Friday, October 16, 2009

MUNCUL KEMBALI (444)

Kita berusaha mencari takdir

SAYA acapkali meminta, malah kali ini merayu supaya pandangan saya jangan sekali-sekali dipegang kerana saya bukan ulamak. Pandangan, pendapat, saranan mahu pendirian saya hanya boleh dipegang jika ianya selari dengan al-Quran dan Hadis. Kalau terdapat percanggahan dengan al-Quran dan Hadis, sila tahok/tohok jauh-jauh, ianya adalah kelemahan dan kecetekkan ilmu saya.

Untuk maklumat, saya tidak pernah bermaksud menyalahkan takdir tetapi bagi saya kalau misalnya Pas kalah dalam pilihanraya dan dituding kerana penipuan undi dan sebagainya, ianya adalah bercanggah dengan Islam kerana tidak akan berlaku sesuatu yang baik atau jahat tanpa izin-Nya.

Pandangan dan pendirian saya nampaknya dibimbangi akan menjadikan saya atau pembaca catatan saya akan mensabitkan dan mempersalahkan takdir apabila mengaitkan sesuatu kerana'menag telah ditakdirkan. Saya berterima kasih kepada pengomen di bawah kerana menyuarakan kebimbangannya.

Bagi saya untuk menjadi Islam tulen serta bagi pembinaan iman dan takwa yang hakiki, kita kena sentiasa bimbang kalau-kalau kita keliru dan mengelirukan orang, bukannya menganggap kita semuanya betul dan orang lain semuanya silap, semuanya tidak betul dan karut.

Mari
sama-sama kita renungi komen yang dihantar oleh Anonymous sebagaimana berikut;

Anonymous said...
assalamualaikum
saya perhatikan, saudara mkj byk dan kerapkali gunakan perkataan takdir...bila pas kalah..sudah takdirnya begitu...bila umno begitu begini...sudah takdirnya begitu

bagi saya yang jahil..mmg benda takdir tu betullah. tapi jangan sampai orang yang membaca silap n salah faham yang membawa kepada jabariah dan sebagainya. cara abg li ulas tu nampak ke arah itu.maybe itu hanyalah apa yang saya nampak. maybe abg li nak membawa pembaca kepada tuhan tetapi jangan dengan cara yang orang buleh faham abg li bawa kepada aliran jabariah...


Harus diingat antara Rukun Imam yang keenam ialah mempercayai untung baik dan untuk jahat (qaqa' dan qadar). Maknanya untung nasib kita telah ditentukan, telah disurat dan ditakdirkan.

Bagaimanapun kita dilarang frust, kecewa dan putus asa atau berserah, sebaliknya kita dituntut berusaha dan berdoa supaya untung nasib kita baik. Kita tidak boleh berusaha dan mendoakan untung jahat untuk kita dan juga untuk orang lain.

Kita kena berusaha untuk mencari suratan takdir dengan harapan untung nasib dan takdir kita baik. Tetapi kalau nasib kita tidak baik, misalnya kita kalah dalam pilihanraya, maka kita kena terima dengan syukur kerana memang apa yang kita cari telah kita temui, yakni ita kalah.

Kalau soal-soal suratan takdir dan Qada' Qadar diketepikan, maka kita akan sentiasa berperangsangka buruk terhadap lawan dan kita akan mengkeranakan dengan pelbagai kerana dan sebab, kita tidak akan melihat hikmah di sebalik kalah atau menangnya kita.

Tugas kita adalah berusaha dengan tulus, ikhlas dan selari dengan Islam, sejalur dengan apa yang Allah dan Rasul-Nya mahukan supaya kita menang dalam pilihanraya misalnya. Kalau kita kalah juga, kita kena terima dengan terbuka supaya akan mendorong kita untuk mngkaji punca kenapa Allah tidak metakdirkan kita menang.

Bagaimanapun kita tidak boleh mempersalahkan takdir kerana sebenarnya ada sebab musababnya kenapa kita ditakdirkan kalah, kalau kita kalah kerana ditipu (jika benar ditipu) maka kita kena cari sebabnya kenapa kita boleh ditipu, tentu ada kelemahan dan kecuaian kita di sana sini, barangkali kerana kita kurang cerdik kalau pun tidak bodoh, maka kita kena tipu. Kerana itu muhasabah penting, bukannya menuding jari sana sini tanpa ada keinginan untuk memuhasabah diri.

Kalau kita boleh terima takdir dengan penuh keisalaman, keimanan da ketakwaan, maka kita boleh ketawa dalam tangis dan boleh menangis dalam tawa.

No comments: