Wednesday, October 14, 2009

MUNCUL KEMBALI (441)

Pikat golongan muda mempertahankan kerajaan

CADANGAN Pergerakan Pemuda UMNO meminta kerajaan menyediakan beberapa inisiatif khas untuk golongan muda menjelang pembentangan Bajet 2010 yang antaranya dengan mewujudkan Bank Belia atau Bank Pemuda bagi menggalakkan golongan itu terlibat dalam bidang keusahawanan bukan sahaja kena dipastikan diberikan perhtian sewajarnya tetapi perlu direalisasikan dengan segera.

Saya bersetuju dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa langkah itu perlu kerana kumpulan terbabit kini berhadapan dengan masalah kekurangan pekerjaan yang menuntut pihak pemerintah menyegerakan usaha menyelesaikan masalah mereka.

Melalui bank berkenaan sudah tentu pihak kerajaan boleh menyalurkan pinjaman khas kepada kumpulan sasaran terutama bagi mengatasi masalah modal perniagaan di peringkat permulaan. Selain itu ia tentunya menggalakkan penyertaan mereka di sektor-sektor baru yang berteknologi tinggi dan mempunyai nilai tambah kepada ekonomi.

Jika cadangan itu direalisasikan ianya akan secara tidak langsung akan dapat membantu mengurangkan pengangguran kerana bila wujdkan sesuatu peniagaan atau perusahaan, secara tidak langsung akan melibatkan usaha menawarkan peluang-peluang pekerjaan, terutama di sektor-sektor strategik seperti perkhidmatan, teknologi maklumat dan bioteknologi yang turut melibat pengguaaan tenaga pelajar lepasan aliran teknikal dan vokasional.

Kerana itu tidak ada sebab untuk ianya tidak segera direalisasikan, malah langkah-langkah dan tindakan-tindakan proaktif perlu dimulakan serta merta ke arah menjadikan cadangan yang sangat bernas dan bersifat sesuai dengan keperluan semasa negara itu dijadikan kenyataan dalam tempoh terdekat.

Saya juga tertarik kepedulian Pergerakan Pemuda Umno dengan nasib golongan muda yang baru memulakan hidup berkeluarga yang dibangkitkan oleh Khairy yang mana menurut beliau Pergerakan 'Pemuda Umno prihatin dengan nasib golongan muda yang baru sahaja memulakan hidup berkeluarga.

Benar kata Khairy, rata-rata mereka baru bekerja dan dalam masa sama mempunyai pelbagai tanggungan termasuklah membantu ibu bapa dan membayar pinjaman pendidikan. Justeru cadangan Pergerakan Pemuda Umno yang disuarakan oleh ketuanya supaya kerajaan membantu golongan berkaitan wajar diberikan perhatian dan diprogramkan segea pelan tindakan yang proaktif.

Antaranya tersbut merealisasikan segera cadangan penubuhan tabung untuk pinjaman perumahan dengan kadar faedah terendah. Melalui langkah itu ianya pasti akan membolehkan golongan muda yang baru berkahwin mampu memiliki rumah sendiri. Bagi saya cadangan ini sangat sesuai dan sepadan dengan slogan 1Malaysia yakni rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Cadangan supaya memberikan diskaun istimewa untuk kereta nasional kepada mereka yang mempunyai anak pertama dan baru memiliki kereta dan juga cadangan supaya kerajaan memperuntukkan RM200 bagi anak pertama setiap keluarga sebagai simpanan permulaan Tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional selain penyediaan baucer membeli barangan keperluan asas bayi seperti susu danlampin adalah merupakan cadangan-cadangan yang tidak patut ditolak oleh kerajaan berkonsepkan 1Malaysia.

Jikacadangan-cadangan itu direalisasikan,keajaan yang ada bukan sahaja akan berjaya memikat hati golongan muda untuk terus menyokong dan mempertahankan kerajaan tetapi ianya akan memberi faedah besar kepada rakyat dan negara tercinta.

No comments: