Monday, October 19, 2009

MUNCUL KEMBALI (451)

PKR berkucah?

DALAM Umno yang menjadi matlamat utama untuk dipancung dan dileburkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), nampaknya prti yang berwajah dan bergerenyut-nadikan mantan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga mantan Perdana Menteri itu sedang diancam tsunami ekoran gempa dalam parti itu sendiri.

Bersama Pas dan DAP yang bersepakat dalam satu pakatan tidak resmi yang dinamakan Pakatan Rakyat (PR) pada mulanya menjanjikan akan leburkan Umno dan rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) pada 16 September 2008 dan peluru berpandunya akan dilancarkan dari Sabah.

Tetapi janji itu terbukti hanyalah bersifat 'angan-angan Mat Jenin' belaka, ianya tidak lebih dari hanya mimpi sang katak puru yang kononnya kulitnya yang kerapu akan licin bila bunyi guruh di langi sedangkan memang ketrurunan katak puru kulitnya memang kerapu dan berpuru.

Ini terbukti apabila ketika Umno semakin mantap dan utuh oleh penangan Datuk Seri Najib Tun Razak, PKR yang atas kertasnya adalah pendominan PR semakin diduri-onakkan oleh pelbagai masalah, bermula dengan pemufarakahan dua ahli dewan undanga negerinya di Prak menyebabkan kerajaan negei bekenaan bertukar tangan.

Kini PKR seolah-olah sedang berdepan dengan ancaman tsunami apabila pangkalan yang bakal digunakan bagi melancarkan peluruh berpandu untuk memusnahkan Umno/BN yakni Sabah, dilanda krisis yang tidak mudah dibendung lagi.

Penukaran ketua perhubungan daripada anak Sabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan kepada klon Anwar yakni Azmin Ali selaku Naib Presiden PKR menjadikan parti itu ibarat pengidap kencing manis ronik yang terpaksa banyak bahagian badan terpaksa dipotong. Perlantikkan Azmin sebagai Ketua Perhubungan dibantah leh 18 dripada 23 bahagian.

Kegagalan Anwar yang mana menurut bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari yang juga bekas Ketua Bhagian PKR Permatang Pauh, biasa uat janji bagi memuaskan hati semua pihak, tapi akhirnya isu di Sabah meledak juga menjdi faktor PKR kini diambang keporak-purandaan.

Percutian luar biasa Datuk Zaid Ibrahim selama enam adalah merupakan antara bibit-bibit tsunami di samping ditsuamikan lagi oleh keterpaksaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berhasrat meninggalkan parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Badrul Hisham diura-uraka akan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas ekoran kontroversi melibatkan dirinya sebelum ini yang dikatakan tidak melaksanakan tugas serta tanggungjawab di kawasan itu dan banyak desakan dalam PKR sendiri yang mahukan ADUN berkenaan melepaskan jawatannya bagi memastikan tidak wujud masalah kepada pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor.

Tidak mustahil dengan perkembangan terbaru Umno hasil penangan Najib, ramai orang PKR terutama yang mufarakah dari Umno kerana menentang pemecatan Anwar dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno serta kerana marahkan Mahathir, bukannya marahkan Umno akan kembali ke pangkuan Umno.

Dengan itu PKR akan berkubur dan akan mengulangi sejarah Parti Melayu Semngat 46 yang hanya ada peimimpin tetapi kasik penyokong, lebih-lebih lagi apabila Sabah yang menjadi pergantungan harapan kekuatan PKR dan PR juga sedang berkucah.

Lagi pun belum ada dalam sejarah negara iniparti-parti yang dtubuhkan kerana pendewaan terhadap seseorang tokoh boleh betahan lama sama ada ianya parti serpihan Umno mahu pun parti serpihan Pas.

8 comments:

Anonymous said...

Salam..

Saudara juga molek kiranya mengulas panjang tentang PAS yang kini sedang berebut2 dengan DAP mahu menarik undi kepada parti masing-masing.

Kekalahan memalukan di B.Pinang membuatkan PAS tidak legi berharap kepada DAP dalam menarik undi bukan Melayu.

Dap sedang menarik undi melayu kedalam partinya, dan Pas berusaha menarik undi bukan melayu kedalam partinya.

