Wednesday, October 7, 2009

MUNCUL KEMBALI (426) - KEMASKINI DENGAN PEMBTULAN EJAAN

Pendukung dan penyokong Pas ditipu?

ADA penjenguk blog saya yang emailkan bahan dibawah yang dikatakan dipetik dari komen Anonymous yang dihantar ke ruangan komen blog penawarrindu@blogspot.com untuk diberi pandangan secara tulus tanpa bias politik atas sifat saya sebagai penulis yang tidak berparti politik dan menerima pendidkan sekolah agama.

Saya akan cuba beri pandangan saya tetapi ianya bersifat pandangan peribadi yang tidak boleh dipegang oleh sesiapa pun. Penjenguk blog disaran merujuk kepada al-Quran dan Hadis untuk mewajarkan pandangan saya dipersetujui atau ditolak. Bahawasanya tidak ada yang lebih benar selain dari al-Quran dan Hadis.

Bahan tersebut adalah sebagaimana berikut;

Anonymous said...
Lidah Nik Aziz Bercabang 10


1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

Pandangan saya: Bersyukur dengan pendirian dan berubahnya sikap DAP yang sanggup bekerjsama dengan Pas memang patut TETAPI asalkan tidak mendiri negara Islam itu bagi saya bercanggah dengan matlamat dan tujuan penubuhan Pas yang didalamnya ada perkataan Islam.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

Pandangan saya: Maknanya pendukung dan penyokong Pas ditipu. Tujuan Pas didukung dan disokong kerana menyangkakan Pas berjuang untuk Islam dan merancang penubuhan negara Islam. Tanpa ada rancangan menubuhkan negara dan pemerintahan Islam, apa bezanya lagi antara Umno dengan Pas selain dari perbezaan lambang politik dengan gaya berpakaian yang rata-rata orang Pas berkopiah, orang Umno bersongkok.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

Pandangan saya: Umno menolak Islam itu pada persepsi Pas dan Dato' Nik Aziz secara peribadi. Kalau tolak Islam macam mana ada Universiti Iislam Antarabnagsa, ada Bank Islam, ada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), ada Institut Kefahaman Islam (IKIM), ada sekolah tahfiz, ada matapelajaran Islam di sekolah rendah dan menengah, ada Tabung Haji, ada PERKIM, ada masjid pada setiap mukim.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

Pandangan saya: Fatwa peribadi Dato' Nik Aziz. Maknanya Umno dan orang Umno dikafirkan kerana mati melawan orang kafir dianggap syahid, mati berperang sesama Islam mana ada syahid. Dato' Nik Aziz kena tanggung fatwanya itu dan Allah tidak boleh dikelentong.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

Pandangan saya: Allah dengan manusia tidak boleh disamakan. Makhluk dicipta-Nya dan Dia berhak memakin atau buat apa sahaja terhadap ciptan-Nya. Tetapi sebagai makhluk, kita bukannya boleh maki sesuka hati. Nabi tak pernah maki sesiapa, maknanya Nabi tak ambil kesempatan memaki musuh-musuh Islam kerana Allah pun maki. Kalau Nabi tak buat, siapa Dato' Nik Aziz untuk maki kerana Allah pun katanya memaki?

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

Pandangan saya: satu kenyataan yang penuh riak dan takbur. Nabi pun tak terima pertolongan syaitan, apakah Dato' Nik Aziz lebih istimewa dari Nabi, maka sanggup terima pertolongan syaitan?

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Pandangan saya: kena rujuk mufti dan majlis fatwa.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

Pandangan saya: saya tak dengar orang lain pernah kata macam tu, kecuali Dato' Nik Aziz. Dato' Harun Din pun saya rasa tak pernah kata. Dalam al-Quran ada ayat yang melarang berkata buruk. Mencarut adalah antara kata-kata buruk.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

Pandangan saya: kena mufti dan majlis fatwa komen.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.
7/10/09 2:21 PM



Pandangan saya: dari sudut hukum hakam , arak haram. Penghalalan jualannya untuk bukan Islam adalah dari sudut undang-undang sivil. Hasil jualan, mereka yang memperolehi hasil darinya adalah haram.

Anonymous said...
11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

Pandangan saya: suatu pandangan mengelirukan. Perdamaian dengan DAP boleh tetapi bila Presiden dan Timbalan Presiden nak jalin perdamainan dengan Umno, Dato' Nik Aziz mengamuk sakan. Sehingga sekarang saya masih cari atas asas apa dengan DAP boleh tetapi dengan Umno tak boleh. Harap sebelum meninggalkan dunia ini saya akan ketemui jawapannya untuk nantinya ditulis untuk makluman umum.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

Pandangan saya: Itu fatwa dato' Nik Aziz yang barangkali lupa bahawa Pas bukan Islam dan Islam bukan Pas. Kalau Pas dianggap Islam dan Islam itu Pas sehingga menentang Pas dianggap haram, bagi saya boleh rosak akidah. Kerana Pas atau mana-mana parti politik sekali pun tidak boleh disamakan dengan Islam. kerajaan-kerajaan Umayyah, Abbasiyah mahu pun Uthmaniyyah tidak membubuh nama Islam.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

Pandangan saya: seolah-olah Dato' Nik Aziz merujuk kepada dirinya dan menganggap tidak ada orang lain yang layak memimpin selain dari dia dan orang sepertinya. Tidak hairanlah kalau baginya Pas telalu suci sehingga boleh dikatakan haram menentang Pas.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

Pandangan saya: sama dengan pandangan saya di atas.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

Pandangan saya: kerasa perasan seluruh makhluk di langit dan di bumi menyokongnya, maka dia boleh mendahului Presiden dan Timbalan Presiden atau majlis syura. Kerana itulah beliau boleh perleceh, perhina dan perlekeh Timbalan Presiden yang bercanggah pandangan dengannya, seolah-olah kalau gagal fanatik kepadannya, boleh mufarakah dan berambus dari Pas sehingga beliau lupa Pas bukan milik peribadinya.

Suatu ketika, bila pendukung dan penyokong Pas bebas dari belenggu taksub melampau dan sindrom memBERHALAkan sesama manusia, sanjungan terhadapnya akan bertukar dengan cemuhan.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

Pandangan saya: pandangan itu bersifat peribadi dan bukan pandangan Pas, apatah lagi para pengasas Pas. Rasanya tidak halal kalau kerajaan yang ada dipimpin oleh orang Islam ditumbangkan dan ditukarkan dengan kerajaan yang berperdana-menterikan orang DAP yang terang-terang menentang Islam. Penubuhan kerajaan Selangor pun saya rasa tak berapa halal mana, apatah lagi di Pulau Pinang.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

Pandangan saya: politik dengan politik memang tidak boleh disukukan. Tetapi menganggap parti politik itu Islam dan Islam itu parti politik tertentu boleh punahkan akidah. Politik dengan parti politik dua benda yang sangat berbeza walaupun bunyinya macam serupa.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

Pandangan saya: saya tak pernah baca manifesto berkenaan. Jadi saya tak tau isi kandungannya.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

Pandangan saya: Umno juga mempunyai kepentingan yang serupa kerana negara ini bermasyarakat majmuk.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.
7/10/09 2:23 PM


Pandangan saya: amalan demokrasi yang diamalkan juga dibuat oleh orang kafir. Apakah halal Pas menyertai pilihanraya yang kena ada wang pertaruhan macam judi untuk bertanding. Kalau apa yang baik dari orang kafir tidak boleh diterima-pakai dan tidak sampai bercanggah dengan akidah serta sampai membawa kepadasyirik, masakan Nabi suruh umat baginda mencari ilmu hingga ke negeri Cina walhal ketika membuat suruhan tu, Islam belum sampai ke Cina lagi.

Anonymous said...
21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

Pandangan saya: tidak kira parti mana pun yang dileaderkan oleh orang Islam kalau pemerintahannya adil dan tidak menyekat kebangkitan berkembangnya syiar Islam adalah haram ditentang. Kalau kerajaan membiarkan umat Islam kebuluran, masjid, surau, madrasah dimusnahkan, sekolah-sekolah agama dimusnahkan, peluang umat Islam ke Mekkah dihadang, maka umat Islam wajib bangkit berjuang dan kena bersedia untuk syahid. Kerajaan yang lebih utamakan pertumbuhan rumah-rumah ibadat bukan Islam dan pembinaan to'kong di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam, kena ditentang.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

Pandangan saya: kalah menang sesebuah kerajaan bukan kuasa malaikat tetapi Kuasa Allah melalui takdir dan suratan-Nya. Malaikat hanyalah hamba yang menurut perintah-Nya dan tidak ada kuasa untuk mengubah takdir dan suratan-Nya. Bergantung kepada pertolongan yang lain selain dari Allah jadi tidak berapa betul ssiku dengan akidah.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

Pandangan saya: ianya hanya bersifat retorik. Wanita terus bekerja di Kelantan, malah dalam kerja-kerja parti nampakanya tenaga wanita lebih banyak digunakan. Melarang wanita bekerja tidak berapa betul. Kalau tidak silap saya, masa Umar Al-Khattab jadi khalifaf, menteri kewangannya adalah wanita, As-sifa' namanya. Kalau wanita dilarang bekerja, masakan Umar lantik wanita jadi menteri kewangan. Umar masuk Islam dan mengucap syahadh depan Rasulullah s.a.w. dan menerima ilmu-ilmu Islam dari Rrasulullah s.a.w. dan disenaraikan sebagai ahli syuga.

Banyak kenyataan tentang wanita yang dibuat oleh Pas, khususnya oleh dato' Nik Aziz kurang tepat. Kini wanita bukan sahaja dilantik sebagai senator tetapi turut bertanding dalam pilihanraya dan diantik sebagai exco. Secara tidak langsung Dato' Nik Aziz sudah menjilat ludah dan geriak hijau kuning sendiri dalam soal wanita ni. Bedk gincu pun tetap laris jualnnya di Kelantan.

24. "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

Pandangan saya: kerana pengundi hantu tidak wujud, maka Pas mengalami kekalahan yang agak teruk pada pilihanraya umum ke-11. Kerajaan Pas Terengganu yang baru berusia sepenggal tumbang, ahli-ahli parlimen Pas yang berwibawa kalah, Kelantan sebagai kubu kuat Pas hanya dimenangi dengan majorit dua kerusi, malah akhirnya menjadi kerajaan dengan hanya majoririti satu kerusi yang mana satu kerusi itu pula majortinya cuma dua undi.

Walaupun ada peluang untuk tawan Kelantan secara tidak sihat dalam keadaan Pas berkerajaankan dengan majoriti sakit, Umno sebagi leader kepada parti pemerintah di pusat tak ambil kesempatan sebagaimana Pas dan parti-parti dalam PR cuba usahakan hanya kerana Umno/BN tidak menang dengan majoriti 2/3 pada pilihanraya umum ke-12. Berdasarkan hal itu bolehlah dibandingkan siapa yang mulut dan perut busuk antara Umno dengan Pas.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

Pandangan saya: sejauh mana pula perlembagaan Pas kini merujuk kepada al-Quran?. Akhir-akhir ini Pas nampak macam parti milik peribadi Dato' Nik Aziz. Pandangan/gagasan Presiden dan Timbalan Presiden pun boleh terbatal dibuatnya.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

Pandangan saya: Pas pun belum tentu perjuangannya berteraskan Islam tulen. Penilaian Dato'Nik Aziz serta para pendukung dan penyokong Pas belum tentu selari dengan penilaian Allah dan rasul-Nya. Belum tentu yang apa yang dilakukan dan dianggap perbuatan ahli syurga tu betul-betul perbuatan ahli syurga manakala yang dianggap perbuatan ahli neraka la betul-betul perbuatan ahli neraka. Jangan terlalu yakin untuk senaraikan diri sendiri dan puak sendiri sebagai ahli neraka dan orang lain serta puak lain sebagai ahli syurga. Yang pasti orang alim yang riak dengan kealimannya dan orang yang banyak beribadat dengan riak tidak akan masuk syurga.

Yang Pas dan Dato' Nik Aziz tolak kerajaan perpaduan dengan Umno hasil gagasan Presiden Pas itu bukankah suatu bentuk pertengkaran terhadap Melayu ke?. Nampaknya mengata dulang paku serpih, menuding ke orang tetapi sendiri yang lebih.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.

Pandangan saya: betul Nabi tandatangani perjanjian dengan Yahudi tetapi akhirnya Yahudi khianati perjanjian. Apakah tidak mustahil DAP juga akan jadi macam Yahudi. Apakah Pas lebih bijak dari Nabi agar apa yang menimpa baginda tidak akan menimpa Pas?. Bukankah dalam al-Quran ada menyebut larangan bekerjasama dengan Yahudi atau menjadikan Yahudi sebagai orang kepercayaan?.

Orang Pas yang rata-rata mengaji agama pasti tahu sama ada ayat larangan itu diturunkan selepas atau sebelum Yahudi mengkhianati janji.

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

Pandangan saya: saya tak boleh tangkap maksudnya dengan jelas.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pandangan saya: selain daripada para sahabat yang telah diperakukan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. sebagai ahli syurga, tidak disenaraikan pun wakil rakyat Pas dan Pas boleh bawa penyokong ke syurga dan yang tidak sokong Pas masuk neraka? Pas baru wujud pada tahun 1951.

Kalau jadi orang Pas atau sokong Pas baru bolehmasuk syurga, macam mana dengan mereka yang mati sebelum kewujudan Pas?. Nabi dan para sahabat bukan ahli Pas, malah para nabi da rasul bermula dari nabi Adam lagi bukan ahli Pas dan tak jadi wakil rakyat, menteri besar, exco, pendukung dan penyokong Pas.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.
7/10/09 2:24 PM.


Pandangan saya: Islam mana pula tolak Islam? Kalau tolak Pas dianggap tolak Islam, belum tentu anggapan itu betul. Islam dengan Pas dua benda yang berbeza.

Demikian pandangan saya dan ianya bersifat pandangan peribadi dan tidak boleh diterima-pakai oleh sesiapa kecuali apa yang menjadi pandangan saya selari dengan al-Quran dan Hadis. Tolong jangan pegang pandangan saya sebagai suatu pegangan, sebaliknya betulkanlah saya kaau saya silap.Sesungguhnya yang baik dari Allah, yang buruk adalah kerana kefaqiran ilmu dan ketidak-sempurnaan saya sebagai hamba-Nya!

4 comments:

Anonymous said...

PAS loni tak srupo mulo doh.. byk dok lari dari landase perjuange dio hok asal... semua nyo beruboh abih.. tak dok sebab lain, hanya semata sebab nak kuasa. Nga DAP pun jd buleh bekerjasama....

Worih Haji Long Kopiah Bulat said...

Kerananya di dunia ini ada syaitan dan iblis yang kerjanya menyesatkan anak ccu Adam. Bagi orang alim, syaitan dan iblis yang godanya dari kelas padan lawan, bukan dari jenis kemaca.

Kalau bbunyi ppelik 'kan walaupun keluar dari mulut orang alim, tmbah-tambah orang alim yang ada kepentingan politik, itu sebenarnya suara dari bisikan syaitan dan iblis. Rujuk Quran dan Hadis dulu sebelum nak terima.

Bukan sedikit orang alim dahulu kala yang mati masuk neraka kerana tergoda oleh bisikan syaitan dan iblis.

Untuk selamat,rujuk al-Quran dan hadis. Kalau Quran kata tak boleh kata-kata kesat tiba-tiba ada orang yang kononnya alim kata boleh, kena ambik hak Quran kata, tahok hak orang alim kata.

Kalau Nabi musnahkan berhala di seliling Ka'bah(Nabi Ibrahim pula kapak dan musnahkan berhala yang bapaknya bina), bakpo kita sokong kebenaran membuat berhala gergasi di Negeri Serambi Mekahsemata-mata atas alasan kbbaan beragama.

Saya setuju dengansatu catatan,kalau Abu jahal, Abu Lahad dan orang kafir Quraisy datang ke Kelantan sekarang ini, mereka pun boleh penggsan dan mati diserang sakit jantung kerana terkejut oleh pembinaan to'kong gergasi di Jubakar, Terbak dan d Bachok kerana saiznya yang demikian besarnya yang mana tidak ada pun berhala sebesar itu pada zaman jahiliah.

Abuzar said...

Saya berlindung dengan kesucian Allah atas segala kegelinciran Iman & Islam. Janganlah diri saya disesatkan oleh mereka yang sesat dan ingin menyesatkan.

Walau pun MKJ telah senarai pelbagai petikan pada fikirannya kesalahan TGNA, tapi pada diri saya perlu fahami keseluruhan syarahannya dari awal hingga akhir .. barulah saya mungkin jelas maksud sebenar setiap petikan yang diulas diatas TGNA... Kadang2 TGNA tak terpesung tapi mereka2 yang mengutip ayat2 samar maksud ini cuba "memesungkannya" atas tujuan tersendiri.Mereka menyesat diri sendiri dan cuba menyesat orang lain pula.... saya syorkan pergilah mengaji dan dengar betul2 disetiap ceraamah/ pengajian TGNA seperti program mingguan di Dewan Dzulkifli, di madrasah Pulau Melaka, dll.

Pada saya tersilap atas bimbingan ilmu para ulamak, TGNA, Ustaz Ahmad Awang, dll .. lebih baik dari tersesat dengan menelam hujjah Juhala', Najibu, Muhyiddiin,Rais ytim, khairy jmldn, shahrizat jlil, dll....

Mengenai ..bina tokong oleh orang kafir zimmi di kawasan mereka ni ... Mufti2, Majlis Agama Islam Negeri2.. cth MAIK, dan Majlis Fatwa Kebangsaan kena keluar fatwa dan hukumnya ..mengikut, al Quran, alHadist, sirah, ijma' sahabat, dan ulamak ... jangan pakai hentam tanpa ilmu... Nabi bersihkan patung2 didalam Masjidil Haram dengan perintah Allah, .. manakala dikawasan milik orang kafir tiada pulak hadistnya ( mungkin saya silap?) ...bahkan Nabi dakwah & Islamkan mereka, kemudian mereka sendiri akhirnya meninggal/ menghapuskan patung berhala mereka dulu.... Bahkan Rasulullah ada melarang pasukan tentera Islam dari mengusik/ memusnah rumah2 ibadat kaum kafir, ahli2 agama mereka, hartabenda mereka dan wanita serta kanak2 mereka semasa melaksanakan misi dan operasi ketenteraan di wilayah taklukan... adab & akhlak mulia para pejuang Islam inilah telah memenangkan hati2 kafir peluk dan turut berjuang bersama Islam! Apakah tindakan TGNA, Kerajaan PAS tidak syariee?

Pertuduhan PAS dah jadi boneka DAP, pun fitnah karut dan hipokrasi UMNO......
Lebih 52 tahun UMNO berkongsi kuasa dengan MCA, MIC, Gerakan, dll .... tidakkah sudah banyak perkara & hak Melayu yang UMNO lepaskan kepada bukan melayu......
UMNO sebenarnya lebih boneka kepada bangsa asing belum ini berbanding PAS yang baru setahun dua ni dalam Pakatan Rakyat ... cuba buat analisis terperinci dan perbandingan secara benar dan adil .... Siapa sebenar boneka orang kafir di Malaysia ini?

Sebelum ini ..dulu diperlihat ahli2 PAS sebagai jumud & ektrim, tetapi roda politik Malaysia telah berubah/ terbalik, ahli2 UMNO pula dihasut supaya menjadi jumud, taksub dan ekstrim... ( cth rampasan kuasa di Perak, demonstrasi2 di Pulau Pinang dan di Selangor baru2 ini)??? Allah boleh membalikkan hati2 rakyat Malaysia untuk lenyapkan segala penipuan dan keangkuhan guna kuasa/ harta kerajaan oleh UMNO selama ini.....?

Anti Al-Liwati Al-Juburi Al-Taiki said...

Saya berlindung dengan kesucian Allah atas segala kegelinciran Iman & Islam. Janganlah diri saya disesatkan oleh mereka yang sesat dan ingin menyesatkan.
.....SELAIN DARI ISLAM DAN IMAN, KENA TAQWA. KALAU TIDAK, MAKA TIDAK CUKUP LENGKAP SYARAT UNTUK KE SYURGA.

2.Walau pun MKJ telah senarai pelbagai petikan pada fikirannya kesalahan TGNA,....
......YANG SENARAI TU BUKAN MELI TAPI SAYA YANG MEMETIKNYA DARI BLOG penawarrindu@blogspot.com DANMEMINTA PANDANGANMKJ. PETIKAN-PETIKAN YANG DIBUAT oleh Anonymous (SAYA PERCAYA DATANG DARI DALAM PAS)BAGI SAYA PERLU DIJADIKAN BAHAN RENUNGAN.

3.tapi pada diri saya perlu fahami keseluruhan syarahannya dari awal hingga akhir .. barulah saya mungkin jelas maksud sebenar setiap petikan yang diulas diatas TGNA... Kadang2 TGNA tak terpesung tapi mereka2 yang mengutip ayat2 samar maksud ini cuba "memesungkannya" atas tujuan tersendiri.Mereka menyesat diri sendiri dan cuba menyesat orang lain pula....
.....UCAPAN-UCAPAN ORANG UMNO PUN KENA DEGAR KESELURUHAN, BUKANNYA HANYA IKUT CUT-CUT YANG DISIARKAN OLEH HARAKAH ATAU BLOG-BLOG PRO PEBANGKANG. BELUM TENTU ORANG YANG DIANGGAP CUBA MENYESATKAN ITU BENAR-BENAR BERBUAT DEMIKIAN TETAPI MUNGKIN NIAT UNTUK TIDAK MENJADI ORANG LAIN SESAT. PADA PEMERHATIAN SAYA, MKJ HADI PADA SETIAP JUMAAT KULIAH TGNA.

4.Mengenai ..bina tokong oleh orang kafir zimmi di kawasan mereka ni ... Mufti2, Majlis Agama Islam Negeri2.. cth MAIK, dan Majlis Fatwa Kebangsaan kena keluar fatwa dan hukumnya ..mengikut, al Quran, alHadist, sirah, ijma' sahabat, dan ulamak ..,,
....ORANG PAS TAK AKAN PERCAYA DAN TAK AKAN TERIMA FATWA MEREKA. SELAIN DARI PEMIMPN PAS TERUTAMA BELIAU SENDIRI, NIK AZIZ LABELKAN PARA ULAMAK SEBAGAI UAMAK TEROMAH KAYU BELAKA. DULU BUKAN MAIN SANJUNG HARUNSANI, SEKARNG DIGANYANG APABILA PANDANGAN MUFTI PERAK ITU TIDAK LABAKAN PAS.

5. Pertuduhan PAS dah jadi boneka DAP, pun fitnah karut dan hipokrasi UMNO......
Lebih 52 tahun UMNO berkongsi kuasa dengan MCA, MIC, Gerakan, dll .... tidakkah sudah banyak perkara & hak Melayu yang UMNO lepaskan kepada bukan melayu......
....HAL INI KENA HASSAN ALI DAN PAS SELANGOR JAWAB.