Sunday, November 1, 2009

CERPEN TERBARU (2.11.2009) - KEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Nota: cerpen ini dhantar untuk pertimbangan siaran di sebuah akhbar arus perdana.
2. Peringatan: sebarang petikan cerpen dari blog saya hendaklah terebih dahulu dimaklumkan kepada saya telebih dahuu. Jangan sekali-kali dipetik dan disiarkan,teruama oleh akhbar-akhbar tabloid.

Ini untuk mengelak dari yang saya hantar cerpen berkaitan kepada sidang pengarang manakala yang satu lagi tersiar dalam akhbar.majalh yag petik cerpen dar blog saya. Penyiaran cerpen yang sama boleh menjejaskan reputasi saya, malah boleh menyebabkan cerpen-cerpesaya digam dan nama saya disenarai-hitamkan.

Mohon kerjsama. Terimakasih

Surah Yasin,Talqim Dan Batu Nesan
oleh
RAMLI ABDUL HALIM

SEBANYAK tujuh belas juta buku surah Yasin yang dilengkapi dengan ayat-ayat bacaan talqim dikumpul dari dua ribu tiga belas pembekal di samping sebanyak tiga puluh empat juta batu nesan ditempahnya.

Sebagaimana buku surah Yasin ditempah dari dua ribu tiga belas pembekal, batu nesan juga ditempah dari dua ribu tiga belas pembekal, timbunannya membukit dan menggunung banyaknya.

Sejak kerja-kerja pengumpulan buku surah Yasin dan tempahan batu nesan dibuat, dia yang peramah, seorang yang kelakar dan bila berceramah para hadirin tidak pernah rasa jemu mengikutinya dari awal hingga akhir, kini jadi hilang ceria, hilang kelakar, mamba dan seakan tidak ada maya.

Wajahnya murung, redup dan berkatup-ddaut.

Ramai di kalangan rakan-rakan kata dia buat kerja pelik, bininya juga kata dia buat kerja pelik, anak-anaknya pun kata dia buat kerja pelik, malah ada yang kata dia semacam ada kecederaan mentalisme atau setidak-tidaknya dia sedang maru macam marunya orang yang sedang hampir dengan tempoh ajalnya.

"Apa semuanya ini?" tanya Adnan, rakan seunversitinya dulu yang kini memiliki Ph D dan menjawat jawatan professor madya dan dekan pusat pengajian di sebuah universiti terkemuka.

Adnan terbang pulang dengan meluangkan sedikit kesibukan kerja-kerja akademiknya khusus untuk melihat dan merawat dalam bentuk memberi semangat dan motivasi kepada rakannya yang dikatakan kononnya mengidap penyakit pelik lagi memelikkan.

"Sir! Dulu mu yang kata, hanya orang yang berminda, berfikiran dan ada kegigihan berskala besar dalam berusaha sahaja akan berjaya dalam kehidupan dan dalam apa jua bentuk perjuangan. Mu tentu masih ingat"

"Masakan aku boleh lupa. Waktu itu mu lemah, mu mamba minda dan semangat sebagai seorang lelaki"

"Kerana motivasi mu, aku berada pada tahap sekarang"

"Aku bangga. Motivasi aku tak seberapa tetapi kerana minda, daya fikir dan kekemarukkan mu berusaha berskala besar, menjadikan mu berjaya. Mu kena berterima kasih kepada mu sendiri"

"Mu juga antara anak bangsa yang berjaya"

"Aku bersyukur dengan kejayaanku"

"Walaupun mu belum PhD lagi, dari sudut pemilikan ilmu-ilmu keagamaan, mu jauh lebih berjaya dari aku sebagai seorang orang akademik. Selain dari mengaji sekolah agama, mu berpengalaman bertugas sebagai pegawai kedutaan di Mesir, antara negara yang merupakan pusat ilmu"

"Aku bersyukur. Bagi aku ianya anugerah Allah"

"Tetapi kenapa mu buat benda-benda pelik ni?"

Dia ketawa terkekeh-kekeh. Dipastikan susunan timbunan buku surah Yasin tidak mungkin boleh jatuh bercelabak. Wajah Adnan yang memanggilnya dengan Sir sahaja bagi kependekkan nama penuhnya Nasir, dipandang dengan penuh kelucuan. Adnan memang dari jenis lurus bendul orangnya, tapi otaknya bergeliga,sun-patutlah dengan sulahnya yang sudah mencecah ubun-ubun sebagai lambang kebijaksanaan dan kecendekiawanannya.

"Kelakuan mu pelik"

Tambah kuat dia ketawa. Dari terkekeh-kekeh menjadi berdekah-dekah dan terbahak-bahak. Segala kemurungan, keredupan, dan keberkatup-ddautan sudah hilang sepeti hilangnya malam dan terbitnya siang.

"Kelakuan pelik mu membuatkan aku gagal untuk menskala-besarkan pemikiran akademikku dan pembinaan kefahaman tentang apa yang sedang mu lakukan. Malah sebagai pemilik PhD dan bertaraf professor madya di pusat pengajian di universiti tempat aku bertugas, aku gagal untuk menangkap dan menyelami maksud dan tujuan perlakuan pelik mu ni"

"Mu dekan pusat pengajian komunikasi 'kan?"

"Ha ah"

"Sepatutnya berbanding dengan dekan-dekan pusat pengajian yang lain, mu kena berminda dan berfikiran berskala lebih besar. Tugas mu adalah melahirkan pejuang-pejuang bersenjatakan mata pena yang kena berjiwa besar dan advance. Anak bangsa dan sesiapa yang berotak dan berjiawa kecil tidak sesuai untuk belajar dan menjadi orang komunikasi"

"Aku tau. Tapi mu tolonglah aku"

"Apanya yang boleh aku tolong?"

"Aku perlu terbang balik ke universiti hari ini juga"

"Untuk apa mu balik ke mari kalau mu tak cukup masa untuk balik ke mari?"

"Keranamu"

"Kerana aku?"

"Aku menerima maklumat kata mu melakukan sesuatu yang sangat luarbiasa"

Dia ketawa lagi.

"Aku serius, Sir. Kapalterbang akan bertolak dua jam setengah dari sekarang. Mu tolonglah aku. Kurangkan ketawamu"

"Apa yang mu nak aku tolongmu?"

"Aku nak tau kenapa mu buat kerja pelik ni?"

"Apa yang peliknya?"

"Mu stocks buku surah Yasin sampai tujuh belas juta. Mu tempah batu nesan sampai tiga puluh empat juta. Bukankah pelik namanya tu, tidak pernah dibuat orang"

"Mungkin apa yang aku buat pelik bagimu tapi tak pelik bagi aku"

"Tentu ada tujuannya kenapa mu buat kerja pelik ni"

"Mu serius nak tau?"

"Kalau aku tak serius, buat apa aku terbang balik?"

"Aku yakin mu tau rakyat negara kita sekarang berjumlah dua puluh tujuh juta"

"Ya. Tujuh belas juta daripdanya adalah yang sebangsa dan seagama dengan kita. Sepuluh juta lagi adalah saudara senegara yang bukan sebangsa dan bukan seagama dengan kita"

"Kerana itulah aku kumpul tujuh belas juta buku surah Yasin yang dilengkapi dengan ayat-ayat bacaan talqim"

"Untuk apa?"

"Untuk dibaca di pusara bangsaku"

"Yasin?"

"Talqim juga"

"Aku keliru dan buntu"

"Sebelum aku jelaskan bagi menghilangkan kekeliruan dan kebuntuanmu, biar aku terangkan tujuan aku menempah tiga rpuluh juta batu nesan"

"Aku pun nak tau"

Kebetuan beratus-ratus orang jurugambar akhbar, majalah, stesen tv beserta para pemberita tiba untuk membuat liputan tentang perlakuan pelik yang dia lakukan. Para bloggers juga turut datang sama. Ada di antaranya adalah bekas pelajar Adnan rakannya.

"Tidak ada yang peliknya. Buat susah-susah saja kamu semua datang. Aku ni bukannya ada nilai berita pun. Tapi kamu semua bolehlah ikut sama dengar apa yang aku akan jelaskan kepada kawan aku ni. Ada nilai berita ke atau tidak, tepulang atas kebijaksanaan kamulah menilainya" responnya bila diserbu oleh petugas media cetak dan elektronik serta para blonggers. Kilauan flash kamera bagaikan kilat sabut menyabung.

"Di mana kita tadi, Nan?"
"Pasal batu nesan"

"Ya. Batu-batu nesan tu untuk aku pacakkan di pusara bangsaku. Satu pusara dua batu nesan, tujuh belas juta pusara memerlukan tiga puluh empat juta batu nesan"

"Aku tambah keliru, Sir"

"Kami pun tak faham dengan maksud tuan" celah seorang petugas media yang bentuk rupanya seakan Karam Singh Walia tetapi berbangsa Melayu.

"Aku meramalkan tahun dua ribu tiga belas adalah tahun kemusnahan bangsaku, bangsamu juga, bangsa kita"

"Biar betu, Sir"

"Aku serius, Nan. Aku serius"

"Laksmana Hang Tuah pernah kata tak 'kan Melayu hilang di dunia" celah seorang petugas media perempuan yang di pipi kiri dan kanannya ada 'telaga yin' atau lesung pipit.

"Kata Laksamana Hang Tuah tu memang betul. Melayu tidak akan hilang di dunia oleh angkara musuh. Tapi....."

"Tapi apanya?" soal Adnan semacam mahu berebut soalan pula dengan petugas media.
"Melayu akan hilang di dunia kerana Melayu sendiri"

"Aku tak faham"

"Permainan politik orang politik dan orang parti potik berotak kecil boleh menjadi bangsa kita, bangsaku dan bangsamu akan hidup dalam keadaan setiap saat menanti kedatangan maut sebagaimana bangsa Palestin, bangsa Iraq dan bangsa Afghanistan"

"Bukankah kta hidup dalam keadaan aman. Negara kita tidak ada perang macam negara-negara yang tuan sebutkan, lebh-lebih lagi selepas Parti Komunis Malaya atau PKM meberhentikan kegiatan subversif bersenjata mereka kira-kira dua puluh tahun yang lampau" seorang lagi petugas media wanita mengambil peluang mencelah.

"Tetapi anda jangan lupa. Dalam keamanan yang kita nikmati, ada puak yang sengaja mewujudkan suasana tidak selamat dan mencipta pelbagai malapetaka. Selain dari dianjurkan demontrasi dan perhimpunan haram, bangsa kita dipecah-pecirkan demi kerana mahukan kemenangan dalam pilihanraya, sehingga ada yang sanggup melihat bangsa sendiri lebih hina dari bangsa lain yang menjadi rakan separti"

"Sebagai seorang pemikir berskala besar, mu tak patut tergoda oleh gamitan semangat perkauman" ngomel Adnan.

"Tidak timbul soal perkauman.Yang aku bangkitkan kemusnahan bangsaku, bangsaku bangsamu juga, bukan angkara banga lain, tapi kerana angkara bangsa kita sendiri. Dalam penagihan dadah, bangsa kita jadi johan, Dalam soal rogol merogol termasuk anak cucu sendiri, bangsa kita menjadi juara. Polis berbangsa kita yang menerima aduan gadis sunti berusia empat belas tahun yang dirogol teman lelakinya dirogol oleh polis penerima aduan. Gadis yang dirogol itu anak bangsa sendiri. Pegawai pencegah maksiat yang menangkap pasangan berzina telah menzinai perempuam yang ditahan sebagai habuan untuk mengelak dari didakwa dan didenda. Pegawai pencegah maksiat dan wanita yang dizinai itu sebangsa dan seagama dengan kita. Merempit dan merempat, bangsa kita juga"

Adnan sedikit resah. Isu yang dia bangkitan nampaknya kurang menyenangkan professor madya itu yang terikat dengan peraturan perkhidmatan.

Dia sendiri atas nama Nasir, sudah cukup lali dengan tindakan pihak atasan kerana ketegarannya dengan pendirian dan tidak pernah bertapis pula bila memberikan pandangannya.

Walaupun pandangannya adalah atas nama peribadi dan bukannya atas nama jawatan yang disandang, dia adalah antara penjawat awam yang paling kerap bertukar tempat kerja.

"Aku kecewa, teramat dan tersangat kecewa apabila gagasan kerajaan perpaduan yang cukup besar faedahnya bagi kepentingan negara bangsa telah ditutup buku oleh pihak yang menggagaskannya sendiri. Penolakan gagasan itu bagi aku adalah sutau pengkhinatan yang tidak boleh dimaafkan oleh negara bangsa, terutama oleh generasi akan datang"

Adnan membisu dalam resah dan gelisah lagi gundah dan menggelabah.

Kepada Adnan dan para petugas media disyarah dan dihujahkan, demi kerana kepentingan parti dan menyedari bahawa tahap pemikiran pendukung dan penyokong masih terkatup dan terlalu sempit untuk dialirkan wangian kepentingan gagasan kerajaan perpaduan, menyebabkan idea paling terpilih pada abad ini itu terpaksa diisytiharkan bahawa isu berkenaan telah ditutup buku, dia yakin bukan sahaja orang macam dia tetapi sebahagian besar daripada tujuh belas juta rakyat yang sebangsa dan seagama dengannya juga sangat berdukacita apabila gagasan itu gagal direalitikan.

"Aku yakin presiden parti dan pimpinan parti yang aliran pemikirannya terbuka, yang tidak tersekat dan tersumbat oleh permainan politik berskala kecil, jumud dan hanya tahu mahu menang dan berkuasa walaupun kemenangan dan kuasa itu ibarat bom jangka yang bakal meletupkan bangsa dan agama, pasti bersedih dan terkedu kerana terpaksa mengalah kepada kehendak majoriti pimpinan parti yang kebetulan belum berskala besar pemikiran mereka, yang masih pada takah bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak oleh ditumpang...

"Malah pada waktu ini aku melihat ada di kalangan pendukung dan penyokong parti terbabit, malah tokoh yang dianggap berbisa dan keramat, sanggup berpolitik dengan mengutamakan kepentingan peribadi, puak dan parti politik yang didukung dan disokong sehingga sanggup mencederakan akidah, malah sanggup menggali lubang-lubang kubur dan seterusnya memberi bedil kepada bukan bangsa kita untuk membedil bangsa kita, termasuk bangsa kita selaku penggali lubang-lubang kubur yang juga pemberi bedil itu sendiri...

"Semata-mata kerana mahu menang pilihanraya dan mahukan kuasa, akidah pun sanggup dicederakan, kononnya sokong atau memberi undi kepada parti sekian akan berdosa dan akan dicampakkan ke neraka manakala jika menyertai atau memberi undi kepada parti yang didukung dan disokong akan bepahala dan masuk syurga, satu tindakan yang bersifat mengambil kerja Allah....

"Urusan mensyurga atau menerakakan adalah urusan Allah, bukan urusan parti atau tokoh tertentu walaupun serbannya besar dan jika dibuka serbannya itu barangkali boleh dijadikan sebuah khemah yang mampu memperteduhkan sejuta orang dari panas dan hujan.
"Penyertaan atau menyokong mana-mana parti politik bukan syarat masuk syurga atau neraka. Selain dari kena Islam, beriman dan bertaqwa sebagai syarat wajib masuk syurga, juga untuk ke syurga kena bergantung kepada ihsan Allah...

"Menokok-tambah syarat lain, termasuk sayarat wajib sokong parti tertentu kalau mahu masuk syurga, kalau tidak maka akan hilang kelayakan masuk syurga, sebaliknya akan masuk neraka, adalah merupakan suatu bentuk perlakuan, tindakan dan pembenihan kafahaman yang boleh mencederakan akidah.

"Sehubungan dengan itu aku menyeru kepada diri aku sendiri dan juga kepada sekalian saudara seagama dan sebangsaaku supaya dalam keghairahan berparti politik dan berpolitik, janganlah sampai mencederakan akidah...

"Berpolitik dan berparti politik memang dibolehkan, malah kita kena berpolitik kerana politik itu adalah sebahagian daripada rempah ratus kehidupan, malah Allah dan Rasul-Nya sendiri berpolitik tetapi Allah dan Rasul-Nya tidak berparti politik...

"Penciptaan Adam a.s. itu sendiri jelas membukikan Allah berpolitik apabila memerintahkan syaitan dan iblis yang asalnya penghuni syurga sujud kepada Adam kerana secara politiknya Allah mahu menguji kualiti ketaatan syaitan dan iblis kepada-Nya sebagai Maha Pencipta. Nabi Muhammad s.a.w. banyak berpolitik dalam menyempurnakan tugas baginda sebagai pesuruh Allah...

"Berpolitik, malah berparti politik juga akan mendatangkan pahala tanpa mengira apa nama parti politik yang didukung dan disokong selagi kita kekal dalam Islam serta kekal beriman dan bertaqwa sekali gus. Menolak kewajipan bersatu padu sesama Islam yang mana setiap orang Islam adalah bersaudara dan diibarakan sebagai sebatang tubuh, bila usaha untuk menyatu-padukan mereka ditentang atau digagalkan, maka penentangan dan usaha menggagalkannya akan membawa kepada meluka dan mencederakan kislaman, keimanan dan ketaqwaan Bersatu menjalin silatur-rahim sesama Islam bukan harus atau sunat, tetapi wajib..."

"Maaf saya mencelah" pinta seorang petugas media. Gayanya macam penyanyi rocks. Suaranya juga garau macam penyanyi rocks.

"Silakan"

"Menolak jalinan perpaduan, jalinan silatur-rahim bermakna menolak firman Allah melalui ayat sepuluh surah al-Hujurat yang bermaksud; Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertakwallah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat"

"Aku setuju" bangga dia apabila dalam keadaan anak bangsanya berimej rocks begitu, masih boleh ingat terjemahan ayat al-Quran. Bgi nak rock tak apa asalkan Islam, beriman dan bertakwa...

"Tambahan pula,tambahnya, kerajaan perpaduan adalah gagasan seorang tokoh bertitle 'tok guru' yang diberi kepercayaan sebagai presiden sebuah parti yang ada Islam pada namanya. Gagasan itu bukan datang dari cetusan pemikiran tokoh tamada atau yang jahil tukil dalam soal hukum hakam. Lagi pun menjadi fardu kifayah bagi yang alim untuk alimkan yang jahil. Membiarkan yang jahil terus dalam kejahilan akan menyebabkan orang alim berdosa,"

Dia berhenti bercakap dengan harapan akan diberi respon oleh Adnan rakannya. Tetapi Adnan hanya terkulat-kulat. Tidak ada sepatah kata pun keluar dari rekahan bibir basah berair professor madya itu. Para petugas media dilihat semacam kemaruk membuat catatan manakala jurugambar terus merakam gambar dari plbagai sudut.

"Aku melihat presiden parti yang menggagaskan kerajaan perpaduan itu mengambil tanggungjawab fardhu kifayah dalam mengutarakan gagasannya itu dengan mengambil kira kepentingan masa depan bangsa kita yang pastinya akan lemah kalau pun tidak lebur kalau parti-parti milik sebangsa dan seanutan agama mengambil sikap berkerat rotan berpatah arang antara satu sama lain, kalau terus dalam keadaan tidak boleh bertikam bayang, terus bagaikan kucing dengan anjing" dia kembali bersuara...

"Dosa pemimin bangsa kita yang telah menyebabkan bangsa kita kehilangan negeri warisan dan juga hilang dominan bangsa kita di sebuah negeri tidak harus berulang, malah kalau bukan kerana istana berkeras mempertahankan undang-undang tubuh, kerusi peneraju sebuah negeri juga pasti sudah menjadi milik bukan bangsa kita...

"Saudara sebangsa dan seagama kita kena sedar bahawa daripada dua puluh tujuh juta rakyat negara kita sekarang, bilangan saudara sebangsa dan seagama hanya berjumlah tujuh belas juta manakala bukan sebangsa dan bukan seagama kita berjumlah sepuluh juta. Dalam tujuh belas juta itu, bangsa kita berpecah kepada dua puak besar yakni puak yang kononnya sekular dan yang Islamik. Maknanya kekuatan bangsa kita dalam bidang politik hanya pada skala lapan perpuluh lima juta sahaja manakala kekuatan politik bukan bangsa kita dan bukan seagama kita adalah pada skala sepuluh juta. Rakan bukan sebangsa dan seagama kita berpecah pun bukannya berpecah kerana agama, ianya boleh bersatu dengan mudah dalam semua keadaan berbanding dengan bangsa kita...

"Oleh itu mana-mana parti milik bangsa kit yang menang dalam pilihanraya, masing-masing terpaksa bergantung kepada ihsan parti bukan sebangsa serta seagama kita untuk mengukuhkan kedudukan. Dasar caca marba sesetengah parti milik bangsa kita pula telah menyebabkan negeri-negeri yang dimenangi oleh pakatan parti-parti penentang kerajaan didominan oleh bukan bangsa sebangsa dan seagama dengan kita...

"Seandainya tujuh belas juta saudara sebangsa dan seagama kita bersatu dan menjadi sebatang tubuh sebagaimana yang dimahukan oleh Islam, apakah sepuluh juta saudara bukan sebangsa dan seagama kita berani bengah kepala, apatah lagi untuk merasa tidak 'heran' dengan bangsa kita? Atas kesedaran itulah tentunya presiden kepada sebuah parti menggagaskan kerajaan perpaduan tetapi terpaksa ditutup buku mengeaninya oleh angkara pimpinan parti itu sendiri yang tidak dapat berkompromi dalam memahami dan menyelami tujuan sebenar gagasan itu...

"Bagi aku, penentang gagasan kerajaan perpaduan adalah penkhianat bangsa dan agama yang nantinya kubur mereka akan menjadi sasaran ludahan bangsa kita generasi akan datang kerana gara-gara berpolitik dan berparti politik demi kepentingan peribadi, kerana berpolitik secara jumud, sempit dan anti profesionalisme, menyebabkan bangsa kita yang rata-rata bergama Islam bercemperana di bumi warisan nenek moyang...

"Paling sedihnya kerana ghairah bermusuhan sesama sebangsa dan seagamadisebabkan kearu dan gila kuasa serta kemenangan kerusi dalam pilihanraya, ada tokoh-okoh politik yang dianggap alim, laduni dan memiliki ilmu mantiq sanggup mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mencederakan akidah...

"Jika pendekatan berpolitik bangs akita statik macam sekarang, aku yakin pada tahun dua ribu tiga belas, bangsa kita akan bercemperana dan kerana itulah aku dah kumpulkan tujuh juta buku surah Yasin dan tiga puluh empat juta batu nesan. Mereka akan mati dan musnah kerana enggan bersatu demi kerana akur kepada veto pemimpin yang riak dengan perasan paling berpengaruh dan berkuasa. hanya buah fikiran, pendirian dan kemhauannya saja yang kecil sedang otak dan jangkauan politiknya hanya berskala kecil dan bersifat kekampungan"

Adnan melepas keluhan berat selepas mendapat maklum dari rakan akrabnya itu sendiri kenapa dilakukan kerja-kerja pelik manakala para petugas media dan para bloggers saling berpandangan sesama sendiri. Ada yang berotak dan cara berfikir serta ada kekuatan daya faham beskala besar dapat menyelami apa yang tersurat dan tersirat di sebalik makna pengumpulan tujuh belas juta buku surah Yasin yang dilengkapi dengan ayat-ayat bacaan talqim dan tempahan tiga puluh empat juta batu nesan.

Yang berotak kecil dan mamba daya fahamnya, terpinga-tepinga macam rusat masuk kampung. Kalangan jenis rusa masuk kampung inilah yang tidak dapat menerima pembaharuan dan akan mengutamakan kepentingan peribadi, puak sendiri dan kekapungan melebihi kepentingan bangsa, agama dan negara pada skala besar, sekaligus idea dan gagasan terbaik pada abad ini, yakni gagasan kerajaan perpaduan, ditentang habis-habisan!

2 comments:

pemudacakna said...

satu cereka yang kreatif lagi kritis... harus diselaminya... banyak pengajaran yang diperolehi darinya.
Kekuatan bangsa adalah tanggungjawab bangsa itu sendiri. Paling malang jika bansa itu sendiri melemahkan bangsanya.

Anonymous said...

kekuatan bangsa/ ummah ni bukanla semata2 kerana UMNO, tapi kerana ALLAH! Allah tetapkan syariatNya melalui RASULNYA & ISLAM bukan syariat UMNO. Kuatkan Islam, kuat lah ummah. Kuat umno belum tentu kuat ISLAM & kuat UMMAH. Kita wajib kuatkan Islam, tolak khurafat rekaan UMNO ni!