Wednesday, October 14, 2009

MUNCUL KEMBALI (440) - KEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN EKORAN TEGURAN ORANG PAS KELIRU

Ramai penjenguk blog saya yang cerdik dan tidak bodoh macam saya

SELEPAS posting satu item awal pagi tadi saya ke Seri Tujuh, rileks minda sambil memancing. Hasilnya sekadar untuk lauk seisi keluarga dalam tempoh tiga hari boleh dikira tak payah belilah, malah jiran-jiran terdekat pun boleh turut sama rasa ikan yang betul-betul segar, dibawa terus dari muka kuala.

Ketika bersiap-siap untuk pulang, deringan untuk SMS telefon genggam saya berbunyi. "Kalau buka komputer, sila buka internet. Saya ada email dua isu untuk diulas dalam blog saudara" begitu yang ditulis oleh pengirim yang menggunakan private nombor. Kenapa mesti dirahsiakan identiti, saya kurang pasti.

Dalam tergesa-gesa membuka masej yang dihantar, tanpa diduga mata kail yang masih ada baki umpan ditelan oleh seekor kucing yang sering datang dekat ketika saya memancing dekat 'gate air' Seri Tujuh untuk diberikan seekor dua ikan untuknya. Kucing yang warna bulunya seakan musang itu sudah mesra dan manja dengan saya.

Saya tidak ada ikhtiar lain selain dari kena kerat talinya. mudah-mudah mata kail yang kecil yang ditelannya akan terbungkus dalam ketulan najis dan akan keluar dengan selamat tanpa mencederakan usus atau duburnya bila kucing itu berak kalau pun kucing malang kerana gara-gara kecuaian saya itu tidak dapat kehek tubik.

Sekembali ke rumah, saya buka email dan berikut adalah dua isu yang dikatakan diemail oleh penghantar SMS;

Nik Aziz Mahu Nama Inggeris Ditukar Ke Bahasa Melayu

KOTA BAHARU, 14 Okt (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan pihak berkuasa kerajaan tempatan di Kelantan menukar nama jalan dan premis berunsur Inggeris kepada bahasa Melayu.

Beliau mengakui beberapa bangunan milik anak syarikat kerajaan negeri yang baru beroperasi seperti Kelantan Trade Centre, Kota Baharu Trade Centre dan KB Mall menggunakan nama berunsur Inggeris.

"Betul nama itu sengaja bubuh begitu, boleh jadi kerana nak popularkan nama itu untuk menarik perhatian umum di peringkat antarabangsa, seperti hotel, maka digunakan bahasa Ingeris supaya (pelancong) Inggeris tahu. Benda tu boleh kita kaji semula, tak jadi masalah," katanya selepas merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat negeri Kelantan di sini pada hari Rabu.

Nik Aziz berkata beliau tertarik dengan pendapat seorang tokoh bahasa Melayu, Prof Dr Teo Kok Seong dari Institut Akademi Tamadun Melayu, yang mempersoalkan nama kereta nasional berunsur Inggeris seperti MyVi, Exora dan Satria Neo.Beliau juga meminta pegawai kerajaan negeri supaya membiasakan diri menggunakan tulisan jawi dalam minit mesyuarat selain tulisan rumi.-- BERNAMA

Saudara, saya adalah penjenguk setia blog MKJ. Saya nak tanya bila pula Melayu-Melayan ni menarik perhatian TGNA?. Bagi dia Melayu takdok nilai sesen pun, malah Umno ditentang pun kerana Umno memperjuangkan Melayu yang dikategorikan sebagai Assobiyah. Kalau Melayu takdok guna dan takdok harga, bakpo pula bahasa Melayu jadi menarik perhatian TGNA?

Bagi saya pelik. Sepatutnya TGNA tak bangkit soal itu semua. Ada apa pada nama. Inggeris ke, Cina ke, Jerman ke, makhluk Allah belaka. Bukan ke dia kata orang bukan Islam kalau masuk Islam tak tukar nama pun tak pa. Dulu kalau orang bukan Islam masuk Islam akan ditukar nama kepada nama Melayu, sampai orang panggil masuk Melayu, bukan masuk Islam.

Saya sendiri masuk Cina pasal bini saya Cina (maaf bergurau). Jadi apa salahnya kalau nama Inggeris dikekalkan. Kalau diubah payah pula nak hafal. Ubah hak sama-sama Melayu pun dah kelam kabut, misalnya Jalan Pekeliling (dulu) kini dipanggil Jalan Long Yunus. Orang umur lama ternganga bila diberitahu Jalan Long Yunus, mereka ingat jalan baru.

Setakat nak tukar dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayau rasanya tdak terlalu terdesak kerana Melayu dengan Inggeri tidak ada beza apa-apa, sama-sama makhluk Allah. Kalau nak tukar kepada nama-nama Islam (Arab) saya sokong.

TGNA ni pelik sikit, dulu haramkan permainan snuker dan billiard, kononnya bercanggah dengan Islam. Bila dia buat lawatan ke Beijing dan tengok permainan-permainan itu dimainkan di tepi-tepi jalan di sana, balik ke Kelantan yang haram dihalalkan. Dia boleh halalkan semula apa yang diharamkan dengan merujuk ke Biejing, bukannya merujuk kepada al-Quran dan Hadis. Tidak ke pelik namanya tu.

Seperkara lagi, seingat sayalah, dalam kempen pilihanraya tahun 1990, puak-puak Pas kata kerajaan Umno/BN pimpinan Tan Sri Mohamed Yaacob (kini Allahyarham, tak ramai orang tahu bahawa Allahyarham adalah antara pelajar sekolah pondok yang berjaya membina jaya) buat ketik Siam bila dibina Komples Kota Darulnaim

Di ketik Siam itulah pejabat TGNA sebagai menteri besar dan pejabat para exco Pas. Kononnya haram dibina patung, maka patung kijang yang merupakan lambang bagi Negeri Kelantan dimusnahkan dan bulatan yang dikenali sebagai Bulatan Kijang hanya ada nama tetapi kijangnya sudah dibuat tempat (dibuang ke tempat - Ramli) pembuangan sampah di Sabak kira-kira 19 tahun yang lampau.

Dulu orang Pas marah bila gambar pemimpin Umno/BN ditampal di mana-mana, kononnya perbuatan itu berdosa. Sekarang cuba tengok di Kelantan, di mana tidak ada gambar TGNA sehingga ada yang percaya tengok gambar TGNA boleh pahala. Kalau tengok gambar TGNA boleh pahala, tengok gambar Nabi Muhammad s.a.w. tentulah lebih-lebih lagi berpahala tetapi bakpo gambar baginda tidak diukirkan. Mana suci TGNA dengan Nabi?.

Patung kijang (kijang tu menatang dan takdok sapo sembah pun) dimusnahkan, guano yang patung besar untuk disembah di Jubakar, Terbak (Tumpat) dan di Bachok dibina dengan saiznya boleh ada bilik di dalamnya dan tingginya sampai lepas kampung, boleh nampak dalam jarak sebatu. Binaannya dibuat semasa pemerintahan Pas.

Lagu mano. Orang ramai keliru dan ada yang tanya saya. Saya ni orang Pas lah juga tapi tak bedo'oh. Tokcik dan mokwe saya cium gambar TGNA kononnya nak dapatkan pahala, kononnya orang macam TGNA boleh bawa ke syurga. Kalau demam sikit suruh gi ambik air tawar TGNA selalu.

Saya jadi kesliru. Tolong saudara ulas biar jelas. - ORANG PAS KELIRU.

Saudara Orang Pas Keliru!
Kalau saya ulas akan berlaku ketidak-adilan kerana saya pemain bahasa. Sebagai orang Melayu saya bangga dengan bangsa saya dan saya bangga jadi Melayu. Sebagaimana saya banggai bangsa Melayu dan jadi Melayu, maka bahasa Melayu juga saya banggai. Bagi saya kalau bangsa dan keturunan tidak penting, tentulah Nabi sendiri tidak akan disebut salsilah baginda dari bangsa Arab Quraisy, malah bila baginda berhijrah ke Madinah, maka wujud puak Ansar dan Muhajirin.

Kerana itu kalau saya ulasinya, saya yakin saya tidak akan berlaku adil dan ada pihak akan tersinggung. Demikian juga dengan masaalah snuker, billiard dan patung. Kalau saya ulas pasti akan bias. Sehubungan dengan itu saya serahkan kepada para penjenguk untuk menghilangkan kekeliruan anda. Saya yakin ramai di kalangan pengunjung blog saya ini jauh lebih cerdik (tidak bodoh macam saya), lebih berilmu, lebih bermaklumat, lebih bernas dan lebih selari dengan hukum hakam pandangan dan ulasan mereka.

Sehubungan dengan itu, saya serahkan kepada penjenguk untuk membantu menghiangkan keliru sahabat kita ini.

16 comments:

Anonymous said...

Kepada PAS KELIRU, mu jangan keliru dengan TGNA, dia tu Tok Guru yang menyamai taraf wali-wali, keberkatannya memang nyata, keramahnya. Mulut masin, jangan mu dok wak main-main. Mengaji dengan dia dapat pahala tetapi dengar ceramah politiknya sahaja mungkin berdosa.

Anonymous said...

ORANG PAS KELIRU,

tinggalkanlah perkara yang mengelirukan dan sesiapa yang suka membawa hal-hal yang mengelirukan walaupun orang panggil dia ulamak ka, wali ka, mulut masin ka, itu hanya pandangan dari manusia.

Hati adalah tempat jatuh taufik, maka bukakan mata hati, insyaAllah, akan terbukalah akal dengan melihat dari taufikNya.

Anti Al-Liwati Al-Juburi Al-Taiki said...

Demo tak kena keliru.Cakap orang politik takboleh pakai. Apa yang TGNA (Nik Aziz) cakap tu utk kepentingan politik.

Bakpo Mawi yang bakatnya dicungkil oleh Akademi Fantasia yang knonnya program tv berunsur maksiat diterima dan diboehkan mengadakan persembahan di Kota Bharu? Jawabnya kerana di rumah ibubapa Mawi di Felda Taib andak penuh dengan gambar Nik Aziz.

Nakpo wayang kulit dulu diharamkan tetapi sekarang dibolehkan. Sebab ketika seorang tok dalang mengadakan persembahan yang ditonton oleh Nik Azizd i Hotel Perdana ketika itu, memuji pemerintahan Nik Aziz, Dikir barat pun begitu. Ada artis yang bila bersalam cium tangan Nik Aziz, dulunya dianggap ibu dab bapa segala maksiat, kononnya menyumbang kepada Islam.

Meli tau halhal begini kerana itulah dia tak mau ulas. Orang Pas Keliruh takpatut keliru, tengk pada jnis cocoh-jilat (pinjam ayat Meli) dalam mengharam dan kemudian menghalalkan sesuat peara dah boeh agak doh macam orangnya Nik Aziz Soal bahasa Melayu disenuh kerana kepntingan politik, erana tidak mahu kehilangan sokongan orang Melayu, kata orang bukan Islam peluk Islam tak payah tukar nama kes nak tarik undi orang bukan Melayu. Kebenaran membina patung pun kerana nak tarik undi. Kalau patung kijang boleh bawa dosa, bina to'kong lagi berdosa. Tapi kerana nak undi berdosa pun takpo.

Anonymous said...

kalu TGNA tak brapa alim & menyeleweng, molek2nya orang alim seperti al-juburi, budak lubuk tapah, johan, dll kena dok ngajar di masjid2 di negara ini supaya rakyat tak sesat ....... atau kita adakan debat terbuka antara nik aziz dengan mufti perak ko atau mana2 mufti yang tak setuju dengannya... rakyat dapat adilinya nanti...

JOHAN said...

Saudara Anonymous October 14, 2009 5:43 PM
Maaf, saya tidak boleh mengajar agama kerana saya bukan ustaz, jauh sekalilah kalau nok banding dengan tok guru, mufti atau ulamak. Sekadar dapat mengajar anak bini di rumah pun tak berapa boleh.
Saya pun seperti 'orang pas keliru' tentang hukum hakam yang di lontarkan oleh TGNA. Saya hanya mengaji sedikit dengan tok guru kampung yang hanya memadai untuk saya mengenali Allah dan beramal ibadat. Itupun rasanya tak cukup ilmu.
Lagipun tentang hukum hakam ini kita perlu berhati-hati mengutarakannya kerana pada fikiran ambo yang lemah ini, hukum dalam islam tidak akan berubah sehingga qiamat. Kalau ianya haram sekarang, maka haramlah selama-lamanya kecuali mungkin tak dapat tidak kerana darurat. Itupun boleh pada masa itu saja. Tapi kalau berubah untuk kepentingan peribadi atau politik itu tidak patut kerana ianya tidak termasuk dalam istilah darurat.
Saya pernah dengar cerita daripada tok guru kampung yang menceritakan seorang pemancing ikan (bukan mkj) mendapat ikan yang besar dan pelik dimana tidak serupa dengan yang kita makan hari-hari. Pemancing itu bertanya kepada tok guru adakah ikan itu halal dimakan. Tok guru memberitahu bahawa ikan itu tidak halal dimakan. Lantas pemancing itu berkata: "kalau halal hajat saya nak beri kepada tok guru". Lantas tok guru itu pun menjawab, "nantilah, biar saya kelik tengok kitab dulu".
Cerita ini patut kita ambil iktibar kerana takut-takut ia terjadi pada zaman ini.
Wallahua'lam.

Anonymous said...

ambo nok ulas ko abe meli pasa mata kail keno tele ko kkucing, tak patut abe meli bia gitu sajo..patut abe meli bawok gi ke veterina baghu la betul..meme kawe jako kucing itu tidok hidup lamo sebab tersangkut ko usus dio..sekso dio abe meli..kalu anok kito pong kito bawok klinik..ok deh abe meli..kalu tsangkut dalam mulut mahaguru nik aziz..bia gilllahhh
JA KOK LANAS

Anti Al-Liwati Al-Juburi Al-Taiki said...

Kalau demo atur debat kenapa kawe tak sanggup, kena berani berdepan dalam hal-hal agama ni.

Takut TGN demo toksir la, mugo kawe ni orang kemaca walaupun kalau behujah dengan TGNA belum tentu hujah kawe kemaca.

Demo urus la biar semua saluran tv siar. Kemaca-kemaca kawe pun kawe boleh berbahasa Inggeris, Arab, Urdu dan Peranchis. Nak pancar ke seluruh dunia pun masyrakat dunia boleh fahamhak kawe ghoyat.

kalu buleh, dalam debat tu nanti kawe minta izin nak bawa bini kawe dok sebelah, dia hafizah. Biar dia tulung baca ayat Quran, kawae tukang terjemah.

Bila nak buat nyo?.Cepat sikit la. Mufti Perak tu biar jadi pendebat pencelah,takut kawe silat sebut hukum mugo kawe bukan tok guru tapi kawe pun baka tok guru,cuma kawe tak pilih kkijo jari tok guru pondok macam tok nenek kawe jah.

Budak Pondok Lubuk tapah dengan Johan jadi tukang usung kawe takut kawe pengsan kerana tokdan otok nak buwi hujah dan balas hujah. Ko guano sahabat-sahabatku (walaupun kita tak pernah kenal) Budak Pondok Lubuk Tapah dan Johan?

JOHAN said...

Apa salahnya... Bo setakat usung tu kawe buleh, kalu kawe tak dok kederat kawe bawa ambulans sekali. Kawe denge gu ni, ghelo abih pitih. Tok kenal po takpo.

john said...

JOHN kato x payoh keliru...keliru tu mugo kito tok tahu..kalu nok tahu keno cari ilmu..kalu tak dok ilmu keno bertanyo ko yang tahu..ni ambo ado hujoh sikit2, nok lebih keno masuk jemo'oh la...

pasal gatung gambar?
tok guru maroh mugo dok gatung gambar ore x leh buat panduae dunio akhirat. harap ko dunio sajo. pemimpin umno dio lebih ko dunio jah dari apo tindakan hok dio buat. gatung gambar ulama' tu sekurang-kuraenyo ado raso hormat/idola sekurae-kurae ikut ilmu dio, buke nok pujo. tu ore dok gatung gambar agung nga pm tak po tuh...

pasal gambar nabi?
ado sapo pernoh tengok nabi..tok guru tu dio kecek berpandu kae kitab doh. doh dale kitab kato tok leh buat lagu tu (lukis) mengenai gambar Nabi tok soh dok buat le..pasal gambar lain ado panduae dale kitab doh...

pasal bulatan kijang?
kijang tu ado pekdoh apo ko ore islam? to'kong tu mugo hok dale agamo budha (tuhe dio)..jange dok ttuka le antaro barae dalae agamo nga barae hiase. bakpo nok bising ore buang kijae tu? buleh wak make ko? sekurae-kuraenyo buang unsur syirik tuh...

pasal bahaso?
bakpo ko dionyo..tu kaedoh politik nok tarik undi melayu. benda hok tok saloh nga syariat tak po dibuat. srupo jugok nga namo muallaf. nok paka namo gapo pun tok jadi masaloh selagi mengamalkan suruhan dalae islam. ini ore panggil strategi berpolitik...selagi tok bercanggoh nga hukum hakam tak dok masaloh.

yang jadi masaloh bilo kito kure ilmu. mulalah nok keliru..pesanan ambo mari lah kito pakat2 cari ilmu lagi...

p/s: guano 'takut' sangat set2 umno denga kato2 tok gurunyo..tak yoh dok hirau le kato2 dio. kalu raso tok kenan suruh majlis fatwa berhujoh la..jange suruh budok 'kemaca' nok tegur..buke tok leh tapi ore tengok tok padae...

pemudacakna said...

Saya rasa rakyat malaysia umumnya dan orang UMNO ammya tidak takut kepada kata-kata tok guru. Kalau takut tentu semua rakyat Malaysia akan sokong PAS belaka sebab kalau tak sokong PAS nampaknya tidak dapat masuk syurgalah. Siapa yang tak mahu syurga? Kalau tanya Lim Kit Siang pun mungkin dia kata dia nak! Sebab itulah dia berkawan dengan tok guru.
Kerana tidak takut dengan kata-kata tok gurulah rakyat Bagan Pinang terus memberi mandat kepada UMNO. Sebab rakyat tahu hukum yang dikeluarkan oleh TGNA sangat keliru. Mungkin mereka berpendapat benda yang keliru tak boleh diterima dan dipakai.

Anti Al-Liwati Al-Juburi Al-Taiki said...

Kawe nak debat pasal nak sahut cabaran Anonymous hak suruh tkppeti debat dengan TGNA. kawe rasa untuk isu hak Orang pas Keliu bangkit tu tak payah libat tok ppeti, padan sakat kawe jah.

Kawe belajar banyak bahasa boktan nak berdakwah. Tok guna kalu dok ralik senarai sama sebangsa dan seanutan agama sekian akan masuk syurga dan yang lainnya akan masuk nerkara. syurga neraka kita akan ditentukan oleh Allah. Syarat nak masuk syurga kena Islam,beriman dan bertakwa. Yang nak masuk syurga kena penuhi syarat itu, tak kena masuk Pas kerana jadi ali Pas pun syarat masuk syurga. Silat gayung sumber lakah, tak mestahil ore Pas ddulu lagi masuk neraka.

Anonymous said...

Al-juburi & puok2 hak kata nik aziz sesat le kena aturkan debat tuu.. sebab permit & tv dbawah kuasa kera jaan umno yg maha berkausa yg boleh tolak hukum Allah tu...

Tapi sebelum debat dgn nik aziz ... ambo tertarik kpd hujjah al-juburi ..."Tok guna kalu dok ralik senarai sama sebangsa dan seanutan agama sekian akan masuk syurga dan yang lainnya akan masuk nerkara. syurga neraka kita akan ditentukan oleh Allah. Syarat nak masuk syurga kena Islam,beriman dan bertakwa." ....ambo jugak setuju. Al-juburi yg hebat agama dgn berbinikan hafizah tapi dok kerabat umno tu tolong hurai skit kpd puok2 PAS yg sesat nih..

SOALAN AMBO NO-1:
Sila nyatakan syarat2 SAHnya ISLAM dan sebab2 BATALnya ISLAM?

SOALAN AMBO NO-2:
Sila nyatakan syarat2 SAHnya IMAN dan sebab2 BATALnya IMAN?

SOALAN AMBO NO-3:
Sila nyatakan ciri2 orang yg TAQWA dan ciri2 orang FASIK (lawan taqwa)?

SOALAN AMBO NO-4:
Sila nyatakan perbandingan dasar, matlamat, amalan dan tindakan antara Pemimpin2 UMNO dengan Pemimpin2 PAS mengikut syarat2/ ciri2 ISLAM IMAN & TAQWA diatas?

Sekiranya hujjah berdasarkan dalil naqliyyah/ nas qatiee yg UMNO lebih Islamik daripada PAS, lepas ni kita sama2 hentam pAS sampai hancur dari muka bumi ini!
Tapi jika sebaliknya ... logu mana awe al-juburi, pemudacakna, johan, budak lubuk tapah dan puak2 serupa demo ni.. ???

pemudacakna said...

Adapun sahnya Islam ialah mengucap dua kalimah syahadah. Syarat-syarat sah sahadah ada empat perkara iaitu :
1. diketahui
2. diikrarkan
3. ditasdikkan
4. diamalkan
Adapun membinasakan syahadah itu ada empat perkara:
1. menduakan Allah Taala
2. syak didalam hatinya
3. menyangkal dirinya dijadikan Allah taala.
4. tiada diasbatkan zat Allah taala.
Adapun dinamakan syahadah itu iaitu: Asyhadualla ila haillallah
waashaduan namuhammadar rasullullah.
Secara ringkasnya sesiapa yang mengucap dua kalimah syahadah maka islamlah ia dan sesiapa yang menduakan Allah maka syiriklah ia.
Tidak dinyatakan sesiapa yang menjadi ahli PAS itu ISLAMlah ia dan sesiapa yang menjadi ahli UMNO itu kafirlah ia.
Begitulah setakat yang saya tahu untuk soalan 1. Yang lebihnya kenalah belajar dengan tok guru yang betul-betul tok guru agama.

JOHAN said...

Hok ambo tahu sah iman seseorang itu antaranya mengasihi Allah, malaikat, kitab Allah, wali-wali Allah, nabi-nabi Allah (bukan rasul melayu),benci kepada seteru Allah.
Hok bak ni ambo rasa PAS tak benci kepada seteru Allah sebabnya dia boleh berkawan dengan syaitan yang berupa parti iaitu DAP yang terang-terang menentang Islam. Pah lagu mano dengan imannya???
yang lain lagi ambo tak berapa tahu sebab ambo bukanlah ustaz, jauh sekali tok guru atau mufti.
Wallahua'alam.

Anti Al-Liwati Al-Juburi Al-Taiki said...

Saudara Aonymous, demoni memang bertabi'at orang Pas sungguh, bila terkepik guna taktik mengelak. Demo nak debat, demolah rus. Tak 'kan demo sakit peut nak berak, kawe kena tulung berak ko demo.

Soalan-olah demo tukawe simpulkan jawapan, kalau jadi orang Pas jah baru boleh masuk syurga,itu bukan pendirian orang Islam,orang beriman dan bertaqwa. kalau berpendirian Pas tu Islam dan islam itu Pas, punah akidah. Bila punah akidah demo faham sedirilah.

Kalu demo sedri takleh nak buwijawapan ko soalan-soalan demo tu patutlah demo jadi taksub totok pun. Takpelik la kalu demo raso tengok gambar tok guru pun boleh pahala. Demo rasa TGNA nak tok iman masjid Mekkah sapo lebih alim. Bakpo orang Islam tak ppakat tepek gambar to iman tu rata-rata?

Kawe tak leh bercakap bagi pihak Umno (kawe takdok autoriti) kerana kawe bukan orang Umno. kawe macam MKJ juga, Umno tidak Pas pun bukan. Tapi pada pemerhatian kawe, Umno lebih bnyak buat jasa kepada perkembangan syiar Islam, orang Pas pula terlalu angkuh, sombong, bongkak dan riak dengan kealiman masin-masing sehingga boleh senaraikan ahli syurga dengan neraka. Pas terlalu beretorik. Tak pelik kerana memang ada segolongan yang menyangkaka mereka melakukan pekejaan ahli syurga walhal melakukan pekerjaan ahli neraka dan sebaliknya.
Kalau tidak diberi peringatan dan dibiarkan, Pas akhirnya boleh jadi satu pertubuhan politik berajaran sesat. Na-u-zubilleh.
Tokcik kawe dulu antara orang yang turut beperanan dalam penubuhan Pas ni. Kalu kawe sebut nama dia orang veteren Pas lebih dari kenal. Atas nama tokcik kawe,kawe berhak tegur Pas.

Anonymous said...

Dari 4 SOALAN AMBO seblum ni ....jawapan tak mantapla masih pakai akal saja! mana nas qatiee nya?

Pemudacakna kata ... "bla, bla,... kalu aku baca Kitab Perukunan lama yg org tua dok kelek tu lagi jelas.
Al-juburi al-taiki yg hebat pelbagai bahasa tu.. yg nak debat dgn nik aziz pun, jawab mace surat kabar lamo... hujah dgn "keras keng" saja ... bukan dalil nas!

Johan jwappun ala kada .. iman itu ,,, mengasihi Allah,.... tak jelas .. stakat tu sajakah...?

Mudah sangatkah Islam dan amalan nak masuk surga nih? setakat solat, posa, haji, zakat .. sajakah? cukup Islam krn beranak & mak bapak Islam saja ko? bab muamalat, dakwah, jihad, politik, aurat, riba', rasuah, tiipuu, hudud, ... tadak dalam Islam ko..??

Al-Juburi & puaok2 demo yg berkarat biru keta tu... carila hujah2 dri kitab2 yang muktabar sikit baru boleh kkecek.. sedap bbahas..