Saturday, October 17, 2009

MUNCUL KEMBALI (447)

Janji rawatan percuma: betapa mulianya sikap dan sifat Angkasawan Negara

BESAR dosanya kalau mengkhianati anak yatim dan besar benar pahala kalau menjaga kebajikan, memlihara amanah dan mengembirakan serta memuliakan anak yatim.

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang memulakan perniagaan klinik sendiri di pusat membeli-belah mewah Starhill, Bukit Bintang, Kuala lumpur nampaknya memilih jalan yang sangat betul dalam membina azam sempena pembukaan kliniknya.

Beliau berazam memberi rawatan percuma kepada kira-kira 500 anak yatim pelbagai kaum setiap tahun, satu azam yang sangat murni dan pasti mengembirakan kumpulan sasaran,malah secara tidak langsung anak-anak yatim se Malaysia akan merasa mereka dimuliakan.

Langkah tersebut, kata Angkasawan negara itu, merupakan misi amal beliau sebagai sumbangan peribadinya untuk negara dan rakyat Malaysia yang telah membantu mencapai impiannya menjadi angkasawan.

Walaupun buat permulaan, perkhidmatan rawatan percuma tersebut ditawarkan kepada anak-anak yatim yang menetap di tiga rumah kebajikan di Wilayah Persekutuan iaitu Rumah Anak- Anak Yatim dan Saudara Baru Shifa, Ti-Ratana Welfare Society dan Taman Pendidikan Anak-Anak Yatim Darul Kifayah, namun untuk jangka panjang hendaknya tawaran itu tiada had dan batas sempadannya.

Sikap dan sifat murni itu patut menjadi teladan kepada rakyat negara ini yang telah berjaya dalam pelbagai bidang dengan ikut sama membantu atas sifat misi amal peribadi kepadai negara dan rakyat yang menyumbangkan kepada kejayaan mereka.

Misalnya tokoh-tokoh korporat mengaakan program menyumbang modal sama ada dalam bentuk sumbangan atau pinjaman mudah tanpa faedah kepada 500 anak muda dari keluarga yang kurang bernasib baik memulakan bidang pernigaan setiap tahun.

Barangkali syarat yang dikenakan ialah bidang perniagaan yang hendak diceburi adalah berdasarkan kepada minat, bakat dan kepakaran yang dimiliki oleh bakal usahawan dengan diberi pemantaun dan khidmat nasihat sehigga pihak yang dibantu mampu berdikari.

Kalaulah rakyat Malaysia mempunyai hati budi semurni Angkasawan Negara itu, secara tidak langsung masalah kewujudan kemiskinan tegar akan dapat dihapuskan di negara ini, sekaligus pasti rahmat akan datang melimpah ruah.

Langkah dan tindakan Angkawasan Negara itu jika diteladani oleh rakyat negara ini yang berjaya dalam pelbagai bidang secara tidak langsung juga akan membantu usaha kerajaan untuk melebih-sejahterakan lagi rakyat ini dengan pelbagai program selain dari menangung pelbagai subsidi.

Yang terbaru dipilih akan untuk dibimbing dengan pelbagai projek keusahawanan pertanian dan industri asas tani bagi membantu mereka meningkatkan taraf ekonomi dan seterusnya keluar daripada belenggu kemiskinan.

Melalui projek itu setiap peserta akan dibimbing sehingga berjaya menjana pendapatan melebihi RM1,000 sebulan yang mana menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, projek yang akan disertai 12 agensi kementerian termasuk Jabatan Pertanian dan Jabatan Veterinar itu akan dilancarkan di Batang Lupar, Sarawak dalam masa terdekat ini.

Setiap kawasn Parlimen akan diambil 100 orang yang terdiri daripada golongan petani, penternak dan nelayan untuk dibimbing dengan pelbagai projek pertanian dan diberi bantuan yang dapat menolong mereka mengembangkan projek yang diceburi, misalnya peralatan, benih, baka haiwan ternakan dan pelbagai makanan secara berkumpulan.

Andainya pada setiap kawasan parlimen, lebih-lebih lagi kalau ada pada setiap kawasan ada manusia seperti Angkawasan Negara di saping adaya pelbagai program oleh pihak kerajaan, tentulah usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar akan lebih mudah dan cepat tercapai.

No comments: