Monday, October 12, 2009

MUNCUL KEMBALI (438) - KEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Dakwaan undi pos bepihak kepada Umno/BN tidak betul

JAJAAN mulut atau buat dakyah memang mudah dan mereka yang tidak suka bermain dengan fakta akan cepat percaya. Jarang orang memperincikan jumlah menang kalah calon-calon yang bertanding apatah lagi membuat bandingannya dengan keputusan sebelumnya sebagai hujah jajaan mulut dan penyibaran dakyah.

Sebagai biasa, saya mencari maklumat untuk rekod sendiri kenapa dan sebanyak mana kekalahan yang yang dihadapi oleh seseorang calon dalam pilihanraya dan peningkatan serta kemeruduman pungutan undi calon parti-parti tertentu dalam sesuatu pilihanraya.

Kerana itu saya tidak mudah telan bulat-bulat dakwaan keterlibatan pengundi hantu, orang mati pun mengundi atau pun seseorang pengundi mengundi sampai lebih dari sekali atau pun pembelian undi.

Malah saya tidak gembira dengan pencapaian pembangkang dalam pilihanraya umum ke-12 kerana yang medominan kemenangan bukan parti yang sepatutnya dan bukan sebagaimana yang diharapkan oleh bangsa pertuanan bagi negara ini.

Pas tidak mencapai kemeangan hebat pun. Umno/BN pula gagal mendapat kemenangan 2/3 bukan kerana Umno lemah tetapi berpunca dari parti-parti komponen lain yang mencatat rekod pencapaian yang sangat buruk.

Tetapi sebagai rakan sekomponen, maka Umno kena menerimanya sebagai kekalahan bersama. Kekalahan Umno yang ketara hanya di Kelantan, di negeri-negeri lain Umno tidak kalah teruk sangat pun.

Itu hakikatnya jika kita rajin menganalisa dan menghitung kira jumlah undi yang diterima oleh parti-parti yang bertading pada pilihanraya umum ke-12 yakni berapa undi yang Umno dapat untuk kerusi parlimen dan negeri, berapa yang MCA, MIC dan sebagainya dapat serta berapa yang Pas, PKR dan DAP dapat.

Mahu melihat masa depan dan potensi sesebuah parti politik kena dilihat dengan cukup terperinci, bukannya berdasarkan kepada menang mewah sikit, maka mula manggok dan kononnya kitalah yang pling menjadi pilihan tanpa disedari kalau betul menjadi pilihan kenapa kita gagal jadi kerajaan dan masih jadi pembangkang.

Sekarang orang banyak bersekolah/celik huruf, yang berdiploma dan berijazah dalam bidang sains politik, termasuk sains politik antarabangsa pun bergerabak-gerabak keretapi jumlahnya.

Apa yang dicakap, dikomen dan dikritik disimpan dalam bentuk rakaman atau catatan. Bila seseorang pemimpin membuat kenyataan yang tidak sama dengan apa yang pernah dibuat, orang akan semak rakaman dan catatan yang dibuat.

Justeru itu hanya penyibar dakyah dan penerima dakyah malas guna akal sewajanya sahaja yang boleh percaya dengan dakyah-dakyah yang akan menikam diri penyibar dakyah itu sendiri akhirnya kerana setiap bangkai walaupun diselindung di sebaik ketulan emas sebesar batang balak sekali pun, baunya tetap ketara, kecuali bagi mereka yang rosak sistem penerimaan bau.

Saya perturunkan perincian peolehan undi pilihanrayakecil DUN Bagan Pinang; Piliahanrya kecil (2009) :
<>Undi Pos 3,521 (Umno/BN), 601 Pas/PR), 2,920 (majoriti)
<>Ladang Atherton 236 (Umno/BN), 91 (Pas/PR), 145 (majoriti)
<>Pekan Silliau 349 (Umno/BN), 113 (Pas/PR), 236 (majoriti)
<>Baradwall estate 217 (Umno/BN), 88 (Pas/PR), 129 (majoriti)
<>Sua Betong 213 (Umno/BN), 93 (Pas/PR), 118 (majoriti)
<>Taman Eastern 136( Umno/BN), 78 (Pas/PR), 58 (majoriti)
<>Kg. Bagan Piang 1,308 (Umno/BN), 575 (Pas/PR), 733 (majoriti)
<>Si Rusa 1014 (Umno/BN) 785 (Pas/PR), 229 (majoriti)
<>Teluk Kemang 1,209 Umno/BN(, 563 (Pas/PR), 646 (majoriti)
JUMLAH 8.013 (Umno/BN), 2,578 (Pas/PR), 5,435 (majoriti)


Pilihanraya Umum Ke-12 (2008)
<>Undi Pos 3,080 (Umno/BN), 1,189 (Pas/PR), 1,891(majoriti0
<>Ladang Atherton 124 (Umno/BN), 208 (Pas/PR), 84 (majoriti)
<>Pekan Silliau 194 Umno/BN(, 275 (Pas/PR), 81 (majoriti0
<>Baradwall estate 172 Umno/BN), 131 (Pas/PR), 41 (majoriti)
<>Sua Betong 244 (Umno/BN), 290 (Pas/PR), 46 (majoriti)
<>Taman Eastern 122 (Umno/BN), 93 Pas/PR) 58 (majoriti)
<>Kg. Bagan Piang 1014 Umno/BN), 785 (Pas/PR), 229 (Majoriti0
<>Si Rusa 618 (Umno/BN), 393 (Pas/PR), 225 (majoriti)
<>Teluk Kemang 862 (Umno/BN), 733 Pas/PR), 129 (majoriti)
JUMLAH 6,430 Umno/BN), 4,097 (Pas/PR), 2,333 (majoriti)


Melihat kepada pecahan pengundi yang mana pada pilihanraya umum ke-12 seramai 1,189 pengundi pos memberi undi kepada Pas dan 3,080 memberi undi kepada Umno, dakwaan kononnya pengundi Pos semuanya mengundi Umno/BN seperti yang terus dibangkitan oleh pihak yang enggan terima kekalahan adalah amat tidak benar.

Pasti ada sebab-sebab tertentu kenapa 1,290 lagi pegundi pos yang memberi undi kepada Pas pada pilihanraya umum ke-12 di Bagan Pinang tidak lagi memberikan undi mereka pada pilihanraya kecil kali ini apabila undi untuk Pas merosot kepada 601 sahaja manakala undi untuk Umno/BN menokok sebanyak 441 kepada 3,521 daripada 3,080.

Lagi pun daripada lapan pusat mengundi dalampilihanraya kecil Bagan Pinang, tidak ada satu pusat pun yang dimenangi Pas berbanding dengan PRU-12 yang mana Pas menang tipis pada tiga pusat mengundi iaitu Ladang Atherton, Pekan Silliau dan Sua Betong.

Seandainya Umno/BN atau pun Tan Sri Isa secara peribadi membeli undi (rasuah) untuk 5,435 yang memberi majoriti kepadanya, bermakna sebanyak RM5,435 wang dihabiskan dan kalau dibeli kesemua undi yang diperolehi, beliau kena habiskan RM8,013 sekiranya nilai beliannya bagi satu undi cuma RM1.

Tetapi siapa mahu letakkan harga diri RM1? Paling komen pun kena RM1,000, paling munasabah adalah RM100,000 kalau pun tidak RM1 juta. Umno/BN, apatah lagi Tan Sri Isa ada ke duit sebanyak RM1,000 X 8,.013 atau RM100,000 X 8,013 atau RM1 juta X 8,013 untuk beli kemenangan?

Dari beli undi RM1,000 satu undi bersamaan dengan RM8,013,000 adalah lebih baik digunakan untuk buka sebuah perniagaan atau uka sebuah penebitan akhbar untuk mempromosi dan menjulang beliau kerana elaun menteri besar tidak mungkin akan cecah angka sebanyak itu untuk tempoh lima tahun untuk dibazirkan, apatah lagi eluan sebagai wakil rakyat.

Dari segi lojiknya, untuk apa membeli kemenangan yang mana hasilnya tidak akan memberi pulangan, apatah lagi keuntungan dalam tempoh lima tahun atau bagi tempoh masa yang lebih panjang. Kuasa tanpa wang tak akan ke mana tetapi bila ada wang akan ada kuasa, suara akan laku.

Oleh itu dalam usaha untuk menafikan kemenangan lawan yang memang sudah ditakdirkan menang oleh suratan-Nya, kena ada hujah dan jelujur yang munasabah. Bertrilion sogokan dan rasuah, sehebat mana pun gerak saraf dan gimik/provokasi yang dilakukan tidak akan mampu merubah suratan dan takdir Allah.

Justeru dalam menang atau kalah, kita jangan lupa dan ketepikan Allah dengan suratan dan takdirnya, barulah kita boleh senyum dan ketawa dalam tangis dan akan menangis dalam senyum dan tawa.

Mudah-mudahan Allah akan takdirkan akan ada pilihanraya kecil di Kelantan dalam masa terdekat supaya dapat dikesan tempias pilihanraya kecil Bagan Pinang. Pada firasat saya akan ada pilihanraya di Kelantan dalam tempoh terdekat!

8 comments:

Anonymous said...

mu nak sokong umno ko pas ko mu punya pasal lah meli. tapi tulisan mu bodo bedo'oh. masalahnya kebodohanmu tu buleh menarik ore jadi bodo serupo mu...sapa ke bilo etnik melayu jadi bodo...sebab ore serupo mu

Anonymous said...

majoriti undi pos berpihak ke mana? cuba kira kalu pandai,,, tapi meli kata tidak berpihak kepada BN ...betul ke???????? hheee........ semua rakyat malaysia tak leh kira, bengap matematik, kecuali meli yang kira paling pandai kira peti undi pos asykar ni ....!!!! hee..., hee...

JOHAN said...

PAS mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan menyediakan peguam untuk membela pengundi pos yang menyokongnya seolah-olah menuduh kerajaan bn menganiayai pengundi tersebut. Adakah pengundi yang mengundi pembangkang dianiayai? Adakah dengan mengundi pembangkang kerajaan tidak bayar gaji kepadanya, dan tidak naikkan gaji untuknya atau memecatnya? Kalaulah demikian mengapa pengundi pos yang lalu yang mengundi pembangkang telah beralih arah untuk mengundi kerajaan? Pada saya jika kerajaan bn kejam kepadanya sudah tentu dia tidak berbuat demikian akan terus mengundi pembangkang?
Sebenarnya tanyalah hati kita untuk menyokong sesiapa? Kalau hati suka semua nampak indah saja. Kadang-kadang hidu bunga tahi ayam pun macam hidu bunga ros!!!
Kita tidak boleh marah kepada tentera sama ada dia hendak undi kerajaan atau pembangkang kerana itu adalah haknya. Kita harus berterima kasih kerana mereka telah memilih untuk mengundi apa yang mereka berkenan. Yang kita tertanya-tanya kerana ada lagi segelintir yang mungkin mengundi dengan perasaan menyebabkan undi rosak. Mengapa mereka berbuat demikian? Kita perlu mencari sebabnya untuk mengetahuinya. Tahniah kepada tentera kerana memilih pihak yang telah banyak berjasa kepada anda. Orang yang mengenang jasa adalah seorang insan yang mulia.
Janganlah menuduh orang lain bodoh kerana tidak sehaluan dengan kita, tetapi adakah kita cerdik kalau tidak sehaluan dengan majoriti rakyat malaysia?

Anti Al-Liwati Al-Juburi Al-Taiki said...

Mu bodo kohong, mu nak marah ko Meli bila dia bongkar satu pembohongan. Apa yang disyarahkan oleh pembangkang selama kenin kata bila askar atau polis buang undi, pegawainya akan tunggu tengok, dipaksa pangkah UBN, maknanya pengundi pos (askar/polis) takleh pangkah pembangkang.

Meli keluaran fakta, pada pilihanraya umum ke-12 pilihanraya umum ke-12 seramai 1,189 pengundi pos memberi undi kepada Pas dan 3,080 memberi undi kepada Umno.
......dakwaan kononnya pengundi Pos semuanya mengundi Umno/BN seperti yang terus dibangkitan oleh pihak yang enggan terima kekalahan adalah amat tidak benar......itu yang Meli tulis.

.....Pasti ada sebab-sebab tertentu kenapa 1,290 lagi pegundi pos yang memberi undi kepada Pas pada pilihanraya umum ke-12 di Bagan Pinang tidak lagi memberikan undi mereka pada pilihanraya kecil kali ini apabila undi untuk Pas undi pos.) merosot kepada 601 sahaja manakala undi untuk Umno/BN menokok sebanyak 441 kepada 3,521 daripada 3,080......

Nak kata orang bodo pun biar kita cedik sengoti. Puak-puak pembangkang dok jaja gat, semua undi Pos untuk UBN belaka. Hak menangkan UBN di Bagan Pinang bukan undi pos, tapi semua peti undi Pas aah belako. bakpo tu? Boktan orang macam demo cerdik bedo'oh.

Sngup buat belawok kata petugas Pas kena tetaklah,tunjuk agas sakan hanelanlah, ko polis tunjuk tak heran, lebih-lebih orang Kelantan,kadang-kadang sebagai anak Kelantan aku malu sakan dengan fe[eltak cukup inci orang kelantan teat orang. Tengok ke gambar lepas kena jahit, orang kena tetak berkubang darah lagi. tukang jahit mana jahit orang luka dalam darah bekubang begitu. Nak tipu biar cerdik, hak moleknya cerdik ko bodo baik toksoh tipu.

Aku pun orang yang terlibat dalam menjaga ketenteraman awam. Aku pun antara pengundi pos. sebab tu bila ada yang kata pengundi pos dipaksa undi UBN aku bangkit lawok. Ab Ya hakdok jadipengawal TGNA tu pun pernah jadi pengundi pos.Acu tanya dia betul ke dipaksa suruh pangkah UBN bila mengundi.

Ingat ko pongoh aku baka Kelntan, kalau boss besar aku benarkan orang macam aku ni buat ikut aku suka buat, banyak pembangkang yang tunjuk agas, teutama kepada pihak polis di Bagan Pinang baru-baru ni, malah orang macammu aku leceh pelir sumbat abu belaka. Aku orang Kkalan Ggaji Rantau Panje, llo ni dok Rembau. Bini aku orang kot Wakaf Che Yeh (Ustazah/tahfizah, anak orang Pas) Raya aji ni aku kelik kkapun,KKalae Ggaji dan Wokah Che Yeh.
.......Anonymous said...
mu nak sokong umno ko pas ko mu punya pasal lah meli. tapi tulisan mu bodo bedo'oh. masalahnya kebodohanmu tu buleh menarik ore jadi bodo serupo mu...sapa ke bilo etnik melayu jadi bodo...sebab ore serupo mu....ORANG BODO BOLEH TARIK ORANG JADI BODO, MAKNYA TAK BODO LA ORANG YANG BOLEH TARIK ORANG, HAK BODO NYO HAK KENA TARIK, MACAM YANG KENA TARIK SOKONG PEMBANGKANG YANG TERGANGGU MIMPINYA BILA KALAH DI BAGAN PINANG.HAK BODONYA ORANG MACAM MU, TAK FAHAM HAK MELI TULIS, ORANG SURUH SEKOLAH DOK RALIT MAIN GURAH,SURATKHABAR BACA HARAKAH JAH, PAH GAT DOK CERDIK SOKMO LA, DOK RASA CERDIK SEDIRI JAH LA.

Doh kalah gat buat cara kalah,dah berasa hebat gat tunggulah pilihanraya umum ke-13, kita tengok boktan hebtanya orang macam demo, biar undi untuk semua peti untuk kecuali undi pos, takdok ssela pun untuk UBN doh kata rakyat toksir sangat ko UBN gat.

Budak Pondok Lubok Tapah said...

Yang rasa kejam, yang rasa kerajaan tak betul belaka adalah orang yang ada cita-citanak jadi pemimpin, nakjadi wakil rakyat atau menteri.Bila kempenya tak menjadi mulalahnaik marah, mula anggap orang bodoh. Walhal yang bodohnya diri sendiri, rakyat cerdik kerana tidakikut jadi bodoh,

Belum ada lagi negaranya yang suka tukar kerajaan seaman Malaysia. tengok apayang berlaku di negaa teangga kita thailand. Indonesia dan Fillipia. Yang sentiasa aman adalah Malaysia, singapuran dan Brunei yang tdak tukar keajaan sjak merdeka.

Berasa mudah jadi kerajaan, bila dah jadibaru tahu bahawa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Rkyat nak percaya macam mana bila perintah beberapa negeri, apa yang berlaku tak sama dengan yang disyarahkan. Rakyat bukannya buta.

Lihat macam mana keadaan di Manek Urai yang sepatutnya UBN menang tetapi kerana kesilapan teknikal jadi Pas yang menang tetapi UBN tak bising, sebaiknya terus laksanakan janji walaupun kalah. Lepas tu tengok apa yang berlaku tempat pembangkang menang, adakah pembangkang tunai janji. Selpas membuat perbandingan iulah, maka pengundi di Bagan Pinang buat keputusan mereka, menangkan UBN. saya yakin kalau ada lagi pilihanraya kecil, UBN akan menang denan majoriti mewah walaupun kawasan itu asalnya diwakil NIk Aziz, Haji Hadi atau pun Anwar Ibrahim. kalau tak percaya suruh mereka bertiga letak jawatan berani ke tidak

Anonymous said...

Selepas PRK manik ura dulu, setopa mamat nak rujuk kpd peguam tu pasaal apa? gegar gegak jugk ore umno kerna duit habih banyok doh. bakpo tak menang2 gak... sapa makan duit plhrya ni ...mace puok2hantu raya jugok deh --- tapi kekoh duit...

john said...

budok lubok tapoh kato

"Belum ada lagi negaranya yang suka tukar kerajaan seaman Malaysia. tengok apayang berlaku di negaa teangga kita thailand. Indonesia dan Fillipia. Yang sentiasa aman adalah Malaysia, singapuran dan Brunei yang tdak tukar keajaan sjak merdeka."

John kata - kat jepun baru2 parti LDP (umno di M'sia) tumbae..aman jah tu, di amerika bertukar tangan republican dgn demokrat aman jah tu..di britain,pari buruh dgn demokrat aman jah tu...ho kalut nyo geng2 umno jah. provokokasi je lebih nok bg nampok kononnya m'sia huru hara bilo PR perintoh.

Apapun john ucap tahniah kpd BN kerana menang di Bagan Pinang..BN telah kembali pulih...kpd pas john harap bermuhasabah le...TGNA kato doh kalah/menang adat..life must go on.......

Seli Kapak Gelebek said...

.....Doh kalah gat buat cara kalah,dah berasa hebat gat tunggulah pilihanraya umum ke-13, kita tengok boktan hebtanya orang macam demo, biar undi untuk semua peti untuk kecuali undi pos, takdok ssela pun untuk UBN doh kata rakyat toksir sangat ko UBN gat......

KAWE MENSETUJU DENGAN DEMO. KAWE PUN NAK KELIH BIAR UNDI UBN TAKDOK SSELA ABUK GI.MINTAOK-MINTOK KAWE TAK MATI LAGI PADA PILIHANRAYA KE-13 NANTI.

KITA TENGOK BIAR ORANG UBN FRUST SAMPAI BUNUH DIRI SEDIRI BOKTAN TAK TAHAN TANGGUNG MALU. BBUNYI KATA TAKDOK DOH RAKYAT HAK SOKONG UBN,MACAM BUAL PEMBANGKANG.

ORANG HAK KATO ORANG BODONI SOKMO JENIS BODOMACAM DIA KATA. SEKALA GAT JENIH TOK SEKOLAH MANO, SIKIT-SIKIT BODON PASAL DIA INGAT ORANG LAIN PUN MACAMDIA. KALAU CERDIK GAT NYO JJADI PERDANA MENTERI DOH LA ATAU PALING TIDAK PUN JADI TOKEH SURATKHABAR, MAJALAH DAN BUKU MACAM MELI DAN ADA BLOG MACE. TOKSOH DOK IKUT ERE LA WEI, TAK PECAH BUTIR KEBERAS.

CUMA SEBELUM KAWE BERUNDUR, KAWE NAK TANYA DEMO GUANA YANG GUNA NAMA PELIK....BUKAN PELIK JAH TAPI JIJIK DAN MELOYAKAN.KALAU TENGOK TULISAN DEMO NI, DEMO KERJA POLIS