Lompat parti satu sindrom?
RASANYA sudah acapkali saya garapkan bahawa guru saya dalam bidang politik dan penulisan adalah Alllayarham Dato' Haji Muhammaed bin Nasir (Dato' Biji Sura), bekas Menteri Tak Berpotfolio Jabatan Perdana Menteri dan Bekas Meteri Besar Kelantan, mati dan disemadikan di Malbourn, Australia.
Seingat saya, Allahyarham menyatakan bahawa setiap pengundi, apatah lagi ahli kepada sesebuah parti sangat penting. Justeru walaupun seseorang itu gila, sakit, tepak, buta, tempang dan nyanyuk kerana terlalu tua adalah sangat penting kerana apa yang dimahu dan diperlukan ada pada mereka, yakni undi.
Hilang seorang (maksudnya jika seorang berpaling tadah) ianya adalah suatu kehilangan dan akan merosotkan jumlah undi dan majoriti. Kerana itu hati dan perasaan setiap pengundi perlu dijaga walaupun seeorang itu terpaksa diusung ke tempat mengundi kerana uzur, tua atau cacat anggota supaya tidak ada yang berpaling tadah dan memindahkan sokongan. Pendukung dan penyokong adalah aset bagi setiap buah parti
Tetapi saya agak pelik apabila ada parti politik dan pihak yang seolah-olah 'tidak heran' dan tdaj gundah apabila berlaku kes ADUN lompat parti, seolah-olah yang melompat itu tidak ada nilai langsung, malah tindakan melompat itu semacam dialu-alukan pula.
Kuat sangatkah parti yang ADUN-ADUNnya lompat parti sehingga bila berlaku kes lompat, ada kenyataan dan ulasan sama ada oleh pemimpin parti atau blog-blog pro parti berkaitan seolah-olah memberi laluan supaya sesiapa yang nak ikut lompah, SILAKAN!
Seorang ADUN lompat bukan bermakna parti hanya akan kehilangan satu undi kerana setiap ADUN akan ada pengikutnya. Paling tidak pun anak isteri, ibubapa, mertua, ipar duai, saudara mara, rakan taulan dan jiran sekampung akan ikut sama menukar haluan. Seorang ADUN lompat parti tidak sama dengan rajuk seorang 'tok fakir'.
Setakat ini PKR sudah kehilangan empat ADUN dan khabarnya masih ada lagi lagi ADUN-ADUN Melayu dari PKR akan lompat. Maknanya PKR akan terus mengalami kemeosotan sokongan gara-gara sindrom lompat parti, berpunca dari ketidak-yakinan ADUN-ADUN berkenaan dengan parti yang dimufarakahi.
Hanya pimpinan dan penyokong PKR yang terlebih atau tersalah telan ubat sahaja yang tidak akan rasa resah dan mampu selamba, apatah masih tidak rasa 'sikir' untuk menyatakan keyakinan bahawa PKR mampu tumbangkan kerajaan pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Parti yang kuat dan mantap adalah parti yang orang akan berebut-berebut untuk menjadi pendukung dan penyokong, bukannya berlumba-lumba untuk mufarakah,untuk lompat parti.
Banyak parti-parti 'yang ramai pemimpin dari dari ahli' seperti Parti Negara yang merupakan parti Dato' Onn Jaafar selepas beliau yang merupakan pengasas dan Presiden Pertama Umno keluar dari Umno, jga parti seperti S46, Hamim, Berjasa, AKIM, Pas Baru dan sebagainya 'selok kera' kerana kekurangan ahli.
Maka adalah sesuatu yang amat pelik kalau PKR dikatakan masih kuat dan mantap, malah lebih kuat dan mantap apabila empat ADUNnya lompat arti dan memilih untuk jadi ADUN Bebas. Tambah pelik kalau PKR bangga dan seronok serta menganggapnya tidak akan memberi sebarang kesan kepada PKR apabila ADUN-ADUNnya mufarakah dari parti itu.
Bagi saya kalau sindrom lompat parti di kalangan ADUN tidak dibendung dan PKR tidak menunjukkan betapa perlunyaa mereka terhadap pendukung dan penyokong parti, dalam tempoh yang tidak panjang, PKR akan berkubur sebagaimana berkuburnya S46.
Saya juga angap pelik malah menganggap satu pengkhianatan dan sabotaj terhadap parti apabila ada pemimpin yang sanggup mendukung dan menyokong parti yang dipimpinnya berpecah asalkan apa yang disarankan, termasuk gesaan supaya diadakan Muktamar Khas sedangkan bersatu dan dan pertambahan jumlah penyokong adalah merupakan suatu keperluan untuk kekal atau muncul sebagai parti yang kuat dan hebat.
Songsang jadinya kalau semakin hari jumlah penyokong sesebuah parti semakin berkurangan kerana apa pun nama parti, ianya tidak bermakna apa-apa kalau jumlah penyokongnya tidak seberapa di samping berlakunya kes lompat dan tinggalkan parti.
Friday, October 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
kuat sebab parti bersih dari petualang. itu maksudnya.
Macam mana nak kuat kalau penyokong bekurangan. Barangkali maksud anda, utamakan kualiti dari kuantti. Tapi dalam politik tori begitu tak berapa boleh pakai kerana yang ramai penyokonglah akan menang walaupun parti, pemipn ahli dan penyokongnya idak berkualiti.
Saya rasa apa yang mkjnukilka patut diberi perhatian,pengaliran pndukung dan penyokong kena disekat, dicari sebabnya, diatasi dan kena ada formula untuk hadang pendukung dan penyokong tinggalkan parti
PROMOSI MUSLIM TOUR
“Maghi Pakat Gi Jale”
Tel: 609-747 9999
TIANJIN-BEIJING
6DAYS 5NIGHT
HARGA DARI RM340
Guano kure ore ngomen lo ni..tak syok le gini...tak po eh abe li tulong komen hok ambo nok bangkitkan ni pasal langkah terbaru kerajaan M'sia:
1-KWSP hanya untuk ore bersara. Persoalan hamba?
-lagu mana kalu dio nok gi haji sebelum bersara tapi simpanan tbg haji tok cukup lagi?
-lagu mana kalu dio nok beli ubat yg mahal2 kalu ado nyakit sebelum umur bersara? takut tunggu bersara dan mati dulu
-lagu mana untuk bayar hutang? kalu doh terdesok sangat peminta hutang nak duit smula. takut dan mati dulu hutang tok leh nok bayar..nayaa..
2.Pasal pelupusan keto 15 tahun ke atas?
-bunyi2nyo lepas ni keto ni keno g puspakom dulu baru buleh renew roadtax. pah tu insuran pulok mahal po bedil. kebanyokan hok guno kereto ni golongan pertengahan dan ke bawah. (rasa abe li pun ado jugok kereto lamo ni). Doh la kereto 2nd di malaysia ni mahal lagih..hok baru lagi mahal tahap dewo!
padae 2 isu ni dulu. ni rakyat m'sia majoriti hadapi ni. slogan rakyat didahulu,pencapaian di utamokan...kalu lagu ni mmepeh rakyat....peluru yang baik ni untuk pembangkang...
abe li skalo peko ko langkah2 kerajaan buat..ko hok ni abe li tok perasan lagi...ulas skit rasional dio.
Sdr MKJ.. mencari petualang PAS? senang saja.. mana2 individu yg rakyat (yg selain dari pembodek UMNO) dok sumpah/ benci kerana cenderung kepada kedurjanaan UMNO. Atau. Mana2 yg puak2 UMNO dok puji itulah yg petualang PAS, PKR, atau DAP.
Pendirian rakyat yg patriotik & demokratik adalah amat jelas, bergabunglah dengan siapa saja,.. PAS, DAP, PKR, S46(dah arwah), PBS, SNAP, PRM, PSM,... yang sah disisi Perlembagaan Malaysia, bagi memperjuangkan hak rakyat dan negara, maka hati rakyat akan tetap bersama mereka walaupun sentiasa kalah melalui pilihanraya 'curang' tadbiran UMNO itu......
Sebagai contoh Dr. Burhanuddin alHelmi, Ibrahim Hj, Yaakub, Pak Sako, Ahmad Beostaman, Prof. Zulkifli Muhammad, dll... tetap TOKOH NEGARAWAN disisi rakyat walaupun tidak diakui atau tidak tabalkan atau cuba dipadamkan jasa bakti mereka oleh UMNO....
UMNO cuba hapuskan momentum rakyat yang ingin perubahan total selepas 52 tahun dibawah cengkaman pentadbiran penuh korupsinya .. melalui PRU12 lepas. Jika momentum rakyat masih seperti 1998..2008 dan beterusan kepada PRU13 maka usaha kosmetik pada wajah korup UMNO oleh Najib sekarang hanya dirasakan hebat oleh pengampu2nya saja ... tapi hati kecil mereka penuh keraguan kepada diri sendiri...
PAS perlu bersih dari 'mereka2' yg bersimpati dengan 'imej sekular korup UMNO'- yg menindas pejuang2 patriotik negara dan memperbodohkan rakyat marhein sejak 1948 itu ...
PAS perlu bersama Aspirasi dan Agenda Perubahan Rakyat, ... jangan biarkan individu/ pemimpin PAS yang bersengkokol dengan elit kapitalis UMNO yang penuh korup dan assobiyyah itu.
Cadangan EGM Nik Aziz adalah salah satu langkah pembersihan terhadap pemimpin2 bermasaalah melalui proses demokrasi, syura ummah, dan undi popular dari grassroot untuk mendapat fresh mandate dan undi kepercayaan terdapat saf pimpinan baru PAS sekarang sebelum PRU 13 nanti...
apa2 hal pun..kena tgk yg ni dulu..sape...yg mula2 perkenalkan lompat parti? mana tarikh 16 september tu?? jadi fikir2 kan lah
Post a Comment