Akan sembuhkah Pas dari segala penyakit?
GARA-GARA dilabel sebagai penulis politik menjadikan saya tidak dapat keluar dari kandang politik. Walhal sama ada melalui tulisan di akhbar mahu majalah, juga melalui blog ini, saya tidak pernah mengkhususkannya kepada bidang politik, malah saya bukannya ahli parti politik pun. Kalau pun ada tulisan-tulisan berbau politik dan parti politik, ianya adalah merupakan sebahagian dari reranting dalam kepelbagaian tulisan saya.
Penerjunan saya dalam bidang penulisannya adalah bemula melalui penulisan skrip drama radio, cerpen, rencana berita dan seterusnya bidang kewartwanan. Dunia kewartawanan secara tidak langsung mempalitkan saya dengan penulisan yang ada palitan politik kerana membuat liputan kegiatan parti politik dan melaporkan tentang orang politik menjadi sebahagian dari lingkungan tugas harian, mingguan dan bulanan saya.
Bersumberkan format penulisan dalam bidang pemberitaan/kewartawanan, maka terhasilnya buku-buku GARA-GARA PENANGAN TOK GURU ORANG ISTANA MERANA, PARTI PILIHAN RAKYAT KELANTAN, MENTERI BESAR BERKOPIAH MEMBAWA TUAH, AMANAT TOK GURU, NIK AZIZ INTAN TERPILIH ABAD INI, PANGLIMA JIHAD PAS, NIK ADLI: HERO BARU PERSADA POLITIK NEGARA, AKAN TERMAKBULKAH DOA DATIN SERI DR WAN AZIZAH yang saya tulis, terbit dan edarkan sendiri. Mungkin kerana buku-buku itu saya dianggap penulis politik berhaluan kiri, penulis pro pembangkang.
Apatah lagi apabila akhbar-akhbar mingguan yang diterbitkan oleh empat syarikat enterperise saya serta sebuah lagi syarikat sendirian berhad milik saya dan keluarga seperti Mingguan Wasilah (kini dipindah milik kepada Saudara Yusri Yusoff), Mingguan Fajar Islam (saya akan hadapi perbicraan pada 23 Novmber ini ekoran pihak KDN mendakwa saya menerbitkannya kerana permitnya sudah pun tamat tepoh), Mingguan Konsep serta majalah ANEKA PERISTIA,GELETEK dan WASILATUL-UMMAH banyak memuatkan bahan-bahan mengenai pembangkang.
Pembaca nampaknya keliru antara kepentingan perniagaan dengan kehidupan saya sebagai seorang Ramli Abdul Halim. Akhbar dan majalah terbitan saya dikerjakan oleh para petugas dan saya hanya mengawasinya sahaja. Apa yang terkandung dalam akhbar dan majalah terbitan saya bukan bermakna itulah pendirian saya sebagai penerbit dan ketua pengarang.
Keutamaan isi kandungan ialah sesuai dengan permintaan pasaran, setiap akhbar, majalah dan buku yang diterbitkan untuk dijual, lagi pun saya tidak pernah menerima sponsor dari mana-mana pihak, semuanya guna modal sendiri.
Kerana itu saya tidak berparti politik, supaya dalam melihat wajah dan isi kandungan akhbar dan majalah saya, akan saya melihatnya dengan mata dan perasaan neutral untuk mengelak dari rasa senak dada dan kepala. Kalau tengok dengan mata kepentingan parti politik, alamat saya akan banyak berada di hospitallh dari di rumah atau di pejabat syarikat.
Saya dilihat/dianggap/ditohmah sebagai dibeli oleh Umno apabila saya menghasil, menerbit dan mengedarkan buku berjudul DR MAHATHIR SELPAS BERSARA. Kebetulan buku itu diterbit dan diedarkan sebelum pilihanraya umum ke-11 yang mencatatkan pihak pembangkang mengalami rekod pencapaian yang sangat buruk. Masa itu saya berugas dengan Urusetia Penerangan Kerajan Negeri Kelantan (UPKn) di samping perniagaan terus jalan walaupun hanya bergerak sanagt perlahan.
Senaskah buku DR MAHATHIR SELPAS BERSARA dicampakkan dalam kereta tua saya yang tidak pernah dikunci, malah suiznya tidak pernah dibuang pun dan hanya dikunci dengan ayat Kursi bila ditinggal di mana-mana. Ada yang tanya tak takut kena curi ke, saya lazimnya jawab kalau ada yang curi kereta saya maknanya pencuri itu kurang sihat mental. Kereta saya dari jenis anjing pun dah tak lalu nak salak.
Buku berkenaan penuh contengan,termasuk diconteng dengan perkataan BASO BARUA UMNO, GUNTING DALAM LIPATAN, PAGAR MAKAN PAGI, PENGKHIANAT PERJUANGAN, BABI MUNCUNG GELEBEK dan macam-macam catatan kesat, kotor, lucu dan lucah lagi. Ternyata buku itu menyebabkan saya dimarahi, dianggap macam-macam di samping marahnya orang kepada saya kerana banyak menegur dari memuji Kerajaan Membangun Bersama Islam atas kepercayaan bahawa yang paling pahit adalah ubat yang paling mujarab manakala yang manis-manis lazimnya menyumbangkan kepada serangan pelbagai kronik. Saya hanya ketawa membaca contengan pada buku berkenaan dan melihat bahawa ada di kalangan orang parti politik masih lambat lagi untuk jadi cerdik dalam berpolitik.
Secara tulus saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah bangga kerana menghasilkan tulisan dan menerbitkan buku-buku politik kerana ianya boleh ditulis oleh sesiapa sahaja asalkan ada minat dan kecenderungan serta boleh menulis dengan ejaan yang betul. Menulis buku politik tidak pelu menggunakan bahasa yang indah. Kerana itu saya tidak pernah anggap dan tidak mahu dianggap sebagai penulis politik. Saya lebih seronok, puas dan bangga menghasilkan karya sastera/kreatif. Bila menghasilkan sebuah cerpen misalnya, saya akan merasakan jauh lebih puas dan lebih seronok berbanding dengan menghasilkan 100 tulisan tulisan politik/non-kreatif.
Menghasilkan novel (empat novel saya diterbitkan oleh DBP iaitu KULIH KALITO OMAR, PADUKA CIK SITI, WARGA RIMBA dan MENITIP ZAMAN serta sebuah lagi diterbitkan oleh Sheila Publishing bejudul BANJIR DI MATA KEMARAU DI HATI kini sedang dalam proses menyiapkan novel tebal berjudul REBAH DI PINTU NERAKA) jauh lebih menyeronokkan. Setidak-tidaknya senaskah daripada novel-novel yang diterbitkan akan ada dalam simpanan saya tetapi tidak ada sebuah pun buku politik saya ada dalam simpanan saya. Bila ada pelajar yang mahukan buku-buku saya terutama pelajar pusat pengajian tinggi, lazimnya saya akan dapatkan dari Ketua I Persatuan Peulis-Penulis Kelantan (PPK) yang merupakan pengkoleksi yang rajin. Seingat saya setiap judul buku-buku saya akan ada lebih dari satu naskah dalam simpanan beliau.
Pagi ini ketika minum di warung mamak dekat rumah saya, beberapa orang merapati saya dan meminta pemilik warung masuk kira apa yang saya makan dan minum dalam jumlah yang akan dibayar oleh seorang daripada mereka yang berkopiah. Mereka memang saya sudah kenal rupa tetapi tidak tahu nama kerana biasa minum pada gerai yang sama setiap pagi.
Saya ditanya, akan sembuhkah Pas dari segala penyakitnya. Saya cuba mengelak dari mengulas atas alasan saya bukan orang parti politik dan ulasan saya tidak akan selari dengan pandangan orang parti politik, malah rata-rata tidak disenangi oleh orang politik sama ada parti politik kerajaan atau pembangkang. Tetapi saya diasak dengan alasan yang membuatkan saya tidak dapat mengelak kerana kononnya pandangan dari orang yang tidak berparti politik macam sayalah yang diinginkan.
Kononnya kalau ditanya kepada orang parti politik, maka segala yang berkaitan dengan parti yang dianggotai dan disokong beres belaka manakala tentang parti lawan semuanya 'sebek'. Saya tanya apa itu 'sebek' , kata salah serang daripadanya 'sebek' sama dengan 'debek', 'karut'. 'ewek' dan 'tidak molek' atau macam 'mamba'.
Mungkin saya cuba dipong-jijak bila yang berkopiah kata dia suka baca tulisan saya kerana selain dari saya jenis 'sodok' belaka tak kira Tok Guru Nik Aziz ke sapo, saya juga sering guna perkataan-perkataan yang jarang diguna seperti 'gila seperoh', 'mamba', 'selok kero', 'sasan', 'babuk' dan sebagainya yang kadang-kadang hanya sepatah kata boleh buatkan berhari-hari dia akan ketawa bila teringatkan perkataan dan ayat yang digunakan, terutama ketika berada dalam bilik termenung atau ketika memandu soang-sorang.
Saya sendiri tidak tahu macam mana perkataan-perkataan seperti itu boleh saya catat dalam tulisan saya. Barangkali kerana saya tidak ada rangkarita dalam menulis hasil karya kreaif mahu pun non-kreatif, sebaliknya saya akan terus ketuk kekunci komputer dan apa yang tercatat adalah secara spontan. Kerana itulah sering berlaku salah ejaan apabila adakalanya ketika menaip itu saya sedang menadah telinga mendengar siaran berita di tv atau melayan anak atau cucu yang bertanya tentang kerja sekolah mereka.
Kelemahan saya tidak boleh membuat catatan dengan tulisan rumi, kerana itu saya terus taip semasa guna mesin taip dan terus menekan kekunci komputer apabila muncul komputer bila saya menulis mengunakan tulisan rumi.
Kalau buat catatan (tulis tangan) saya akan guna jawi. Dalam menjalankan tugas-tugas kewartawanan pun semasa buat catatan saya tulis jawi, lebih mudah. Tan Sri Hussein Ahmad panggil saya pemberita jawi. Beliau ada hubungan keluarga dengan isteri saya. Beliau juga seorang yang paling mudah memberi kerjasama bagi memudahkan kerja petugas media.
Beliau sendiri pun nampaknya kini jadi orang media secara langsung dengan memiliki stesen radio MANIS FM. Lagi pun beliau juga asalnya seorang penulis termasuk menulis sajak menggunakan nama SERAMA serta agak lama menjadi Ketua I Persatuan Penulis-Penulis Kelantan.
"Saya tak yakin Pas akan sembuh sepenuhnya. Yang melukakan mungkin boleh lupa tetapi yang dilukakan sukar untuk lupa. Kalau pun sembuh, parut tetap akan ada. Tak banyak pimpinan Pas yang betul-betul guna al-Quran dan Hadis dalam melukakan atau dalam menerima kelukaan bila dilukakan, terutama melalui kata-kata yang kesat dan celupar. Bila ditegur, orang Pas akan bandingkan denan Umno/BN, bukannya merujuk kepada al-Quran dan Hadis untuk dilihat lebih baik dari Umno/BN. Yang rakyat nak adalah sejauh mana selarinya Pas dan tingkah laku serta mulut pimpinan Pas selari dengan al-Quran dan Hadis kerana mendakwa Pas parti Islam. Kerana itu bagi saya lebih baik kena cegah dari melukakan atau dilukakan kalau Pas tidak mahu sentiasa berkurap dan berkerapu dengan masalah" saya berikan hujjah saya dengan meminta mereka buka blog saya untuk ulasan lanjut kerana saya perlu balik kerana anak dan cucu sedang menunggu nasi berlauk untuk sarapan pagi.
Sebagai memenuhi janji mereka maka inilah ulasan lanjut saya;
Walaupun Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi punca penyakit kepada berkerapu berkurapnya kerana catatan dalam blognya kata beliau berpuashati dengan dengan keputusan mesyuarat khas yang Pas adakan walaupun cadangannya supaya diadakan pembersihan dalamparti ditolak, malah memperakukan bahawa bila beliau ditegur dalam mesyuarat itu, sekaligus terjawab kepada pertanyaan kenapa beliau keluar lebih awal dari mesyuarat sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah blog popular, Pas tiak akan sembuh dari penyakit yang sedag dihidapi .
Mungkin sebagai tukang melukakan melalui catatan dalam blognya dan hemburan kata-katanya sebelum ini, Dato' Nik Aziz boleh lupa kerana beliau tidak merasa pun kesakitannya tetapi macam mana dengan orang yang dilukakan, apatah lagi yang nama-nama mereka disebut dengan jelas seolah-olah merekalah 'petualang' yang dimaksudkan sedangkan untuk mencari petualang sebenar memerlukan siasatan yang telus dan tulus.
Belawok banga kalau Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Dato' Mustapha Ali, Dato' Dr Hassan Mohd. Ali, Idris Ahmad, malah Dato' Seri Abdul Hadi Awang sendiri akan hilang luka tampa tinggalkan parut setelah mereka dijadikan sasaran tohmahan. Kalau mereka boleh anggap segalanya terpadam dari memori masing-masig, maka mereka adalah dari kelas wali kalau pun mereka sudah bukan seorang orang lagi.
Kalau yang empunya diri membuat pengakuan di depan beruk pemanjat kelapa alamat tidak akan ada sebiji pun kelapa gugur kerana 'kawan beruk' akan 'selok kera' di celah pelepah kerana gagal menahan tawa.
Kalau dibuat pengakuan depan 'pok ko' pun, sang pok ko akan hilang tabiat angguknya kerana tidak percaya, kalau dibuat pengakuan depan kambing pasti kambing akan terlupa mengembik dan akan mengiow macam kucing kerana sulit untuk dipercayai apa yang diperakukan.
Selagi yang memprlukakan dan yang dipelukan bernama orang, apatah lagi atas nama orang parti politik, keputusan yang dibuat dalam mesyuarat khas itu lebih bersifat walaupun ekor lurus tetapi tetap bersalut taik.
Kalau pun pihak yang melakukan perlukaan dan yang dilukakan ditakdirkan habis nafas dalam tempoh sejam dua aau sejari dua ini, penyakit yang sedang mengkerapu-kurapkan Pas atau mana-mana parti politik sekali pun ianya tidak akan sembuh kerana jangkitan penyakit dalam parti politik jauh lebih payah dari untuk mengubati Aids, ketagihan dadah atau ketagihan rokok.
(Untuk ubat ketagih dadah, rokok dan mengubati penyait Aids Insyaallah saya ada ubatnya menggunakan sejenis ubi. Kalau tak percaya boleh telefon saya dan dapatkannya kerana setiap penyakit ada ubatnya, yang pakar perubatan kata tak ada ubat itu kerana mereka tidak tahu dan malas cari kebenaran bahawa setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Kalau diberitahu maka akan ditarade-mark sebagai penemuan mereka pula).
Penyakit orang politik dalam berpolitik memang sukar untuk diubati, kalau diubatkan pun ianya hanya sembuh seketika, lepas tu akan berenyakit balik, macam orang gila baka, dalam sembuh-sembuh tetap akan gila semula.
Juga macam orang botak keturunan, gunalah tiga kilo bawang putih campur tiga tempayan minyak lenga atau minyak zaitun bagi tumbuhkan rambut, pasti rambut tidak akan naik/tumbuh. Botak hanya boleh ditudung dengan rambut palsu. Pengakuan pencapaian kata sepakat dan bidak lalu kiambang bertaut dalam dunia orang politik tetap palsu lagi memalsukan.
Selepas selesainya Muktamar Agung dan selepas selesainya pertemuan Dato' Nik Aziz -Ustaz Nasharddin Mat Isa sepatutnya kes yang membawa kepada terpaksa diadakam mesyuarat khas tidak sepatutnya berlaku kalau memang benarlah kerapu-kurap dalam parti politik boleh disembuhkan sengoti.
Keinginan untuk mendapatkan kedudukan dan kuasa menjadikan penyakit itu sukar disebuh kerana tanpa disedari oleh orang parti politik bahawa mereka sebenarnya ada penyakt 'gila ' yakni gila kuasa dan kedudukan. Sebagai pembangkang sekarang. mereka sedang 'gila' untuk jatuhkan kerajaan dan kerajaan pula giler-giler mempertahankan kuasa dalam genggaman.
Kesimpulannya penyakit yang melanda Pas tidak akan sembuh. Di sekeliling Dato' Nik Aziz, dato' Seri Haji Hadi, Dato' Mustapfa Ali, Dato' Hassan Mohd Ali, Ustaz Nasharuddin, Idris Ahmad dan sebagai ada syaitan dan iblis termasuk dalam bentuk rupa manusia yang akan terus menggoda dan membisikkan nada perpecahan dan dendam kesumat.
Barangkali Pas akan boleh sembuh dari penyakit berpuak-puak bila parti itu mengalami kiamat yaknikalah dalam pilihanrraya sebagaimana yang pernah berlaku pada tahun 1978. Pas jadi kuat pun, terutama di Kelantan, adalah setelah ianya mengalami keadaan ayam tak sudi patuk itik dan sudi nak sudi selepas kalah teruk pada tahun 1978, bukannya kerana lawan kuat tetapi kerana krisis kronik dalaman parti. Umno/BN kalah di Kkelantan pada tahun 1990 pun bukan kerana Pas kuattetapi kerana parti itu mengalami krsis dalaman yang sangat kronik.
Mungkin orang parti politik tidak akan bersetuju dengan saya tetapi saya percaya kepada apa yang saya percaya, Pas akan kalah teruk pada pilihanraya umumke-13. Kesilapan besar Pas adalah kerana beerjasama dengan PKR dan DAP melalui Pakatan Rakyat (PR) dan kerajaan-kerajaan yang dibentuk selain dari di Kelantan tidak sebagaimana yang diharapkan oleh pengundi kerana kerajaan-kerajaan yang dibentuk oleh PR itu tidak jauh bezanya dengan kerajaan Umno/BN, malah nampaknya lebih teruk lagi.
Kesannya turut akan memvirusi Kelantan dan orang Pas kena bersedia untuk terima hakikat itu dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.
Dalam kononnya isu catatan Dato' Nik Aziz dalam blognya menibulkan kontroversi sehingga membawa kepada mesyurat khas Pas Pusat yang kononya merumuskan bahawa isu UG dan muktmar khas sudah tutup buku, namun pada hakikatnya isu itu belum lagi betul-betul selesai kerana Dewan Pemuda Pas hanya akan mengadakan mesyuaratnya hari ini.
Apakah Dewan Pemuda Pas boleh terima keputusan yang dibat oleh Pas pusat. Bagaimana dengan Dewan Muslimat dan Pas peringkat negeri dan kawasan. Sepatutnya setelah menimbangkan apa pendirian Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Pas Negeri dan seterusnya keputusan dibuat oleh Pas pusat seperti apa yang diputuskan semalam, barulah boleh dikurangkan resam rumah siap baru pahat berbunyi.
Sekadar itu pandangan saya dan sebelum berundur diri melalui posting ini, saya ingin tegaskan bahawa penyakit dalam Pas tidak akan sembuh dan pengakuan sembuh hanyalah suatu bentuk kepalsuan lagi memalsukan.
Sejarah mencatatkan bahawa penyakit Pas akan membawa kepada kimatnya Pas sebagaimana apabila berlaku krisis Asri -Dato' Haji Muhammed Nasir, Pas mengalami kiamatnya, bila berlaku krisis dengan S46 membawa kepada berlaku pecah kongsi antara keduanya.
Bila timbul isu 'petualang' yang membawa kepada berlaku ketegangan terbaru, ianya tidak banyak sedikit akan tempias kepada rakan-rakan lain dalam PR. Saya yakin kepada kepercayaan saya, menjelang pilihanraya umum ke-13, PR akan berpecah dan impian pembangkang untuk menjadi kuat sebagaimana dalam pilihanraya ke-10 dan ke-12 akan mengambil masa lebih dari 20 tahun.
Thursday, October 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
BUANG SAJA JAWATAN NIK AZIZ TU. PALING TIDAK PUN, BUANG JAWATAN PENASIHAT POLITIKNYA.
Buang dan pecat tidak akan dapat selesaikan masalah kerana masing-masing ada pengikut yang taksub dan bebal.
Yang paling penting kena dihiupkan kebali usrah dan aktiviti-aktiviti pengisian minda dan kefahaman sejati apa itu Pas dan untuk apa menyertai perjangan Pas, untuk apa serta apa matlamat Pas diwujudkan oleh paa pengasasnya.
Jngan masuk Pas macam rusa masuk kampung. Gara-gara amai pimpinan dan ahli Pas berada dalam Pas macam rusa masuk kampunglah, maka apa yang tidak sepautnya belaku kepada Pas sekarang boleh berlaku.
