Saturday, October 17, 2009

MUNCUL KEMBALI (446)

Elakkan masalah membawa padah

PERMINTAN Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengersi Barisan Nasinal (BN) supaya semua parti komponen menyelesaikan segera sebarang masalah dalaman yang dihadapi agar mereka dapat bergerak seiring dengan UMNO yang kini sedang aktif melakukan transformasi perlu disambut dan disusuli dengan langkah-langkah proaktif oleh semua parti komponen bagi menjayakan permintaan itu.

Sebarang masalah yang melanda mana-mana parti komponen BN jika tidak segera diselesaikan ianya akan mebawa masalah kepada rakan-rakan sekomponen yang lain, apatah lagi Umno sebagai parti teras atau tunjang kepada BN, sekali gus ianya akan menjadi masalah di mata rakyat untuk terus melanjutkan manda, sekali gus ia akan membuka peluang kepada pembangkang untuk dimanipulasi sebagai senjata peusnah.

Saya bersetuju dengan Perdana Menteri bahawa secara umumnya perpaduan dalam BN adalah mantap tetapi ia belum cukup padu. Perpaduan dalam BN boleh dikatakan bagus, tetapi ianya perlu dibguskan agar yang koyak segera dijahit, yang luntur warna disapu cat pemulihan segera.

Ertinya bila ada masalah dalaman sikit-sikit, jangan disorok umpama menyembunyikan sampah di bawah karpet, sbaliknya kenalah diselesaikan dengan cepat, behemah dan berhikmah.kalau dibiarkan melarat ianya iobarat api yang marak membakar sesebuah bangunan, tidak mudah untuk dikawal dan dipadakan, malah bangunan yang terbakar boleh lebur jadi debu.

Demikian juga dengan masalah dalaman parti-parti komponen, kalau ianya dibiarkan bertambah parah, ianya bukan setakat akan memusnahkan parti yang bermasalah itu sahaja tetapi tidak mustahil akan memusnahkan keseluruhan BN. Setiap parti komonen kena pastikan supaya tidak menjadi penyumbang kepada kemusnahan BN.

Memandangkan BN yang merupakan pusaka peninggalam mereka yang terdahulu telah terbukti berjaya mewujudkan keharmonian hidup masyarakat majmuk di negara ini, maka atas bahu generasi sekaranglah terpikulnya tugas dan bebanan untuk memelihara kejayaan bersama rayat pelbagai bangsa dan pelbagai anutan agama.

Amanah memelihara penyatuan hati rakyat pelbagai bangsa dan anutan agama mesti terus diaktifkan, masing-masing kena merasa takut kalau-kalau akan menjadi pemusnah kepada penyatuan yang telah sekian lama terbina dengan jaya dan mantap.

Selagi penyatuan hati rakyat pelbagai bangsa dan agama berjaya dibenteng dari dirempuh pelbagai masalah, maka selagi itulah ianya akan kuat mantap. Sebaliknya segala-gala akan musnah, apatah jika dibuka laluan atau dibiarkan inya dirempuh badai kerana terpesona dengan teori dan fomula baru yang belum tentu baik, apatah lagi lebih baik dai pencapaian rekod BN.

Bila sudah musnah, untuk membina kembali satu kekuatan sebagaimana yang dicipta oleh BN bukan seperkara yang mudah. Gagasan 1Malaysia bagi saya adalah pembaharuan dan penggilapan kepada gagasan mempersatu, mengharmoni dan mensederapkan langkah dan hala tuju rakyat pelbagai kaum dan pelbagai anutan agama pimpinan yang tedahulu bagi memasikan setiap rakyat mendapat segala nikmat secara bersama, termasuk nikmat sejahtera di negara tercinta ini.

No comments: