Sunday, October 11, 2009

MUNCUL KEMBALI (434)

Keputusan pilihanraya kecil Bagan Pinang ganggu mimpi pembangkang

KEMENANGAN dalam enam daripada tujuh pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum ke-12 serta kejayaan menubuh kerajan di Pulau Pinang,Selangor, Kedah dan Perak (kini kembali kepada Umno/BN) dan kejayaan mengekalkan kemenangan di Kelantan dengan majoriti yang lebih kukuh menjadikan pembangkang, termasuk Pas, menjadi terlalu 'manggok' luar biasa pada waktu ini.

Segala urusan kerajaan yang masih diberi mandat majoriti oleh rakyat cuba diganggu dan seolah-olah kerajaan kena akur kepada apa yang pembangkang mahu dalam semua perkara, malah dalam melanjutkan tugas Ketua Polis Negara pun, pembangkang cuba masuk campur di samping tugas pelbagai jabatan termasuk Suruahjaya Pilihanraya dan Jabatan Kehakiman dipertikai dan diragukan.

Majiststret, anggota polis dan sebagainya dipersenda, diherdik dan dijadikan bahan ketawa kerana didorong rasa sombong, bongkak, riak dan takbur oleh ujian kemenangan yang agak sedikit mewah. Kejayaan sedikit cemerlang pada pilihanraya umum ke-12 dan kemenangan pada enam daripada tujuh pilihanraya kecil selepasnya benar-benar memabukkan pembangkang, menjadikan pembangkang bagaikan 'ikan lampam dan ikan juaraabuk taik', seolah-olah dunia hanya halal diuruskan olehnya.

Mereka lupa, sikap mereka yang umpama 'orang desa pingitan baru kenal kotaraya' itu diperhati dan dinilai oleh rakyat yang jumlahnya lebih besar bilngan dari jumlah yang berjaya dibangang dan ditaksubkan oleh pembangkang. Buktinya, majoriti lebih berpihak kepada kerajaan yang sedia ada walaupun sudah 52 tahun menjadi kerajaan, yang pada kacamata pembangkang seakan tidak ada sekelumit pun kebaikan dan kemurniaan sebagai sebuah kerajaan.

Kerana pembangkang mudah menjadi umpama 'si Tanggang' atau pun 'Awang Buntal' dalam lagenda Lubok Jong dekat Rantau Panjang Kelantan, mereka terlupa pada hakikat bahawa menidakkan jasa dan bakti melata , memperlekeh dan memperkecilkan kerajaan yang memerintah bermakna menghina rakyat sebagai pemberi mandat.

Hakikatnya kerajaan tidak akan terbentuk tanpa mandat rakyat, apatah lagi bagi kerajaan bagi negara yang mengamalkan demokrasi. Kerajaan yang sedia ada tidak akan diberikan lanjutan mandat kalau bukan kerana majoriti rakyat terus yakin dengan keupayaan kerajaan yang sedia ada.

Justeru bila kerajaan yang diberi mandat majoriti oleh rakyat cuba dikhianati, dinafikan jasa dan baktinya, diperlekeh, dihina dan dan dipersendakan, secara tidak langsung segala-galanya tertimpa atas 'batu jemala' pemberi mandat majoriti, sekaligus rasa simpati terhadap pembangkang akan bertukar dengan benci.

Ianya terbukti apabila keputusan piliananraya kecil Bagan Pinang yang diyakini oleh pembangkan bahawa Umno/BN kalah, terutama dengan Umno/BN mempertaruhkan Tan Sri Isa samad sebagai calon, telah memberikan keputusan yang boleh menggangu mimpi pembangkang.

Dengan peningkatan jumlah undi daripada 6,430 yang dipungut oleh Azman Mohd Nor pada pilihanraya umum ke-12 kepada 8,013 undi dan majoriti meningkat daripada 2,333 kepada 5,435 adalah sebagai pertanda bahawa jika ada lagi pilihanraya kecl sebelum pilihanraya umum ke-13 atau pun pada pilihanraya umum ke-13 nanti, pakatan pembangkang jangan 'manggok' dan 'terlalu berlebihan yakin' untuk kalahkan Unmo/BN dengan mudah.

Bagi saya keputusan pilihanraya kecil Bagan Pinang adalah sebagai suatu amaran bahawa parti pendukung kerajaan yang sedia ada tidak mudah digoyah, belum sampai masa dan ketikanya untuk dimuziumkan, apatah lagi untuk cuba diperlakukan kurang ajar dengan tindakan-tindakan tidak bermoral oleh pakatan pembangkang.

