Saturday, October 10, 2009

MUNCUL KEMBALI (432)

Subsidikan harga buku

MEMBACA bukan sahaja menjadipunca ilu danmaklumat, sebaliknya ianya adalah merupakan suatu bentuk kerja ibadah kerana membaca itu adalah suruhan Allah melalui ayat al-Quran pertama yang diturunkan yakni surah al-'Alaq, dimulakan dengan Iqra' yang bermaksud 'bacalah'.

Ertinya apa-apa jua usaha yang dibuat termasuk mengkaji supaya penjualan buku dengan harga yang tidak membebankan pembeli sebagai pembaca adalah suatu langkah yang kena disokong kerana usaha itu termasuk dalam bilangan kerja ibadah.

Justeru, semua pihak kena memberi sokongan padu dan mengambil inisiatif yang proaktif terhadap usaha kerajaan yang sedang mengkaji kos pembelian kertas, dakwat dan pelbagai bahan yang menjadi keperluan dalam penerbitan dan mencetak buku, bertujuan membantu menjayakan kempen galakkan membaca di kalangan rakyat negara ini.

Saya sependapat dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk seri Rais Yatim bahawa kempen untuk untuk menggalakkan rakyat negara ini tidak akan berjaya sekiranya harga buku mahal dan tidak mampu dibeli oleh rakyat negara ini yang sering berdepan dengan pelbagai kenaikan harga barangan termasuk bahan-bahan petroleum.

Bagi saya, faktor tidak mampu beli adalah antara penyebab kepada kurangnya rakyat negara ini membaca walaupun budaya membaca dan keseronokkan menambah ilmu dan maklumat di kalangan rakyat ini masih rendah sedangkan banyak ilmu dan maklumat terkandung dalam buku.

Oleh itu segala usaha, langkah dan ikhitar untuk memastikan buku diterbit dan dijual pada kadar harga mampu dibeli oleh semua lapisan rakyat negara ini perlu dilakukan dan ianya tidak sepatutnya hanya terhad kepada kemungkinan mengurangkan harga kertas, dakwat dan bahan-bahan keperluan dalam bidang mencetak dan menerbitkan buku serta kos pengurusan, termasuk tambang menambang bagi membolehkannya berada di pasaran.

Sebagai peniaga penerbit, pencetak, pengedar dan peruncit buku mahukan untung sebanyak yang boleh.

Kalau harga kertas dan bahan-bahan cetak diturunkan pun, harga buku terpaksa dijual dengan tinggi kalau kos upah kerja, kos pengangkutan dan sebagainya melambung berdasarkan keperluan sara hidup semasa. Manakala para penulis pula kena menerima imbuhan yang berpadanan dengan kerja yang dilaukan kerana menulis bukan satu kerja yang mudah.

Sehubungan dengan itu, sebagai antara inisiatif dan isentif kepada menggalakkan rakyat negara ini membaca dan akhirnya akan ketagih dan kemaruk sebagaimana ketagih dan kemaruknya perokok, saya yakin ianya akan lebih berjaya dan lebih cepat mencapai matlamat kalau harga buku disubsidikan.

Umpamanya sesebuah buku penerbit kena jual dengan harga RM10 supaya ianya tidak akan mengalami kerugian, maka 50% atau RM5 daripadanya hendaklah disubsidikan dan pembeli hanya perlu membayar RM5 sahaja.

Bila masing-masing sudah kemaruk dan ketagih membaca, bolehlah subsidi pembelian buku ditarik balik kerana bila sudah ketagih, berapa harga yang dikenakan sekali pun pasti akan sanggup dibayar sebagai mereka yang kemaruk dan ketagih merokok sanggup membayar harga rokok yang sentiasa naik harga.

Pada waktu ini rakyat Malaysia lebih merasa berfaedah membeli rokok dari buku atau bahan-bahan bacaan serta lebih baik membeli barang permainan daripada membeli buku untuk anak-anak.

Ini adalah kerana mereka belum kemaruk dan ketagih membaca manakala mereka yang sudah ketagih dan kemaruk membaca bukan sahaja sanggup membeli buku-buku yang tebal dan mahal tetapi sanggup ke negara-negara tetentu semata-mata membeli buku-buku.

Ketidak-kemarukkan dan ketidak-ketagihan dalam membaca buku kerana masing-masing tidak memulakan tabiat membaca bagi menambah ilmu dan maklumat dan merasakan ilmu yang dimiliki sudah memadai walhal Islam mahukan umatnya menuntut ilmu dari buian hingga ke liang lahad.

No comments: