Wednesday, November 4, 2009

MUNCUL KEMBALI (479)

Kalau dah lebih pakar dari Petronas, tak payah kaji, batalkan saja perjanjian

PADA pemerhatian saya semakin ramai manusia cerdik semakin susah untuk ditadbir dan dikendalikan. Dunia politik juga menjadi semakin kalut, semakin banyak masalah bila dianggotai dan dipimpin oleh oleh cerdik-cerdik.

Pas pun sama. Sebelum penghujung tahun 1990, masing-masing akan mengelak untuk dilantik sebagai ketua ranting (kini dipanggil cawangan dan dikatala itu tidak ada ketua kawasan macam sekarang).

Masa itu tidak ramai orang cerdik-cerdik (profesional) yang pecah lior sokong, apatah lagi untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin Pas. Kerana tidak ada perebutan jawatan, maka Pas tidak ada banyak masalah sebagaimana sekarang.

Tetapi Kini setelah kebanjiran orang cerdik dan profesional dalamPas, segala-galanya berubah. Dari jawatan ketua cawangan membawa kepada ketua kawasan, pesuruhjaya negeri, malah jawatan-jawatan di pusat menjadi rebutan dan idaman pelbagai pihak.

juga berlaku kes tidak senada dan seirama, dari kes gagasan kerajaan perpaduan yang telah ditutup buku kepada wang ehsan minyak yang bakal Kelantan terima bermula tahun depan.

Menteri Besar, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat bersyukur, malah akan berpuasa nazar selama tiga hari keana itu walaupun beliau terkilan dengan nama wang ehsan, bukannya royalti. Tetapi ada exco yang tidak bersyukur, malah menolaknya.

Dengan nada yang nampak angkuh exco berkenaan menyatakan Kerjaan Kelantan sedang mengkaji kemungkinan membatalkan perjanjian menyerahkan hak cari gali kepada Petronas jika royalti petroleum tidak diberikan.

Macam mana pula antara Menteri Besar dengan exco tidak senada dan seirama, malah yang peliknya nampak besar jemuran pula dari ibu rumah. Kalau exco setuju tetapi Menteri Besar tak setuju baru tidak nampak pelik dan songsang, tidak jadi umpama hujan naik ke langit, bukannya gugur ke bumi.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri (laporan itu dipetik dari blog pro PRkhususnya Pas)untuk menyerahkan wang ehsan kepada Kelantan, Datuk Husam Musa berkata isu membatalkan perjanjian itu akan dikaji oleh panel peguam yang dilantik kerajaan negeri.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini sebagai reaksi segera Kelantan terhadap pengumuman Datuk Seri Najib Razak di Parlimen pagi ini. (Apakah Menteri Besar tidak ada dalam mesyuarat itu. Mungkin jugalah kerana Menteri Besar mengiringi pemagku Sultan pada persidagan Raja-Raja Melayu).

Dalam satu kenyataannya, Husam turut mempertikaikan penggunaan istilah "wang ehsan" sebagai bentuk bayaran kepada Kelantan, sedangkan "bayaran royalti" digunakan untuk bayaran di Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Nyata asas yang disebut oleh perdana menteri mengenai (kedudukan lokasi cari gali di luar pesisiran pantai sejauh) 3 batu nautikal adalah tidak berasas bagi kes-kes Sabah, Sarawak dan Terengganu," katanya lagi. "Ia sengaja digunakan untuk mendiskriminasikan kerajaan dan rakyat Kelantan."

Sehubungan itu, kata Husam, kerajaan negeri mahu wang ehsan dibayar terus kepada Kelantan dan sebuah badan penyelaras ditubuhkan yang turut dianggotai wakil kerajaan pusat untuk memantau penggunaan wang tersebut.

"Sekali lagi kami berharap perdana menteri berfikir semula dan mengambil kira tuntutan ini atas prinsip kesaksamaan, kedaulatan wilayah dan semangat federalisme yang utuh serta penghormatan perjanjian yang termaktub demi kesejahteraan dan keharmonian negara Malaysia," katanya.

Mengenai penubuhan panel guaman tersebut, Husam berkata, antara isu yang dicadang dipertimbangkan oleh panel guaman ini ialah:

1. Kemungkinan mengambil tindakan mahkamah membatalkan perjanjian penyerahan hak kepada Petronas untuk mencari gali dan mengeluarkan sumber petroleum dan lautan negeri Kelantan 1975 jika sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi.

2. Kemungkinan untuk kerajaan negeri mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di JDA (Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand) dan CAA (Kawasan Pengurusan Komersial Malaysia-Vietnam) yang melibatkan entiti dan syarikat antabangsa.

"Walau bagaimanapun, keputusan muktamad akan ditentukan kemudian selepas pandangan daripada panel guaman tersebut," kata Husam lagi.

Dalam kenyataan itu juga, beliau turut mempersoalkan mengapa wang ehsan harus diurus oleh kerajaan pusat.

"Pengumuman perdana menteri bahawa Kelantan hanya layak menerima 'wang ehsan' dan bukannya royalti dan wang ini pula akan diuruskan oleh kerajaan pusat, adalah satu keputusan politik.

"Ia membelakangkan semangat federalisme, kedaulatan undang-undang dan penghormatan terhadap perjanjian dan menekankan kepentingan politik semata-mata," katanya.

Di samping itu, tambahnya, keberkesanan pengurusan oleh kerajaan pusat juga boleh dipertikaikan.

"Sebagai bukti, dengan jumlah royalti yang besar untuk Terengganu bagi tempoh 20 tahun lalu, masih gagal membanteras kadar kemiskinan yang kekal tinggi di Terengganu," kata Husam.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco di Kota Bharu, Husam berkata kerajaan negeri mengambil langkah proaktif itu untuk memastikan tuntutan wang royalti itu berjaya.

Kerajaan negeri tidak (dapat) menerima bayaran wang ehsan yang diumumkan hari ini bagi menggantikan bayaran wang royalti minyak kepada Kelantan," katanya dalam laporan Bernama.

Bagaimanapun, tambahnya, kerajaan negeri menganggap pemberian wang ehsan itu satu langkah pertama hasil inisiatifnya dalam tuntutan royalti minyak.

Menurutnya, kerajaan negeri akan terus mengadakan rundingan dengan kerajaan pusat berhubung tuntutan royalti itu.

Kelantan sebelum ini telah mengemukakan surat rasmi kepada kerajaan pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004 berdasarkan laporan Jabatan Statistik.

Ada orang tanya saya kenapa keadaan itu boleh belaku. Jawapan saya adalah kerana dalam Pas , terutama dalam kerajaan Pas Kelantan sudah ramai terdapat mereka yang terlebih cerdik dan menganggap tidak ada yang lebih cerdik dari mereka. Ia akan menjadi umpama belonlah juga, bila terlebih sangat udara dipam masuk, belon akan pecah.

Terlalu ramai yang terlebih bijak akan mendatangkan banyak masalah, macam gulai terlebih garam, macam kopi telebih gula dan seriBUatu macam lagi. Silap-silap kerana banyak kerenah dan songeh sangat, wang ehsan yang sepatutnya boleh dinikmati tahun 2010, padanya pada tahun 4000 pun belum dapat disalurkan.

Bila membabitkan banyak pihak dan perundangan, termasuk perundangan antarabangsa, tentulah banyak perkara yang tidak akan memuaskan hati kita, apatah lagi bila ibu dan bapak segala tamak bersarang dihati dan di kepala. Petronas terikat dengan prosedur-proedur tertentu,malah kerajaan pusat juga terikat-ikat dengan prosedur antarabangsa.

Oleh itu kalau dirasakan tanpa Petronas Kelantan akan lebih mendapat laba besar dari sumber petroleum, maka tak payah bayar lawyerlah untuk buat kajian kerana ianya akan membabitkan wang kerajaan untuk membiaya kos penggunaan lawyer. Berjaya atau gagal dalam tuntutan, kos perkhidmatan lawyer tetap kena bayar.

Oleh kerana dalam kerajaan Pas Kelantan ramai yang terlebih bijak, bila dikatakan telaga minyak bukan berada di dalam kawasan Kelantan tetap sekadar di sempadan, maka dinafikan dan dituduh kenyataan itu untuk menafikan hak Kelantan.

Untukudah slesaikan masalah bukan payah sangat pun, batalkan sajalah perjanjian dengan Petronas. Saya yakin dengan membatalkan perjanjian dengan kerajaan Pas kelantan, Petronas tidak akan jatuh bankrap atau akan kehilangan kerja mencari gali dan nama Petonas akan hanya tinggalnama dan sebahagian dari sejarah.

Sebagai ganti, sediakan timba upih nibung atau upih pinang kepada setiap rakyat Kelantan dan suruhlah mereka berakit buluh atau berakit batang pisang pergi ke telaga minyak yang kononnya berada dalam kawasan Kelantan itu dan cedoklah seberapa timba yang dibenarkan oleh Kerajaan Pas Kelantan, himpun di daratan dan carilah tok peraih minyak untu dibeli timbang kati macam tok peraih suratkhabar lama beli suratkhabar dan barangan terpakai.

Dengan berbuat demikian tentu tidak akan timbul sebarang curiga tentang hak Kelantan dinafikan kerana yang cedoknya rakyat Kelantan, yang himpun dan jualya pun rakyat Kelantan sendiri. Orang kampung pula ada peluang jadi kaya kerana mereka boleh hasilkan timba dan buat rakit buluh serta rakit batang pisang untuk dijual kepada pencedok minyak.

Orang yang bertanya saya komen ketawa kuat, sampai tekentut. Entah apa yang melucukannya dengan hujah saya tetapi bagi saya apa yang saya katakan bukan suatu jooke, sebaliknya ianya adalah antara jalan terbaik untuk memuaskan hati mereka yang tamak, yang sentiasa curiga dan prejudis dengan orang lain.

8 comments:

john said...

Huh...ah abe li keno sedar individu mano hok mulo2 timbul isu royalti ni?siap g buat pelayarae lagi..jange abe li nusuk bawoh purung kononnya tok tahu. ..sekurae-kuraenyo individu ni hok menyebabkan kelate ado jugok wang ehsang(kate orang gganu) ko ore kelate. mugo hok termaktub dale perjanjian doh pasal royalti tu mako ado hok la dio nok kaji perjanjian tu.

memae abe li tok belago nga individu ni tapi masalohnyo caro dio buat kijo ore suko..golongae tuo (pas) memae kurae nga individu ni. tapi golongae mudo hok rama sokong pas ni adolah sebab dio tengok individu ni la. tok soh dok nafi hok ni abe li terae lagi bersuluh doh. kito tengok lagu mano penyampaian wae ehsae ni ko rakyat kelate..kalu telus ambo sokong, kalu dok..ambo suruh abe tulis biar ore setuju dengae pelaksanoan pembahagian wang ehsae.

p/s: bakpo saboh nga serawok ore panggil royalti? sebab royalti ni negeri yg urus. ehsae ni pusat (umno) yg urus..hehehehehe...

john said...

TAMBAHAN-

"Sebagai ganti, sediakan timba upih nibung atau upih pinang kepada setiap rakyat Kelantan dan suruhlah mereka berakit buluh atau berakit batang pisang pergi ke telaga minyak yang kononnya berada dalam kawasan Kelantan itu dan cedoklah seberapa timba yang dibenarkan oleh Kerajaan Pas Kelantan, himpun di daratan dan carilah tok peraih minyak untu dibeli timbang kati macam tok peraih suratkhabar lama beli suratkhabar dan barangan terpakai"

-ambo setuju cadangan 'pemikiran ore lamo' abe li ni. ambo harap pertronas berani buat lagu tu. abe li tulong pujok kerajaan m'sia tulong batalkan perjanjian tu. bukan apo kito tengok sejauh mano kerajaan pas kelate buleh buat!

tapi setahu ambo hok saing nga set2 minyok ni...lambat ttawar je ko company minyok lain berdesup nok mari gali..tok dae nok sedio upih nga timbo eh SHELL,TOTAL, BP (sekadar menyebut sykt luar)berebut nok melabur..kelate akae buleh lebih dari 5% royalti eh...takut 50% eh...

p/s:dulu ore pelekeh belako idea pelayaran minyok ni..serupo nga candangan diatas..tengok2 buleh jugok eh (ehsang pun ehsang lah dulu..kito usoho rayalti pulok)...mano tahu cadangan diatas pun merupakan satu cabaran yg boleh di ambil perhatian?....

JOHAN said...

Senang saja wahai rakyat kelantan, kalau nak wang ehsan dipanggil royalti pada PRU 13 nanti pangkahlah BN. InsyaAllah dapat!
Ehsan tu maknanya budi baik orang nak bagi. Kena bersyukurlah. Yang penting rakyat kelantan dapat manafaatnya bukan kerajaan negeri.

wahabi said...

WANG EHSAN: KELANTAN CADANG PERJANJIAN CARIGALI DIBATAL! – harakah daily

Kerajaan negeri akan melantik peguam bagi membuat kajian mungkin membatal hak carigali kepada Petronas yang ditandatangani pada 1975 sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi kerajaan pusat.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, penal peguam terbabit akan membuat kajian terperinci berhubung tindakan yang perlu diambil berikutan royalti ditukar kepada wang ehsan.

KAH KAH KAH..

kah kah kah… LANGKAH TEPAT.. kah kah kah..

kah kah kah… WANG EHSAN WUJUD KERANA MAHAFIRAUN TAK SUKA PAS….kah kah kah..

kah kah kah.. BILA PAS MEMERINTAH TERENGGANU PADA TAHUN 1999… ROYALTI DITARIK… GANTI WANG EHSAN… kah kah kah..

kah kah kah… INI BETUL BETUL JENAYAH BANGSA EEEE….kah kah kah..

woit… ORANG MELAYU MASIH TAK SEDAR LAGI… kah kah kah..

nota:
kalau betul ada konsep wang ehsan maka gerombolan boleh disaman.
semenjak tahun 1974 terangganu , sabah dan serawak telah mendapat royalti.
kalau mengikut hujah mat mongol – bukan royalti – tapi ehsan.

kalau wang ehsan sabah dan serawak tidak patut mendapat 5% dari duit minyak.
mereka hanya perlu diberikan wang ehsan.

petropas said...

Formula 1 : TOYOTA tarik diri tapi kita plak dok tebiang sua kepala...

Nie nak tanya sikit kat Team Formula 1 Malaysia... hangpa tak gayat ka tengok apa yg dikatakan oleh Team Toyota nie... Bukan apa dari perhatian aku Toyota yang gah dengan jenama mereka sudah sekian lama di pesada dunia pon semput dengan Formula 1 nie... tapi kita nie pulak yang dok gatai sua kepala pie tahan kepala...

Nie aku ambik apa yg dikatakan oleh presiden Toyota...

Presiden Syarikat, Akio Toyoda meminta maaf di atas kegagalan pasukan merekodkan sebarang kemenangan sejak menyertai F1 pada 2002 walaupun dianggarkan telah mengeluarkan bajet tahunan sekitar AS$300 juta (RM1.1 bilion).

entahlaaa... ada otak pakat pikaiq sendiri laa nak jadi apa....!!!

martoiriat said...

Semuanya yg comment diruangan ini,
adalah tak berilmu dan berakal. Nak
memberi comment atau pendapat, biar
lah betul gunakan fakta. Begitulah
jugak dgn Abg Li Kpk Jangak, beri
lah hujah2 yg munasabah dan ber
pandukan fakta, barulah tepat dan
betul. Janganlah nak politikan
isu royalti minyak ini. Kalau kita
sentiasa mempolitikan isu minyak
ini, benda yg betul menjadikan tak
betul.Apa salahnya wang royalti
itu diberikan kpd kelantan, kenapa
nak berdolak dalih lagi. Soal siapa
yg memerintah, itu tidak bolih di
pertikaikan. Kerajaan kelantan di
pilih olih raayatnya melalui jalan
demokrasi.Jadi petronas itu, bukan
kah milek raayatnya.
Oleh kerana UMNO nak politikkan
isu ini dan tidak mahu menerima
kenyataan, maka royalti ditukarkan
dgn wang ihsan. Begitulah jahatnya
UMNO kpd raayat kelantan.

