Air genangi banyak kawasan di Kelantan oleh angkara tangan manusia
HARI ini saya muncul agak lewat. Sebelah pagi memenuhi hajat rakan untuk ke Rong Chenak, kampung kelahiran saya untuk mendapatkan ikan air tawar dari Sungai Dabong. Saya agak teperanjat melalui Jalan Pasir Pekan-Pasir Mas-Lubuk Jong-Batu Karang-Jego-Bukit Mas kerana air di mana-mana.
Rumah-rumah penduduk banyak yang digenangi air. Kami terpaksa membatalkan hasrat ke Rong Chenak kerana melihat kepada limpahan air di Sungai Jego saya yakin jalan untuk ke kampung saya itu melalui Bukit Mas-Kampung Kuang-Mahligai-Rong Chenak digenangi
air dan pasti tidak boleh dilalui.
Kami meneruskan perjalanan melalui Bukit Mas-Bukit Panau-Paloh untuk pulang ke Kota Bharu melalui Jalan Tanah Merah-Pasir Mas. Saya merancang akan guna jalan Kubang Gendang-Sungai Keladi-Jelor-Kuala Kemang untuk ke kampung saya, Rong Chenak, sebelumbalik ke Kota Bharu. selain dari melalui Bukit Mas, untuk ke Rong chenak boleh juga melalui Sungai Keladi.
Sekali lagi saya terperanjat apabila pada sepanjang perjalanan, di kiri kanan jalan dipenuhi dengan air dan banyaktempat air deras melintasi jalan. Banyak rumah digenangi air. Paling memeranjatkan apabila medapati masjid Bukit Panau digenangi air dan arus deras menghilir melintasi jalan Bukit Mas-Bukit Panau.
Bila diberitahu jalan Sungai Keladi-Jelor-Kuala Kemang tidak boleh dilalui, kami ambil keputusan puang ke Kota Bharu dan merancang untukmabil pukat tiga lapis untuk direntang di Bendang Tunjung atau di kawasan bendang sepanjang Jalan Bulatan Lemal-Lubuk Jong Panau dengan haapa akan dapat ikan puyu, haruan, keli, patun, terebo, memperas dan lampam.
Sampai di rumah, bini mengajak pulang keampungnya, di Lonnge, dekat Pondok LubukTapah. Adik bongsunya telefon kata air sudah mula masukke rumah kamiyang telah siap dibina dan dilengkapi perabot teai belum diduduki. Perabot kesayangan bini saya kena diletak pada tepat yang tinggi.
Tetapi ketika kami sampai (masa tidak sampai pun sejak) , untuk masuk ke rumah, kami sudah terpaksa meradut air separas pusat. Dalam rumah pun kedaaman airnya sudah mencecah paras lutut. Semua perabot kesayangan bini saya digenangi air. Ikut kata adik bini saya, air naik dengan cepat.
Apa yang berlaku agak luar biasa. Sebelum ini kawasan-kawasan yang saya lalui ketika mahu ke kampung saya serta di kampung bini saya air tidak pernah melimpah sebagaimana pada hari ini. Kampung saya memang mudah digenangi kerana di kelilingi sungai tetapi laluan-lauan untuk ke sana jarang digenangi air.
Bila saya tanya beberapa orang tua, mereka memberi sebab hujan turun dengan agak lebat dan air tidak dapat megaliri kerana banyak sangat pembinaan rumah-rumah baru, muka bumi kononnya sudah jauh berubah. Kebanyakan kawasan terlalu mudah digenangi air oleh angkara perbuatan manusia.
Semasa pulang ke Kota Bharu dari rumah kami di Longge melalui Kampung Kelar-Lemal-Jalan Lama Salor (Jalan melalui Pondok Lubuk Tapah tidak boleh dilalui kerana digenangi air) banyak kawasan digenangi air, malah Pondok Polis Salor pun saya perhatikan digenangi air.
Keadan itu berlaku bukan kerana air sungai Kelantan sudah benar-benar melimpah tetapi kerana air bertakung akibat hujan lebat manakala aliran air tersekat. Ianya boleh diatasi sekiranya pembangunan sesuatu kawasan termasuk pembinaan rumah dibuat dengan diambilkira tentang aliran air tidak akan tersekat dan betakung.
Bgaimanapun air Sungai Kelantan sudah mula melimpah.
Berikut adalah laporan BERNAMA mengengaibanjir di Kelantan;'
Banjir Mula Melanda Kelantan
KOTA BAHARU, 6 Nov (Bernama) -- Kuala Krai dan Pasir Mas merupakan dua kawasan jajahan yang mula dilanda banjir di Kelantan apabila lebih 300 mangsa dilaporkan mula dipindahkan sejak tengah hari Jumaat berikutan limpahan air Sungai Kelantan dan Sungai Golok.
Ketua Pegawai Bilik Operasi Gerakan Banjir Negeri, Mohd Anis Hussein berkata di Pasir Mas sejumlah 190 mangsa banjir telah berpindah manakala di Kuala Krai membabitkan 130 orang.
"Bacaan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan di Rantau Panjang sudah melepasi paras bahaya iaitu di Jenob 24.52 meter (bahaya 23.50 meter) dan di Rantau Panjang 9.94 meter (bahaya 9 meter)," katanya kepada Bernama.
Mohd Anis berkata bacaan di beberapa tempat di sepanjang Sungai Kelantan juga dilaporkan mula menghampiri paras bahaya berikutan hujan lebat sejak awal pagi ini.Bagaimanapun setakat ini tiada kemalangan jiwa dan jalan utama yang terputus akibat banjir dilaporkan.
"Mangsa banjir telah dipindah ke sekolah-sekolah, pejabat dan surau yang dijadikan pusat pemindahan sementara dan kemungkinan ada juga yang berpindah ke rumah saudara-mara," katanya.
Cuaca di Kelantan ketika ini mendung dengan sekali sekala hujan lebat.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Azmi Osman berkata seramai 540 pegawai dan anggotanya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi membantu mangsa banjir pada musim tengkujuh tahun ini.Katanya,
pihaknya akan membekukan cuti semua kakitangannya bagi menghadapi sebarang kemungkinan jika banjir bertambah serius.
Friday, November 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment