Monday, November 30, 2009

MUNCUL KEMBALI (534)

Isu doa kemusnahan: Najib bersikap profesional

MANUSIA Malaysia yang rajin berfikir dan melihat secara tersirat di samping yang tersurat perjalanan hari dan setiap apa yang berlaku, akan mendapat jawapan kepada pertanyaan kenapa dalam ramai tokoh hebat di Malaysia, namun Datuk Seri Najib Tun Razak juga yang disurat dan ditakdirkan menjadi Perdana Menteri Keenam bagi negara ini.

Kalau dikira paling layak bagi para penyokong Pas khususnya untuk jawatan peneraju utama negara tentulah tidak lain dan tidak bukan Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan yang kononnya kerana kehebatan ketokohannya, orang sanggup mencuri seliparnya untuk dapatkan berkat. Najib tidak tidak pernah bawa berkat bersamanya untuk diagih-agihkan kepada yang mencium tangannya atau yang menatap gambarnya.

Tetpi kenapa orang yang boleh agih-agihkan berkat seolah-olah macam tabur hampas nyior untuk menjad irebutan dengan pelahap dan kemaruk oleh ayam dan itik tidak ditakdirkan menjadi Perdana Menteri dan orang yang tidak ada bekalan berkat pula yang ditakdir dan disuratkan-Nya menjadi Perdana Menteri.

Bila atas isu kerana mahukan royalti dan menolak wang ehsan minyak boleh didoakan kemusnahan terhadap seorang hamba-Nya yang dipilih menjadi perdana Menteri Keenam bagi Malaysia, tidak mustahil kalau telah sekian banyak doa dipanjatkan supaya dapat menduduki kerusi Perdana Menteri supaya lebih ramai yang berpeluang diberi dan menerima berkat.

Walaupun tidak disedari oleh empunya diri, pada saya Najib lebih tulus dan profesional sebagai seorang manusia dan sebagai seorang tokoh apabila beliau menegaskan beliau tidak akan meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan atau memohon maaf selepas mahu berdoa supaya Allah memusnahkan masa depan Perdana Menteri jika tidak memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Sebaliknya beliau berharap Mursyidul Am Pas itu sedar sendiri dengan tindakannya itu. Sekali lagi Najib menamapkkan keprofesionalan dan ketokohan tulen bila berharap Dato' Nik Aziz sedar isendiri. Beliau berharap sedemikian pasti kerana beliau mengormati Menteri Besar Kelantan lebihlebih tua dan keduanya kerana beliau tidak dilabel sebagai orang agama untuk belawan hujah hal-hal yang berkaitan dengan amalan doa.

Maknanya sama ada kerana umat Islam merasakan kenyataan tersebut adalah keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keislaman yang dituntut agama atau sebaainya, terpulang kepada penilaian umat Islam terbanyak, terutama di kalangan mereka yang mahir dalam bidang hukum hakam.

Yang pentng beliau sebagai seorang yang ditakdir dan disuratkan menjadi perdana menteri kena teruskan tgas dan tanggungjawabnya dengan tulus, telus dan profesional. Bagi saya, yang menuduh kerajaan pusat tidak adil itulah sebenar tidak adil pada diri sendiri dan rakyat Kelantan kerana tidak pernah diberitahu bahawa dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan pusat beri peruntukan lebih RM7 bilion untuk rakyat Kelantan walaupun diperintah pembangkang.

Soal wang ehsan yang mahu dinamakan royalti diperisukan tetapi saluran peruntukkan RM7 bilion (RM7,000 juta) tidak dimaklumkan kepada rakyat. Mungkin keadaan itu berlaku kerana isu wang ehsan itu melabakan politik Pas manakala peruntukkan RM7,000juta tidak melabakan.

Sesungguhnya sukar untuk dipercayai kerajaan yang sanggup menyumbangkan RM7,000 juta dalam RMK-9 ke Kelantan walaupun diperintah oleh kerajaan dari parti pembankang, maka segala hak Kelantan berhubung dengan hasil minyak tidak akan disalurkan ke Kelantan pada jumlah yang patut kena terima oleh Kelantan dan akan dinikmati oleh seluruh rakyat Kelantan sama ada yang tinggal di bandar atau bekan mahu pun di kampung-kampung pedalaman.

Rasanya pada umumnya rakyat Kelantan bersetuju dengan saya bahawa nama tidak penting. Royalti atau pun wang ehsan atau nak dinamakan sedekah pun apa nak dibisingkan asalkan matlamat agar hasil yang kena dibayar kepada Kelantan akan memberi faedah kepada rakyat dan negeri Kelantan. Kalau wang hasil minyak disalurkan atas nama royalti sekali pun tidak ada apa gunanya kepada rakyat kalau ianya tidak sampai kepada rakyat.

Kerajaan Pas Kelantan tidak patut malu apabila saluran hasil minyak dinamakan wang ehsan seolah-olah diberi sedekah kerana sejak menjadi kerajaan, pungutan derma dari rakyat jelata untuk setiap majlis yang diadakan tidak pernah berhenti hingga kini yang mana pungutan derma itu sebenarnya pada namanya tetapi zatnya adalah meminta sedekah.

5 comments:

khairul said...

apa yang nabi lakukan itu sunnah. setiap apa yang nabi buat itu menjadi ikutan kita umat islam.

fikirkan kembali apa doa memusnahkan orang lain ini satu ajaran?

sedangkan malaikat yang bersedia untuk telangkupkan bumi kepada kaum yang menganiaya nabi pun nabi tidak membenarkannya. besar kesabaran nabi kita.

biarlah doa untuk membuka hati PM untuk memberikan wang royalti dan bukan ihsan. bukankah itu lebih baik. jika mustajab doamu maka akan dikabulkan jua.

beringat dan sentiasa mengingati. apa yang pemimpin lakukan akan menjadi ikutan kepada pengikutnya.

jangan hairan jika ada yang menghalalkan untuk menghancurkan umat islam yang lain kerana ia telah dihalalakan oleh pemimpin sendiri.

jangan rosakkan syahadah kita.

wallahualam

john said...

Salam...

Bukan professional gitu abe li..tapi dalam keadaan defensif sebab apa yang dibuat pasal royalti tu bertentangan dengan perjanjian pertronas..salah satu ciri MUNAFIK bila berjanji di mungkiri..takkan nak ikut macam mahathir jugok!..nak bela ikut hujah islam tak pandai nasib baik ada mufti dengan bekas mufti tolong cover..sekadar membawa beberapa tajuk artikel....

1"Bila Nik Aziz Buat Semua Pertikai, Bila Umno Buat Semua Jadi Syaitan Bisu"

2."Inul DiBenarkan Goyang Gerudi,Ketika Umat Islam Menyambut Aidiladha"

kepada set2 pendokong bn..tok ser ulas ko tajuk yang ke2 tu...

Abuzar said...

Wang ehsan tak serupa dengan royalti.

Misalnya pengarang buku dapat royalti tetap dari jumlah jualan buku karangannya. Jika disebut duit ehsan- macam le peminta sedekah menghulur tangan untuk dapat ehsan & sinpati dijalanan pulak..... Begitu jugaklah duit royalti minyak hak rakyat Kelantan ni...

Apa masalah najib nak serahkan duit royalti minyak hak Kelantan ni?????

Orng PETRONAS Pangkat Kecil said...

kena fahma antara sempadan negeri dengn sempdn negara. Kalau sempadan negra ianya membabitkan negara lain.

kena tahu duduk perkara kalau nak bercakap tentng royalti dan wang ehsan hsil petroleum ni.

Abuzar said...

Sdr. Orng PETRONAS Pangkat Kecil ...

Perkara sempadan negara/ negeri kena rujuk jabatan ukur dan akta yang berkaitan. Semua negeri2 di Malaysia adalah bersempadan dengan negara2 lain kecuali WP KL & WP Putrajaya.

Begitu juga dengan kawasan perairan negara/negeri EEZ - Economic Exclusive Zone - 200 batu notika. Kawasan aktiviti ekonomi yang berada dikawasan EEZ seperti perlombongan/ perikanan/ pelancongan/ perdagangan/ dll.

Lagipun mengapa kerajaan pusat UBN & Petronas boleh bayar royalti minyak kepada Kerajaan Sarawak dan sabah walaupun jarak pelantar minyaknya lebih jauh dari pantai mereka berbanding Kelantan/ Terengganu?

Begitu jugak sejak tahun 70han, Terengganu terima royalti, tapi bila PAS perintah Terengganu pada 1999-2004, kerajaan pusat UBN & petronas terus tukar dari royalti kepada wang ehsan?

Rakyat ingin tahu, ingin ketelusan & keadilan, bagaimana kerajaan urus harta negara & pulangan yang optimum kepada rakyat tanpa penyelewengan dan pembaziran.