Monday, October 12, 2009

MUNCUL KEMBALI (437)

Warganegara: elak budaya cocoh-jilat

KOYAK pasport kerana mahu memohon pertukaran kerakyatan sebagai warganegara lain oleh rakyat mana-mana negara samalah seperti 'berak' dalam periuk nasi sendiri. Demikian juga dengan rakyat Malaysia yang sanggup berbuat demikian.

Sehubungan dengan itu saya amat bersetuju kalau mana-mana rakyat Malaysia tanpa mengira bangsanya yang mahu memohon semula kerakyatan negara ini selepas berhijrah ke negara lain perlu melalui proses permohonan yang lebih ketat dan memeritkan.

Malah bagi saya proses pertimbangan permohonan kena mengambil masa yang panjang, sekurang-kurangnya kena lima tahun ke atas, malah kalau mengambil masa sehingga 10 atau 20 tahun atau lebih lama lagi adalah lebih baik.

Tindakan seperti itu penting supaya menjadi peringatan bahawa Malaysia bukan tempat buangan hampas dan sampah sarap manusia, bila keiinginan menjadi warganegara lain dan menunjukkan kebencian negara sendiri dengan mengoyak pasportnya, baru terhegeh-hegeh nak kembali ke pangkuan negara asal.

Dalam soal kewarganegaraan tidak boleh main-main, bak kata orang Kelantan 'tidak boleh main cocoh-jilat'

Kerajaan kena bertegas dengan pendirian 'merekalah yang membuat keputusan untuk berhijrah dan bukan negara ini yang paksa mereka melepaskan kerakyatan'. Bila nak pohon jadi warganegara semula mereka kena diletak pada senarai lebih terkebawah dari mana-mana warganegara asing yang mahu memohon menjadi warganegara ini.

Ini adalah kerana mereka pergi membawa kebencian kepada negara sedangkan warganegara saing yang memohon menjadi warganegara ini adalah kerana mereka memberi penilaian dan kepercayaan yang tinggi kepada negara. Pun begitu ujian-ujian tertentu perlu dibuat bagi memastikan tujuan sebenar mereka mahu jadi warnegara tercinta ini.

Kalau betullah laporan agensi AFP mengenai beratus-ratus rakyat Malaysia yang ‘mengoyak’ pasport mereka dan berlepas ke Britain kerana percaya boleh menuntut hak kerakyatan negara itu, maka mereka itu samalah sepert orang yang berperahu menyeberangi lautan yang luas bergelora yang membakar perahunya setelah sampai ke tebing yang dituju.

Mahu tidak mahu kalau ada niat mahu kembali ke daratan asal semula, mereka kena berenang menyeberanginya walauapun terpaksa berepan dengan apa jua bahaya dan halangan. Kalau boleh sampai,maka boleh dianggap mereka sangat bernasib baik, kalau mereka lemas atau dimakan jerung, mereka kena redalah kerana mreka sendiri yang menempah kesukaran.

Bagi saya Menteri dalameh negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak perlu sedih, malah warganegara tul tidak perlu berwalang hati apabila dalam ribuan warga asing memohon hendak menjadi rakyat Malaysia tetapi ada pula warganegara ini yang sanggup ‘mengoyakkan’ pasport kerakyatan dimiliki untuk menadi warganegara negara lain.

Wargagegara negara jenis ini sebenarnya tidak ada nilai patriotiksme dan kalau terus jadi warganegara pun mereka akan melakukan pelbagai kerenah yang akan menyusahkan negara kerana mereka tidak akan pernah reti bersyukur dengan nikmat kerana menjadi warganegara Malaysia.

Setelah mereka pergi dan permohonan untuk kembali semula kepada status asalnya dipermudahkan, maka dalam soal mendapatkan taraf kewarganegaraan akan menjadi umpama tuala pakai buang.

Kehebatan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat kena dipertahankan dan jangan dicemari oleh mereka yang mahukan negara ini menjadi hampas tebu yang dibuang setelah manisnya habis dikepah.

No comments: