Sunday, October 11, 2009

MUNCUL KEMBALI (433)

kekalkan kerusi Dun Bagan Pinang
Jumlah Undi Umno/BN menokok 1,530, undi Pas merosot sbanyak 1,519

SEKEMBALI dari masjid (dalam usia senja kena lebih mesra masjid) saya kepelikan kerana hp saya keluarkan bunyi pelik. Bila disemak rupanya hp harga murah saya mengalami jem kerana banyak SMS masuk dan jumlah yang masuk tidak padan dengan kederatnya.

Bila buka email pula, terdapat 214 email yang dihantar. Saat juga seperti enghantar SMS,penghantaremialjuga rata-rata pada umumya bertanya kenapa saya tidak memberi ulasan tentang keputusan pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Sebenarnya semasa saya di masjid, saya dah dapat maklumat tentang kemenangan Umno/BN tetapi saya tidak peduli sangat kerana saya bukan orang parti politik dan tidakpenah berminat berpartipolitik.

Parti mana pun yang menang atau kalah, saya tidak akan ketawa atau menangis kerananya, tetapi kalau kerana pemainan politik maka saudara sebangsa da seagama saya semakin hilang hak dan keistimewaan sebagai Bumiputera, saya akan menangis, marah dan dendam.

Malah demi bangsa dan agama, saya akan bangkit, malah bersedia untuk jadi tukang lancarkan peluru scud atau peluru-peluru berpandu yang lain yang mempunyai keupayaan memusnahkan berskala besar.

"Dah suratan dan takdir-Nya tetapkan Umno/BN menang, maka menanglah. Lagipun adat berlawan, kena ada pihak yang kalah dan pihak yangmenang" tegsanya saya kepada rakan sejemaah yang semacam mengeluh kecewa bila dia kata macam mana Umno/BN boleh menang. Saya tidak dapat maklumat lengkap.

Bila balik ke umah dan buka tv, keluar grafic-line: UMNO kekalkan kemenangan di Bagan Pinang. Tan Sri Isa Samad 8,013 undi, Zulkefly Mohamad Omar (Pas) 2,578 undi, majoriti 5,435 undi. Saya segera menyemak keputusan kawasan berkenaan bagi pilihanraya umum ke-12.

Pada pilihanraya berkenaan, calon Umno/BN Azman Mohd Nor mendapat 6,430 manakala calon Pas Ramli Ismail mendapat 4,097 undi. Jumlah majoriti kemenangan pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang juga meningkat sebanyak 3,104 daripada 2,333 pada pilihanraya umum ke-12 kepada 5,435 pada pilihanraya kecil bagi kawasan berkenaan.

Umno/BN dan pengaruh Tan Sri Isa telah menyumbang kepada pertambahan jumlah pengundi yang memberi undi kepada Umno/BN yakni kepada 8.013 berbanding dengan 6,430 undi yang diperolehi Azman Mohd. Nor pada pilihanraya umum ke-12.

Undi Pas pula merosot sebanyak 1,519 apabila Zulkefly Mohamad Omar hanya mendapat 2,578 undi sedangkan Ramli Ismail dulu mendapat 4,097 undi manakala jumlah majoriti meningkat sebanyak 3,102 yakni kepada 5,435 berbanding dengan 2,333 pada pilihanraya umum ke-12.

Pada pilihanraya berkenaan, calon Umno/BN Azman Mohd Nor mendapat 6,430 manakala calon Pas Ramli Ismail mendapat 4,097 undi. Jumlah majoriti kemenangan juga meningkat sebanyak 3,331 yakni dari 2,333 kepada 5,435 undi.

Ada yang SMS dan email bertanya apakah kerana gimik/provokasi melampau oleh Pas menyebabkan ianya bukan sahaja kalah tetapi kalah dengan sangat teruk, secara peribadi saya tidak menolak kemungkinan tu yang boleh menyebabkan mereka berasa ditipu apabila perlakuan tidak selari dengan slogan.

Malah saya yakin jika gimik/provokasi dan berparti politik serta berpolitik secara tdak suci dan tidak sihat, ia akan menjadi umpama api dalam sekam yang akan mendebukan Pas, malah jika dalam tempoh terdekat pilihanraya kecil diadakan di Kelantan, Pas boleh kalah.

Pas kena ambil langkah-langkah segera/proaktif untuk membersihkan parti tu dari angkara pemain politik yang tidak suci dan bercanggah dengan ajaran Islam kerana bila berlaku pendekatan, tatacara, taktik dan teknik yang tidak suci dalam berpai olitik dan berpolitik, makatidak ada sebab untuk pengundimengundi Pas dan menolak Umno/BN yang telah berjasa besar sebagai pekerjaan dan berpengalaman serta matang seagai kerajaan.

Pengundi semakin cerdik, provokasi/gimik melampau dan bolehmembahayakan negara akan dilihat sebagai tindakan yang sanggupdilakukan oleh kalangan yang melihat kepentingan peribadi dan puak sendiri dan tidak mempedulikan nasib dan pada serta musibah yang akan menimpa rang ramai kerana cara politik yangkoto dan jijikmelalui provokasi/gimik melampau.

Laungan tunjuk hebat, pongoh tidak bertempat, jual gedebe dan sakan hanelan terlalu murah dan berbangga kerana telibat dalam perbalahan dan berbangga dengan kejayaan tumbuk lawan atau ketuk kepala anggota polis dengan topi keledar adalah merupakan tindaktanduk yang tidak bertamaddun dan ketinggalan keretapi zaman.

Percayalah kalau Pas terus berparti politik dan berpolitik secara tidak suci, termasuk mencipta gimik/provokasi yang boleh membawa bahaya kepada ketenteraman awam dan keselamatan negara ataulari dari matalat dan tujuan asal penubuhannya kerana terikut-ikut dengan gaya rakan-rakan sepakatan, Pas akan binasa dan dibinasakan oleh para pengundi.

Secara tulus ingin saya tegaskan, pada hemat dan firasat saya bahawa PKR, apatah lagi DAP merupakan parti-partiyang tidak sesuai untuk Pas jalin kerjasama kerana matlamat dan tujuan mereka berparti politik dan berpolitik tidak pernah dan tidak akan selari dengan Pas yang sebenarnya akan menjadi pilihan rakyat negara ini jika ianya statik dan istiqamah berada pada rel tujuan dan matlamat asal penuhannya.

Apa yang berlaku di Bagan Pinang patut menyedarkan Pas dari mimpi tidur lena oleh bisikan gelecah rel Pakatan Rakyat menjadikan Pas dilihat bertukar wajah dan warna, teutama oleh para pendukung dan penyokong veteren Pas sendiri. Kalau tulus mahu bepolitik secara Islam, maka Islamikkanlah cara berfikir,bertindak, berstrategi dan juga bila menyertai pilihanraya supaya apa yang dilaungkan tidakhanya berbentuk retorik semata-mata!

6 comments:

amego said...

salam pak chik. Tahniah dan tentu seronok dgn kemenangan UBNkan. Maaf ya, pak chik tak menyokong manax parti. Tapi dari tulisanx pak chik nampaknya bias kearahnya. Calon rasuahpun pak chik sokong juga ka. Kalau calonnya bersih saya bolehla juga bersetuju dgn pak chik. Maaf kerana terpaksa menyuarakan rasa terkilan ini. wassalam

JOHAN said...

Saudara amego,
Saudarapun apa kurangnya, mungkin 2 x 5 dengan saudara MKJ. Kalau saudara kata MKJ bias kepada UBN, saudara juga bias kepada PAS atau PR. Kita tidak boleh berkecil hati atau marah kerana itu adalah hak peribadi masing-masing dalam berpolitik. Kita tidak boleh memaksa orang mengikut kehendak kita dan orang juga tidak boleh memaksa kita mengikut kehendak mereka.
Bagi saya rasuah dalam parti tidak sama dengan rasuah dalam perkara-perkara lain. Rasuah dalam politik mungkin habis duit dalam poket sendiri tetapi rasuah dalam hal-hal lain, orang memberi duit kepada kita. Memang tidak samakan? Kalau kita belanja kepada kawan kita dengan niat hendak memujuk hatinya berkenan kepada kita, itu juga dinamakan rasuah. Saya rasa semua orang politik berbuat demikian. Jadi cubalah fikirkan. Barangkali itulah yang terjadi kepada Isa. Rasuahnya itu mungkin dibenarkan oleh orang yang pernah menerima atau merasakan jasanya. Sebab itulah majoritinya bertambah. Jangan pandang belakang kepada kesalahan seseorang itu, sebaliknya pandanglah ke depan kerana mungkin dia sudah menyesal di atas perbuatannya. Maafkanlah orang lain seperti kita maafkan diri kita sendiri yang membuat salah tetapi juga telah menyesal. Pandanglah kepada diri kita, adakah kita tidak membuat salah? Maafkan saya kerana memberi pandangan ini. Saya tidak paksa saudara dan yang lain-lain menerimanya.

amego said...

salam buat johan. tak tau pula saya rasuah ni ada berbeza-beza. Dalam politik lain. luar politik lain. Jadi boleh rasuah la kot dalam politik. Yang saya tau Rasuah tetap rasuah. Kitab mana saudara baca cerita perbezaannya. Tolonglah bagitau kat saya sat. Terima kasih kerana menyedarkan saya terdapat perbezaan rasuah tu. Insya Allah saya akan tanya ustaz-ustaz dan tok guru di kampung saya tentang perbezaan tu. Saya juga amat berharap agar Pak Chik Meli boleh huraikan perbezaan rasuah dalam islam jika ada. Wassalam

JOHAN said...

Pada saya dari segi hukum rasuah tetap berdosa. Cuma petafsiran rasuah adalah berbeza-beza. Rasuah bergantung kepada niat dan hanya kita dan Allah saja yang tahu nawaitu kita.

john said...

-kesimpulannya....bagi penyokong bn, john ucap tahniah. teruskan dengan rekod sebegini...teruskan mengamalkan rasuah (nak rasuah..rasuahlah dalam BN tapi rakyat jangan dipinggirkan!) kerana pada pandangan penyokong BN rasuah ada banyak kategorinya dan yang pasti rasuah dalam BN akan dipandang sebelah mata oleh SPRM.

Anonymous said...

kalu PAS parti tak guna, tukang maki,
kalu UMNO parti rasuah & kaki buli,
Pilihan ketiga masa depan melayu dalam politk malaiysia adalah..

PKR,
PRM,
PSM,
DAP Cawangan Melayu
Gerakan,
PPP,
Kesemua diatas tak ada beza dengan UMNO atas prinsip sekular
Kalu nak yang mirip Islam,hidupkan balik parti2 lama sebagai alternatif orang melayu ....

Berjasa-Barisan Jemaah Islaiyyah SeMalaysia.
Hamim -Hizbul Muslimin
AKIM - Angkatan Keadailan Insan Malaysia,

Di PRU13 nanti kita lawan ... mana2 parti yang tak berguna tuu ,,,, macam mana?? ada bagus tarak pening kepada.....