Abuzar said...

Bermula dari pembatalan "Royalti Minyak" menjadi "Wang Ehsan" di Trengganu dan mana negeri2 yang dibawah tadbiran bukan BN merupakan salah satu 'idea besar' Mahadir yang diwarisi oleh UMNO sekarang.

Akhir Kerajaan UMNO Terenganu mendapat balik status royalti semasa PRK Parlimen Kuala Trengganu yang lepas. Sekarang kerajaan negeri dan rakyat Kelantan menerima nasib yang sama dalam isu ini.

Begitu juga kepincangan yang ketara dalam sistem pilihanraya dan amalan demokrasi, sistem kehakiman & pendakwaan, sistem pengagihan bajet, geran dan peruntukan negara, sistem perolehan tender/ kontrak, penyalahgunaan ISA, OSA, AUKU, Subsidi, dll.

Kerajaan Pusat dibawah BN tidak konsisten dalam keputusan dan tindakannya. Tindakan double standard, diskriminasi dan pilih kasih kerajaan BN terhadap rakyat Malaysia terutama pihak pembangkang merupakan amalan 'buruk' dalam tadbir urus kerajaan berkonsepkan demokrasi dan federalisme.

Kerajaan Pusat dibawah BN terlalu angkuh mengguna kuasa untuk "mendera" mana2 pihak yang tidak disukai sama ada dari motif politik atau kepentingan peribadi segelintir pemimpin berkuasa.

Sebenarnya inilah perkara2 yang fundamental dan struktural yang perlu diperbaiki dan reformasi dalam amalan pemerintahan mana2 kerajaan khususnya kerajaan BN sekarang.

Usaha2 kerajaan PAS Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Aziz, dan exconya iaitu Dato' Husam yang begitu gigih walau dicemuh untuk kembalikan hak negara kepada rakyat, khususnya di Kelantan ini, sudah mula membuahkan hasil dan jasa mereka2 yang patriotik ini amatlah dihargai.

Rakyat Kelantan akan terus menyokong pendirian bijak dan berani mana2 pihak yang berjuang untuk kepentingan anak negerinya, Islam dan ummah seluruhnya. TGNA & Husam Musa adalah sebahagian dari "Wira bangsa" akan terserlah menundukkan kerja "bodoh-jahat" dan kebusukan hati para "Petualang bangsa"!

MOHD said...

john...

demo kalu nak kecek gn la otak sikit..

kte hidup ni ada undang2..xleh nak buat ikut sedap jah, minyak yg ada di malaysia ni akn diuruskan dan di gali oleh petronas..demo igt senang2 jah ko org shell,exxon,hess,talisman nak mari gali mnyk di malaysia g2 jah..petronas pun ada we sub con kpd company luar tuk gali minyak di mlysia ni..

kl betul gak org2 shell, exxon nak mr gali trus direct tanpa bincang dgn petronas demo suruh husam tu mtk kelate tubik malaysia dulu la..buat la nak buat gapo ko kelate tu..nak wat hukum hudud ko,nak myk diri ko..ikut pndi husam la....

petropas...

kl ikut kan cara demo mikir tu malaysia lani gak org pki cawat lg..duk sumpit burung,naik keta lembu..kelas2 tu jah otak demo..

demo sedar tak negara2 lain lani br nak berebut nak buat litar F1, malaysia ada litar F1 puluh thn dah...

mse Tun buat putrajaya,gapo org pas oyt..bkn ape nak lelong eh..jenis otak singkat lagu ni r..br sedar gp kepentingan putrajaya lani..

acu oyt gat gp yg hebat sgt nik aziz perintah kelate ni..nak kata org kelate alim2 blako blawok kohong,kube kerian kl xdok pital husm tu gak srupo kmpg biasa jela..
gapo wat napoknyo nik aziz we ko ore kelate yg slama ni duk komen org xpdi nak merintah...