Monday, October 12, 2009

MUNCUL KEMBALI (436)

Subsidi beras: pelaksanaannya perlukan pemantauan

NIAT kerajaan pastinya baik dan atas tuntutan tanggungjawab apabila 43,000 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebuan RM420 di luar bandar akan diberi kupon bagi 30 kilogram beras percuma setiap bulan sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Manakala 150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan (bandar) dan RM1,000 (luar bandar) pula akan menerima tiga kupon subsidi masing-masing bernilai RM10 setiap enam bulan sekali.

Penerima kupon RM10 layak membeli beras gred ST15 (15 peratus hancur) yang berharga RM24 pada kadar RM14. Pemberian kupon akan disalurkan menerusi semua anggota Parlimen termasuk daripada parti pembangkang, seakligus membuktikan bahawa skim itu tidakhanya terhadap kepada penyokong kerajaan sahaja.

Bagaimanapun harus diingat bahawa dalam kebaikan dan ketidak-baikannya dan dalam tidak baik pula ada baiknya. Ini ditegaskan sendiri oleh Allah dalam al-Quran, pastinya untuk menjadi peringatan kepada kita kerana manusia tidak dapat bebaskan diri dari rasa tamak haloba.

Ertinya dalam berbuat baik kepada rakyatnya, kerajaan pula kena pastikan kebaikannya tidak akan dibalas dengan unsur-unsur yang tidak baik oleh kalangan yang tidak jujur yangmana padahnya kerajaan akan menjadi mangsa tudingan-tundingan negatif dan dilihat sebagai mengkhinati rakyat jelata.

Sistem pelaksanaannya kena benar-benar dalam lingkaran pemantauan pihak yang tulus dalam menyumbang bakti agar matlamat untuk membantu kumpulan sasaran benar-benar mencapai matlamat, sekali gus tidak akan berlaku berlaku Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Dibawah PPRT, ada rakyat yang layak menerimanya tidak menerima hak mereka sebaliknya mereka yang tidak layak pula menerimanya dan digunakan bagi membuat 'baloh' (tempat simpanan padi) dan pembinaan setor kereta manakala yang layak menerima bantuan pula terus tinggal di pondok buruk yang dindingnya robek, lantainya reput sana sini dan atapnya bocor.

Oleh itu pada saya, yang kena dimasuk-senaraikan dalam pemantauan rapi adalah sebanyak 54,000 peruncit dan 1,200 pemborong di seluruh negara yang diberi surat arahan mengenai garis panduan berhubung perkara itu. Kalau perlu, merekakena diberi kesedaran dan dipupuk dengan semngat ptariotiksme yang berkesinambungan.

Pemberian kupon khas itu, yang patut disyukuri oleh kumpulan sasaran khususnya dan seluruh rakyat negara ini amnya dan pelancarannya akan dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang pada buan November nanti, adalah bagi menggantikan sistem pemberian subsidi beras kepada pengilang dan pemborong beras yang bernilai RM60 juta sebulan pada waktu ini.

Menutut Datuk Seri Noh, skim baru itu bukan bermakna harga beras naik, tetapi ia hanya kerana kerajaan menarik balik subsidi beras yang selama ini diberikan kepada pemborong dan peruncit. Ertinya ianya tidak patut dispekulasikan oleh mana-mana pihak, kecuali oleh kalangan mereka yang tidak pernah reti bersyukur dengan nikmat yang dirasai.

Kepada saya skim tersebut secara tidak langsung membuktikan bahawa kerajaan sangat prihatih dengan kesusahan rakyat yang selama ini tidak sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar bahawa selain harga beras disubsidikan, mereka juga menikmati subsidi bai pelbagai barang keperluan termasuk bahan petroleum, gula dan sebagainya yang tidak penah reda dari dispekulasi dan dinegatifkan.

Yang penting hendaknya subsidi terbaru ini tidak akan menyebabkan rakyat jelata menjadi malas, termasuk membiarkan tanah sawah dan sebagainya terbiar kerana untuk dapatkan beras pihak kerajaan telah sediakannya dalam bentuk subsidi.

Keghiarahan menukar tanah sawah dengan pembinaan banglo dan projek-projek perumahan juga patut dibendungi, sebaliknya kawasan penanaman padi, sayur-sayuran dan pelbagai sumber makanan mesti dikekalkan, malah perlu ditambah-luaskan.

Tempoh masa subsidi pelbagai barangan keperluan juga kena dihadkan, bukannya bersifat sumbangan sepanjang hayat supaya rakyat tidak kekal dengan tradisi menjadi tangan yang dibawah sedangkan tangan yang di atas jauh lebih mulia.

2 comments:

Anonymous said...

KALU IKUT SEJARAH LAMA UMNO, BILA NAMA SUBSIDI NI RISAU AKU.... TAKUT JADI MACAM SUBSISI BUKU TEKS SEKOLAH DULULU, SUBSIDI BAJA PADI CAP DACING, WANG PROJEK PPRT, MONOPOLI FRANCAIS KEM PLKN, DUIT EHSAN RAKYAT TERENGGANU, BANTUAN BANJIR, BANTUAN KEBAJIKAN MASYARAKAT, AGIHAN ZAKAT BAITUL MAL,.... DLL, TAK BERAPA SAMPAI KEPADA RAKYAT SEBENAR ..... JADI ALATAN POLITIK UMNO ..MELALUI KEMAS,/..KETUA BAAHGIAN UMNO,... HARAP2 GAGASAN 1MALAYISA NI AKAN JUGAK SAKSAMA BAGI SELURUH RAKYAT TANPA PILIH BULU ....

Anti Al-Liwati al-Juburi Al-Taiki said...

Dalam kes sbsidi beras ni ahli parlimen pembangkang digunakan juga. Kalau tak sampai juga, maknanya........LU FIIRLAH SENDIRI, kita tengoklah sesuci mana ahli parlimen pembangkang nantidaam menjalankan amanah dan tanggungjawab. Kita doakan mueda-mudahan berjalan lancar.