Dulu usrah,ceramah, rapat umum dibuat di ladang-ladang getah,petak-petak samah, segalanya susah dan peserta tidak akan tinggalkan program, malah masing-masing akan menangis sayu pada majlis perpisahan apabila tamatnya sesuatu program.
Sekarang dibuat di hotel-hotel mewah dan peseta akan keluar masuk dewan macam ikan lampam berebut taik,nampak sangat bahawa mereka terpaksa sertai proram,bukannya dengan rela dan demi perjuangan, maklumlah masing-masing ada kereta mewah, ada bini lebih, ada kepentingan peribadi yang lebih penting dari kepentingan parti.
Usrah entah ke mana, muqayyam entah ke mana. Cuba buat usrah atau muqayyam di kawasan semak dan peserta dihidang nas kawah, tengok berapa ekor yang sanggup datang, pelbagai alasan akan diberikan untuk uzurkan diri, antaranya takut jangkitan selsema babilah dan macam-acam lagi.
sikap pendukung dan penyoong parti sekarang menyumbang kepada kemusnahan dan kehancuran, banyak melihat dan menwarwarkan keburukkan lawan tanpa mencari klemahan sendiri untuk dibaiki. Akhirnya lawan semakin mantap, kita semakin ewek.
MKJ kena terus main pernan buat teguran. Jasa dan sumbangan anda tidak akan ada nilainya pada waktu ini tetapi sangat bernilai untuk masa depan Pas.sebagai orang lama parti, saya boleh baca hujung jatuh tulisan-tlisan anda. Anda nampaknya menjadi lilin dalam usaha untuk menyelamatkan parti. Sesungguhnya hnyajauhri engenal manikam. orang yang lemah semangat dan jiwany tiak akan mampu jdi seperti anda. Slam perjuangan dri saya.
Sdr MKJ.. mencari petualang PAS? senang saja.. mana2 individu yg rakyat (yg selain dari pembodek UMNO) dok sumpah/ benci kerana cenderung kepada kedurjanaan UMNO. Atau. Mana2 yg puak2 UMNO dok puji itulah yg petualang PAS, PKR, atau DAP.
Pendirian rakyat yg patriotik & demokratik adalah amat jelas, bergabunglah dengan siapa saja,.. PAS, DAP, PKR, S46(dah arwah), PBS, SNAP, PRM, PSM,... yang sah disisi Perlembagaan Malaysia, bagi memperjuangkan hak rakyat dan negara, maka hati rakyat akan tetap bersama mereka walaupun sentiasa kalah melalui pilihanraya 'curang' tadbiran UMNO itu......
Sebagai contoh Dr. Burhanuddin alHelmi, Ibrahim Hj, Yaakub, Pak Sako, Ahmad Beostaman, Prof. Zulkifli Muhammad, dll... tetap TOKOH NEGARAWAN disisi rakyat walaupun tidak diakui atau tidak tabalkan atau cuba dipadamkan jasa bakti mereka oleh UMNO....
UMNO cuba hapuskan momentum rakyat yang ingin perubahan total selepas 52 tahun dibawah cengkaman pentadbiran penuh korupsinya .. melalui PRU12 lepas. Jika momentum rakyat masih seperti 1998..2008 dan beterusan kepada PRU13 maka usaha kosmetik pada wajah korup UMNO oleh Najib sekarang hanya dirasakan hebat oleh pengampu2nya saja ... tapi hati kecil mereka penuh keraguan kepada diri sendiri...
PAS perlu bersih dari 'mereka2' yg bersimpati dengan 'imej sekular korup UMNO'- yg menindas pejuang2 patriotik negara dan memperbodohkan rakyat marhein sejak 1948 itu ...
PAS perlu bersama Aspirasi dan Agenda Perubahan Rakyat, ... jangan biarkan individu/ pemimpin PAS yang bersengkokol dengan elit kapitalis UMNO yang penuh korup dan assobiyyah itu.
Cadangan EGM Nik Aziz adalah salah satu langkah pembersihan terhadap pemimpin2 bermasaalah melalui proses demokrasi, syura ummah, dan undi popular dari grassroot untuk mendapat fresh mandate dan undi kepercayaan terdapat saf pimpinan baru PAS sekarang sebelum PRU 13 nanti...
Post a Comment