Saturday, October 31, 2009

MUNCUL KEMBALI (469)

Sindrom menyamar sebagai wartawan, nama Subky Latiff digunakan

SAYA bukan ahli, tetapi kerana menerima SMS dari Timbalan Presiden Persatuan Wartawan Melayu Kelantan (PWMK), Haji Wan Ahmad Wan Hassan, bekas rakan sejawat saya (beliau bekas Ketua Biro Utusan di Kota Bharu pula dan saya bekas Ketua Biro Harian Watan di Kota Bharu), saya hadir pada mesyuarat agung ke-5 persatuan itu & Seminar 'Membela Maruah bangsa Melalui Kewrtawanan' yang diadakan di sebuah hotel dekat Masjid Muhammadi petang tadi (31 Oktober).

Majlis berjalan lancar, perasmian disempurnakan oleh seorang yang berfikiran berskala besar, Haji Mmuhammad Nasir Haji Hamzah, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan manakala Dekan Pusat Pengajian komunikasi, Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Madya Adnan Hussein membentangkan kertaskerja atas judul 'Maruah bangsa Melalui Kewartawanan'. Kedua-dua tokoh, malah Presiden PWMK Dr Alias Mohamaed merupakan tokoh-tokoh yang berilmu dan pemikir berskala besar.

Saya yakin cara penyampaian ucapan Haji Nasir dan pembentangan kertaskerja Prof. Mdya Adnan yang begitu bermaklumat dan bernas kerana kedua-duanya menyangkakan bahawa hadirin adalah terdiri dari kalangan wartawan, kalau pun bukan wartwan tetap di mana-mana akhbar, radio atau tv, setidak-tidaknya wartawan sambilan.

Kerana tidak dapat menilai skla ilmu tokoh yang sedang berucap, ramai yang asyik bercakap sesama sendiri, malah ada byang ergerak ke sana sini ketika kedua-dua jemputan, apatah ketika Dr Alias berucap. Satu perlakuan yang bgi sangat tidak sopan dan tidak prpfesional.

Pada pemerhatian saya, yang hadir bukan wartawan pun selain dari Haji Wan Ahmad (bekas wartawan eksekutif/ketua biro utusan), Rohana Mat Nawi (Stringer Utusan), Syamsir Suhaimi (Jurufoto Berita Harian) dan Rosmiza Kassim (Wartawan Sinar Harian) di samping mungkin ada beberapa wartawan muda dari beberapa akhbar serta radio dan tv ang mungkin saya tidak kenal kerana saya sudah tinggalkan dunia kewartawanan yang berkejar ke sana kemari sejak tahun 1997. Selepas itu saya lebih banyak bertumas di pejabat. Selebihnya yang saya kenal, adalah guru yang terlibat dalam penulisan kreatif.

Masa nak pulang setelah selesai menikmati jamuan,saya terhenti langkah bila ada seseorang yang mengaku Subky Latiff dari Siasah memberikan namanya kepada seseorang yang bukan wartawan tetapi saya yakin ahli PWMK kerana setiap majlis PWMK, beliau hadir. Gembira sungguh nampaknya orang menerima pemberian nama oleh orang yang mengaku Subky Latiff, merujuk Haji Suby Latiff yang cukup saya kenali. Terkilan saya kerana ada yang ambil kesempatan menggunakan nama Haji Subky yang saya tidak tahu untuk apa tujuannya. Bagaimanapun saya tidak menjapuk apa-pa dan melangkah pergi.

Dulu masa hadir majlis PWMK, ada lelaki muda mengaku dia adalah Mohd.Sayuti Omar dari Siasah sedang mempekenalkan namanya kepada seorang wanita. Saya ada berhampiran. Dia tak kenal saya dan dia tidak tau bahawa Mohd. Sayuti Omar dari Siasah itu adalah kawan saya. Budak yang digoreng nampak macam percaya. bayangkan kalau sesuatu yang tidak baik dilakukan ke atas gadis itu, nama Mohd. Sayuti Omar pasti tercemar. Saya tidak japut apa-apa untuk mengelak dari dia mendapat aib.

Pada satu majlis PWMK yang lain, sorang lelaki muda mengaku dia wartawan Mingguan Wasilah, malah siap bawa buku catatan Mingguan Wasilah, sedang jual temberang kepada seorang perempuan. Saya ada hampir dengannya dan dia tentu tidak tahu bahawa saya adalah tuanpunya dan Ketua Pengarang Mingguan Wasilah pada waktu itu. Saya kenal semua wartawan tetap atau penyumbang bebas kepada Mingguan Wasilah kerana jumlahnya kecil saja. Sekarang Mingguan Wasilah telah dipindah milik kepada Yusri Yusoff dan saya sudah tidak ada kaitan lagi dengan akhbar berkenaan.

Nampaknya maksud baik Dr Alias (bekas wartawan) dan Haji Wan Ahmad menubuhkan KWMK secara tidak langsung membuka ruang penyamaran kepada mereka yang tidak bertanggungjawab serta tidak cukup reti tentang tugas dan tanggungjawab sebagai wartawan. Hal sumpama itu perlu dibendung kerana kemurniaan profesyen kewartawan akan rosak jika dijadikan golok tumpul oleh mereka yang tidak benar-benar reti apa itu wartawan serta fungsi dan peranannya.

Sesungguhnya kerjaya sebagai wartawan bukan satu kerja yang main-main atau kerja budak-budak. Ianya dalah suatu bidang kerjaprofesional. Wartawan adalah pahlawan atau pejuang bersenjatakan mata pena, mesin taip atau sekarang ini papan kekunci komputer. Nampak kerjanya mudah berbanding dengan penulisan karya kreatif tetapi kesan kerja kewartwanan itu boleh membawa padah kalau tidak kena gayanya, malah boleh membawa kepada berlaku perang. Demikian bearnya peranan wartawan.

Bukan semua pengamal media layak bertitle wartawan sebenarnya, yang banyaknya dalah bertaraf pemberita. Walaupun bentuk kerjanya sama, tetapi antara wartawan dengan pemberita berbeza. Pemberita tugasnya melaporkan apa yang diucapkan oleh sumber tetapi wartawan akan menulis sesuatu laporan siap dengan analisa, penyelidikkan dan kajian. Lazimnya pemberita yang berpengalaman akan dilantik sebagai wartawan bergred, seterusnya sebagai wartawan kanan, wartawan eksekutif dan seterusnya sebagai penolong pengarang dan pengarang.

Macam mana pun sesetengah akhbar membuat perlantikan secara pukal dengan diberi title wartawan. Cuma Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) di negara ini (kalau tidak silap saya) yang akan membuat perlantikkan bermula dengan Pemberita Kadet, Pemberita dan barulah dilantik sebagai wartawan dan akan naik kepada pegawai berita dan seterusnya pengarang sebelum melangkah ke jawatan yang lebih tinggi.

Berbanding dengan wartawan/pemberita sengoti yang lazimnya akan menyembunyikan identiti mereka, wartawan/pemberita 'perasan' yakni yang menyamar sebagai wartawan suka tonjol/persohorkan diri. Saya sendiri selepas tidak lagi menjadi wartawan, bila ada yang perkenalkan saya bahawa saya adalah wartawan, secepat mungkin saya akan menjelaskan siapa saya sebenarnya sekarang dan akan saya beritahu bahawa saya bukan wartawan lagi, saya adalah bekas wartawan.

Saya tidak tahu kenapa ramai yang suka menyamar atau 'perasan' sebagai wartawan. Semasa saya bermastautin di Tanah Merah dan menjadi Pemberita Daerah BENAMA di sana, ada penyamar yang membuka sebuah pejabat yang mengabil pekerja untuk bekeja dengan Utusan di samping mendakwa pejabat yang dibuka adalah cawangan uusan di Tanah Merah.

Saya perasan tentang itu apabila seorang jiran (ketika itu saya tinggal di Taman Adabi) mminta saya rekminkan anak perempuannya bekerja sebagai wartawan. Sebagai seorang yang terlibat dalam bidang kewartawanan, dia yakin saya ada 'gu' di Utusan. Saya call pejabat Utusan Kota Bharu bertanya tentang itu dan reka terkejut kerana Uusan tidak pernah buka cawangannya di Tanah merah dan mngambilpekerja dengan terus datang ke pejabat cawangan.

Rupayanya sudah beratus-ratus orang ditipu kerana untuk setiap yang membuat permohonan untuk bertugas sebagai wartawan kena bayar sejumlah wang. Kalau tidak silap saya dalam RM200 hingga RM300 sorang. Macam manapun bila saya naik ke pejabat yang hanya dibuat dengan playwood tanpa cat sebagai dinding bilik pejabat, bossnya hilangkan diri bila ada perkenalkan bahawa saya adalaadalah dari BERNAMA.

Sejak itu boss palsu itu tidak muncul meninggalkan para petugas terkapai-kapai tidak tahu arah. Akhirnya signbord pejabat berkenaan terjatuh dan menimpa dua buah kereta. Saya tidak tahu apa yang berlaku seteusnya kerana saya bepindah ke Kota Bharu apabilasaya menyertai HARIAN NASIONAL terbitan Tinta Press Sdn Bhd milik Khalid Jeffri.

Semasa saya menjadi Ketua Biro Harian Watan, juga ada yang menyamar sebagai warawan dengan memperdaya gadis pekerja Pasaraya Hankyu Jaya. Penipu saya kenal, malah pernah jadi pemberta sambilan Utusan dan sterusnya menjadi wartawan Harakah tetapi akhirnya kena pecat kerana kes penipuan.

Saya hanya perasan bila gadis-gadis manis pekerja Hakyu Jaya naik ke pejabat Harian Watan dan berjumpa saya untuk berjumpadengan si polan yang kononnya wartawan Reuter, yakni agensi berita luar negeri. Kononnya si polan berpesan, kalau nak jumpa dia kena ke pejabatan Harian Watan.

Bila saya katakan bahawa Reuter adalah agensi berita luar negera dan laporan untuknya kena dibuat dala bahasa Inggeris sedangkan si polan yang mengaku wartawan Reuter bukan sahaja tidak menguasa bahasa Inggeris tetapi cakap Melayu loghat Kelantan pun tergagap-gagap, barulah gadis-gadis itu sedar bahawa mereka ditipu.

Dalam keghaiarahan memantapkan lagi PWK dengan dibuka kahilan. maka adalah pelu bagi PWK memastikan ahlinya tidak telibat dalam penipuan dan penyamaran sbagai wartawan memandang wartawan dan kewartawan adalah suatu bidang profesional yang tidakwajar dipermainkan!

1 comment:

Anonymous said...

maaflah! saya rasa abe li sendiri pun tak perasan gamaknya ketika membuat rujukan sebab Rohana Md Nawi tu bukan lagi Stringer Utusan, dah kena pecat sebab macam2kes. Kena rujuk dengan Sdr Wan Zul, utusan untuk pengesahan.