kepada negara tercinta.

Kepada mereka yang telibat, beratubat nasuha 'lah dan kena diyakinkan kepada mereka yang telah menelan gimik/provokasi itu bahawa ianya adalah sutau pembohongan yang sangat tekutuk lagi laknat.

Ingatkan Allah, Rasul, al-Quran dan Hadis dalam sedar dan tidur kita supaya kita tidak mudah tergoda oleh godaan dan bisikan syaitan sehingga sanggup melakukan kemungkaran pembohongan yang sangat membahayakan kenteraman awam dan keselamatan negara.

Akhir sekali saya ingin tegaskan bahawa polis kena bertindak tegas dan segera serta tanpakompromi dalam mengesan, memberkas dan mendakwa mereka mereka yang terlibat secara lagsung dan tidak langsung dalam mencipta gimik/rovokasi.

Warganegara yang bertanggungawab tidak akan melakukan gimik/provokasi yang boleh hancurkan negara. Kenteramaan awam dan keselamatan negara bukannya boleh dibuat main-main atau dijadikan bahan jenaka!

16 comments:

john said...

Salam...biar ambo komen guno loghat kelate...

pado ambo hok, hok berbezo pandangae nga abe li ni melihat insiden ni atah kesedarae berani kerano benar. dae berani melihat akan hasil dari satu2 kejadiae dae tindakae.

ambo memae jugok pengikut blog mso dae ambo jare mengomen mugo banyok hok ambo belago angin.so lagi mugo mso, dio tapis dulu ore komen ko dio, hok ni 'lebih' demo abe li!

pasal apo hok demo kato 'gon' ko 'bahlol' ko 'sumbat' ko tindakan pas tu ambo raso tok leh melawe ke'sumbat'an dan ke'gon'kae ketuo putro umno hok demo tok berani nok ulas kononnyo demo tok dapat maklumat sepenuhnyo! (padohal ado gambar besar lagi dalae suratkoba nga masuk tv3suku siap berbungkus lagi!) mungkin mengikut pandangae politik bebas demo alah ko umno hok buruk tok dapat maklumat belako. kalu berani ulas la pulok!

apo hok Salahuddin buat tu adolah tanggungjawab dio dan dio bertanggungjawab sepenuhnyo apo hok dio kato. polis pun buleh panggil dio..dae dio pun gi. ni sikit2 nok suruh sumbat ISA ni sapa takut sangat bakpo? adokah raso umno koho hanyut?

ok pasal gambar set pas keno tetok hok daroh ber'celecer'. ambo nok tanyo bakpo suratkoba berita hariae nga utusae tok tunjuk? tunjukla dan buat tajuk 'PEMUDA PAS BERSANDIWARA' .tengok reaksi pembaca lagu mano?. pado ambo ni semuo strategi yang silap dari ketuo putro umno. last2 tindakae makae diri sendiri.

hok tu jah hok ambo buleh bui utk komen ni. kadae2 pandangae yang tidak disetujui oleh ore ni ado sebabnyo. kalu dae napok 'bedo'oh' nok 'spin' berito tuh, hok tu la ore koho tok setuju...wassalam

p/s: ambo pernoh tengok ore eksiden, tange 'kole' patoh..tok meraung pun! dok diae tggu ambulae jah. pasal gmbr hok pas bg tu lebih lojik berbanding denge dakwaae ajis (ketuo putro) hok keno belaoh ko 9 lembaga berpakaian pas?

john said...

LAMPIRAN artikel di atas:

Salahuddin minta Ketua Polis Negeri sembilan Minta Maaf secara terbuka

BAGAN PINANG, 10 Oktober - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meminta Ketua Polis Negeri Sembilan, Dato' Osman Salleh agar membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya berhubung satu kenyataan yang dibuat semalam, menyatakan beliau enggan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.



"Saya minta Ketua Polis Negeri Sembilan agar memohon maaf secara terbuka kerana menyatakan saya tidak mahu hadir memberikan kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson," ujarnya pada sidang media harian PAS di Markaz Induk PAS, Port Dickson pagi ini.

Menurutnya, ASP Azman datang ke Markaz Induk PAS untuk memaklumkan beliau perlu hadir ke IPD Port Dickson untuk memberikan kenyataan berhubung beberapa kes keganasan yang terjadi sejak kempen dijalankan.

"Kenapa ketua polis negeri sembilan menyatakan saya tidak mahu datang memberi kenyataan dan bekerjasama dalam membantu kes keganasan dan kekecohan yang berlaku.

"Ini satu fitnah kerana saya telah hadir ke sana, pada jam 6.45 petang semalam bersama peguam saya, Hanipa Maidin," ujarnya.

Tegasnya, beliau tidak bertanggungjawab mengenai kes-kes keganasan yang berlaku.

"Saya telah mendedahkan terdapat lima laporan polis yang dibuat sebelum ini walaupun ada laporan akhbar yang mendakwa hanya wujud satu laporan sahaja.

Sebaliknya, beliau kesal dengan pihak polis yang tidak membuat apa-apa tindakan ke atas pemuda Umno yang mengaku membawa kumpulan komando bagi membantu parti itu.

"Apa yang saya ingin pertikaikan, Kenapa pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas kumpulan komando yang dibawa Pemuda Umno pada pilihan raya kali ini?" katanya lagi.

Beliau juga menasihatkan pengundi agar tidak perlu takut untuk keluar mengundi esok dan berani melakukan perubahan dalam memastikan keadaan yang lebih baik.

"Jangan takut untuk keluar mengundi dan yakin untuk membuat perubahan pada pilihan raya kali ini," demikian ujarnya.

Budak Pondok Lubok Tapah said...

Biar la Abe Li...biar John terjun dengan labu-labunya. Kalau saya pengendali blog, saya tak lepas doh komen orang hipokrit, jeis nak tegak benang basah lagu ni.

2. saya setuju dalam kes menipu besar yang boleh pecah perang kalau tak gaya tu, orang macam Salahuddin diISAkan.Povokasi/gimik tu bukan akan hancurkan Umno tetapi boleh leburkan keamanan dan keselamatan negara.

3. Dengan adanya penyokong dan pengampu totok macam John ni 'lah boleh membawa kerosakkan kepada Pas, imej, reputasi dan prestasi tokoh-tokoh macam TGNA, TGHH, DHD dan pimpinan Pas yang tulus.

Ahli Berkulat Pas said...

Kalau orang Umno berbohong pasal apa kita Pas pun nak berbohong? Kita parti Islam. kena suci dari sebarang kemungkaran. Jangan cemarkan perjuangan dan kesucian kerana kemaruk nak menang.

Dengan apa yang berlaku, sahlah Pas sekarang dilambaki oleh ahli dan penyokong yang kurang bekulaiti, yang tidak tahu apa itu Pas dan tujuan Pas diwujudkan.

Abe Li kena guna pena untuk selamatkan Pas. Saya tahu Abe Li cukupberpolitk dalam mengenalikan blog ini. Pada saya Abe Li sangat sayangkan Pas, kalau tidak Abe Li tak akan begitu marah dengan perlakuan tidak bermoral yang telah mencemarkan imej Pas di Bagan Pinang.

Orang yang berparti politik jarang dapat membaca cara berpolitik orang berpolitik. Orang macam Dato' Halim Abdul Rahman, Dato' Wan Rahim atau pun Tok Guru Nik Aziz sendiri tak akan marahkan Abe Li, sebaliknya merekapasti alu-alukancara orang macam Abe Li berpolitik.

Bagi saya kalau Abe Li tak setuju dengan Pas, dia tak akan izinkan Kak Lah aktif dalam Pas. Sebenarnya Abe Li jadi mangsa ketidak-fahaman orang parti politik dengan cara Abe Li berpolitik.

Saya orang lama Pas, malah umur saya pun lebih tua dari Abe Li tapi saya panggil Abe Li sebagai panggilan mesra. Abe Li banyak menyumbang kepada perjuangan Pas, termasuk dalam bentuk kewangan tanpa meminta balasan/imbalan dalam bentuk kawasan balak dan sebagainya.

Orang yang macam lilin begini jarang bernasib baik dalam perjuangan apa pun. Seingat saya arwah Ayah Fi akan mengalirkan air mata bla bercakaptentang Abe Li, kononnya tidak ada 'budak awe' yang pemurah dan tidak banyak kelukelik. Kononnya Abe Li jadi mangsa mereka yang gagal menilai intan perata dalam air ca.

Bagi saya pembuat angkara yang boleh menjejaskan imej Pas dan menjadikan pendekatan Pas berpolitik sekarang semacam bercangah dengan tujuan Pas diwujudkan patut diizinkan ditahan, termasuk diISAkan. perjuangan Pas bukannya sampai mahu porak-puarandkan negara hanya kerana mahu menang dalam pilihanraya. Perjuangan Pas tulen adalah yang selari dengan Islam. Matlamat asal Pas bukan nak jadi kerajaan tetapi mahu mewujudkan kerajaan berasakan Islam, kalau Umno boleh melakukannya Pas sendiri haram wujud, itu kata Tok Guru Nik Aziz. Kalau nak jadi kerajaan, Pas akan bertanding semua kerusi. Tetapi hakikatnya Pas meletak calon padasetia kali pilihanraya pada jumlah yang tidak membolehannya mebentuk kerajaan kalau pun semua krusi yang ditandingi dimenangi emuanya.

Akhirnya saya menyeru, wahai ekalian orang Pas tulen, kembali kepada tujuan asal Pas ditubuhkan. Pastikan Pas dikuasai oleh golongan ulamak,jauhi dari dimonopoli kumpulan anti ulamak dalam kpimpinan Pas kerana jika keadaan itu belaku Pas boleh jadi tidak jauh beza dengan Umno.

Sekian dulu, nak kena ke masjid, waktu Maghrib dah dekat benar ni. Kalau rasa pelu saya akan sambung balik catatan saya ini nanti.

Mamak Kelabu Asap said...

Saya setuju dengan Ahli Berkulat Pas, Abe Li berpolitik walaupun dia bukan orang parti politik.

Cuba baca minguan Konsep/Konsep Era Pakatan terbitannya, bolehlah dilihat pendiriannya.

Orang Pas patut pantau dan mengambil iktibar pandangan,teguran dan kritikkannya. Ken ingat ubat paling mujarab adalah yang paling pahit manakala yang paling banyakmenyumbangkan kepada serangan penyakit adalah yang manis.

Rugi kalau orang Pas sisihkan beliau dari parti,beliau patut didampingi dan dibei rangsangan supaya terus memainkan peranannya. Dia sebenarnya satu aset kepada perjuangan.

Saya dengar khabar selain dari memiliki pemitakhbar mingguan dan majalah, beliau pernah dapat lesen kendalian stesen radio untuk kawasan timur yang diminta khusus untuk membantu kerajaan Pas Kelantan tetapi lesen itu tidak disambung kerana tidak ada keupayaan kewangan untuk kendalikannya.

Bagi saya memusuhi Abe Li atau mekesampingkannya adalah satu kerugian kepada perjuangan. Dia tidak akan terhegeh-hegeh nyenyeh muka tapi akan mudah beri kerjasama jika diperlukan. Dia orang berprinsip. PKR rasanya lebih bijak dalam memberi penilaian kpada Abe Li.

john said...

KEPADA Budak Pondok Lubok Tapah
(rama pengomen baru lo ni..mujur ado john hok lawan arus,merioh skit bghn komen ni.)

"Biar la Abe Li...biar John terjun dengan labu-labunya. Kalau saya pengendali blog, saya tak lepas doh komen orang hipokrit, jeis nak tegak benang basah lagu ni."
DEMO JENIS PENAKUT,NASIB BAIK TAK DOK BLOG, KALU ADO..DEMO SORE BACO KALU TOK SIR BUWI ORE KOMEN. NOK SURUH IKUT PALO DEMO BELAKO.

"saya setuju dalam kes menipu besar yang boleh pecah perang kalau tak gaya tu, orang macam Salahuddin diISAkan.Povokasi/gimik tu bukan akan hancurkan Umno tetapi boleh leburkan keamanan dan keselamatan negara. "
ALA KO PAS/PR SEMUONYO SALOH ALAH KO UMNO TAK PO BELAKO.SELAMO KENING TAK DOK ORE UMNO HOK MATI,TAPI DALAM PAS RAMA DOH HOK MATI KENO BUNUH ATAS DASAR POLITIK!(YB SAMAD GUL,LUBUK MERBAU & MEMALI)..UMNO PALO LEMBU MATI ADO LA!

"Dengan adanya penyokong dan pengampu totok macam John ni 'lah boleh membawa kerosakkan kepada Pas, imej, reputasi dan prestasi tokoh-tokoh macam TGNA, TGHH, DHD dan pimpinan Pas yang tulus"
DEMO BERPURA2 KONONNYA NAK JAGA HATI TOK2 GURU DALAM PAS, DEMO TAHU DOK DIORANG NI TOK SOKONG ISA SRUPO DEMO. AMBIK NAMO KONON BUDOK LUBUK TAPAH, ADAKAH DEMO LO NI DOK DI BAGAN PINANG? PAGI ESOK 11.10.09 JAM 3.PG ADO MUNAJAT PERDANA DI PIMPIN OLEH TN GURU HJ HUSIN LUBUK TAPAH...KO DEMO X-STUDENT LUBUK TAPAH YANG FAILED....

p/s -kasar sikit..baso dio doh..biar reti bbaso...wassalam

Budak Pondok Lubok Tapah said...

John wei! kawe bukan orang baru dengan blog Abe Li. Sejak blog Abe Li yang dulu lagi kawe doh jenguk-kelih. Kawe acap kali buat komen, sebelum demo namapk kemaruk buat komen lagi.

Kawe komen bila perlu, bukan komen ikut nak, ikut dan. Kawe kenal Abe Li walaupun dia tak kenal kawe, masa arwah Tok Guru Abe Aji Lah masih ada, Abe Li sering mari ke pondok ni.

Abe Li pun sering lalu ikut pondok ni bila bila dia ke rumah mertuanya di Kampung Longge.

Nak ghoyat buwi, dah nama parti islam, kena berjuang ikut Islam, tokleh ikut rentak Umno. Kalau Umno menipu Pas jangan, kalau Umno samseng Umno takleh ikut samseng. Kalau Umno tipu Pas pun tipu getek, kalau Umno samseng dan ganas, Pas pun samseng dan ganas getek, jadi apa bezanya Pas dengan Umno?,

Islam tak ajar/suruh pejuang untuk Islam menipu, samseng, manggak,riak, sombong dan takbur. Pejuang Islam kena setiasa berhikmah, Islam suruh penganut merujukal-Qurn dan Hadis,bukan suruh merujuk kepada apa yang Umno buat.

Nak jadi pejuang Islam minda kena terbuka, jangan terkatup supaya tidak fanatik totok terhadap apa yang menjadi pegangan.

Untuk makluman John,kawe ash mengaji di pondokni lagi.

Anonymous said...

ambo setuju sangat dgn ore pondok lubuk tapah, john ni jenih penyokong pas hok paling lunak dlm memberi pendapat, syabas john sekurang2nya demo ado adat.

tapi sayang john kalu nak sokong pas biarlah kita tunjuk mace rasul berhadapan dgn puak2 kafir, secara lembut boleh mencairkan hati kafirun. Bila kecek dan komen ore hok benci ko pas jgnlah dok bandingkan dgn perangai umno, kito pas baca quran setiap minit, solah setiap saat(daim), pakai serban dan berjanggut maka janganlah pulok bilo perangai pas hok tak jurus tu kita berhujah dgn kata apakurangnya dgn umno.

Kalu ni kita guna utk berhujah serupo jugolah 2 org makmun belakang iman, mula2 tu seorg makmum tegur cicak atah sejadah ketika solat, seorg lgi kata 'mujor aku tak kecek kalu tidok batal solat aku'

hehe dua2 batal solatnya.UMNO dan PAS dua2 hancurr, yg benar ialah yg menolak sistem kafirun,

hidup hizbultahrir!!

Anonymous said...

TADI HAJI HADI KATA PAKATAN RAKYAT NI PARTI TAK PAKAI,WAKIL RAKYAT NYA SUKA MELACUR DAN PENKHIANAT NEGARA..MACAM MANA NI...

Anonymous said...

ADA ORANG KEPIMPINAN ULAMAK DALAM PAS YANG BOLEH DICUCUK HIDUNG OLEH ORANG UMNO.... CONTOHNYA DIBACOK, DISELANGOR, ... MABUK SIDANG/ PUBLISITI AKHBAR2, TV UMNO, ,,,, TAK SEDAR DIALATKAN ,, TERLEBIH INTELEKTUAL ..

Anonymous said...

perisriwa orang PAS kena lanyak di bagan pinang ni menyerupai kes di lubuk merbau perak, memali kedah, batu buruk terangganu ,,, polis, media umno akan kata orang PAS yg salah dan jahat ... dampai hari mana ada proses prngadilan di mahkamah .... tak seperti kes kugan atau teoh ... orang Islam mati katak saja dibawah kerajaan umno ,,,sekular korup melayu. ,, orang2/ pegawai2 melayu jahil yg dok subahat dengan umno ni akan dapatlah juga saham diakhirat nanti. Allah maha adil.

sonto said...

salam buat semua...seronok membaca komen org kuat UMNO/BN vs PAS/PR.Pada amatan saya,majoriti pengomen2 ini hanya melemparkan pandangan beremosi mereka.Memberi komen terhadap sesuatu perkasa/isu yang mereka sendiri tidak berada ditempat kejadian...Semakin lama pertembungan antara UMNO dan Pas semakin parah..kedua-duanya tidak berlaga angin.

Saya tidak mahu komen tentang itu..cuma ingin meminta pembaca renungkan butiran ini :

Pada 9.10.2009 ( malam ),satu program majlis perasmian satu tempat( kalau tak silap,pusat ibadat cina ) kuala lumpur.Majlis itu adalah majlis org cina.Dalam majlis itu di fahamkan yg hadir ialah Lim Yeng Harr ,Isskandar ,HJH Zubaydah ,wakil dr kerajaan selangor dan beberapa pemimpin MCA.
Persolannya :
Dalam majlis cina itu,MCA boleh bersama Dap.Kerana apa? kerana bangsa !
Tapi, kenapa PAS dan UMNO tidak boleh bersama..?YG mereka tahu memburukkan satu sama lain ,provokasi dan berentap..
Cina yang makan babi,minum arak ,berjudi boleh bersatu demi bangsa,tapi UMNO dan PAS yang sujud sampai lebam dahi bersengketa memanjang...mengatakan bahawa mereka sahaja yg benar, yg islamik...

fikir-fikirkanlah..wassalam

MANSOR SEMAH said...

Kes pemuda serang markas utama Ps palsu. gambar dan darah sengaja dicipta dan diada-adakan. MENOLAK/MENAFIKAN/TIDAK MEMPEDULIKAN APA YANG MENIMPA PAS dengan MENGADA-ADAKAN PERKARA YANG SEBENARNYA TIDAK BERLAKU DUA PERKARA YANG BERBEZA. Apa yang Pas gimik/provokasikan sesuatu yangsangat merahaya.

Kalau betul masakan kebanyakan blogers-blogers yang posting gambar palsu itu sudah padamkan dari blog masing-masing. RASIONALKAN PEMIKIRAN DAN TINDAKAN. JANGAN BEJUDIKAN KETENTERAMAN AWAM DAN KESELAMATAN NEGARA KERANA CITA-CITA POLITIK.

john said...

GILO NGOMEN- "kpd bdk lubuk tapah"

"Nak ghoyat buwi, dah nama parti islam, kena berjuang ikut Islam, tokleh ikut rentak Umno. Kalau Umno menipu Pas jangan, kalau Umno samseng Umno takleh ikut samseng. Kalau Umno tipu Pas pun tipu getek, kalau Umno samseng dan ganas, Pas pun samseng dan ganas getek, jadi apa bezanya Pas dengan Umno?,

Islam tak ajar/suruh pejuang untuk Islam menipu, samseng, manggak,riak, sombong dan takbur. Pejuang Islam kena setiasa berhikmah, Islam suruh penganut merujukal-Qurn dan Hadis,bukan suruh merujuk kepada apa yang Umno buat."
DI MANA PAS MENIPU?..DI MANA PAS SAMSENG? UTK PENGETAHUAN SAUDARA (RUJUK BAGAN PINANG) ORE PAS KENA SERANG DIMARKASNYA! JADI BERHAK DIA MEMPERTAHANKAN DIRI. ADA DEMO DENGAR SELAMO KENING ORE PAS GI SERANG MARKAS UMNO? DEMO KATA ORE PAS RIAK,TAKBUR DAN SOMBONG. MUNGKIN ADO BENARNYO KERANO AHLI PAS BERBAGAI TAHAP PEMIKIRAN DAN MUNGKIN NAK RASA LEPAS GERAM SEBAB TERTINDAS SELAMO KENING (HARAP PENYOKONG INI BERUBAH). APA2 PUN ITU JANGAN JADIKAN PANDUAN SEBALIKNYA KITA KENO TENGOK PEMIMPIN2NYA ( YANG TAKUT DOSA ). DEMO NOK SURUH RUJUK AL-QURAN DAN AMBO KATA DALAM AL-QURAN PUN ADO HUKUMAN YANG DI PANGGIL 'KISAS'-BALAS SEMULA APA YANG MUSUH ANIAYA KITA SEPERTI MANA MUSUH ITU BUAT KEPADA KITA. JANGAN INGAT MENTANG2 PAS NI BAIK MUSUH BULEH BUAT IKUT SUKA. ZAMAN SEKARANG NABI TAK DOK DOH SEKURANG-KURANGNYA YANG TERBAIK KITA IKUT SETAKAT YANG TERMAMPU SELAGI TAK TERKELUAR DARI PANDUAN AL-QURAN DAN HADIS.

p/s-biasola demo kure ngomen mugo setuju nga artikel..ambo mugo tok setuju sebab tu ambo ngomen (gilo sakok ko kemaruk ko) ambo ketagih... ..sekurae2 ado ambo, demo pun buleh ngomen jugok..baco sajo tok syok ko guano...

PUTRA CAKNA said...

Pandangan yang dikemukakan oleh sonto mengusik jiwa saya. Pada pandangan saya sebabnya mereka terlalu taksub kepada pemimpin mereka. Pada mereka apa yang diucapkan dan dikatakan oleh pemimpin mereka, mereka akan percaya tanpa mengambilkira sama ada pandangan itu pandangan politik atau pandangan agama. Bagi mereka semuanya pandangan agama, dan bila pandangan agama secara otomatik menghalalkan permusuhan kerana dianggap jihad.
Mereka tidak rujuk kepada Quran dan Hadis kerana pada mereka apa yang pemimpin mereka kata semuanya tidak bersalahan dengan Quran dan Hadis.
Mereka percaya sungguh-sungguh seolah-olah seperti nabi tak pernah membuat perkara dosa.
Saya bimbang takut-takut, kalau zaman jahiliah dulu orang memberhalakan benda-benda dan patung/berhala tertapi sekarang orang memberhalakan orang.
Moga minta dijauhkan dariku.

Anonymous said...

Taksub kepada pemimpimpin yang berilmu dan beramal dengan perintah Allah, adalah berbeza dengan taksub kepada pemimpin yang jahil dan ingkar kepada perintah Allah.

Orang beriman taat kepada Allah, Rasul dan ulil amri minkum ( pemimpin dari kalangan yang beriman juga)

Orang fasik, munafik atau kufur taat kepada jalan taghut dan pemimpin dikalangan mereka pula. Mereka saling bantu membantu menentang Islam dan orang2 mukmin.

Ketaksuban kepada pemimpin kearah kesesatan, korupsi dan ketidakadilan inilah yang dimurka oleh Allah. Kemenangan Israel lebih 70 tahun menakluki Palestin, Baitul Maqdis dan menguasai Masjidil Aqsa apakah satu kemenangan atas kebenaran disisi Allah?