Setidak-tidaknya Umno/BN telah bertindak bijak, matang dan paling penting selari dengan Islam apabila tidak membalas gimik/provokasi yang boleh mengancam dan membahayakan ketenteramaan dan keselamatan negara dengan gimik dan provokasi yang lebih hebat dan menggerunkan yang saya yakin kalau Umno/BN, ia mampu buat.

Kebijaksanaan, kematangan dan kesabaran berskala tinggi yang ditunjukkan oleh Umno/BN telah membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan dan pasti Allah tidak pernah tersilap (kerana itu bukan sifat-Nya) dalam menentukan takdir dan suratan-Nya dalam menentukan siapa antara Umno/BN dengan Pas/PR yang lebh layak menerajuinegra ini.

Demi agama, bangsa dan negara, Umno/BN peru kekalkan tatacara berparti politik dan berpolitik secara santun, rasional dan mengutamakan kepentingan agama, rakyat dan negara melebihi kepentingan kepartian atau puak. Percayalah kebenaran, kesucian dan ketulusan tetap akan menang walaupun bertrilion masalah, ancaman dan pngkhianatan yang terpaksa dihadapi.

NOTA KHAS BUAT ANANDA AMEGO!
Saya tidak pernah bangga, seronok atau meraikan kemusnahan mana-mana pihak, malah mendoakannya pun tidak pernah. Ustaz saya dulu ajar, malah dipesan benar-benar supaya jangan seronok bila orang lain ditimpa musibah walaupun ianya mungkin seteru kita, sebaliknya kena kata Innaalillahi-wainnaa-ilaihi-rooji-unn dan didoakan agar diringankan penderitaannya, jangan ditimpa dengan petaka yang tidak mampu ditanggung dan kuatlah semangatnya, pertingkatkanlah tahap keiman dan ketakwaannya.

Kalau kita doakan kemusnahan orang lain,atau kita gembira sampai berpesta meraikan kejayaan kita dan sebagai tanda seronokatas kegagalan kemusnahan orang lain, itu tandanya ada 'masuk barang luar', yakni kita sedang dilalaikan oleh bisikan dan godaan syaitan dan iblis laknatullah. Kalau ada yang doakan kemusnahan orang lain, walaupun serbannya besar ,jubahnya labuh dan janggtnya panjang, maka ianya sedang berada dibawah pengaruh syaitan dan iblis yang kena ditegur atau paling lemah iman kena mufarakah dari mempercayainya sebagai serang yang bertaqwa sehingga ia bertaubat nasuha.

Bila kita mendapat nikmat, maka jikajangan manggok, angkoh,sombong dan riak. Nikmat adalah merupakan ujian. Kalau kita lalai dan leka dalam keseonokkan nikmat yang diperolehi, syaitan dan iblis akan mengambil peluang untuk melalaikan kita dan menjadikan kita mendapat dosa dari nikmat manakala orang ditimpa petaka tetapi tabah dan sabar dengan petaka yang diterima, maka iana akan mendapat pahala. Ujian Allah bagi melihat sejauh mana kukuhnya iman dan taqwa hamba-Nya adalah dalam pelbagai cara.

Saya peang pada ajaran danpesana ustaz saya. Kerana itulah kadang-kadang tok guru pun saya balun,tujuannya adalah untukmelaksanakan fardhu kifayah menegur/memperingatkan menggunakan cara dan keupayaan yang ada. Cara dan keupayaan saya adalah melalui penulisan kerana ini anugerah Allah kepada saya.

Sama ada anda percaya atau tidak, kemenangan Umno/BN dan kekalahan Pas/PR di Bagan Pinang tidak menyeronok atau mendukacitakan saya kerana saya yakin apabia Allah dan surat dan takdirkan begitu, maka ada hikmah-Nya. Terpulng kepada kualiti ilmu amal yang dimiliki oleh orang Umno atau Pas untukmencari hikmah itu. Kalau masing-masing bersyukur dan insaf dengan kemenangan atau kekalahan itu, maka akan berpahalah, kalau sebalknya akan berdosa.

Manusia sama suka atau tidak kena pilih antara dua, pahala atau atau dosa yakni syurga atau neraka dan sama ada buat dosa atau pahala ia bergantung kepada apa yang kita niat dan dilakukan sama dalamkeadaan jaga atau tidur, kecuali kita seorang yang tidak waras, akan dikecualikan dari dosa.

Cuma saya kena memperakukan bahawa saya sangat cemas dengan provokasi/gimik petugas Pas kena tetak kerana kalau ianya tidak ditangani dengan betul dan profesional, ia boleh membawa kepada kemungkinan berlaku perangsesama umat Islam yang akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan syaitan dan iblis serta musuh-musuh Islam.

8 comments:

Malaysia said...

sepatutnya pas MUHASABAH DIRI cari punca kenapa orang melayu semakin hari semkain menolak parti islam, bermula di bukit gantang , manek urai hingga permatang pasir undi sokongan kepada PAS semakin menurun, Bagan pinang aadlah kemuncak....
UMNO letak calon pernah dikaitkan dengan politik wang pun PAS kalah teruk, apa lagi kalau UMNO letak calon yang bagus...

PAS begitu dangkal dilihat apabila menyerang calon UMNO tetapi bila rakan sekutu mencalonkan Anwar yang dikait dengan Liwat dan rasuah, PAS membisu sahaja..

APabila Dr Ridzuan Tee dicerca pemimpin DAP, PAS pun membisu, bila mufti Perak digelar pelacur oleh pimpinan KR, PAS pun membisu...bila Hassan Ali keluar pandangan di Selangor yang pro orang islam, Hasan ALi di kecam...

Apa sebenarnya yang PAS perjuangkan sekarang?

amego said...

salam buat pak chik. Terlebih saya minta ampun dan maaf kerana telah tersilap membuat penafsiran terhadap pendirian pak chik dalam hal ini. Terima kasih juga atas ulasan pak chik tu. Maaf sekali lagi saya mohon kerana komen dangkal saya itu. Wassalam

john said...

Ulasan celup ambo dari satu blog lain untuk renungan pengomen lain...

Berikut adalah ulasan tentang faktor-faktor kemenangan BN;

1. Undi tentera - Daripada lebih 4 ribu undi tentera, PAS hanya menerima 600 undi sahaja dan selebihnya milik BN. Saya tak nafikan kalau tentera memang benar-benar mengundi BN kerana jasa Najib sewaktu menjadi Menteri Pertahanan. Najib telah beberapa kali mengkaji pendapatan tentera daripada minimum kepada maksimum sekarang ini. Saya anggap ia satu strategi pelaburan jangka panjang oleh kem Najib.

2. Secure undi kaum India - Modus operandi di Manik Urai yang sangat berkesan terhadap penduduk-penduduk kampung telah digunapakai. Ia pasti lebih terkesan di atas kesempitan hidup kaum india di estet-estet terutamanya kehadiran perayaan Deepavali hujung minggu ini. Ini adalah satu faktor penting dalam persoalan "Mengapa kerajaan suka melihat rakyat bergelumang dalam kesempitan hidup?". Jawapanya ialah, apabila tiba saat yang diperlu seperti PRK / PRU, maka di sinilah peluang untuk membeli undi dari mereka-mereka yang terdesak.

3. Calon Popular(secure undi Melayu) - Bagi pengundi Bagan Pinang, soal Isa Samad kaki rasuah adalah perkara ke-dua. Perkara pokok ialah Isa Samad adalah rakan mereka. Isa Samad seorang yang amat disenangi dan sentiasa berdamping di kalangan pengundi di Bagan Pinang. Walau Isa Samad hampir menghancurkan Negeri Sembilan sekalipun, walau Isa Samad bergelumang dalam politik wang, namun faktor 'waghih kito' membutakan mata para pengundi melayu di Bagan Pinang.

4. Keterdesakkan BN - Barisan Nasional begitu terdesak untuk mengecap kemenangan. Segala taktik, strategi dan propaganda samada secara bersih mahupun kotor akan digunakan. Tidak dapat dibayangkan betapa hancurnya BN dan UMNO sekiranya kalah dalam PRK Bagan Pinang disusuli kecelaruan yang berlaku dalam beberapa parti komponen utama BN. Atas sebab ini jugalah, UMNO sanggup mencalonkan Isa Samad walaupun ia akan menjejaskan integriti UMNO dan BN dalam perspektif nasional.

dari blog :edyesdotcom

p/s: ambo malas nok naip, panje sangat..tp ambo setuju ulasan ni..hok abe lie pun ado hok ambo setuju.