Nampaknya masing-masing sedang berebut uri, untuk menguntungkan parti masing-masing.

Yang menariknya, mereka berebut ahli-ahli mereka sahaja.

JOHAN said...

Sebab itulah PAS kadang-kadang terlupa dirinya Melayu yang beragama Islam kononnya mementingkan Islam saja sampai sanggup mengutarakan bahawa kalau ada orang Cina yang masuk Islam boleh memimpin negeri dan negara. (matalamat kenyataan ini untuk menarik orang bukan Islam menyokong PAS).
Mereka tidak sedara bahawa mereka seolah-olah memberi anak perempuan mereka dinikahi oleh orang bukan Islam asalkan masuk Islam kerana sah untuk menikahi wanita Islam ialah pasangannya kena masuk Islam dulu. Bila sudah berkahwin barulah tahu bahawa pasangan yang menikahi wanita itu hanya pura-pura masuk Islam kerana nak menikmati nikmatnya wanita Islam. Maka teraniayailah wanita Islam itu tidak berkesudahan. Maka menyesal jugalah sibapa tetapi pada masa itu tidak berguna lagi kerana segalanya sudah terlambat. Segala kenikmatan yang ada pada wanita Islam itu sudah habis. Yang ada mungkin bakanya saja.
Andaikan wanita Islam itu seolah-olah ibarat negeri kita atau negara kita,redakah kita jika diperbuat demikian?

Anonymous said...

Meli kata ..perkembangan terbaru Umno hasil penangan Najib, ramai orang PKR ....akan kembali ke pangkuan Umno.

Mungkin ada benar jugak bgi mereka, ahli PKR,DAP, PAS yg berjuang atas matlamat kebendaan/ wang politik. Cuma nak cari alasan & masa saja bgaimana nak keluar parti dan dapat habuan... sprti 3 ADUN Perak dulu.

Kerana penangan & kehebatan 'kuasa wang politik' najib jgklah ... dulu pegawai2 agama NS tak jd nak dakwa kes orang khalwat diPD, ... badan altantuya mati kehancuran, ... saiful bahri galak mengaku diliwati Anwar,...3 ADUN PR Perak lompat jd 'bebas', ... sultan perak jd mamai lantik MB Umno Zamri tak ikut perlembagaan,... Paklah Badawi terpaksa melutut serah jawatan PM, ... ketua pemuda umno khairy terkulat2 tengok naib ketua pemudanya diberi jwatan timbalan mentri sedngkan dia sndiri keluar asap saja, ... hee..heee banyok lagi weh yg terkena penangan najibul tokoh misali ni..meli oi..

pemudacakna said...

Tentang kes saiful yang mengaku ia diliwat oleh anuar.
Peyokong PAS seolah-olah tidak percaya bahawa anuar berbuat demikian.
Bagi saya sama ada hendak percaya atau tidak bergantung kepada persepsi masing-masing.
Atas alasan mana kita tidak percaya tentang itu kita perlu menunjukkan bukti.
Sayugia diingat bahawa tidak ada sesiapa yang mengaku bahawa dia berak ditengah jalan kalau orang tidak melihatnya.
Dan tidak sesiapa yang akan beritahu kita bahawa dia hendak berak ditengah jalan.
Sudah tentu dia buat senyap-senyap supaya orang tidak tahu.
Kita perlu juga memikirkan mengapa saiful sanggup bersumpah tentang itu. Kalau tidak betul-betul masakan dia sanggup bersumpah? Tidakkah dia takut kepada Allah di atas perbuatan itu?
Kita perlu juga bertanya, mengapa anuar tidak sanggup bersumpah? Adakah dia takut dengan sumpahan kalau jika dia bersumpah tidak buat sedangkan sebaliknya?
Mengapa dia tidak berani bersumpah juga?
Kalau dulu, semasa saiful tidak bersumpah, ramai orang mencabarnya supaya bersumpah. Tapi bila dia bersumpah, macam-macam pula mengatanya?
Bagi saya sama ada benar atau tidak, saiful telah berani menguatkan bukti itu dengan bersumpah.
Kadang-kadang kita tidak percaya sesuatu yang berlaku di luar dugaan kita tetapi tidak mustahil berlaku.
Sama ada benar atau tidak hanya Allah yang mengetahuinya.
Kita tidak boleh kata tidak atau ya berdasarkan firasat kita yang bias.
Kes ini meragukan saya tentang kesucian anuar kerana tuduhan ini bukan sekali tetapi dua kali.

Anonymous said...

Pemudacakna,.. kes jenayah liwat ke, jenayah zina ke, ... bukan boleh hukum pakai logik akal saja... dia ada hukum had (hudud) dalam undang2 syariah Islam....

Undang2 syariah mana ada , bukti kesalahan jenayah zina/liwat melalui sumpah kecuali suami/isteri yg mendakwa pasangannya berzina ... hukum ini di sebut hukum Li'an - Sumpah Laknat-4kali sumpah ats nama Allah dan 1 kali akhir sumpah laknat).

Dlm undang2 syariah, bukti kesalahan zina/liwat melalui salah satu dari 3 cara saja, iaitu:

1. Syahadah - persaksian 4 orang mukmin lagi adil.

2. Ikrar - pengakuan pelaku2 itu sendiri dengan rela hati tanpa apa2 unsur paksaan/keterpaksaan.

3. Qarinah - bukti yg thiqah - mengandung, anak luar nikah, atau lain2 yg diyakini keabsahannya ..

Tiada pulak melalui sumpah penuduh orang lain menzinai/ meliwati dirinya .. seperti perbuatan saiful @ puak2 g dok paksa Anwar bersumpah tu.... cuba tanya tok2 mufti demo2 tu ...lagu mana?
Tapi hukuman bagi seorang mendakwa/ menuduh seseorang berzina tanpa bawa 4 saksi ada le...jika disabitkan 80 sebatan, tak boleh jadi saksi selama-lamnya...

Anwar dah bawa kes dakwaan saiful ini ke Mahkamah Syariah WP Kuala Lumpur ...bila lagi JAWI, Qadhi nak sidang baca penghakiman.... apakah Mahkamh Syariah nak laksanakan hukum Allah atau hukum manusia ???? ---(Surah anNur-4: Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;)

Tolong rujuk Surah anNur dari ayat 1 sehingga ayat 20- banyak pengajaran dlam kes konspirasi Anwar oleh Mahathir, sebahgian puaok2 UMNO & Najib ni.. sejak 1998 sampai sekarang .. dipenjara kerannya selama 6 tahun, dipukul oleh bekas ketua polis negara kaki ampu, macam2 penderaan terhadap anwar secara fizikal atau mental atau maruahnya...krna "persaingan politik" ...inilah salah satu wajah sebenar umno .. kononnya berjuang "untuk agama, bangsa & tanah air"..

john said...

TUBIK MENCELAH- kepada pemudo cakno-

jawablah pulok anon 3.22 bui hujoh smula tu. siap denga ayat quran lagi. tokkan nok paka hujoh sumpoh jah. hok berehi bersumpoh ni geng2 umno jah reti mugo dio ingat denga bersumpoh selesa belako. pah tu tobat kononnya..

ambo pun hairan bakpo yang Mahkamah syariah tok start bicaro lagi sedangkan laporan lamo doh buat. kato umno nok pejuae islam jugok siap ado uro2 nok tubuh 'dewan ulama umno' lagi. sepatutnyo buleh bicaro doh. baru ore tengok mahkamah syariah setaraf dengan civil...ko guano pemudo cakno weh..mitok tulong johan jawab getek..

pemudacakna said...

Soalnya antara dua yang membuat salah, mengapa kita terlalu percaya kepada orang yang tak mengaku bersalah sedangkan orang yang mengaku kita katakan dia macam-macam seperti berbohong dan sebagainya. Bukankah pelik namanya tu.
Anuar sengaja mengajukan permohonan kes liwat ini ke mahkamah syariah kerana dia tahu mahkamah syariah tidak boleh buat apa-apa sebab tidak ada saksi yang melihatnya berbuat demikian.
Justeru itu kita tidak boleh kata bahawa anwar dan saiful tidak atau berbuat demikian kerana kita bukanlah saksi yang melihat mereka.
Andainya mereka buat atau tak buat, mungkin mereka terlepas di dunia ini tetapi takkan terlepas di akhirat kelak.
Saya tidak kata saiful benar atau anuar benar kerana saya tidak tengok mereka berbuat demikian.
Tetapi saya hairan puak-puak PAS mengatakan kes ini tidak benar secara nyata seolah-olah mereka mengetahui hal yang sebenarnya. Bagi saya Allah yang mengetahi segala. Kalau kita bukan tuhan, janganlah mengatakan perkara ini seolah-olah kita megetahuinya.
Kalau anwar betul-betul tidak bersalah mengapa kes ini hendak ditangguhkan? Bicaralah dengan cepat.
Semoga tuhan menunjukkan balasannya di dunia ini agar manusia di dunia ini tahu hal yang sebenarnya.

Anonymous said...

pemudacakna .. ni betul2 bengap ilmu agama, tak leh nak beza hak hukum Allah tetap dgn undang2 sekular yg mnusia reka buat. Dah tuhan tetap hukum zina/ liwat melalui proses mahkamah syariah, bakpo dok ikut mahkamah sekular proses yg bercanggah dgn hukum tu.. yg berdasarkan bukti fitnah rekaan... tilam musa hasan, pengakuan azizan bakar tanpa saksi tu... dah jatuh hukuman 6 tahun tu... Mengapa dok tolak sangat bila Anwar @ ada orang nak ikut hukum Islam? Macam jugak kes kartika, najib & puok2 sealiran dgnya dok sebuk ganggu budak tu nak jalankan hukuman sebat. Bila kata UMNO tak Islamik ... marah pula, soal pulak nik aziz sapa yg boleh tentukan dosa-pahala?

Pemudacakna kata.... Soalnya antara dua yang membuat salah, mengapa kita terlalu percaya kepada orang yang tak mengaku bersalah sedangkan orang yang mengaku kita katakan dia macam-macam seperti berbohong dan sebagainya. Bukankah pelik namanya tu." kawe jawab..EHH KALU TAKDAK BUKTI SOHIH MAKA HUJAH BOHONG, FITNAH NAMANYA. MANA BOLEH DOK SOKONG ORANG BOHONG & FITNAHKAN BANGSA & SAUDARA SEISLAM KERANA MATLAMAT POLITIK UMNO YG SEKULAR TU. PUOK2 MU TAK NGAJI KE KISAH2..
FITNAH NABI YUSUF DGN ISTERI RAJANYA,
FITNAH NABI MUSA DGN PEREMPUAN DIUPAH QARUN MENGAKU MENGANDUNG KERANA DIZINAI NABI MUSA,
FITNAH ABID YAHUDI JURAIJ MENZINAI PEREMPUAN YG DIUPAH,
FITNAH UMUL MUKMININ 'AISYAH R.HA BERKHALWAT DGN SEORANG SAHABAT NABI YG DIREKACITA OLEH PUOK2 MUNAFIKIN MADINAH,
... ATAU MU KAJI LE PULOK .. SEJARAH LEGENDA MELAYU .... HANG TUAH DI FITNAH OLEH RAJA MANDELIAR BERMUKAH DGN GUNDEK RAJA, FITNAH MAHSURI LANGKAWI BERZINA DGN KENDAKNYA..

MUNGKIN ANWAR PUN ULANGI SEJARAH ITU, MANGSA FITNAH & KONSPIRASI OLEH UMNO TERHEBAT DALAM SEJARAH MODEN POLITIK MELAYU SELEPAS MERDEKA, DIMANA UMNO BEROLEH KUASA MUDAH HASIL DARI PERGORBANAN PEJUANG2 YG DIPADAMKAN NAMANYA OLEH UMNO BONEKA BRITISH.

KALU MU KO, KELUARGA MU KO, KENA FITNAH SEPETI TU.. LAGU MANA?
MU NAK CCAYA KO ORANG BUAT FITNAH KO ATAU MANGSA FITNAH??? FIKIRLAH DGN OTAK & IMAN SERTA ILMU... JANGE PAKAI "KENG" SAJA.. NANTI NAMPAK SANGAT.. BODO BUAT2 DERDIK.