Saturday, October 31, 2009

MUNCUL KEMBALI (468)

Berpolitik jangan sampai mencederakan akidah

DEMI kerana kepentingan parti dan menyedari bahawa tahap pemikiran pendukung dan penyokong masih terkatup dan terlalu sempit untuk dialirkan wangian kepentingan gagasan kerajaan perpaduan menyebabkan terpaksa diisytiharkan isu itu telah ditutup buku, saya yakin bukan sahaja orang macam saya tetapi sebahagian besar daripada 17 juta umat Melayu beragama Islam di negara ini serta 300 juta baka Melayu di setiap pelosok dunia sangat berdukacita dengan tindakan Pas menutup buku satu gagasan yang bersifat suatu formula dan idea berskala besar untuk selamatkan masa depan Melayu dan Islam.

Saya yakin Presiden Pas, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dan pimpinan Pas yang aliran pemikirannya terbuka, tidak tersekat dan tersumbat oleh permainan politik berskala kecil, jumud dan hanya tahu mahu menang dan berkuasa walaupun kemenangan dan kuasa itu ibarat bom jangka yang bakal meletupkan Melayu beragama Islam, pasti bersedih dan terkedu kerana terpaksa mengalah kepada kehendak majoriti pimpinan parti yang kebetulan belum berskala besar pemikiran mereka.

Malah pada waktu ini saya melihat ada di kalangan pendukung dan penyokong Pas, malah tokoh yang dianggap berbisa dan keramat sanggup berpolitik berkepentingan peribadi, puak dan parti politik yang didukung dan disokong sehingga sanggup mencederakan akidah, malah sanggup menggali lubang-lubang kubur dan seterusnya memberi bedil kepada bukan Melayu untuk membedil Melayu, termasuk Melayu penggali lubang kubur yang juga pemberi bedil itu sendiri.

Semata-mata kerana mahu menang pilihanraya dan mahukan kuasa, akidah pun sanggup dicederakan, kononnya sokong/memberi undi kepada parti sekian berdosa dan akan dicampakkan ke neraka manakala jika menyertai/memberi undi kepada parti yang didukung dan disokong akan bepahala dan masuk syurga, satu tindakan yang bersifat mengambil kerja Allah.

Urusan mensyurga atau menerakakan adalah urusan Allah,b ukan urusan parti atau tokoh tertentu walaupun serbannya besar dan jika dibuka barangkali boleh dijadikan sebuah khemah yang mampu memperteduhkan sejuta orang dari panas dan hujan.

Penyertaan atau menyokong mana-mana parti politik bukan syarat masuk syurga atau neraka. Selain dari kena Islam, beriman dan bertaqwa sebagai syarat wajib masuk syurga, juga untuk ke syurga kena bergantung kepada ihsan Allah.

Menokok-tambah syarat lain, termasuk sayarat wajib sokong parti tetentu kalau mahu masuk syurga, kalau tidak maka akan hilang kelayakan masuk syurga, sebaliknya akan masuk neraka, adalah merupakan suatu bentuk perlakuan, tindakan dan pembenihan kafahaman yang boleh mencederakan akidah.

Sehubungan dengan itu saya menyeru kepada diri saya sendiri dan juga kepada sekalian saudara seagama dan sebangsa saya supaya dalam keghairahan berparti politik dan berpolitik, janganlah sampai mencederakan akidah.

Kita memang kena berpolitik kerana politik itu adalah sebahagian daripada rempah ratus kehidupan, malah Allah dan rasul-Nya sendiri berpolitik tetapi Allah dan Rasul-Nya tidak berparti politik.

Mencipta Adam a.s. itu sendiri jelas membukikan Allah berpolitik dengan memerintahkan syaitan dan iblis yang asalnya penghubi syurga sujud kepada Adam kerana secara politiknya Allah mahu menguji kualiti ketaatan syaitan dan iblis.Nabi Muhammad s.a.w. banyak berpolitik dalam menyempurnakan tugas baginda sebagai pesuruh Allah.

Berpolitik, malah berparti politik juga akan mendatangkan pahala tanpa mengira apa nama parti politik yang didukung dan disokong selagi kita kekal dalam Islam serta beriman dan bertaqwa sekali gus. Bagi masyrakat Melayu beragama Islam di Malaysia, Pas barangkali dilihat lebih Islamik kerana wajah dan diwajahkan sedemikian oleh pendukung dan penyokongnya, malah parti itu diterajui oleh kalangan yang berimejkan Islam.

Bagaimanapun itu dalam bentuk lahiriahnya, dalam bentuk makrifatnya belum tentu lagi Pas benar-benar Islamik dan tokoh yang kata sokong Pas dapat pahala, sokong Umno masuk neraka itu akan masuk syurga.

Apakah menolak kewajipan bersatu padu sesama Islam yang mana setiap Islam adalah bersaudara dan diibaratjan sebagai sebatang tubuh, tidak membawa kepada meluka dan mencederakan kislaman, keimanan dan ketaqwaan? Bersatu (menjalin silatur-rahim) sesama Islam bukan harus atau sunat, tetapi wajib.

Tambahan pulakerajaan perpaduan adalah gagasan seorang tokoh bertitle 'tok guru' yang diberi kepercayaan sebagai presiden sebuah parti yang ada Islam pada namanya. Gagasan itu bukan datang dari cetusan pemikiran Pak Had Ceton Tembus.

Kenapa ianya ditentang, apakah kerana orang Umno dikategorikan sebagai lebih kafir dari orang DAP?. Kalau Umno dipimpin oleh orang-orang jahil, apakah orang Pas tidak merasakan berfardu kifayah kepada orang Pas untuk memperalimkan orang Umno.

Apakah orang Pas boleh masuk syurga dengan mudah kalau membiarkan orang Umno yang jahil (kalau betul jahillah) kekal dalam kejahilan. Pada saya, membiarkan saudara seagama terbiar dalam kejahilan secara tidak langsung akan meluka dan mencederakan akidah.

Kalau bekerjasama dengan DAP hukumnya halal dan bekerjsama dengan Umno dihukum haram, akidah tokoh yang bependirian sedemikian bagi bukan sahaja terluka dan tercedera parah akidahnya, tetapi boleh membawa kepada 'janen-likat' akidahnya.

Ertinya mereka yang berpandangan dan berpendirian sedemikian kena bertaubat nasuha dan bersyahadah semula. Mohon para mufti dan alim ulamak betulkan saya jika saya silap, malah saya memohon keampunan dari Allah kalau pandangan saya tidak tepat.

Saya melihat Dato' Seri Haji Hadi mengambil tanggungjawab fardhu kifayah dalam menggagaskan kerajaan perpaduan setelah mengambil kira kepentingan masa depan bangsa Melayu beragama Islam yang pastinya akan lemah kalau pun tidak lebur kalau Pas dengan Umno terus dalam keadaan tidak boleh bertikam bayang, kalau terus bagaikan kucing dengan anjing.

Dosa pemimin Melayu yang telah menyebabkan Melayu kehilangan Singapura dan juga hilang dominan di Pulau Pinang tidak harus berulang, malah kalau bukan kerana istana berkeras mempertahankan undang-undang tubuh, kerusi Menteri Besar Perak juga pasati sudah menjadi milik bukan Melayu ekoran keputusan pilihanraya umum ke-12.

Umno parti Melayu pernah mengatasi jumlah kerusi yang dimenangi di Pulau Pinang tetapi kerana baik hati Melayu bernama Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri waktu, jawatan ketua menteri tetap diberikan kepada Gerakan, sebuah parti komponen Barsan Nasional (BN).

Sudahnya apa jadi kepada Pulau Pinang. Peluang untuk bangsa Melayu menjadi Ketua Menteri dan mendominan kerajaa Pulau Pinang sudah semakin kelabu dan kelam. Beberapa negeri lain juga tidak mustahil akhirnya akan berterajukan tokoh bukan Melayu kalau Melayu berpolitik dengan mengenepikan kepentingan Melayu dan sanggup gadai dan jual Melayu (konnnnya Melayu tidak ada nilai apa-apa) semata-mata bagi kepentingan politik untuk menang pilihanraya dan mendapat kuasa yang berkelas umpama sayur tanpa serbuk perasa.

Bagi saya, pendekatan politik sama ada oleh Umno atau Pas yang lebih bergantung dan sentiasa bermurah hati dengan parti bukan Melayu untuk kepentingan kemenangan dalam pilihanraya, adalah pendekatan politik yang bakal meleburkan orang Melayu beragama Islam .

Hakikat ini akan dapat dilihat dalam pilhanraya umum ke-13 nanti. Penolakan, malah penutupan buku bagi gagasan kerajaan perpaduan adalah sesuatu yang amat malang dan ianya lebih bersifat racun rumpai yang akan memusnah dan mereputkan masa depan Melayu beragama Islam.

Saya memberi penekanan kepada kerjasama Umno-Pas kerana bagi saya hanya dua buah parti Melayu ini sahaja yang ada keupayaan untuk membendung kemusnahan dan kepupusan Melayu beragama Islam.

Parti Kedilan Rakyat (PKR) bagi saya sedang semakin hampir dengan lubang kubur dan kewujudan PKR serta parti-parti Melayu yang lain selain dari Umno dan Pas adalah bersifat ranjau dan duri yang akan lebih memasalahkan lagi Melayu bergama Islam. Keleburan parti-parti seumpama itu akan melbakan meayu beragama Islam.

Orang Melayu tidak kira dari Umno atau Pas kena sedar bahawa daripada 27 juta rakyat Malaysia sekarang, bilangan orang Melayu beragama Islam berjumlah 17 juta manakala bukan dan bukan beragama Islam 10 juta.

Dalam 17 juta itu, Melayu berpecah kepada dua puak yakni puak yang kononnya sekular dan yang Islamik. Maknanya kekuatan Melayu dalam bidang politik hanya pada skala 8.5 juta manakala kekuatan politik bukan Melayu bukan islam adalah pada skala 10 juta dan mereka kalau berpecah bukannya berpecah kerana agama, ianya boleh bersatu dengan mudah dalam semua keadaan.

Oleh itu sama ada Umno atau Pas yang menang dalam pilihanraya, masing-masing terpaksa bergantung kepada ihsan parti bukan Melayu bukan Islam untuk mengukuhkan kedudukan. Dasar caca marba PKR pula telah menyebabkan negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PR) telah didominan oleh bukan Melayu. Contoh paling ketara ialah bekas Kerajaan PR di Perak. Memang betul bekas MBnya Melayu tetapi majoriti exconya siapa?.

Pun demikian dengan Selangor, Memanglah MBnya orang Melayu tetapi macam mana dengan barisan exconya? Apabila Pas atau exco Pas menyuara dan mengambil indakan sebagaimana yang dimahukan oleh Islam, bukan sahaja tindakan itu dibantah dan arak yang dirampas dikembalikan oleh exco bukan Melayu, tetapi exco Ps itu bakal dikenakan tindakan displin oleh parti sendiri.

Kenapa keadaan itu berlaku? Kerana barisan exco di Selangor bukannya didominan oleh orang Melayu beragama Islam dan Pas yang dalam nama penuhnya ada perkataan Islam terpaksa akur dan tunduk kepada keputusan dan tindakan yang bercanggah dengan kepentingan yang dituntut oleh Islam. Puncanya kerana Melayu Islam semakin lemah ekoran 17 juta Melayu berpecah dua.

Seandainya 17 juta Melayu beragama Islam bersatu dan menjadi sebatang tubuh sebagaimana yang diamukan oleh Islam, apakah 10 juta bukan Melayu bukan Islam berani bengah kepala, apatah lagi untuk merasa tidak 'heran' dengan Melayu beragama Islam? Atas kesedaran itulah tuntunya Dato' Seri Haji Hadi menggagaskan kerajaan perpaduan tetapi terpaksa ditutup buku mengeaninya oleh angkara pimpinan parti itu sendiri.

Bagai saya penentang gagasan kerajaan perpaduan adalah penkhianat bangsa dan agama yang nantinya kubur mereka akan menadi sasaran ludahan bangsa Melayu beragama Islam generasi akan datang kerana gara-gara berpolitik demi kepentingan peribadi, kerana berpolitik secara jumud, sempit dan anti profesionalisme, menyebabkan Melayu bergama Islam bercemperana di bumi warisan nenek moyang.

Paling sedihnya kerana ghairah bermusuhan sesama Melayu beragama Islam kerana gila kuasa dan kemenangan kerusi dalam pilihanraya, ada tokoh-okoh politik dianggap alim, ;aduni dan memiliki ilmu mantiqsanggup mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mencederakan akidah.

Semuga posting saya ini disimpan untuk nantinya dilihat sama ada benar atau tidak apa yang akan berlaku pada pilihanraya umum ke-13 sekiranya parti-parti politik Melayu mengekalkan cara berpolitikseperti sekarang.

Saya yakin selepas keputusan pilihanraya umum ke-13 diketahui, bumi Malaysia akan banjir dengan air mata kalangan penentang gagasan kerajaan perpaduan yang menangis dengan penuh kekesalan kerana terpengaruh dengan kedegilan, keras pedal, manggak, riak dan kegilaan veto oleh seorang pemimpin yang pada saya telah mencederakan akidah kalangan yang taksub kepada ketokohannya.

3 comments:

Anonymous said...

Salam,

saya pun semakin jelak dengan permainan Nik Aziz yang semakin meroyan gila kuasa dari hari ke sehari. Tetapi puak fanatik beliau, masih melaungkan KEMAKSUMAN ulamak mereka ini, sehingga kadang-kadang jika diperhalusi sudah dinaiktaraf sebagai nabi.

Jadi tidak heranlah apabila Nik Aziz sendiri menghina keturunan RSAW dan menyatakan RSAW sebelum jadi RSAW hanya setaraf dengan Mad-Mad di kampung beliau di Kelantan.

Sungguh meluat saya dengan orang tua ini, lagaknya seperti kaduk naik junjung. Hanya memikirkan bahawa beliau seorang tua dan saudara seagama, saya belajar untuk tidak membencinya tetapi mendoakan muga-muga beliau diberi hidayah dan taufik sebelum pintu untuk bertaubat sudah tertutup.

Anonymous said...

APAHAL NIK ABDUH ANAK NIK AZIZ BERGADUH DENGAN PARTNER DIA JUAL KISMIS DAN PRODUK2 TOK GURU LAIN SAMPAI SIAR IKLAN SEMUKA DALAM HARAKAH HAL TU? BAB DUIT NI BEGITULAH.. TAPI SIAPA SALAH PUN TETAP CERMIN AKHLAK TAK ELOK.

Abuzar said...

Sdr MKJ.. mencari petualang PAS? senang saja.. mana2 individu yg rakyat (yg selain dari pembodek UMNO) dok sumpah/ benci kerana cenderung kepada kedurjanaan UMNO. Atau. Mana2 yg puak2 UMNO dok puji itulah yg petualang PAS, PKR, atau DAP.

Pendirian rakyat yg patriotik & demokratik adalah amat jelas, bergabunglah dengan siapa saja,.. PAS, DAP, PKR, S46(dah arwah), PBS, SNAP, PRM, PSM,... yang sah disisi Perlembagaan Malaysia, bagi memperjuangkan hak rakyat dan negara, maka hati rakyat akan tetap bersama mereka walaupun sentiasa kalah melalui pilihanraya 'curang' tadbiran UMNO itu......

Sebagai contoh Dr. Burhanuddin alHelmi, Ibrahim Hj, Yaakub, Pak Sako, Ahmad Beostaman, Prof. Zulkifli Muhammad, dll... tetap TOKOH NEGARAWAN disisi rakyat walaupun tidak diakui atau tidak tabalkan atau cuba dipadamkan jasa bakti mereka oleh UMNO....

UMNO cuba hapuskan momentum rakyat yang ingin perubahan total selepas 52 tahun dibawah cengkaman pentadbiran penuh korupsinya .. melalui PRU12 lepas. Jika momentum rakyat masih seperti 1998..2008 dan beterusan kepada PRU13 maka usaha kosmetik pada wajah korup UMNO oleh Najib sekarang hanya dirasakan hebat oleh pengampu2nya saja ... tapi hati kecil mereka penuh keraguan kepada diri sendiri...

PAS perlu bersih dari 'mereka2' yg bersimpati dengan 'imej sekular korup UMNO'- yg menindas pejuang2 patriotik negara dan memperbodohkan rakyat marhein sejak 1948 itu ...

PAS perlu bersama Aspirasi dan Agenda Perubahan Rakyat, ... jangan biarkan individu/ pemimpin PAS yang bersengkokol dengan elit kapitalis UMNO yang penuh korup dan assobiyyah itu.

Cadangan EGM Nik Aziz adalah salah satu langkah pembersihan terhadap pemimpin2 bermasaalah melalui proses demokrasi, syura ummah, dan undi popular dari grassroot untuk mendapat fresh mandate dan undi kepercayaan terdapat saf pimpinan baru PAS sekarang sebelum PRU 13 nanti...