Perlukah seorang bekas mufti dapatkan tauliah bagi memberi kuliah
PENAHANAN bekas Mufti Kerajaan Perlis, Dr Mohd. Asri Zainul Abidin pasti memeranjatkan, malah menimbulkan kemarahan sebilangan besar umat Islam di negara ini, malah di kalangan seluruh umat Islam walaupun di mana mereka berada yang mendapat maklumat mengenai penahanan itu.
Selain baru menerima tawaran menyertai Pas oleh ketua Dewan Ulamak Pas,Harun Taib yang mengunjungi bekas mufti itu yang merupkan seorang pensyarah di sebuah universiti sebelum menjadi mufti, Dr Mohd. Asri juga dikatakan merupakan calon yang dicadangkan menjawatan jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Bagaimanapun Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) membantah cadangan perlantikkan Dr Mohd Asri sebagai Yang Dipertua YADIM dan PGSM mengaku menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agung,Tuanku Zainal Abidin bagi menyatakan bantahan persatuan itu.
PGSM melalui Presidennya, Mohamad Isa Abd Ralip berkata, tindakan PGSM itu diambil bagi menjaga kepetingan seluruh umat Islam. Kononnya pihak berkuasa dan tokoh-tokoh agama serta pertutubuhan arus perdana sudah lama tidak mempersetujui pendekatan Dr Mohd Asri yang menimbulkan keraguan.
Antaranya berhubung dengan pencegahan khalwat oleh pihak berkuasa agama, isu penggunaan kalimah Allah, isu amalan furu' yang dikatakan bida'ah dan banyak lagi. PGSM kononnya bersedia pada bila-bila masa untuk bersemuka dengan Dr Mohd Asri atas permintaan bekas Mufti Perlis itu agar dikemukakakan bukti terhadap kenyataan PGSM.
Beberapa hari lepas Dr Mohd Asri mendakwa PGSM menfitnah beliau dalam memorandum yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agung bar-baru ini. Antaranya PGSM mendakwa beliau tidak mengiktiraf iktikad ahli sunnah dan keluar dari mazhab Shafie, Hanafi. Maliki, Hambali serta menolak hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari.
Atas faktor-faktor itu, bagi PGSM, Dr Mohd Asri tidak sesuai untuk dilantik sebagai yang Dipertua YADIM atau jawatan-jawatan seumpamanya. PGSM menghantar memorandum kepada Yang Diperuan Agung adalah atas niat agar kesapaduan umat Islam di negara ini tidak dimusnahkan oleh pendekatan yang tidak mengikut arus perdana.
Apakah kerana isu itu Dr Mohd Asri ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)? Persoalannya, apakah seorang yang pernah menjawat jawatan Mufti dan bakal calon Yang Dipertua YADIM pula, kena ada tauliah untuk memberi kuliah agama. Kalau memberi kuliah agama pun perlukan tauliah, jadi apa kelayakkan dan atas prosedur apa maka Dr Mohd. Asri pernah dilantik sebagai pensyarah, kemudian mufti dan kemudiannya bakal dilantik sebagai Yang Dipertua YADIM pula?
Kalau tidak silap sayalah, kalangan yang ada kelulusan Sijil Rendah Ugama (SRU) yang sama tarafnya dengan Penilaian Sekolah Rendah (PMR) atau Sijil Menenegah Ugama (SMU) yang sama taraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia dan yang memiliki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang sama tarafnya dengan Siji Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), sudah tidak perlu menjalani kursus perkahwinan bila mahu mendirikan rumahtangga.
Sebabnya adalah antaranya kerana mereka sudah menguasai fardu ain. Merujuk kepada kes Dr Mohd Asri, kalau untuk memberikan kuliah agama pun beliau kena ada tauliah, maknanya sebelum ini beliau telah memberikan kuliah secara haram kerana tidak memiliki tauliah JAIS.
Sewaktu minum di sebuah kedai kopi tadi, saya mendapati di kalangan mereka yang sedang minum sambil membaca akhbar cukup marahkan Umno ekoran penangkapan Dr Mohd Asri oleh JAIS yang kononnya angkara Umno. Nampaknya walaupun tangkapan itu dibuat di Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Ianya masih dianggap angkara Umno. Kononnya JAIS bawah kerajaan pusat, kalau tidak, masakan polis berikan kerjasama dalam penahan Dr Mohd Asri.
Memandangkan Dr Mohd Asri seorang tokoh yang agak besar dan berpengaruh, JAIS kena memberikan penjelasan yang jelas, terus terang dan segera tentang punca penahanan bekas Mufti Perlis itu serta identiti sebenar JAIS itu sendiri. Kalau tidak, ianya mungkin akan menimbulkan pelbagai masalah yang kurang menyenangkan jika penahanannya dan pihak yang menahan dilihat dari sudut politik.
Sunday, November 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
kerajaan 1Malaysia memang pelik, kita tengok siasatan Teoh para penyiasat yang terdiri dari POLIS RAJA DI MALAYSIA , FOREN SICK, MENGATAKAN punca kematian 1000 peratus adalah disebabkan bunuh diri,takdok kesan dio dibunuh hatta sebesar zarahpun,
Tiba2 pakar Forensik kjaan Siam buat siasatan bahawa 80 peratus punca kematian adalah disebabkan dibunuh.Sebab ada kesan lebam di leher akibat kesan cekikan,
jadi terkedu puak2 KERAJAAN 1MlaysiA.
Jadi untuk alih perhatian TENTANG ISU INI KERA JAAN 1MALAYSIA BUAT BEBRP PERKARA UNTUK ALIH ISU DIANTARA BERIKUT :
1. BERI BONUS UTK KAKITANGAN 41
RM 500
2. HADIAH MELAWAT PUSPAKOM UNTUK
KERETA 15 THN KE ATAS UNTUK
SETAHUN SEKALI SAHAJ
3. DERMA SEBANYAK RM 50 BAGI SATU
KEPING KAD KREDIT DAN RM 25
BAGI TAMBAHAN KAD KREDIT
4. YB PKR MASUK UMNO
5. MUFTI KENA TANGKAP
6. TRAJEDI DIPANG
Yang buat postmortem doktor,bukan orang politik,kenapa nak salahkan 1Malaysia, maknanya anda tuju kepada penerauj kerajaanlah.
Najib bukan bukan doktor. Punca kematian bergantung kepada pemeriksaan sama ada Teoh ke siapa.Tak ketemuai punca kematian kelemahan doktor, bukan kelemahan kerajaan. Jangan bertukar antara minyak petrol dengan minyakdiesel.
JOHN MENAMBOH: untuk anon 11.40
pasal doktor tu, dio doktor yang dilantik oleh kerajaan! lepas tu pulok utusan m'sia dok besar tajuk tu. surakkoba utusan pulok jurucakap kerajaan m'sia. g mari..g mari memang kait jugok nga k'jaan m'sia di bawoh najib! memang petrol nga diesel lain tapi keduo2nyo dari 'fossil fuel' sumber yg samo...
pasal dr asri keno 'igat' smalam tu sbb ado uro2 dio nok masuk politik PR. jadi JAIS ni kambing hitam jah. ado tgn ghoib belakang tu hok dok bunyi doh ni 'tok patut dr asri kena 'igat',k'jaan tak tahu menahu pasal tu'(nok tunjuk baik la kononnya/cover line).. taktik 'reverse psychology'!
Dok eh JAIS tu bawah sapo? Bawah kerajaan negeri ko bawah keajaan pusat.
Kalau dr Mohd.Asri nak masuk PR,duna yang Persatuan Pega Syarie malaysia hantar memorandum, minta jangan bekas lantik to ppeti Perlis tu jadi yang dipertua YADIM?
YADIM tu bawa sapo pulak? Guana bntahan perlantikkannya sampai hantar memorandung ke agung? Kawe tak berapa rei mugo-mugo lagu ni, kawe tok beso kkijo kerajaan. Abi mengaji kawe sambung nnego ayah. Kalu nak import buah delima Cina dan nak pasarkan di negara ni reti la kawe nyo.
...Pegawai JAIS nak tunjuk kuasa... sebab sultan selangor kata- kerajaan negeri tak dok kuasa atas MAIS, JAIS ... spt MAIK (Kelantan) atau JAIP (Perak dulu lwn NIzar) kdg2 macam kerajaan dalam kerajaan puak2 yg berasa diri orang kuat & pengampu ISTANA... Perangai Melayu bodoh sombong dan suka menunjk2... sepatutnya pakai le akai skit ...baru tak nampok bodoo sgt..
dalam cara kes Amena Sharibu ada tak dinyatakan mengapa Amena dibunuh ( motif )oleh kedua orang Polis Raja Di 1Malaysia sebab musabab,sepanjang pengamatan saya tidak ada bukan,ada puak2 1Malaysia boleh jawab kenapa Beliau dibunuh,oleh Polis itu
Post a Comment