Wednesday, October 14, 2009

MUNCUL KEMBALI (442)

Pimpinan Umno: kenapa tidak dibuat pilihanraya parti

PASTINYA akan termaktub dan tertinta dalam lakaran sejarah Unmo apabila lebih 2,500 perwakilannya meluluskan pindaan pada tujuh fasal perlembagaan parti itu termasuk menyerahkan pemilihan pucuk pimpinan kepada kelompok ahli yang lebih besar.

Ianya menjadi suatu sejarah kerana dalam sejarah penubuhannya 60 tahun lalu, ini adalah kali pertama pindaan dilakukan oleh UMNO bagi menjadikan ia lebih demokratik dengan pemilihan pemimpin tidak terletak di tangan sekumpulan perwakilan sahaja seperti sekarang.

Pindaan membabitkan tujuh fasal dan 41 klausa.itu sesuai dengan matlamatnya untuk memastikan pemimpin benar-benar datang daripada akar umbi di samping mengelakkan penyelewengan, terutama bagi pembendungan politik wang.

Pindaan itu bagi Umno adalah sebahagian daripada proses transformasi parti untuk membolehkan UMNO lebih demokratik, telus dan inklusif serta barisan kepimpinan utama dihormati dan ditaati.

Ianya bagi membolehkan jawatan penting parti yakni Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dan 25 Ahli Majlis Tertinggi (MT) dipilih oleh para perwakilan pada perhimpunan agung akan dipilih melalui persidangan bahagian setiap tiga tahun oleh 146,500 ahli.

Memang ada benarnya kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bahawa pindaan itu merupakan sesuatu yang bersejarah dan bakal memberi kesan besar kepada parti dan ianya wajar mendapat persetujuan sebulat suara 2,500 perwakilan kerana dengan pindaan itu, maka pemilihan akan melibatkan akar umbi.

Tetapi kalau saya jadi orang Umno, saya akan memperhalusdan mendemokkratikkan lagi sistem pemilihan dengan mengadakan pemilihan kepimpinan sebagaimana yang dilakukan dalam pilihanraya dengan mengadakan piliharaya memilih kepimpinan utama Umno.

Maknanya semua ahli Umno, tidak kira berapa juta jumlah diberi peluang mengundi memilih tokoh-tokoh yang benar berwibawa bagi menjawat jawatan-jawatan utama yakni Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden, .25 Ahli Majlis Tertinggi (MT) , Ketua Pemuda, Ketua Pergerakan Wanita, Ketua Puteri, Ketua Putera dan ketua-ketua badan perhubungan yang kemudiannya akan memilih ketua-ketua biro dan ahli jawatankuasa.

Jika ini dilakukan, mana-mana tokoh yang terpilih sebagai barisan kepimpinan utama akan lebih dihormati kerana mereka adalah pilihan majoriti ahli Umno, malah ianya lebih demokratik lagi. Jika sistem ini diamalkan, maka jumlah keahlian parti juga akan bertambah kerana alon-calon yang bertanding akan menggerakkan usaha untuk tambah keahlian yang diharap akan berpihak kepadanya dalam pengundian.

Rasanya belum terlambat untuk Umno sebagai parti terbesar dan tekuat di negara ini bagi mengungguli sistem pemilihan kepimpinan utama parti secara yang sedemikian demokratik itu memandkanbilangan keahlian Umno yang mencecah jumlah jutaan orang pada waktu ini dengan jumlah keahlian juga semakin hari semakin bertambah.

3 comments:

Abuzar said...

Sdr MKJ, inilah masalah UMNO, mereka kata nak memerintah Malaysia secara DEMOKRATIK, ADIL & BERINTEGRII tapi diri MNO sendiri tak demokratik, cantas mencantas dan korup! Macam ketam suruh anaknya berjalan betul kehadapan tapi ibu ketam sendiri jalan mengiring. Inilah hypocracy UMNO dengan pelbagai slogan dan agenda yang muluk2 sebelum ini tapi "bikin tak serupa cakap". Boleh percaya lagikah UMNO yang telah menggagalkan DEB, Bank Bumiputera, Pernas, Tulisan Jawi, Bahasa Melayu, Pulau Batu Putih, ....... ? Lagi kuat UMNO lagi lagi hanyut identiti Melayu .... nilai Islam apa lagilah!?

Gu Arwah Ayah Fi said...

Pas sendiri setaro mano demoktraiknya? Gagasan Presiden yang disokong timbalan presiden boleh dibatalkan oleh veto mursyidul am. pas begapo hak Pas buat untu jayakan DEB, Bank Bumiputera, Pernas, Tulisan Jawi, Bahasa Melayu, Pulau Batu Putih?Ber

Hak sahnya batu pelir orang Pas sendiri pun banyak kena uluran.

Berkecek bulehlah. Di Kelantan, Kedah, pulau Pinang berapa jutawan dah hak Pas lahirkan? kalau bijak bina ekonomi tak 'kan sampai llo ni pun bila ceramah dok jaja supek minta derma.

Acu try Pas buat piihanraya parti macam hak MKJ cadang Umno buat. nak tau Nik Aziz boleh menang ke tidak jawatan mursyidul am, aku rasa nak menang ketua cawangan pn sakit. le'it macam taikberuk.

Worih Dekat Ayah Fi said...

Betul, kawe mensetuju. Berkeck sedap la...besar pahalanya menderma, takdok samas bubuh serial, takdok serial bubuhlima rial, takdok lima rial bubuh sepuluh rial, tadok sepuluh bubuh lima puluh, takdok lima puluh bubuh seratus. kalau tok bowok pitih bubuh jam, bubuh cincin, bubuh rantai. Jange dok sayang muga kita nak beli tike gi ke syurga. Dok llnge takdok pekdoh belaka. Lurut abis bubuh dalam ppiah kita terima belako.
Itu cara pembinaan ekonomi. tukang gatih teksi sapai reyok dan tunggek punggung pun ada serial bubuh dalam jjabe pengutip derma. Kelik domoh baloh dengan bini, pitih suruh wat beli ikan kering nyo gi buwi derma dekat ceramah Pas, kononnya nak beli tiket ke syurga.

Tok wakilnaik kereta mewah, derma tak hulur pun, hak gatih teksi koho reyok dan tunggek punggung, hak kuka pokok getah terus pperan dengan nyamuk. Bbo la wei dok buka bualnyooooooooooo nak jadi kerajan hak lebih baguh dari kerajaan hak ado. rakyat tak akan curah air dalam tempayan hanya kerana dengar guruh. Rakyat tak bodo.