Tuesday, October 20, 2009

MUNCUL KEMBALI (455)

Kembali ke pangkuan Umno: peluang terbuka untuk Ibrahim Ali

APABILA Timbalan Presidenya kata UMNO tidak pernah menyekat sesiapa yang berhasrat menyertai parti itu termasuk Datuk Ibrahim Ali,bermakna peluang untuk Ibrahim Ali terbuka luas untuk kembali ke pangkuan Umno.

Kata-kata Tan Sri Muhyidin Yassin itu meletakkan Ibrahim Ali dan bekas-bekas ahli Umno yang pernah berhijrah dari parti itu sebelum ini sudah berada di atas perahu di dalam air denga di tangan sudah ada pengayuh, tunggu dayung sahaja lagi.

Prosedur, syarat serta peraturan terutama melibatkan permohonan daripada bekas ahli yang dikatakan lebih bersifat kemuncup di kaki seluar yang tidak memerlukan jentolak bagi membuangnya.

Apatah lagi antara syarat penerimaan kemasukkan semula bekas ahli Umno berdasarkan kepada kesungguhan dan keikhlasan yang ditunjukkan. Harus diingat Ibrahim Ali bukan keluar dari Umno tetapi dia dipecat. Tidak timbul soal dia tidak ikhlas dan tidak setia kepada Umno.

Punca pemecatannya kena diambil kira sama ada wajar atau tidak wajar. Mungkin di kala itu (ketika keputusan memecatnya) dibuat, ianya suatu kewajaran tetapi dengan pendekatan Prreiden sekarang mungkin ianya tidak wajar.

Pada pendapat saya, sekiranya Ibrahim diterima sauk Umno semula, maka akan berbondong-bondong bekas ahli Umno,terutama yang meninggalkan Umno menyertai Parti Keadilan rakyat (PKR) akan kembali ke pangkuan Umno.

Ini adalah kerana ketika mereka keluar dari Umno dulu bukan kerana mereka bencikan Umno atau tidak bersetuju dengan dasarnya tetapi mereka marah dan memprotes kerana pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi saya bukan sesuatu yang mengejutkan kalau akhirnya Anwar anak beranak akan kembali ke pangkuan Umno semula pada era Umno diterajui Najib. Lagi pun bukan beliau yang keluar dari Umno tetapi beliau dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir.

Setelah Tun Dr Mahathir sudah tidak ada kuasa lagi dalam menentukan hala tuju Umno, maka tidak ada sebab untuk Anwar terus tepisah dan memisahkan diri dari Umno apabila pintu untuk rujuk semula terbuka dan dibuka oleh Umno era penerajuan Najib.

PKR dengan kerjasama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) pada saya tidak mudah untuk menumpaskan kerajaan yang ada. Kalau Anwar merasakan beliau memang ada keikhlasan dan keupayaan untuk membina negara dan rakyat ke arah yang lebih baik, Umno adalah wadah yang paling tepat.

4 comments:

pemudacakna said...

Satu kesilapan Tun Abdullah memecat Ibrahim Ali dari menjadi ketua UMNO pasir mas. Bagi saya dia tidak mengambil kira perasaan dan kemahuan rakyat di sana.
Bila pemecatan ini tidak direstui rakyat maka padahnya akan menjelma. Dan di sinilah PAS mengambil kesempatan untuk berbaik dengan Ibarahim ali untuk kepentingan politiknya. Maka lupalah segala keburukan-keburukan Ibrahim selama ini.
Kini ternyata Ibrahim Ali tidak cenderung kepada PAS. Dan mulalah pula PAS menerbitkan semula keburukan-keburukannya.
Terpulang kepada Ibarahim Ali untuk menyertai UMNO kerana pintu sudahpun dibuka untuknya.
Saya menjangkakan peluang untuk Ibrahim Ali cerah berdasarkan keadaan semasa sekarang.

Anonymous said...

...lompatlah Berahim ketika orang bagi peluang ni ... puak2 umno kata .. keadaan sekarang peluang cerah untuk demo tu... mungkin banyok "projek" dok tunggu demo tu .. Berahim, kawe ingat lagi, dulu semasa demo lompat dari berjasa ko umno --demo dapat permit kapal nelayan laut dalam dan pemaju perumahan. semasa demo lompat dari S46 ke umno --demo , kontrak jambatan tendung dan dekat2 nak jadi timbalan mentri. hak ni ambo rasa peluang lagi besarrrr ..muhyiddin dah berkira2.... tapi ambo yakin demo brahim ... musti boleh dapat habuan punya.....nanti punggah pulok la.. berahim..... ambo ada baca tulisan falsafahmu berahim, semasa dale S46 di pasir mas dulu.."untung sabut timbul, untung batu tenggelam" ..raso kawe demo berahim, untung sabut laa.... Menang jd MP Pasir Mas dgn undi orang2 PAS, PKR, anti-UMNO ... kerana lawan Calun Umno... tp akhir dapat habuan dr umno pulak.. keuntungan berganda..katakan..

Tapi kalu demo masuk umno la ni ... rasa kawe kucar lanar pulok UMNO Pasir Mas..tu!????? puok2 Hanafi mammat, puok2 hok kena tindas ko demo dulu .. pun dok tunggu jah dgn "kelewan", "parang jenguk", "badit" & "kapok bungkus" ....

Aanti Al-Liwati Al-juburi al-Taiki said...

Lain ulu lain parang, lain dulu lain sekarang. Umno bawa era Najib lebih terbuka da telus.

Anonymous said...

aljubur kata.. era najib .. lebih terbuka ... terbuka apa? terbuka aurat, rasuah, politik wang, arak, judi, salahguna jentera kerajaan, ...? telus apa? ... telus tangan nak raba, poket, nak cekor projek kerajaaan, nak cengkam mahkamah ..? heee ... heee.. tumbuuk orang tak salah, gigit orang 6 bulan penjara & rm 3000 denda.. ha... ha...