Anti Al-Liwati Al-Juburi al-Taiki said...

Dah kalah tu terima sajalah. Kenapa hanya 600 askar undi Pas, kenapa tidak 4,000. Ingat askar tak mau masuk syurga ke?

Kalau ikut kacamata Pas, najib dah tak diterima pajak gadai dah. Kenapa pula bila Pas kalah jasa Najib pada askar djadikan faktor.

Kata India pun dah tak pelahapkan Umno/BN. Kenapa pula bila Umno/BN menang mewah, India juga kononnya dijadikan antara faktor?

Anonymous said...

bila PAS kalah, corot, ditolak pengundi seperti ni mka orang umno akan besar diri dan berkata apa peduli pas kalah-menang tak ada kena mengena dgn puncanya. Maruah pas hina dina macam anjing kurap pada kaca mata orang & pemimpin umno.Tapi ada juga orang pas yang hidung tak mancung pipi tersorong-sorong dok layan lawak umno sebelum ini. Nah tengoklah realiti sikap angkoh dan wajah sebenar umno bila mereka menang besar .... membahasakan cukup2 orang pas atau melayu pkr ..tak cukup kertas nak tulis betapa "hina & celaka" orang pas nih... bagaikan puak2 Abdullah bin Ubai bin Salul mengejek kekalahan pasukan Islam & Nabi di Uhud..

ambo said...

Amboii.. bila kalah.. dbagaikan pula seperti puak2 Abdullah bin Ubai bin Salul mengejek kekalahan pasukan Islam & Nabi di Uhud....

Tinggi betul makam PAS ni ye...

UMNO = Puak Abdullah bin Ubai

PAS = Pasukan Islam & Nabi....

P/s: Berikut petikan dari drmaza.com :_

Dalam sejarah pertelingkahan umat Islam kelompok yang paling kuat dan awal menggunakan isu agama untuk mengkafirkan orang Islam yang lain ialah Puak Khawarij.

Kelompok ini Nabi s.a.w sifatkan seperti berikut:

“..Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, namun al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Pada zahirnya puak ini berwajah agama, namun pada hakikatnya Nabi s.a.w menyebut tentang mereka:

“Mereka itu berucap dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka tersasar keluar dari Islam seperti anak panah tersasar dari sasarannya. Iman mereka tidak melebihi halkum mereka. Di mana sahaja kamu temui mereka maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh mereka itu ada pahala pada Hari Kiamat” (Riwayat al-Bukhari).

P/s2: itule.. kalau hati dah dibutakan dgn ketaksuban... pandangan org lain takkan terpakai.. sebab yg pasukan islam dan Nabi = PAS....

Anonymous said...

abe li,

hujah itu suratanNYa tidak boleh di jadikan hujah.

Memanglah segala benda itu sudah dalam pengetahuanNya...

cuma dalam taktikal berpolitik..kekalahan dan kemenangan harus di analisis...
hujah adalah perlu

Muhamed bin Abdullah

Anonymous said...

ambo said...
Amboii.. bila kalah.. dbagaikan pula seperti puak2 Abdullah bin Ubai bin Salul mengejek kekalahan pasukan Islam & Nabi di Uhud....

Bagaimana pulak dengan pepatah melayu.... bagai tikus baiki labu, bagai kerbau dicucuk hidung, bagai anjing dengan kucing. tak tereti bahasa ke orang melayu menyamakan perangai manusia= tikus, kerbau, anjing dsbnya?

Terparasan suci & agung sangatkah umno walaupun melanggari batasan halal-haram Allah? halalkah umno budayakan rasuah, politik wang, salahguna jentera kerajaan, tipu sana tipu sini, seleweng sana sini, pemborosan wang rakyat sana-sini......... Dah lama umno dok kedarah khazanah negara... duit hasil minyak petronas ..bail-out syarikat2 kroni, belanja formula 1, dulu duit tabung haji, kwsp, baitulmal, bank bumiputra sampai bankrap, ..... Inikah yg umno dok dabik dada "kemenangan ke atas pihak yang benar" dibagan pinang itu? heee ... sedapnya kedarah duit rasuah ni.. rakyat pun dok sokong apa salahnya? .... boleh beli kereta baru @ besar,..buat kenduri open house hari raya, rakyat pun sukA ... makan free, dlllllll------------