Monday, October 19, 2009

MUNCUL KEMBALI (452)

Polisi kewangan - titah Raja Muda Perak kena diberi perhatian

SAYA sangat bersetuju titah Raja Muda Perak,Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah supaya polisi-polisi kewangan baru perlu berorientasikan kepada keperluan rakyat dan bukan semata-mata memenuhi kehendak golongan elit.

Sesuai dengan kedudukan baginda sebagai Duta Kewangan bagi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia, titah baginda wajar diambil perhatian dan direalisasikan, polisi-polisi kewangan yang diperkenalkan mestilah memenuhi kehendak rakyat dan bukan hanya untuk pelabur dan pengurus kewangan.

Memang tepat titah bagi bahawa setiap polisi diperkenalkan mestilah mengambil kira keperluan semasa terutamanya yang bertungkus lumus mencari rezeki bagi memenuhi keperluan masing-masing.

Umum sedia maklum, sejak bermulanya krisis kewangan global, pelbagai andaian dan perselisihan faham berlaku mengakibatkan pelbagai pertindihan kepentingan seperti 'Wall Street menentang Main Street'.

Mahu tidak mahu sebagai sebahagian dari dunia ini, maka negara juga turut merasa tempias dan kesannya. Tetapi kita patut berbangga kerana pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam pengawalan dan pencergasan kewangan negara tidak pernah kendur semangat dalammelaksanakan tuntutan tugas.

Apa yang pasti ketika pemulihan krisis ekonomi global beransur-ansur pulih dan dijangka akan pulih seenuhnya tidak lama lagi gugatan terhadap kestabilan dan kecergasan ekonomi kita tidaklah teruk sangat.

Pun begitu langkah berhati-hati dan penuh waspada tetap penting dalam mengawal dan mencergaskan ekonomi negara yang berkai rawatan dengan pengawalan dan pencergasan kewangan.

Bagaimanapun sebagaimana titah Raja Dr. Nazrin Shah pada Persidangan Bersama Bank Negara Malaysia - Suruhanjaya Eropah yang bertemakan 'Melangkaui Krisis Global: Satu Model Pertumbuhan Baru Asia' di Kuala Lumpur pada 19 Oktober, sememangnya ada keperluan untuk mewujudkan polisi kewangan yang terperinci dan lengkap dengan perancangan masa depan agar tidak dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu.

Sehubungan dengan itu sebagaimana peruntukan wang yang besar di dalam menangani krisis kewangan global, maka peruntukkan yang besar juga dipelukan bagi mengatasi kewangan negara, malah ianya mestilah digunakan secara telus atau akan menyebabkan masalah berbanding penyelesaian.

Oleh kerana pengawalan dan pencergasan kewangan melibatkan rakyat, maka setiap polisi kewangan mahu tidak mahu kena berorientasikan kepada keperluan rakyat terbanyak dan bukan semata-mata memenuhi kehendak golongan elit.

1 comment:

Abuzar said...

Sesungguhnya apa2 polisi kewangan negara tidaklah jadi masalah, asalkan jangan guna kaedah tak syarie (haram), dimana tidak wujud unsur2 yang diharamkan seperti riba', gharar (manipulasi/ tipuan/ fraud), eksploitasi/ pembolotan/ monopoli, rasuah/ korupsi, salahguna, seleweng, pemborosan, pembaziran, kecuaian, ......

Elemen penting dalam polisi kewangan adalah TADBIR URUS YANG BAIK (good governance) - amanah, kompeten, responsible, accountable & syarie -Ambillah pedoman dari Surah Yusuf-55: " Berkata Yusuf: "Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang mampu menjaga (AMANAH), lagi berpengetahuan (KOMPETEN)".

Ciri2 Amanah & Kompeten perlu ada pada setiap peringkat pemimpin2 negara, pegawai2 awam dan pengurus2 swasta di Malaysia.