Saturday, October 10, 2009

MUNCUL KEMBALI (431)

Gimik/provokasi melampau: jangan dijadikan budaya kempen pilihanraya

MARAH, meluat dan dendam yang menebal terhadap orang Umno pasti bertunas dan merimbun di hati orang Pas apabila disebar melalui SMS dan laman web/blog-blog pro pebangkang bahawa seorang petugas di markas utama Pas dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang parah ditetak dalam serangan ala smaseng oleh orang Umno.

Gambar si mangsa yang dikatakan parah dengan berlumuran darah dan bekas dijahit dipublishkan dalam laman web/blog-blog pro pembangkang. Anehnya tidak ada laporan polis dibuat dan orang yang dikatakan menjadi mangsa tidak dirawat di mana-mana klinik atau hospital.

Akhirnya rahsia terbongkar bahawa apa yang didakwa berlaku itu hanyalah sekadar gimik/provokasi dan kebanyakan laman web/blog telah memadamkan (delete) gambar berkenaan. Tidak ada media cetak utama dan media elektonik yang menyiarkan tentang kejadian, apatah lagi gambar mangsa tanpa nama yang berkubang darah.

Mujurlah media cetak dan elektronik arus perdana tidak melaporkannya walaupun media cetak dan elektronik araus menjadi sasaran cemuhan pembangkan kononnya bertindak berat sebelah dalam membuat liputan kerana tidak menyiarkan kes itu sebagai kes orang Umno yang lehernya cedera dikasarai pada hari penamaan calon.

Kalaulah media arus perdana terpedaya dengan gimik/provokasi kotor dan jijik itu lalu melaporkannya walaupun sekadar dalam bentuk berita kaki, mungkin perkara buruk boleh bkan sahaja melanda Bagan pinang tetapi juga akan merebak pada setiap pelosok negara.

Tidak mustahil orang Pas dan Umno di seluruh negara akan marah dan saling mengganas, malah boleh berlaku kes gocoh menggocoh, sepak menyebak, katak mengatak, tetak menetak, tikam menikam,dan bedil membedil kerana gimik/provokasi itu.

Sesungguhnya ianya adalah suatu provokas/gimik yang sangat merbahaya. Menyedari betapa bahaya, jijikdan tidak bertanggungjawabnya gimik/provokasi itu mendorong Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan mengutuk perbuatan itu.
(SILA RUJUK MINGGUAN MALAYSIA HARI INI DI HALAMAN LIMA)

Walaupun tidak ditujukan kepada parti tertentu, namun kutukannya itu bersifat siapa makan lada dialah akan terasa pedas, siapa makan nangka dialah terkena getah, beliau menyifat provokasi/gimik itu tidak selaras dengan nilai Islam dan demokrasi. Beliau percaya pembalasan untuk mereka yang melakukannya adalah api neraka.

Baginya, malah saya sependapat dengannya, mereka yang sanggup melakukan perbuatan yang boleh membahayakan ketenteraman awam dan keselamatan negara itu adalah golongan yang keras hati dan enggan mengaku kelemahan diri serta tidak yakin dengan kemampuan diri untuk menjadi pemimpin sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat.

Para pemimpin,pendukung, penyokong dan pemain parti politik tanpa mengira dari pihak kerajaan atau pun pembangkang kena sepakat mengutuk perlakuan yang hina dan jijik itu supaya ianya menjadi yang pertama dan terakhir berlaku.

Kerjasama sepenuhnya (tanpa sebarang kompromi) hendaklah diberikan kepada pihak polis bagi memudahkan mereka yang telibat dalammelakukan gimik/provokasi itu ditangkap dan dihukum secepat mungkin.

Perlakuan seperti itu tidak boleh dilihat sebagai kes terpinggir atau bersifah 'jooke' atau suatu permainan untuk seronok kerana bukan mudah untuk dijelaskan kepada penerima SMS dan pelayar laman web/blog, apatah lagi yang menerima maklumat lisan bahawa apa yang disebarkan itu sebenarnya hanyalah gimik/provokasi semata-mata.

Gimik/provokasi seumpama itu bukan sahaja boleh membawa kepada berlaku rasa dendam mendendam berpanjangan di kalangan pemain politik yang tidak sehaluan tetapi kalau tidak kena gayanya boleh membawa kepada berlakunya perang saudara.
Contohnya,telah berlaku pergaduhan penyokong Umno-Pas dari luar Negeri Sembilan (tidak mustahil gara-gara provokasi/gimik yang tidak bertanggungjawab itu) yang menyebabkan pemandu kepada Ketua Polis Negeri Sembilan cedera ketika cuba menghalang kumpulan yang bergaduh menyerang kenderaan yang membawa Datuk Osman Salleh (KP Negeri Sembilan).
Jika dihayati komen-komen yang dihantar oleh penjenguk para bloger, terutama blogers pro pembangkang, rata-rata penjenguk yakin apa yang digimik/diprovokasikan itu benar-benar berlaku walaupun tidak ada laporan polis dibuat dan tidak ada kilnik serta hospital dalam kawasan Port Dickson yang dilapokan merawat mangsa tetakan, malah pihak polis pula cuba dipersalahkan kononnya berat sebelah.
Saya yakin, malah rakyat negara ini yang cintakan dan mahukan kententeraman awam dan keselamatan negara terus terpelihara, kena yakin, bahawa pihak polis ada keupayaan untuk mengesan, menahan dan membuat pendakwaan terhadap mereka yang telibat secara langsung atau tidak langsung dalam melakukan gimik/provokasi yang sangat tidak bertanggungawab dan amat merbahaya itu

5 comments:

Anonymous said...

Hanya Mask Of Zorro yang boleh menggunakan pedang tanpa luka atau cedera kepada mangsanya, tapi dapat koyakkan baju.

Cuba lihat belakang si mangsa tu..

Rupanya di N9 ada Zorro.

azeez elam said...

menang pakatan kalu, teruk BN ?
KALAH pakatan ok ape belakang itu BEND punya kawasan

PUTRA CAKNA said...

Ternyata Isa tidak boleh disingkirkan dengan mudah. Jasanya pada pada rakyat bagan pinang amnya dan negeri sembilan khususnya tidak dilupai rakyat. Tahniah kepada rakyat bagan pinang kerana anda telah membuat pilihan yang bijak!
Sesungguhnya kebenaran berakhir dengan kemenangan. Syukur alhamdulillah.

Anonymous said...

LETOK BEROK PUN MENAM SITU ...UNDI POS 4RIBU LEBIH...

john said...

-kesimpulannya.....22 tahun berbakti dapat menenggelamkan perlakuan rasuah, itu lah umno ,kekalkan peribadi ini..ingat nak jadi yb umno yang kekal lama jangan kedekut bagi apa yang rakyat nak..jadikan duit kerajaan sebagai duit umno nescaya rakyat malaysia akan terhutang budi lepas tu nak baham duit, bahamlah asalkan rakyat dapat bahagiannya....1 malaysia!