Bila dah 4 bini lari, kalau tak mampus pun pasti ada sindrom mamba
IBARAT lelaki kaya berbini empat, kalau seorang daripada bininya lari atau tuntut cerai di mahkamah syariah, mungkin bini berkenaan tidak molek fe'el perangainya. Kalau bini kedua dan ketiga lari, mungkin kerana bekalan telur ayam kampung dan air sarsi, kopi tongkat ali, kopi jantan, kopi tok lebai atau yang sama jenis dan sama khasiatnya, habis di pasaran dan kilang viagra di setiap pelosok dunia menamatkan operasinya.
Tetapi kalau di depan rumah si lelaki tadi ada masing-masing 10 kontena telur ayam kampung dan air sarsi, kopi tongkat ali, kopi jantan, kopi tok lebai atau yang sama jenis tetapi keempat-empat bini lari belaka, maka sahlah si lelaki tadi kalau tidak mampus pucuk pun, tentunya menghadapi sindrom mamba.
Demikian halnya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kalau dah empat ADUNnya mufarakah dari parti itu dalam tempoh kira-kira setahun, walaupun cuba disembunyikan oleh kepimpinannya, pasti parti itu ada masalah kronik. Selain dari lompat parti oleh ADUN-ADUNnya, PKR juga menghadapi msaah kehilangan tokoh-tokoh yang menjadi aset kepada parti, termasuk di Sabah.
Kegagalan untuk menjayakan projek 16/9 pasti akan terus kekal dalam kegagalan kerana harapan agar ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah berjaya dipujuk berpaling tadah akan bertambah sukar jadinya dengan pengumuman perletakkan jawatan oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan sebagai Naib Presiden PKR dan dikatakan tidak mustahil akan kembali menyertai PBS, sebuah parti komponen BN.
Tindakan Jeffrey disusuli oleh Ketua PKR Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi PKR. Liew, yang telah digantikan bagi jawatan timbalan pengerusi PKR Sabah setakat ini masih kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu. Tidak mustahil jika Jeffrey kembali sertai PBS, Liew juga akan berbuat demikian.
Sebelum ini PKR telah kehilangan beberapa tenaga utamanya seperti Ezam Mohd. Noor dan beberapa orang yang lain. Bagaimanapun tindakan keluar parti mereka tidak diberikan publisiti sangat berbanding dengan ADUN-ADUNnya yang mufarakah dari PKR. tidak mustahil tindakan bekas ADUN PKR bagi DUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah, akan diikuti oleh beberapa orang yang lain.
Bila berlaku kes-kes sedemikian, maknanya bukan bermakna wakil-wakil rakyat yang mufarakah itu 'tidak berjurus' tetapi pasti ada masalah kronik dalam PKR sebagaimana yang pernah menimpa S46 yang mana penubuhan kedua-dua berteraskan faktor yang serupa, tunjuk protes pada Dr Mahathir sedangkan hati masih lagi berhati Umno.
Thursday, October 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Li, guna gak bahasa hak comel sikit kalu ya nak ngutuk PKR pun. Kawe setuju nga demo, tapi sor masalah lagi PKR pun tak seko nak bene, sebab tu dia pakai redah ambik sapo2 hak nak jadi calon.
Elok sangat lah tu.Bila pemimpin bukan Islam keluar dari PKR,elemen Islam makin kuat dalam parti tu.Sdr perlu berfikiran positif.
KOMEN AMBO:- masalah calon dalam PKR dari dulu memang di akui ado kelemahan. Set2 dio mugo ditarbiyah spt mano umno. kalu raso tok 'masyuk' payoh skit la nak berkhidmat. hok tu jadi dok 'jawwo' tuh. senyap tanpo khabar khidmat, cari peluang nok tamboh duit(ambik rasuah), claim yg bukan2. tup..tup..samoado keluar parti ataupun kena letak jawatan. apapun jika geng lompat2 ni sokong umno segalo kesalahan dio akan bersih. contoh:
1- adun seputeh (exco kedah) yg terkenal dengan claim yg bukan2 tp telah diiystiharkan oleh mahkamah 'clear'
2-2 adun perak. perbicaraan dah menunjukkan percanggahan tuduhan. dulu kata ambik rasuah tapi baru2 ni pemberi rasuah tu kata dia tak beri pulak! nampak dah rasanya kes ni 2 ekor tu lepas...
biarlah diorang nak keluar tu sekurang-kurangnya parasit yg ada dalam PKR boleh dimusnahkan...
hujah tambahan mengenai sikap/peranan SPRM dalam membantu UMNO/bn perak:
""Sebelum ini, ketika (Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak) Jamaluddin Mohd Radzi berada di dalam Pakatan Rakyat (PR), saksi utama Mohd Imran Abdullah menyatakan Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu di Pusat Bandar Seri Iskandar.
"Tetapi apabila Jamaluddin melompat menyokong Barisan Nasional (BN) berikutan tuduhan rasuah terhadapnya, Mohd Imran yang dilaporkan sebagai agen Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM) tiba-tiba mendakwa bahawa Jamaluddin tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek itu."
-lagu mana tuh?..tok meluat bakpo ore ko BN Perak ni. Doh la guna Polis nok 'cover' kerja kotor dia semasa sidang DUN 28/10/09. Biarlah PR Perak 'gilo sakok nga seperoh' pun asal rakyat M'sia tak jadi 'gila b*b*' serupo UMNO/BN!
Salam Abe Melie...
'Bia abis beras jange abis KERAS'
kalu mamba bulih bekki setting lg kot..
Hati manusio payoh nok ramal..
Serupo la parti hok mano2 pun
Abas beras ada keras...tak ada beras jangan dok beragas.
Ada wang abang sayang, tak ada wang abang boleh jalan.
Meli ni macam-macam, bila ada tajuk akhbar tulis BARANG NAIK SURIRUMAH GELISAH dia ketawa berdekah-dekah.
Dia juga ketawa bila melihat signbord tulis KEDAI JAHIT WANITA. Tapi kalau mahukan cerita-cerita lucu dan lucah, lazimnya Meli suruh minta Mat Pauh ceritakan.
Tapi kena beringat, dalam snda meli kebanyakannya ada sengatan berbisa.
salam.
saya ada tulis sedikit berkenaan isu perpaduan Umno dan Pas serta isu keretakan PKR yang hampir ranap dari hari ke hari.
mohon komen dan ulasan tuan di blog saya tentang isu ini.
http://penembak-tepat.blogspot.com
Post a Comment